Isnin, 26 Julai 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Posted: 26 Jul 2010 09:52 AM PDT

Petikan dari Utusan.com

BERSATULAH KERANA ALLAH

SAYA ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin negara ini terutamanya yang mendakwa diri mereka Tok Guru dan ulama, terutamanya yang melaungkan diri sendiri lebih Islam daripada saudara Islamnya yang lain, terutamanya yang mengkafirkan orang yang mengucapkan syahadah, sudahkah anda melunaskan tanggungjawab berjihad membersihkan nama agama Islam yang dipandang busuk oleh musuh Islam?

Jadi, apa lagi yang umat Islam negara bertuah ini tunggu? Tunggu sehingga laungan azan lima kali sehari diharamkan? Tunggu sehingga pemakaian tudung oleh wanita Islam diharamkan? Tunggu sehingga wang zakat dibangunkan untuk pembangunan musuh Islam? Tunggu sehingga Perlembagaan negara diubah supaya agama Islam bukan lagi agama rasmi negara ini? Tunggu sehingga kuasa politik negara ini dipegang oleh musuh Islam? Tunggu apa lagi wahai umat Islam di bumi Malaysia ini?

Hari ini, di manakah letaknya agama Islam dan bangsa Melayu? Pemenangnya adalah orang sebelah sana, yang pandai menangguk di air yang keruh, yang bertepuk sorak mengapi-apikan kita. Bertindaklah sebelum kuasa politik negara ini hilang daripada dakapan bangsa Melayu yang beragama Islam.

SETIAP MASA BERJIHAD

Selangor

Puteri UMNO Kota Marudu

Puteri UMNO Kota Marudu


Puteri Menuntut Seorang Wakil Rakyat Daripada Parti UMNO Di Parlimen P.168 Kota Marudu Menjelang PRU Ke 13

Posted: 25 Jul 2010 10:42 PM PDT

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Perjuangan & Salam 1 Malaysia.
YBhg., Pengerusi Tetap,
YBhg., Timbalan Pengerusi Tetap,
YBhg., Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu, Pn. Redonah Bahanda,
Yang Dihormati, Pemerhati dari Pergerakan Puteri UMNO Negeri, Pn. Aziah Atoh, selaku Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sepanggar juga Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah,
Yang Berusaha dan Dikasihi, Barisan AJK Puteri UMNO Bahagian, Ketua-ketua Puteri UMNO Cawangan,
Wakil daripada UMNO Bahagian,
Para Perwakilan dan Pemerhati yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan syukur setulusnya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, sekali lagi kita dapat berkumpul dalam Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kota marudu pada pagi yang mulia ini untuk meneruskan kelangsungan perjuangan Pergerakan Puteri UMNO dan parti UMNO yang kita cintai. Puteri UMNO Bhagian Kota Marudu tetap teguh berdiri, bersama-sama Pergerakan Wanita dan Pemuda tanpa sedikitpun rasa gentar, akan meneruskan perjuangan, mengangkasa dan memperkasakan parti keramat ini. Semarak semangat perjuangan generasi muda dalam Puteri UMNO tidak pernah padam, biar diasak apa juga cabaran!

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,

Mesyuarat Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu pada kali ini ingin membentangkan usul agar SATU KERUSI diberikan kepada Parti UMNO dalam Pilihan Raya Ke-13 akan datang. Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu memohon agar pihak Perhubungan UMNO Negeri dan Pusat mengambil perhatian serius dan tindakan terhadap perkara ini. Dalam kempen pilihan raya lepas, penyandang kerusi parlimen Kota Marudu yang juga merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Y.B Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili, dalam kempennya merayu agar pengundi memberikan peluang dan memilihnya untuk kali terakhir. Melalui pernyataan ini, jelas menggambarkan bahawa Y.B Datuk tidak lagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya akan datang.

Jika menyingkap dan menelusuri sejarah perjuangan dalam parti, UMNO Bahagian Kota Marudu telah membuktikan komitmen yang padu dan iltizam yang mantap dalam kemenangan majoriti yang telah dicapai oleh calon-calon Barisan Nasional yang semuanya dari Parti Bersatu Sabah (PBS) (DUN Matunggong: Y.B Sarapin Magana; DUN Tandek: YB Anita Baranting @ Lasiah dan Parlimen Kota Marudu: Y.B Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili). Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu yakin bahawa dengan keangkasaan dan keperkasaan parti umno sendiri dan sokongan serta komitmen daripada parti komponen, parti UMNO dalam Barisan Nasional juga akan memperolehi kemenangan yang manis, bergaya dan majoriti jika diberi mandat menjadi calon dalam pilihan raya yang akan datang.

