Khamis, 19 Ogos 2010

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN


Majlis Berbuka Puasa Anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa

Posted: 19 Aug 2010 05:41 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Keadilan dlm kepelbagaian:

Posted: 19 Aug 2010 04:01 AM PDT

PEMUDA AYER HITAM

PEMUDA AYER HITAM


Nama Guan Eng Ganti Agong Dalam Doa Khutbah Jumaat

Posted: 19 Aug 2010 02:47 PM PDT

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

"Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang.

Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.

Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

"Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik," katanya. – Bernama

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN


AMANAH ALLAH DIBERI, PEMIMPIN WAJIB IKUTI, DEMI GOLONGAN YG. MEMERLUKAN...

Posted: 19 Aug 2010 02:02 AM PDT

Sudah sekian lama tidak menjengah dan mengemaskini blog ini. Mohon maaf di bulan yang mulia ini. Kesibukan membataskan kami untuk melaksanakannya.

Alhamdulillah, esok bermulalah Program ROAD SHOW : SUMBANGAN ANAK-ANAK YATIM DAN GOLONGAN MISKIN Peringkat Parlimen Wangsa Maju. Program ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan UMNO Bahagian Wangsa Maju. Beberapa AJK UMNO Cawangan kami juga akan terlibat termasuklah Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri UMNO Cawangan.

Program ini akan berlangsung pada 20, 22, 24 dan 26 Ogos 2010. Road show ini akan dilaksanakan mengikut zon-zon di Wangsa Maju.

Doakan semoga program ini berjalan dengan lancar di bulan yang penuh keberkatan.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Ramadhan

Posted: 19 Aug 2010 10:11 AM PDT

Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Ramadhan yang akan disampaikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Piai, Y.Bhg. Dato' Haji Jefridin Bin Haji Atan bertempat di :

Masjid Jamek Kampung Rambah Pontian
( DUN Kukup )
Hari Jumaat, 27hb Ogos 2010

Surau Parit Baru Pekan Nenas Pontian
( DUN Pekan Nenas )
Hari Sabtu, 28hb Ogos 2010

Majlis Sumbangan Ramadhan akan disampaikan kepada Golongan Yang Kurang Berkemampuan, Golongan Ibu Tunggal, dan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU).


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


WAJIB BACA : 'PERANG BESAR' BOLEH BERLAKU DI MALAYSIA.

Posted: 18 Aug 2010 05:52 PM PDT

Anwar: 'Perang Besar' M'sia, Umno tiup sentimen kaum - M'sia Kini.


Habis tu PR hembus apa pulak? Lagi dahsyat sampai jadi tsunami.


Menurut Anwar Umno yang sekarang kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mula dilihat memainkan sentimen perkauman.Yang kita dengar pemimpin dan penyokong PKR yang asyik keluar parti. Jadi yang betul dan benar kehilangan pengaruh adalah pembangkang bukan UMNO. Yang kerap memanaskan politik negara adalah pembangkang. Ini bertujuan agar sokongan penyokong mereka berterusan hingga PRU 13. Kalau senario ini lesu maka dah tentu PR hanya tinggal PR sahaja. Yang perang besar sekarang adalah pemimpin sahaja, kerana PRU dah dekat. Masing-masing nak cari populariti dan kepentingan politik. Sebenarnya isu perang besar timbul akibat ada pihak nak buat 'Perlembagaan Baru" tetapi isu sebenar ini cuba dinafikan.



MESTI BACA PUNYA : DAP TIDAK TELUS PADA PENYOKONG MEREKA.

Posted: 18 Aug 2010 05:24 PM PDT

Berdasarkan perjuangan itu ahli DAP Selangor, Tee Boon Hock dipecat daripada parti itu pada 31 Julai lalu atas kesalahan menggunakan kepala surat dan cap rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor, Ronnie Liu.Boon Hock yang juga Ahli Majlis Perbandaran Klang ( MPK) didakwa telah menggunakan kepala surat tersebut untuk mendapatkan sokongan kepada kroni dan anggota keluarganya bagi memperoleh kontrak pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Kes ini tiba-tiba muncul dan terus mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kemudiannya mengumumkan Boon Hock turut dipecat sebagai ahli MPK kerana ada asas bahawa salah laku guna kuasa itu terjadi.

