Jumaat, 18 Jun 2010

Razlan's

Razlan's


Kenyataan Media - Kaji Semua Pengurangan Pinjaman IPTA dan MARA

Posted: 18 Jun 2010 01:09 AM PDT

BIRO PENGAJIAN TINGGI
PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN

KENYATAAN MEDIA
"PENGURANGAN BIASISWA JPA DAN MARA" - 15 JUN 2010

Asalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Pergerakkan Pemuda Wilayah Persekutuan mendesak agar kerajaan mengkaji semula Keputusan untuk mengurangkan Biasiswa JPA ke luar Negara.

Kita seharusnya menambah setiap tahun belanjawan untuk Pendidikan dan Pelajaran. Penambahan ini seharusnya dibuat dan dikaji setiap tahun kerana sudah menjadi lumrah akan ada penambahan pelajar dari segi penambahan penduduk.

Sekiranya kita terus menerus mengurangkan apa yang kita ada sekarang, kami khuatir akan datang semua kemudahan dan keistimewaan yang ada oleh orang Melayu akan hilang.

MARA juga telah mengubah dasar penajaan kepada memberi focus kepada pelajar yang mendapat tempat di Universiti yang tersohor sahaja. Walaupun dasar ini di ubah untuk memberikan lebih peluang kepada pelajar didalam Negara, tetapi asas perubahan dasar ini adalah kerana Pengurangan Belanjawan.

Kita juga seharusnya menjunjung Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan anak-anak Melayu dijaga keistimewaan dan diberikan kemudahan biasiswa sepatutnya.

Sekiranya kita berkerja keras dan focus kepada menjaga perkara 153, kita seharusnya mempunyai Perancangan Jangka Masa Panjang untuk memastikan ianya ditambah nilai setiap tahun, bukan dikurangkan setiap tahun.

Justeru itu, Kami Pemuda Wilayah Persekutuan BIRO Pengajian Tinggi, mendesak dengan keras penambahan semua Belanjawan kepada JPA dan MARA agar Perkara 153 dijaga dan terpelihara.


Yang Benar.


Mohd Razlan Muhammad Rafii
Pengerusi,
Biro Pengajian Tinggi
Pemuda Wilayah Persekutuan.
**** Utusan Muka 4, 16 Jun 2010 ******
Kaji balik pengurangan biasiswa JPA

KUALA LUMPUR 15 Jun - Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan mengkaji semula keputusan mengurangkan penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara melalui tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi pergerakan itu, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, sepatutnya bajet untuk pendidikan perlu ditambah setiap tahun sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk.

"Sekiranya kita terus mengurangkan apa yang kita ada sekarang dikhuatiri kemudahan dan keistimewaan orang Melayu akan hilang.

"Mara juga telah mengubah dasar penajaan dengan memberi fokus kepada pelajar yang mendapat tempat di universiti tersohor sahaja," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kelmarin yang memaklumkan kerajaan akan menghentikan tajaan biasiswa JPA kepada 1,500 pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara bermula tahun depan.

Menurut Razlan, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu dijunjung untuk memastikan anak-anak Melayu dijaga keistimewaan dan diberikan kemudahan sepatutnya.

"Sekiranya kita bekerja keras dan fokus kepada menjaga Perkara 153, kita seharusnya mempunyai perancangan jangka panjang untuk memastikan ia ditambah nilai setiap tahun dan bukannya dikurangkan.

"Justeru, kami mendesak dengan keras agar kerajaan mengekalkan biasiswa JPA dan Mara agar Perkara 153 terpelihara," katanya.

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN

MAS ERMIEYATI BTE HJ SAMSUDIN


4 hari campur 1 hari tu....=?

Posted: 18 Jun 2010 09:56 AM PDT

hari ni dah masuk hari ke-4 aku kat hospital..,nasib baik la adaa peneman "Lappy" ni... kalau tidak.., comfirmed kekejangan dan kebosanan aku tahap maksima..Lappy aku ni baru je tau beli (eh takde lah baru..awal bulan lepas, kira barulah tu..) .... semata-mata sebab....wopss... haa itu akan aku ceritakan nanti kenapa aku beli laptop baru.. wokey? Kasik can lah aku ceritakan pengalaman aku kat hospital ni..