Sidang Perwakilan yang dihormati,

Mari kita renungkan dan nilai bersama. Adakah selepas 9 tahun penubuhan puteri, kita mempunyai hala tuju yang benar-benar menyokong perjuangan parti kita? Adakah kita telah mainkan peranan sebagai jentera generasi muda yang prihatin terhadap perjuangan agama, bangsa dan negara? Cabaran yang ada di hadapan sangat getir. Kita mahu buktikan bahawa kita bukan sekadar boneka, tempelan, kekuatan yang ada pada kita bukan sekadar untuk merayu undi ketika pilihan raya, tetapi kita juga perlu dilibatkan dalam perkara yang membabitkan bab yang lebih penting dan besar. Seperti mana ucapan dasar, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Y. B Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia pada tahun lepas:

"Jika mereka menjadi sayap, kita juga mesti terbang dengan sayap itu. Jika mereka menjadi tulang belakang, biarlah kita kekal menjadi tulang rusuk yang menjadi rasuk yang mengukuh. Rasuk pada tiang seri sebuah rumah yang kukuh berdiri tanpa sebatang paku pun. Kita bukan pesiang sayap lain, malah puteri adalah pengukuh dan penyokong".

Saya yakin dan percaya, cabaran untuk merealisasikan pergerakan ini terus relevan adalah bertitik tolak dari puteri itu sendiri. Kita tidak perlu menunding jari. Kita tidak perlu menyenaraikan faktor luaran yang menyebabkan pergerakan kita lemah kerana segala puncanya adalah dari dalam pergerakan kita sendiri. Inilah masanya kita memperbaiki landasan perjuangan kita. Kita mesti melakukan perubahan, jika tidak, puteri akan rebah!

Sidang Perwakilan Yang dimuliakan,

Tanggung jawab kita hakikatnya tidak mudah digalas. Tanggung jawab kita amat besar. Pengajaran Mac 2008 dan siri kekalahan dalam 7 pilihan raya kecil selepasnya, perlu kita kongsikan beban dan belajar daripada tragedi itu. Kita mesti akui, sebahagian daripada punca kemorosotan prestasi kita disebabkan oleh kegagalan kita untuk mendapatkan keyakinan golongan muda. Kita gagal untuk memastikan golongan muda supaya memihak kepada kita. Sedangkan lebih 40% pengundi adalah dalam kalangan usia kita. Ini bukan satu pencapaian yang baik dalam sejarah perjuangan parti. Kita harus bangkit kembali menggunakan segala kekuatan yang ada pada kita untuk meraih sokongan rakyat kepada parti. Kita juga tidak akan berputus asa meraih sokongan pengundi sekalipun terpaksa berjalan di taman perumahan, menyusur kesibukan kota, berdayung hingga ke hulu sungai, mendaki ke puncak gunung, meredah semak dan belantara, Puteri Tidak Akan Berhenti!!!! Marilah kita bersama-sama melipatgandakan usaha yang sedia ada untuk terus memenangi hati pengundi.

Di samping itu, puteri mesti bergerak aktif mencari ahli dan pengundi baru. Jika SPR mengakui PAS dan DAP paling aktif mencari pengundi baru, maka puteri juga mesti bertindak agresif untuk mencapai matlamat itu. Masa kita tidak panjang, sehari kita bertangguh, mungkin kita terlepas berpuluh ahli baru. Sebagai sayap yang mewaklili generasi muda, inilah peluang untuk membuktikan peranan kita. Peranan untuk memasyarakatkan, merakyatkan dan mengakarumbikan UMNO.

Sidang Perwakilan Yang Dihormati Sekalian,
Sayangi Parti, Dekati Rakyat. Puteri UMNO perlu sayangi parti, mendekati hati rakyat sepanjang masa dan kembali kepada semangat jati diri, berjuang dengan gigih supaya parti ini terus disegani dan mendapat tempat di hati rakyat. Sebagai mana saranan Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam majlis sambutan ulang tahun ke-64 UMNO di PWTC bulan lepas:

"untuk menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, para pemimpin UMNO perlu sentiasa berusaha dan membuat program-program sepanjang masa dan bukannya turun padang hanya pada musim-musim pilihan raya sahaja. Untuk sentiasa menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat, buatlah usaha, program sepanjang masa, sepanjang zaman bukan dekat pilihan raya baru ke hulu ke hilir siapkan data peribadi".

Selaku pemimpin, Puteri UMNO hendaklah menanamkan nilai dan mempraktiskan dalam diri sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, bukannya mendampingi mereka secara bermusim. Politik bukan wadah untuk kita mengejar kuasa dan wang ringgit, tetapi keutamaan harus diletakkan kepada perjuangan membela nasib bangsa dan rakyat jelata.
Sidang Perwakilan Yang Dimuliakan,

Teruskan obor perjuangan untuk bersatu dalam satu pasukan demi menjayakan hasrat parti. Teruskan berusaha dan berdoa agar langkah kita melakar kegemilangan demi agama, bangsa dan negara terus terlaksana. Laungan perjuangan UMNO sebagai pembela nasib rakyat akan terus bersemarak dan bergema dalam dewan ini. Patah sayap bertongkat paruh, gunung nak didaki, didaki jua.

