Rabu, 8 September 2010

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud, Hari Raya Ke 3

Posted: 08 Sep 2010 12:27 PM PDT


Sempena Hari Raya Aidilfitri 1431H/2010 yang jatuh pada hari Jumaat bersamaan 10 September 2010, saya dan sekeluarga ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada seluruh warga daerah Kota Belud.

Sempena hari yang berbahagia itu saya akan mengadakan Rumah Terbuka seperti yang tercatat di dalam gambar seperti di atas, kehadiran seluruh warga di daerah Kota Belud amatlah dialu-alukan, disamping bersama-sama menikmati juadah yang disediakan seadanya dikesempatan ini juga marilah kita bermaaf-maafan antara salah dengan yang lain.

Salam

DARD 

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramdhan Di Kota Belud.

Posted: 08 Sep 2010 12:14 PM PDT

Seperti tahun-tahun sebelumnya bulan ramadhan al-mubarak saya berkesempatan menghadiri program-program berbuka puasa di beberapa buah kampung dalam daerah Kota Belud.

Sebenarnya saya turut menerima banyak jemputan-jemputan untuk bersama umat islam di kampung-kampung lain dalam daerah ini untuk berbuka puasa dan bersembahyang terawih. Memandangkan daerah Kota Belud terlalu luas ada di antara jemputan itu tidak dapat saya hadir atas sebab-sebab tertentu.

Saya memohon maaf kepada penganjur-penganjur program majlis berbuka puasa yang tidak sempat saya hadiri, saya berharap pihak penganjur terbabit tidak merasa kecil hati, insya-allah dipanjangkan umur saya pasti akan sampai pada bulan ramdhan tahun hadapan ataupun di dalam progam yang lain.

Salam.

DARD

Berbuka puasa dan sembahyang terawih bersama anggota keselamatan PDRM di Balai Polis Kota Belud

Bersama penduduk Kampung Buah Pandai Kota Belud berbuka puasa
Bersama penduduk Kampung Kesapang, Kota Belud

Majlis penampaian dividen kepada ahli Koperasi Patriot Jaya Kota Belud Berhad di Dewan Majlis Daerah Kota Belud
Majlis penyampaian wang zakat di masjid pekan Kota Belud

Lawatan ke rumah penduduk daif di Kampung Kuala Abai, Kota Belud

Majlis berbuka puasa di Kampung Paka-Paka, Kota Belud anjuran Jabatan Kebajikan Sabah

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BACALAH SEJARAH SEBENAR CINA DIBAWA KE TANAH MELAYU

Posted: 07 Sep 2010 09:08 PM PDT

BACALAH SEJARAH SEBENAR CINA DIBAWA KE TANAH MELAYU
KENAPA CINA ADA DISETIAP NEGARA DIDUNIA, SECARA KEBETULAN ATAU DIRANCANG OLEH THE HIDDEN HAND, MUNGKIN RAMAI YANG TELAH MEMBACA ARTIKEL INI TAPI TUJUAN SAYA SATU JE SAMA2 KITA JEJAKI MUSLIHAT CINA DI MALAYSIA INI TERUTAMA DAP ANAK KEPADA PAP, LIHAT NUKILAN DIBAWAH DARI BLOG http://mistisfiles.blogspot.com/2009/04/li-bloodline.html MOHON COPY DARI PEMILIK ASAL UNTUK BACAAN UMUM MASYARAKAT MELAYU YANG MASIH LENA..

13 Illuminati Bloodlines:


The Astor Bloodline

The Bundy Bloodline

The Collins Bloodline

The DuPont Bloodline

The Freeman Bloodline

The Kennedy Bloodline

The Li Bloodline

The Onassis Bloodline

The Reynolds bloodline

The Rockefeller Bloodline

The Rothschild Bloodline

The Russell Bloodline

The Van Duyn Bloodline



Ini adalah tulisan berkenaan Keluarga Li (sebenarnya Keluarga Li dieja sebagai Lee dalam sesetengah tempat seperti Hokkien,Teochew,Singapura dan sesetengah Cina Amerika).Menurut kajian ini,The Li Family adalah satu keluarga Cina yang terhormat, telah menyertai 'secret societies' tajaan The Hidden Hand.