4Hari ?pheh.... bayangkan dari hari Selasa..ni dah hari Jumaat..ada ke Doctor masa check aku tadi dia kata "i think u still need a rest and can go back home on Sunday". "alamak! " terus aku aku bagitau doctor aku x boleh lama dah..ini pun dah trlalu lama bagi aku dok kat hospital ni.
Esok aku kena keluar jugak dari hospital yang berbahagia ini sebab petang jam 2pm aku nak merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri Umno Bahagian Bukit Bintang. Lagipun kesihatan pun dah berada pada tahap yang memuaskan..alhamdulillah..Jadi, mahu tak mahu...esok menjelang jam 10am aku dah kena keluar dari hospital untuk mmbolehkan aku sempat balik rumah tukar pakaian yang sesuai.. dan teerus ke sana..
Ini semua demi janji yang telah terbina (ewaahhh) antara aku dengan kpu3 Bukit Bintang MasMirra,...Habis je rasmi terus nak pulang ke Melaka, bagi majlis Penutupan Sukma.(bestnyerrrrrrr)
Oklah, jam pun dah hampir nak ke pukul 1am..sebebnarnya aku mula menulis dari jam 8.53pm..tapi disebabkan ada tetamu yang tidak diduga yang datang (tenkiu friends...) maka msa menulis ni pun panjang...

Semoga hari ini..(19hb.Jun2010) akan mnjadi hari yang baik dan ceria buat anda semua..
"Jangan Lupa Saksikan Pntupan Sukan Malaysia yang ke13 di Stadium Hang Jebat Malam nanti..."



PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PERSIDANGAN PERWAKILAN PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS 2010

Posted: 18 Jun 2010 02:55 AM PDT



Makluman!!!

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras akan mengadakan Persidangan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Cheras 2010 yang akan dilangsungkan pada 19 Jun 2010. Keterangan lanjut adalah seperti dibawah

Tarikh : 19 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Hussien Onn, PWTC

Perasmian serentak Wanita / Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Cheras Dirasmikan oleh:-
YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI BIN MOHD RUSTAM
Ketua Menteri Melaka

Kepada semua ketua-ketua Pergerakan Puteri Cawangan sila pastikan kehadiran perwakilan yang akan datang pada hari tersebut dan juga kepada ahli-ahli Puteri cawangan juga digalakan untuk hadirkan diri.


Pakaian
Perwakilan : Baju uniform Puteri (Baru)
Pemerhati : Baju uniform tahun lepas

*Puteri yg tidak ada baju uniform, sila pakai baju kurung/kebaya yang berwarna pink

SELAMAT BERSIDANG

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Kemukakan bukti RM2 juta dengan segera

Posted: 18 Jun 2010 12:17 AM PDT

Anwar Ibrahim cuba mensensasikan isu dengan membuat tuduhan tanpa bukti dengan mengatakan RM2 juta yang diterima oleh pemimpin PKR yang sudah lompat parti.

Tetapi seperti biasa, itu hanyalah tuduhan yang dibuat melulu tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Desakan oleh konsesus bebas yang dianggotai oleh 5 ahli parlimen bebas agar Anwar Ibrahim membuktikan segera dakwaan RM2 juta yang diterima mereka.

Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru mahu supaya Anwar 'shut up' (diam), 'don't talk' (jangan bercakap) kalau tidak ada bukti kerana beliau mahu melihat bukti tersebut.

Beliau juga tidak mahu Anwar terus memutar-belit cerita dan berita seperti isu 16 September katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen.

"Beliau tidak perlu terus menangguhkan perkara ini kerana sekiranya mempunyai bukti tunjukkan kerana kita sudah bosan dengan isu ini.

Jika Anwar gagal mengemukakan bukti, Anwar tidak layak menjadi Ketua Pembangkang kerana berbohong.