Semoga Puteri UMNO terus berwibawa dalam menggarap satu perjuangan, mengukuhkan puteri dan menjulang parti.

Puteri...khidmat bakti mu amat diperlukan. Puteri...jasa pengorbanan mu menjadi taruhan. Puteri...gerakkan lah barisan. Puteri maruah negara, bangsa dan agamamu menjadi ihsan pada sebuah nama perjuangan. Puteri...jangan gadaikan semua itu atas nama jawatan dan gelaran. Puteri... hanya ALLAH yang membalas setitis keringatmu yang gugur atas nama perjuangan. Puteri... majulah, berjuanglah...INSYALLAH Puteri, kau kan megah di persada barisan.

Sekian, wabillah hi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum wrt. Wbt.

*Usul ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Kota Marudu pada 19 Jun 2010 (Sabtu)bertempat di Hotel Hexan, Kota Marudu.

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


NIK AZIZ TENSION.. - CELAKO CELAKO CELAKO!!!

Posted: 26 Jul 2010 01:07 AM PDT


PAO
KENAPA PULAK NI???

DENGAR CERITA TENSION DENGAN SOKONGAN BEBERAPA PEMIMPIN YANG INGIN MENGKAJI SEMULA ISU PERPADUAN PAS - UMNO..

ADOI... CELAKO CELAKO CELAKO.. HEHEHEE

BAWA BETENANG POK NIK...


MAKLUMAT LANJUT???


KLIK SINI


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MESTI BACA: Sejarah 1977 : Sebab Sebenar PAS disingkir dari BN....

Posted: 26 Jul 2010 07:59 AM PDT


"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

FAKTA TAMBAHAN.


Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.

AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

FAKTA TAMBAHAN 11.

.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

DAFTAR PEMILIH JAN HINGGA JUN 2010.

Posted: 26 Jul 2010 07:52 AM PDT







Data ini menunjukkan perlu dilakukan pendaftaran dengan lebih agresif lagi nampaknya. Terutamanya kepada parti komponen BN.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA UMNO SELANGOR,

Posted: 25 Jul 2010 06:01 PM PDT

Kapar
Siri Road Show SSDE akan menggempur kubu Sahak Gobek di Ijok malam ini dalam usaha menukar ianya agar menjadi kubur Sahak Gobek dalam pru akan datang.

Selain di Ijok, satu lagi ceramah SSDE akan diadakan di Kapar.

Saya menyeru kepada kawan-kawan yang di luar sana agar anda datang dan dengar sendiri apa yang dikatakan oleh para-para penceramah.

Percayalah cakap saya, ceramah SSDE ini lain dari ceramah-ceramah UMNO atau BN yang anda pernah dengar selama ini.

Wow !!! Gelombang SSDE Melanda Selangor.


Sepanjang saya mengikuti ceramah-ceramah anjuran BN atau UMNO, malam tadi adalah kali pertama saya dapat rasa ada satu aura yang lain. Kebiasaannya ceramah-ceramah mereka membosankan, tetapi malam tadi lain macam rasanya.

Setibanya saya ke kawasan berhampiran tapak ceramah kelainan sudah dapat dirasai. Pertama sekali adalah kerana lalulintas yang perlahan untuk ke tempat ceramah di Pandamaran yang terletak dalam dun Pelabuhan Klang. Kedua, kelihatan kenderaan yang banyak diletak di kiri kanan jalan sebelum sampai ke tempat ceramah. Perkara-perkara ini bukan menjadi kebiasaan dalam majlis-majlis ceramah anjuran BN atau UMNO.
Dalam hati terasa seperti nak pergi dengar ceramah PAS pula rasanya. Saya sendiri pun terpaksa meletak kenderaan agak jauh dari tempat ceramah dan terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke sana. Sebiji sama nak pergi dengar ceramah PAS.
Ketiga, bila melihat petugas-petugas berada di tepi jalan memegang lampu picit bagi melancarkan kesesakan lalulintas. Kemudian ada pula anak-anak muda di tepi jalan mengedarkan risalah-risalah tentang kebaculan dan kemunafikan kerajaan pak-khatan rakyat Selangor kepada pengguna-pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.Perkara ini tidak pernah saya lihat berlaku dalam ceramah-ceramah UMNO atau BN, tetapi ianya perkara biasa bagi PAS atau PKR.
Kemudian ada pula peniaga-peniaga yang membuka gerai menjual makanan dan minuman. Kebiasaannya gerai-gerai hanya wujud dalam ceramah PAS dan PKR. Di sini ada sedikit perbezaan kerana ditapak ceramah BN malam tadi tidak terdapat gerai-gerai yang menjual ubat kuat atau ubat tenaga batin yang kebiasaanya sinonim dengan majlis-majlis ceramah PAS atau Harakah.