Susulan itu Ronnie yang juga ahli DAP telah dipanggil memberi keterangan pada mesyuarat jawatankuasa disiplin DAP yang dipengerusikan oleh Tan Kok Wai pada minggu lalu. Ini kerana Ronnie juga dilihat turut bertanggungjawab dalam isu itu berikutan Boon Hock pernah menjadi pembantu khas beliau mulai Mac 2008 hingga 18 November 2009.

Namun di akhir mesyuarat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran itu hanya diberi amaran keras oleh Kok Wai. Ronnie diingatkan supaya bertanggungjawab untuk memastikan ketelusan dan urus tadbir yang baik dalam kalangan kakitangannya.

ULASAN - Dalam DAP collie juga salah, tauke selalu betul? Benarkah ini yang dimahukan oleh ahli-ahli DAP.Hanya amaran keras sahaja. Sikap double standard DAP kepada ahli mereka.Malah tindakan ini juga mendapat sokongan dari MB Selangor.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Pertembungan kepentingan Cina-Melayu mungkin didalangi pihak tertentu – Syed Ali

Posted: 18 Aug 2010 11:55 PM PDT

PERTEMBUNGAN tuntutan kepentingan kaum terutama Cina dan orang Melayu yang berlaku sejak akhir-akhir ini dikhuatiri didalangi pihak tertentu yang ingin menguasai negara ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketika melahirkan kebimbangan tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, pertelingkahan tuntutan antara dua kaum terbezar – Cina dan Melayu sudah lama tidak berlaku selepas tragedi 13 Mei 1969.

Katanya, perkembangan sekarang ini dilihat seperti sengaja dirancang dengan berselindung di sebalik parti politik untuk menjuarai kepentingan kaum masing-masing.

"Pada hemat saya, ada pihak tertentu menggunakan kepentingan politik untuk mencetuskan ketegangan antara kaum sepertimana tragedi 13 Mei dengan harapan mereka akan berjaya menguasai negara ini," tegasnya.

Dalam hal ini jelas beliau, semua pihak harus bertanggungjawab memastikan supaya bibit-bibit perpecahan kaum dapat dibendung dan tidak akan berulang sepertimana pengalaman pahit 13 Mei 1969.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kecelaruan dalam MCA di bawah pimpinan Datuk Seri Chua Soi Lek untuk menyerang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Anwar mungkin mendalangi isu pertelingkahan tuntutan orang Cina dan Melayu atas kepentingan politik peribadi," ujarnya.

Katanya, Anwar dengan kelicikannya mungkin memperalatkan MCA supaya membuat tuntutan 13 perkara pada Kongres Ekonomi Cina baru-baru ini bagi membangkitkan kemarahan orang Melayu dan UMNO khususnya.

Katanya, MCA yang mewakili sebahagian masyarakat Cina telah mengemukakan tuntutan yang dilihat menggugat hak dan kepentingan orang Melayu.

Menurutnya, sikap orpotunis sesetengah pemimpin MCA juga sudah bercanggah dengan semangat setiakawan di dalam BN yang dipupuk selama ini.

"Oleh sebab itu, sekarang sudah terbukti orang Melayu semakin marah manakala pemimpin UMNO pula kecewa dengan sikap MCA sebagai sekutu BN yang bersifat ala-DAP," tambahnya.

Perkembangan inilah jelas beliau, amat dinanti-nantikan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) supaya rakyat berpecah-belah manakala BN pula mula dilanda krisis sesama sendiri.

Katanya, asas kepada kemungkinan tersebut boleh diambilkira kerana Anwar di dalam keadaan terdesak dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya.

"Anwar sebagai pengkhianat kepada orang Melayu dan sanggup bersubahat dengan Yahudi akan melakukan pelbagai taktik politik asalkan impiannya untuk menawan Putrajaya tercapai," tegasnya.

Sehubungan itu jelasnya, rakyat pelbagai kaum di negara ini harus bersifat rasional dan tidak terbawa-bawa dengan api sentimen yang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu.