Anwar gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap skandal pasir di Selangor, itu pula kata Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong.

"Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, masih tiada tindakan dilakukan sehingga hari ini terhadap Ahli Parlimen yang terlibat.

"Malah beliau juga mendakwa pernah mendapat pelaburan sebanyak RM40 bilion tetapi sampai sekarang masih tiada apa-apa," katanya.

(Oleh: Mohd_Aimel)


Pas akan lingkup dengan calon bukan Islam.

Posted: 17 Jun 2010 08:50 PM PDT

Langkah Pas untuk meletakkan calon bukan Islam menggunakan simbol mereka pada pilihanraya ke 13 nanti bakal mencetuskan konflik dan juga perpecahan di kalangan ahli-ahlinya sendiri.

Kesan yang paling ketara nanti akan boleh dilihat kepada penyokong tegar dan juga pengundi tetap Pas di setiap pilihanraya. Bolehkah golongan ini menerima keputusan pimpinan tertinggi Pas itu ?

Sebelum ini, mereka sejak sekian lama berpegang kukuh kepada ideologi bahawa Pas itu Islam dan undi kafir berdosa. Kini mereka seolah-olah dipaksa oleh Hadi Awang menelan kembali ludah mereka dengan isu calon bukan Islam Pas ini. Keputusan Presiden Pas ini bakal memberi kesan kurang baik kepada parti.

Jika dilihat dari satu sudut, Presiden Pas seolah-olah mengenepikan pandangan ahli-ahli partinya didalam hal ini. Hadi Awang lupa bahawa penyokong tegar dan pengundi tetap inilah yang menjadi tunjang kekuatan parti.

Keputusan Hadi yang tidak langsung mengambil kira pandangan akar umbi seperti ini sudah tentunya akan menimbulkan reaksi negatif dari mereka.

Selama ini, banyak ejekan dan juga maki hamun dari kumpulan penyokong taksub Pas ditujukan kepada penyokong kerajaan di setiap pilihanraya kecil kerana dikatakan memberikan undi kepada calon kafir.

Banyak juga kain-kain rentang yang boleh kita lihat terutamanya di Terengganu dan Kelantan dibuat oleh pengundi tegar Pas yang menyatakan bahawa undi orang Islam hanya untuk calon Islam. Begitu juga fatwa dari lebai-lebai kangkung Pas yang kononnya haram mengundi calon kafir.

Kini dengan keputusan terbaru Hadi Awang, tidakkah pemimpin-pemimpin Pas menjangkakan kumpulan penyokong tegar mereka ini akan marah dan memberontak?

Tidakkah pemimpin-pemimpin Pas prihatin dengan aib yang bakal penyokong taksub mereka ini tanggung kerana terpaksa menjilat kembali kahak yang diludahkan dulu?

Sejak sekian lama penyokong tegar dan pengundi tetap Pas melabelkan parti mereka sebagai hanya untuk orang Islam. Kini apakah mereka mahu menerima dan memberikan undi mereka kepada calon bukan Islam hanya kerana terpaksa menurut kehendak kepimpinan parti yang gilakan kuasa?

Satu lagi kesan yang bakal wujud akibat keputusan Pas ini ialah, tindakan Hadi Awang tanpa merujuk dulu kepada Pakatan Rakyat berkenaan isu calon bukan Islam Pas ini bakal menjejaskan hubungan mereka di dalam PR.

Di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP telah dianggap sebagai parti pelbagai kaum. Pas di terima ke dalam PR hanya di atas kapasiti mereka sebagai parti melayu kedua terbesar selepas Umno. Kebimbangan pastinya akan tercetus kepada PKR dan DAP kerana tindakan Pas ini seolah-olah mahu mencuri sokongan bukan melayu dari PKR dan DAP mereka selama ini.

Tindakan Pas juga bakal mencetuskan spekulasi di dalam PKR dan DAP bahawa Pas mahu mendominasi kepimpinan didalam Pakatan Rakyat.