Kemudian lagi, sistem pembesar suara yang menggunakan corong membuatkan ceramah dapat didengar dari jarak yang jauh dan jelas. Dari tempat saya letak kereta lagi saya sudah boleh dengar dengan jelas suara Ezam membalun Mahfuz Omar berhubung dengan akhbar Washington Post yang dikaitkan dengan Anwar baru-baru ini.

Cara Ezam menyampaikan ceramah malam tadi saya terbayangkan Ezam yang saya pernah lihat sewaktu kemuncak zaman reformasi 10 tahun lepas. Sungguh bertenaga dan balunnya maksimum. Setakat cicak-cicak mengkarung atau pendekar tempang seperti Nik Nazmi Mata Sepet Sebelah atau Amiruddin Shaari Otak Bergegar (perasuah pasir) nak lawan Ezam tak payahlah. Mereka masih jauh lagi ketinggalan, kalau kencing pun masih lagi berbuih maka bolehlah lupakan hasrat nak berlawan dengan Ezam.
Secara jelas malam tadi Ezam memberitahu bahawa Wan Azizah sendiri yang menyatakan kepadanya tentang perangai buruk Anwar. Perkara itu dinyatakan selepas Azizah tidak tahan lagi dengan perangai buruk Anwar yang masih melakukan kerja sondol-menyondol walaupun selepas keluar dari penjara.

Bermula dari situ, Ezam mula berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar. Beliau merasakan perjuangannya selama enam tahun memperjuangkan Anwar hanya sia-sia sahaja. Ini kerana pada masa itu beliau belum tahu tentang tabiat luar tabie Anwar.

Setelah mengetahuinya dari mulut isteri Anwar sendiri ,maka Ezam terpaksa mengambil satu keputusan yang amat berat dalam hidupnya demi prinsipnya yang tidak mahu bersengkongkol dengan seorang peliwat.

Ezam juga memberitahu bagaimana Saiful Bukhari berjumpa dengannya dan beliau cuba mengaturkan Saiful untuk berjumpa dengan empat orang ulama PAS. Sesiapa yang ingin mengetahui secara lanjut cerita ini boleh datang mendengarnya sendiri dari mulut Ezam di 15 lagi lokasi ceramah SSDE yang akan diadakan sebelum menjelang Ramadhan ini.

Apabila Ezam menyertai UMNO , juak-juak PKR mula menuduhnya sebagai pelacur politik. Kononnya beliau mendapat 2 juta untuk menyertai UMNO. Ezam bersumpah dengan nama Allah bahawa tiada satu sen pun yang diterimanya apabila menyertai UMNO.

Azmin Ali juga turut tidak terlepas dari serangan Ezam malam tadi. Secara jelas Ezam memberitahu yang Azmin seorang lelaki yang dayus. Pada pandangan saya (rbf) saya dapat menyimpulkan maksud dayus yang dikatakan oleh Ezam ialah berkenaan dengan perkongsian isteri (Shamsidar) antara Azmin dan Anwar. Azmin tidak layak menjadi MB Selangor kata Ezam. Banyak lagi cerita-cerita menarik yang dinyatakan oleh Ezam malam tadi dan yang tidak pernah kita dengar dari mulutnya selama ini. Oleh itu saya merasakan lebih baik anda datang dan dengar sendiri di telinga anda di 15 lagi lokasi ceramah SSDE.
Selesai Ezam menyampaikan ceramah giliran Pengerusi BN Klang,Datuk The Kim Poo pula menyampaikan ceramah. Beliau menceritakan bagaimana Ronnie Liu menipu penduduk setinggan di Jalan Papan Pandamaran. Ada di kalangan perempuan-perempuan tua cina yang mengamuk dan tunjuk tangan tepat di atas muka Ronnie kerana sikapnya yang suka menipu.