Syed Ali juga tidak menolak kemungkinan isu pertelingkahan tuntutan antara orang Cina dan Melayu sengaja diperbesarkan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar.

Beliau berpendapat, Anwar sebenarnya amat risau dengan keputusan perbicaraan kes meliwatnya di Mahkamah Tinggi kerana bakal mempengaruhi kerjaya politik beliau.

"Oleh sebab itu, sudah beberapa kali dia mohon perbicaraan kes tersebut ditangguhkan malah dilihat mahu dilanjutkan selepas PRU akan datang. Inilah taktik beliau untuk menagih simpati rakyat," katanya.

Dedah maklumat palsu pertahanan negara; Nurul perlu dikenakan tindakan tegas

Posted: 18 Aug 2010 10:14 PM PDT

TINDAKAN Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendedahkan maklumat palsu mengenai ketenteraan negara kepada negara luar disifatkan sebagai pengkhianat besar.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, perbuatan tersebut amat serius dan kerajaan perlu bertindak tegas ke atas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana jelas berbohong.

"Amat menyedihkan seorang Ahli Parlimen boleh berbohong dengan mendedahkan maklumat palsu mengenai pertahanan negara kepada pihak asing," katanya.

Menurut beliau, biasanya hanya pembelot atau pengkhianat yang menjadi agen sulit pihak tertentu sahaja yang tergamak mendedahkan rahsia negaranya sendiri kepada pihak luar.

Katanya, membocor atau menjual maklumat keselamatan negara kepada sesebuah negara asing merupakan perbuatan khianat yang boleh menjejaskan stretegi pertahanan negara.

Dalam kes ini katanya, tindakan Nurul membuat tuduhan palsu bahawa kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam merupakan tindakan yang memalukan negara.

"Saya berpendapat siasatan perlu dilakukan segera dengan mengambilkira aspek pertahanan dan strategi keselamatan negara dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik," tegasnya.

Sehubungan itu tegas beliau, tindakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat laporan polis keatas Nurul kerana berbohong, di Balai Polis Hulu Kelang semalam sebagai tindakan wajar.

"Kita minta pihak berkuasa segera lakukan siasatan mengenai peranan Nurul dalam kes tersebut, apa motifnya berbohong dengan mendedahkan maklumat palsu kepada negara asing," katanya.

Beliau mengulas kenyataan keras Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang menafikan tuduhan Nurul sewaktu ditemubual oleh akhbar Indonesia, Kompas, pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam KD Tunku Abdul Rahman masih tidak boleh menyelam selain mendakwa pembelian aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.

Abdul Aziz juga menegaskan, betul atau tidak maklumat berkaitan dengan ketenteraan negara, ia tidak boleh sesekali didedahkan kepada negara asing. Ini soal keselamatan negara dan seharusnya dirahsiakan tetapi Nurul bukan saha berbohong, malah dia juga memalukan TLDM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara di mata dunia.

Menurut Syed Ali lagi, jika Nurul mempunyai semangat patriotik dan sayangkan negara, dia tidak akan membuat tuduhan palsu dan membocorklan aspek pertahanan kepada pihak asing.

Beliau menambah, setiap pemimpin politik sama ada pro-kerajaan atau pembangkang seharusnya mengutamakan kepentingan pertahanan dan keselamatan negara daripada agenda politik.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PILIHANRAYA UMUM KE 13.... APAKAH TANGGUNGJAWAB KITA?

Posted: 19 Aug 2010 03:46 AM PDT


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan , kita mesti lebih realistik tentang hal ini.

Mengikut perangkaan yang di keluarkan oleh SPR terdapat 4.3 juta rakyat Malaysia masih lagi belum mendaftar. Apakah usaha kita untuk menyelamatkan bangsa dari terus lenyap bersama hak-hak keistimewaannya.


Apa komen pembaca dari statistik yang dikeluarkan oleh SPR ini ?

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Kenyataan pergerakan pemuda barisan nasional berhubung kenyataan berbaur perkauman oleh pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Posted: 18 Aug 2010 05:00 PM PDT

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) memandang serius dan mengecam keras kenyataan berbaur perkauman serta menghina yang didakwa telah diucapkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai Jaya, Johor pada 12 Ogos lalu.

Pengikut