Dengan keputusan Hadi Awang ini yang lebih bersifat menjaga kepentingan sendiri, Pas perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan negatif pada PRU 13 akan datang jika isu calon bukan Islam ini menjadi kenyataan.

Konflik yang wujud didalam hal ini pastinya akan memberikan kesan buruk kepada parti melayu kedua terbesar itu jika Hadi dan kepimpinan Pas lainnya tidak mampu menangani dan memberi penjelasan yang baik kepada seluruh ahli mereka di akar umbi.

Jangan di PRU 13 nanti, Pas hanya ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula bakal berciciran.

(Oleh: pak_long)


Pemimpin mana yang peduli Melayu berpecah?

Posted: 17 Jun 2010 04:46 PM PDT

Semalam, saya sempat berjumpa dengan beberapa sahabat lama.Setelah bertahun tidak bertemu, kami berborak panjang. Ternyata ada di antara kami yang berbeza pendapat politik. Ada UMNO, PAS, PKR dan ada juga yang mengambil pendirian sebagai "Bebas". Namun, apa yang dibanggakan ialah ke semua kami mempunyai sifat yang sama iaitu sifat patriotisme yang tinggi, sayang kepada Islam dan semangat kemelayuan yang jitu.

Titik persamaan inilah yang menjadi topik persoalan antara kami. MENGAPA MELAYU ISLAM TERPISAH HANYA KERANA POLITIK? Itu persoalannya. Kami sepakat mengatakan bahawa politik itu hanyalah perkara duniawi dan mengapa pula perkara duniawi yang diberikan tumpuan sehingga memecahkan belahkan bangsa dan agama? Sedangkan kita semua 1agama, 1bangsa dan 1Malaysia.

Sampai bilakah Melayu akan terpisah dan saling kutuk mengutuk antara satu sama lain? Sampai bilakah umat Islam di Malaysia akan berpecah belah? Hanya kerana wujudnya UMNO, PAS dan PKR, maka Melayu Islam berpecah untuk selamanya? Masing-masing mempunyai tujuan politik yang sama iaitu "MEMEGANG TAMPUK KUASA PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA". Namun, hanya kerana beberapa perbezaan pendapat pimpinan, maka seluruh umat Islam Melayu menjadi mangsa pepecahan ini.

Sampai bilakan UMNO, PAS dan PKR akan bermusuhan? PAS dan PKR lebih mirip kepada parti "serpihan" UMNO. Hanya dengan beberapa perselisihan pendapat, mereka berpecah dari UMNO dan menubuhkan parti sendiri. PAS ditubuhkan oleh Ustaz Fuad kerana "merajuk" selepas kalah bertanding 1 lawan 1 dengan Tunku Abdul Rahman Putra untuk jawatan Presiden UMNO. Sedikit perbezaan dasar perjuangan di antara PAS dan UMNO hanyalah "alasan" untuk menutup "sebab asal" untuk penubuhan PAS.

Kemudian, PKR pula ditubuhkan hanya kerana manusia yang bernama "Anwar Ibrahim". PKR ditubuhkan hanya kerana Anwar mendakwa dia di aniaya Tun M. Namun hakikatnya, semua orang tahu bahawa Anwar terbukti terbabit menyalah guna kuasa dan disahkan meliwat oleh mahkamah. Bolehkah seorang Timbalan PM menjadi dalang menculik dan menyeksa seorang saksi yang mendakwa dia meliwat? Adilkah begitu? Siapa yang aniaya siapa?

Namun apa pun alasan atau punca pepecahan ini, apakah alasan dan punca-punca itu melayakkan Melayu berpecah di Malaysia? Pada pendapat kami, Melayu tidak sepatutnya berpecah dan diporak perandakan sebegini. Kita umpama sebuah keluarga Melayu yang besar dan adik beradik yang "tua" bercakaran sesama sendiri hanya untuk KUASA. Adik-adik yang "kecil" marhain inilah yang menjadi "mangsa". Sedangkan keluarga-keluarga lain yang menumpang dan berkongsi kehidupan di "rumah kita" bertepuk tangan mendapat keuntungan dan laba. Siapa yang untung dan siapa yang rugi?