Banyak projek-projek kerajaan pusat yang dijalankan di Pandamaran yang kemudiannya Ronnie datang dan mengaku projek itu dilakukan olehnya. Walaupun agak pelat sedikit tetapi Datuk Teh menyampaikan ucapannya dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Beliau faham yang majoriti orang yang hadir mendengar ceramah adalah bangsa melayu dan tempat ceramah juga di kawasan melayu. Ini berbeza dengan sikap seorang dajal akhir zaman yang menyampaikan ceramah dalam bahasa inggeris ketika berceramah di kampung melayu juga di Klang sepertimana yang pernah saya laporkan beberapa bulan lepas di sini .
Selesai Datuk Teh, tiba pula giliran exco Pemuda Umno Pusat iaitu saudara Lokman Nor Adam menyampaikan ucapan. Secara jujur saya katakan, pujian 5 bintang wajar diberikan kepada saudara Lokman yang menyampaikan ceramah begitu berkualiti sekali. Beliau bercakap dalam bahasa yang mudah difahami dan menjelaskan segalanya-galanya. Isu Apco, penyundalan di Selangor, PAS, PKR,liwat dan beberapa perkara lagi. Senang cerita semua ada dan cukup rasanya.

Saya amat terkejut apabila Lokman menceritakan pengalaman beliau semasa dalam ISA bersama anak Nik Aziz yang ditahan kerana KMM dan beberapa tahanan lain yang ditahan kerana JI. Lokman memberitahu bagaimana mereka –mereka yang ditahan kerana aktiviti keganasan dan yang taksub dengan Nik Aziz serta Hj.Hadi merancang untuk mengebom kilang arak di Shah Alam.

Kata mereka kerana kilang arak tersebutlah yang membuatkan runtuhnya akhlak rakyat Malaysia. Tetapi kini , sejak 2008 hingga kini apabila kerajaan campuran PKR serta PAS berkuasa di Selangor sudah dua kali kilang arak berkenaan memperbaharui lesen mereka tanpa sebarang masalah.

Sepatutnya inilah masa terbaik yang ada dan perlu digunakan oleh PAS untuk menutup kilang arak berkenaan. Hajat tersebut sudah lama PAS pendam, tetapi apabila ada peluang mereka tidak menggunakannya.

Mengikut Lokman sewaktu beliau pernah berceramah bersama Mat Sabu satu ketika dahulu, Mat Sabu pernah berkata jika mereka berjaya bentuk kerajaan malam ini maka esok pagi sebelum ayam berkokok lagi PAS akan tutup semua pusat-pusat hiburan. "Itu dulu Man, dulu lain sekarang lain, dulu tak dapat duit, sekarang lim guan eng sudah suap duit ke mulut".

Lokman juga menceritakan bagaimana Wan Azizah 'menutuh' Anwar dalam bilik di Hotel Quality Shah Alam di depan beberapa ahli parlimen PKR sebaik sahaja Saiful membuat laporan polis.

Diringkas cerita, banyak cerita-cerita menarik dan info terkini yang boleh didapati dalam siri Road Show SSDE. Saya cadangkan anda pergilah dengar sendiri. Percayalah cakap saya, ceramah SSDE ini memang lain dari yang lain. Tak percaya ? Datang dengar sendiri.

Serangan-serangan yang dilakukan dalam ceramah sungguh menggerunkan, tidak lagi seperti dulu yang mana bila mula saja berceramah cerita pasal pembangunan hingga ke akhir ceramah.

Sekalung tahniah kepada UMNO Selangor kerana berani membuat perubahan dan mula bertindak sebagai pembangkang. Semoga momentum ini berkekalan sehingga ke pru akan datang.

8 comments

MESTI BACA : BAGAIMANA NAK MENANG PRU KE 13 ?

Posted: 25 Jul 2010 05:40 PM PDT

62% pengundi muda 'atas pagar'

KUALA LUMPUR 25 Julai – Seramai tujuh juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, kajian terbaru oleh Makmal Pemuda BN telah memberi wawasan tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian non-partisan (tidak memihak) berhubung politik negara.

Berikutan majoriti golongan belia bukan penyokong mana-mana parti, kajian itu mendapati tiga daripada lima pengundi muda atau 62 peratus daripada mereka masih 'duduk atas pagar' mengenai parti pilihan mereka.

Hasil kajian ke atas kira-kira 1,000 responden dari seluruh negara itu serta cadangan dasar telah disampaikan oleh Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas.

Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik khas selama dua bulan mulai Mac lalu itu bagi membantu parti pemerintah menggubal dasar bersesuaian dengan keperluan generasi muda di negara ini.

Hasil laporan itu akan diumumkan kepada awam pada satu mesyuarat bersama Perdana Menteri dijadual pada 20 Ogos ini.

Kebimbangan utama yang disuarakan oleh responden adalah berkaitan dengan pekerjaan, pendidikan, peningkatan kos hidup dan pengangkutan awam.

"Golongan belia ini akan mengundi mana-mana calon yang mereka fikir lebih baik pada pilihan raya umum akan datang," menurut hasil kajian itu.

Hasil kajian itu adalah serangkai dengan arah aliran politik semasa yang ditonjolkan oleh pelbagai pemerhati dan penganalisis politik termasuk Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.

"Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila-bila masa," kata Abu Hassan.