THE LI BLOODLINE







Bagaimana Nama-nama Orang Cina dibentuk

Sesebuah nama Cina dibentuk dari nama keluarga (surname),yang mana ia ditulis dahulu dan kemudian barulah nama seseorang itu.Nama keluarga biasanya mengandungi satu karakter setiap satu,walaupun di sana ada pengecualian seperti Ouyong dan Situ.Terdapat lebih 6000 nama keluarga Cina untuk lebih kurang 1 billion penduduk Cina.Nama keluarga Cina yang kerap digunakan di negara-negara berbahasa Inggeris (Amerika,U.K dan Australia) adalah seperti Chan,Lin,Li,Wong,Huang,Mei,Yang,Chin dan Fong.Di Tanah Besar Cina, 5 keluarga Cina yang elit adalah Chen,Li,Zhang,He dan Huang.

Nama keluarga dalam tradisi Cina adalah lebih memberikan makna berbanding orang-orang Amerika.

Nama keluarga 'Li' adalah amat popular di China,mungkin tidak seperti nama Smith di Amerika tetapi mungkin seperti nama Brown.Seseorang Cina yang mempunyai nama keluarga yang sama dengan seseorang yang lain mempunyai kesetiaan yang tinggi berbanding orang lain yang tidak sama nama keluarganya.Contohnya,jika dua orang Cina mempunyai nama keluarga Li maka mereka dengan segera dapat berhubungan dengan baik walaupun sebelumnya mereka saling tidak mengenali.Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah sekalipun jika ada di antara mereka berkahwin antara satu sama lain,ini boleh dikatakan sebagai sumbang mahram (incest) di China.Jika di Amerika dua orang bernama Brown bertemu,mereka tidak akan merasakan hubungan yang erat sebagaimana dua orang Li bertemu di China.Nama Li mempunyai sejarah yang panjang yang mana berbalik kepada orang tertentu seperti Maharaja Zhuanzhu iaitu dikatakan Li yang pertama dan hidup sebelum tahun 2000 Sebelum Masehi.Ini adalah menurut Xing Juan,kamus nama-nama keluarga Cina.Keluarga Li juga mempunyai sejarah lama dan berkaitan dengan banyak cerita.Ketika Dinasti Tang lebih kurang 15 nama keluarga berbeza telah diberi penghargaan kerana memiliki nama Li.Li Yuan adalah pengasas Dinasti Tang yang mana berlangsung dari 618 ke 906 Masehi.Anaknya yang memerintah selepas dia adalah Li Shimin.Ketika dinastinya,percetakan dan duit kertas telah diperkenalkan di China (adalah menarik bila mengetahui kaitan Li dengan pengenalan duit kertas-bandingkan dengan Yahudi Rothschild dan penguasaan sistem kewangannya).

Dalam sejarah moden,3 orang Li telah menonjol dipentas dunia:

*'Billionaire' dan pemerintah 'de facto' Hong Kong, Li Ka-Shing
*Pemerintah China 'Merah' Komunis, Li Peng
*Presiden dan diktator Singapura, Lee Kuan Yew

Masih lagi samar-samar adakah mereka ini adalah 'Li' yang saling berhubung.Namun mereka mempunyai 'surname' yang sama dan sudah tentu mereka mempunyai perkaitan serta berbangga dengannya.



Jika kesemua Li ini yang mana mengawal pelbagai negara saling berhubung,kita sedang membicarakan satu keluarga yang amat berkuasa di dunia.

Yang manakah sebahagian dari Illuminati?