Apa yang mengejutkan saya, saranan saya telah mendapat persetujuan dari semua kawan-kawan PAS, PKR dan "Bebas" semalam. Saya menyarankan agar PAS & PKR bersatu di dalam payung BN. Saya juga menyarankan agar PKR dibubarkan kerana ditubuhkan di atas perjuangan peribadi seseorang dan bukan kerana perbezaan dasar perjuangan. Kemudian, kemelut Melayu ini diselesaikan secara "adik beradik darah daging sendiri" dan "buang yang keruh, ambil yang jernih".

Kmai bersetuju agar semua parti Melayu bersatu dibawah BN kerana BN adalah parti yang kini memegang kuasa pentadibran Kerajaan Malaysia. Bukankah semua parti politik mempunyai "target" politik yang sama? Maka sama-samalah berkongsi kuasa sesama saudara. Sama-sama dapat untung dan Melayu Islam tidak lagi diperkotak-katikkan di tanah air sendiri. Tak perlu bubar parti masing-masing, kita cuma bersatu dibawah satu bumbung. Salahkah berbuat demikian? Berdosakah? Bertentangan dari segi syar'iekah? Rasanya Islam amat menggalakkannya.

PKR harus dibubarkan kerana penubuhannya lebih bersifat peribadi. Anwar meminta isterinya menubuhkan PKR untuk membelanya setelah terpenjara di atas kesalahannya sendiri. Berbaloikah memecahkan bangsa dan saudara seagama hanya kerana kepentingan peribadinya yang tersasar? Dia mendakwa diri dizalimi, namun bagaimana diri mangsa lain yang dia zalimi? Dan benarkah dizalimi atau dia sendiri yang menzalimi diri sendiri. Cuba cari definisi menurut ISlam tentang erti "adil" dan "zalim".

Kita tidak mahu terus menjadi mangsa pepecahan bangsa dan umat Islam disebabkan kuas-kuasa politik ini lagi. Namun, kami sedar bahawa ini hanyalah anganan dan impian kami sebagai anak-anak Melayu yang punya sifat patriotisme, sayang kepada Islam dan sifat kemelayuan yng jitu. Yang menjadi penghalang kepada impian ini hanyalah EGO. EGO pemimpin parti masing-masing. Masing-masing EGO dan ingin mendabik dada sebagai juara. Masing-masing mempunyai kepentingan diri yang tidak mahu digadaikan demi anak-anak bangsa dan saudara seagamanya sendiri.

Pada saya, UMNO sudah pun membuka pintu seluas-luasnya kepada PAS untuk berunding dan bersyura. Malah sudah ada usaha-usaha ke arah "kerajaan perpaduan" secara sembunyi-sembunyi. Namun, usaha itu gagal hanya disebabkan oleh "orang ketiga". Ada pula pihak yang "mencucuk" pemimpin berpengaruh PAS untuk menolak pelawaan UMNO itu. Lantas dengan sombong meminta UMNO dibubarkan dan diminta menyertai PAS, Padahal, tiada sesiapa yang patut dikorbankan demi perpaduan umat Malayu Islam ini. Jika beginilah caranya, impian itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan selamanya.

Persoalannya, "DEMI PERPADUAN UMAT ISLAM MELAYU, MAHUKAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM INI MENGORBANKAN EGO DAN RASA RIAK DIRI?". Atau, "MAHUKAH PEMIMPIN PARTI MELAYU ISLAM INI TERUS MELIHAT UMAT ISLAM MELAYU INI BERPECAH, BERMUSUH DAN BENCI MEMBENCI ANTARA SATU SAMA LAIN SEMATA-MATA KERANA DOSA MEREKA"? Biarlah mereka pemimpin-pemimpin yang "bijaksana" pula yang memikirkan arah umat Islam Melayu pula...

(Oleh: dukeofmontecristo)


Pengikut