Menurutnya, generasi muda tidak lagi berpegang kepada kata-kata atau janji ahli politik tetapi sebaliknya menilai bagaimana parti-parti berkenaan menangani pelbagai isu.

Bagi Khaw Veon Szu, Pengarah Institut Pembangunan Sosioekonomi dan Penyelidikan (SEDAR), iaitu kumpulan pemikir Parti Gerakan, pula, beliau percaya kebanyakan belia di negara ini masih cenderung kepada pembangkang, walaupun perangkaan 60 peratus pengundi belia 'atas pagar' seperti dilaporkan oleh Mahkamah Pemuda BN.

"Saya percaya pengundi muda 'atas pagar' sebenarnya pada kadar 30 peratus dan saya tidak kata ia akan mencecah sehingga 60 peratus," katanya.

"Pengundi sentiasa berubah secara bulanan tetapi ia hanya sekadar mana tahap perubahan itu.

"Konsensus secara umum bagi golongan muda dan ligat itu pada amnya mereka memihak pembangkang," katanya.

Veon Szu berkata, pembangkang mempunyai sedikit 'simpanan tetap' dalam masyarakat Cina dan ini dijelaskan mengapa mereka begitu gigih mendaftar pengundi baru dan muda kerana mereka menganggap golongan itu adalah tambahan kepada 'simpanan tetap' mereka.

Bagi memenangi hati pengundi muda, katanya, BN tidak mempunyai masa tetapi sebaliknya perlu mempunyai rancangan drastik bagi mengejar usaha pembangkang mendaftar pengundi baru.

Salah satu sektor yang boleh membawa impak segera dan berkesan yang boleh meninggalkan kesan mendalam dalam minda dan hati pengundi muda adalah rombakan dasar pendidikan.

Bagaimanapun, sebilangan pemerhati politik dan ahli parti berpendapat bahawa apa yang BN perlu sekarang ialah penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan oleh golongan ini dan bukan satu lagi kajian untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh belia.

"Anda tidak perlu menjalankan satu kajian untuk mengetahuinya. Sebagai seorang pemuda, saya boleh beritahu apa yang golongan pemuda inginkan – pekerjaan, keselamatan, kualiti hidup yang lebih baik dan urus tabir yang cekap," kata seorang pemimpin pemuda dari sebuah parti komponen BN.

Bagaimanapun, sebarang bentuk kajian adalah penting dan dapat membantu BN merangka strategi bagi membantu golongan itu di peringkat bawahan.

Usaha kajian seperti itu adalah langkah tepat seperti dilakukan oleh Pemuda MIC di mana lebih ramai pemimpin muda diberi tanggungjawab di peringkat cawangan dan bahagian.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan, berkata pada 21 Ogos ini, sebanyak 50 cawangan pemuda baru dengan pemimpin baru akan dibentuk selain mendaftar ahli baru sebagai pengundi jika mereka mencapai umur 21 tahun.

"Sebelum ini, kita terpaksa menunggu sehingga seseorang itu melepaskan jawatan atau meninggal dunia. Tetapi kini, kita melakukan rombakan dan maklum balasnya adalah baik.

"Kami kini mempunyai pengerusi cawangan berusia antara 20-an dan 30-an," katanya.

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Anthony Loke Siew Fook menjelaskan, kecenderungan pengundi muda kepada parti pembangkang sebahagian besarnya disebabkan faktor 'tolakan' dari BN dan bukan faktor 'tarikan' oleh pembangkang.

"Perebutan mendapatkan sokongan pengundi muda masih terbuka luas. Pengundi muda akan memilih calon yang dapat membuktikan kelebihan yang ada pada diri mereka," katanya.

Oleh itu, Siew Fook berkata, pembangkang menumpukan kepada dua pendekatan iaitu pendaftaran pengundi baru secara agresif dan memaklumkan kepada golongan itu bahawa mereka boleh membuat keputusan dengan apa yang mereka fikirkan penting.

Pensyarah Sains Politik, Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI), Dr. Ong Kian Ming berkata, Pemuda BN tidak mempunyai rancangan bersepadu untuk membabitkan golongan pemuda serta gagal mengetengahkan dasar untuk mereka.

"Misalnya, isu biasiswa. Kita tidak lihat sebarang usaha bersepadu untuk menyelesaikan isu itu sehingga pengumuman oleh Perdana Menteri," katanya.

Pada 10 Julai lalu, Najib mengumumkan bahawa semua pelajar yang memperoleh keputusan 9A+ dan ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pengajian di universiti tempatan atau luar negara.

Kian Ming berkata, golongan muda nampaknya lebih cenderung kepada pembangkang tetapi parti pembangkang tidak boleh mengambil mudah berikutan keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan sedikit peningkatan sokongan golongan muda kepada BN.

''Pada PRU 1999 dan 2004, corak pengundian golongan muda menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN tetapi pada 2008, terdapat sedikit peningkatan sokongan kepada BN, khususnya dari generasi selepas reformasi berusia antara 21 dan 30 tahun,'' katanya.

Bagaimanapun, katanya, masih ada banyak cabaran bagi pihak pembangkang dan pemerintah tetapi kedua-dua pihak itu telah menampilkan beberapa pemimpin muda yang berjaya mendekatkan diri dengan golongan belia di negara ini. – Bernama

ULASAN:
Ciri-ciri Pengundi Muda Masa Kini.

1.       Pendirian non-partisan (tidak memihak) berhubung politik negara.
2.       Mereka masih 'duduk atas pagar' mengenai parti pilihan mereka.
3.       Calon pilihan mereka yang dianggap 'baik'.
4.       Soal pendidikan, pekerjaan, kos dan kualiti hidup, keselamatan , pengangkutan awam jadi perhatian.
5        Berpandangan terbuka dan membina.
6.       Tidak berpegang kepada janji ahli politik semata-mata.
7.       Tertumpu bagaimana jalan penyelesaian kepada pelbagai isu.
8.       Melihat sesuatu perkara dengan skop yang lebih luas.
9.       Sokongan mudah berubah-ubah.
10.     Sokongan kepada calon yang dapat membuktikan kelebihan diri mereka.
11.     Memihak kepada pembangkang.
12.     Sedia memikul tangungjawab sebagai pemimpin pelapis.
13.     Generasi muda yang berusia 21 - 30 tahun memihak kepada kerajaan.
14.     Masih ramai yang tidak daftar pemilih.
15.     Rasa bosan dan muak dengan landskap politik semasa.
16.     Masih kurang terdedah dengan ilmu kenegaraan.
17.     Pemimpin parti politik hanya mahukan undi sahaja tanpa ada proses pendidikan politik.
18.     Pendekatan lama oleh pemimpin tidak menarik perhatian generasi muda.
19.     Tidak diberikan peluang untuk mengasah bakat kepimpinan.
20.     Sering dilemparkan dengan perkara yang negatif.

ULASAN.

Soalnya sekarang adakah pemimpin yang sedia ada baik pembangkang mahu pun kerajaan telah bersedia untuk melepaskan segala kemudahan, status, pangkat yang mereka nikmati selama ini DISERAHKAN kepada generasi muda? Begitu juga adakah generasi muda telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menerima wasiat sebagai bakal pemimpin?

 

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Melayu dalam dilema 'serba salah' - Dr. Mahathir

Posted: 26 Jul 2010 01:54 AM PDT

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu sekarang ini sedang berdepan dengan dilema 'serba salah' dalam menentukan kepimpinan negara.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, akibat dilema tersebut orang Melayu sukar membuat pilihan yang tepat akibatnya; "sokong orang itu bawa rebah, sokong orang ini hancur".

Beliau mengingatkan, orang Melayu perlu berani untuk menegur pucuk pimpinan kerana 'sayangkan pemimpin ditegur-tegurkan'.

Katanya lagi, orang Melayu juga pada hakikatnya masih lemah tetapi tidak mahu mengaku kelemahan tersebut.

"Kita kena akui bahawa kita sebenarnya lemah dan kerana kelemahan itu, kita perlu diberikan sedikit kelebihan," tegasnya.

Kerana itu katanya, konsep pembahagian sama rata tidak boleh digunakan sebaliknya perlu dilakukan konsep pembahagian secara adil.

Beliau memberitahu, pembahagian secara adil dengan sedikit kelebihan kepada yang lemah (orang Melayu) akan menjadikan orang Melayu kuat dan mampu bersaing.

"Jika dibuat secara sama rata, sudah tentu yang lemah akan terus lemah dan kebelakang manakala kaum bukan Melayu yang sudah kuat akan menjadi juara," katanya.

Tun Dr. Mahathir menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan kepimpinan 200 ahli-ahli UMNO dan pemimpin empat peringkat UMNO Bahagian Cheras, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya petang ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau juga mengingatkan orang Melayu kini sudah menjadi kaum minoriti yang memerlukan perubahan jika ingin kekal berkuasa.

Sebelum itu, Syed Ali dalam ucapan ringkasnya menjelaskan pertemuan dengan Dr. Mahathir pada petang ini memberi semangat baru kepada ahli-ahli UMNO khususnya Bahagian Cheras.

"Pertemuan ini amat bermakna sekali kepada kita disamping menghargai perjuangan dan kegigihan Dr. Mahathir membela nasib UMNO, orang Melayu dan negara ini," tegasnya.

Sementara itu dalam majlis dialog kemudiannya, Dr. Mahathir turut mendedahkan sikap PAS yang lebih mementingkan agenda politik daripada rakyat.

Beliau menyebut contoh bagaimana PAS ketika berada di dalam Barisan Nasional (BN) tidak berlaku adil kepada konsep permuafakatan.

"Datuk Asri Haji Muda (Presiden PAS) diberikan jawatan Menteri dan bertanggungjawab mengenai tanah rancangan Felda, tetapi dia gunakan jawatan tersebut untuk kumpulkan penyokong PAS," ujarnya.

Akibat daripada itu jelas beliau, Felda telah dijadikan kubu kuat PAS dan akhirnya Perdana Menteri ketika itu, Tun Hussein Onn terpaksa mengeluarkan PAS daripada BN.

Oleh sebab itu tegas Dr. Mahathir, kepercayaan UMNO terhadap keikhlasan PAS untuk bersatu demi orang Islam sudah diragui.

Menurutnya, PAS tidak ikhlas dan tidak boleh dipercayai dalam soal perpaduan umat Islam sepertimana yang dipersetujui oleh UMNO.






Isu perpaduan Islam ; UMNO jangan buang masa layan kerenah PAS – Syed Ali

Posted: 25 Jul 2010 08:14 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, UMNO tidak perlu membuang masa untuk terus melayan isu perpaduan kerana PAS sudah jelas menolak cadangan tersebut.

Sebaliknya kata beliau, UMNO sewajarnya memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

"Kita tidak ada masa nak layan perangai pemimpin PAS, terutama Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, lebih elok kita (UMNO) buat kerja untuk rakyat," tegasnya.

Beliau kesal kerana Nik Aziz masih lagi menunjukkan sifat bongkak dan takburnya apabila melemparkan penghinaan ke atas mereka yang bersungguh-sungguh untuk merintis jalan penyatuan umat.

Menurutnya, Nik Aziz tidak layak dilebelkan sebagai ulamak kerana sikapnya yang suka merendah dan mencerca sesama Islam termasuk mereka yang bertaraf Mufti.

"Sebagai pemimpin yang kononnya ada ilmu agama, beliau sepatutnya menerima baik cadangan dan usaha kearah penyatuan umat Islam, bukannya menentang dan bersifat takbur," ujarnya.

Tambah beliau lagi, jika UMNO terlalu beria-ia untuk menjalinkan hubungan baik dengan PAS, UMNO akan terus diperlekehkan sepertimana dilakukan oleh Nik Aziz.

"UMNO memikirkan tanggungjawab ke atas umat Islam dan kepentingan rakyat yang harus diutamakan, tetapi PAS pula dengan angkuhnya menentang usaha tersebut," katanya.

Beliau mengingatkan, selagi UMNO memberi tumpuan kepada usaha tersebut, semakin banyak isu yang akan diputarbelitkan oleh PAS untuk kepentingan politik mereka.

Menurutnya, isu perpaduan umat Islam sengaja dimanipulasikan oleh PAS untuk memerangkap UMNO supaya timbul kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berkata, Nik Aziz yang begitu angkuh telah menetapkan beberapa syarat jika UMNO ingin bekerjasama dengan PAS.

"Ini semua helah PAS, sedangkan UMNO telah terbukti sebagai sebuah parti yang berjaya mendaulatkan syiar Islam di negara ini melalui pelbagai kaedah dan pelaksanaanya," katanya.

Syed Ali berkata, PAS hanya mengulangi cerita retorik kononnya mereka memperjuangkan Islam tetapi hakikatnya pemimpin mereka sebenarnya yang menentang perpaduan umat Islam.

Oleh sebab itu jelasnya, pemimpin PAS tergamak melemparkan penghinaan, cercaan dan tuduhan melulu kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang bersedia menjadi perantaraan bagi tujuan tersebut.

Katanya, mereka (PAS) menafikan ada pemimpinnya menemui Harussani dalam soal perpaduan umat Islam sambil menuduh Mufti Perak itu sebagai berbohong dan menjadi alat UMNO.

Beliau berkata, media pro-pembangkang juga turut memukul canang Harussani berbohong, tetapi cerita sebenar telah terbongkar apabila Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali (gambar atas) mengakui menemui dan berbincang dengan Mufti Perak itu.

"Dalam soal ini, siapa yang berbohong ? Jelas bahawa pemimpin PAS termasuk Nik Aziz sanggup berdusta hanya kerana kepentingan politik," tegasnya.
Sehubungan itu, Syed Ali mencabar pemimpin PAS terutama Nik Aziz supaya mengambil tindakan keatas Hassan kerana telah menemui Mufti Perak untuk berbincang isu penyatuan umat Islam membabitkan PAS-UMNO.

Pengikut