Menurut kajian,Li Ka-Shing dan keluarga Li yang berkuasa di Hongkong adalah tidak diragukan sebahagian dari Illuminati.Ini tidak menghairankan apabila diketahui 'The Hidden Hand' gemar memburu orang-orang yang kaya,berpengaruh dan berkuasa di dunia untuk dijadikan hamba-hamba pencacainya.Walaupun masih samar-samar perkaitan antara mereka,namun ada sesuatu yang menarik yang merupakan petunjuk kepada 'secret societies' Cina dan Illuminati.





Sebagai pembuka cerita,mengapa Rockefellers dan Rothschilds mempunyai hubungan rapat antara Li China Merah?Mengapa Perdana Menteri Republik Rakyat China,Li Peng menemui Rockefellers dan para kapitalis yang lainnya ketika dia datang ke New York?Padahal Li Peng adalah komunis tegar yang bertentangan dengan kapitalis?Bukankah Komunis telah menamakan Kapitalis sebagai musuh ketatnya?Dan apabila kita menyaksikan orang-orang dalam Illuminati seperti Skull & Bones (ini kelompok rahsia George Bush) iaitu George Bush melayan dengan baik dan amat rapat,padahal Li Peng baru sahaja menaikkan kemarahan Barat dengan Peristiwa Tiannamen?Ini adalah amat misteri dan sesuatu yang menarik untuk disingkap.Sebenarnya telah diketahui oleh pengkaji konspirasi dunia bahawa China Komunis sememangnya bekerja untuk New World Order?Aneh?Tidak,kerana fahaman komunis sebenarnya adalah rumusan idea 'The Hidden Hand' untuk memporak porandakan dunia,supaya sistem 'Ordo Ab Chao' dan Divide & Rule nya berjalan lancar.Kitab komunis 'Das Kapital' adalah sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemason untuk mengelirukan manusia.Ia ibarat Protocols of The Learned Elders of Zion baru untuk memisahkan dunia kepada Blok Barat dan Blok Komunis.Hasilnya,mereka berjaya memecahkan bangsa Korea sehingga ke hari ini serta Vietnam dan Jerman buat sementara.Amat penting untk mengawal negara yang padat penduduknya seperti China dan Russia dengan satu fahaman ekstrem seperti komunis.Apabila mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi,kemiskinan adalah sesuatu yang sukar dielakkan.Maka konsep Komunis yang memiliknegarakan ekonomi seolah-olah sesuatu yang bagus untuk kesejahteraan rakyat China dan Russia.Tetapi yang diselindungkan adalah beribu-ribu rakyat kedua-dua negara mati akibat menentang sistem 'The Hidden Hand' ini.Hakikatnya China dan Russia masih diperintah oleh Illuminati melalui boneka-bonekanya.Di manakah Maharaja China yang gagah dan hebat dahulu?Negara-negara naungan,sahabat mahupun seterunyanya yang lebih kecil seperti Kesultanan Melayu,bangsawan Thai dan bangsawan Jepun masih mengekalkan keturunan dirajanya.Adakah kita mendengar keturunan bangsawan China contohnya Maharaja Shih Huang Ti disebut-sebut dalam berita perdana pada hari ini?

Tiada.

Yang tinggal adalah Forbidden City sahaja tanpa Maharaja dan keluarganya.Keturunan Maharaja China telah lama pupus oleh talibarut Illuminati iaitu komunis yang menghapuskan sistem monarki yang dibangga-banggakan orang Cina sejak beribu tahun dahulu.Hanya satu jalan sahaja semua ini dapat dilaksanakan oleh Illuminati adalah melalui hubungan mereka dengan Keluarga Li yang bekerja untuk NWO.



Siapakah yang membunuh Maharaja China dan menghapuskan sistem monarki yang berjalan sejak beribu tahun dahulu dengan dinasti-dinasti agung China memerintah dan menyatukan China?Sejak Maharaja China tahu taktik Barat ingin menguasai jajahan-jajahan China yang luas itu,beliau tetap menolak segala helah Barat untuk masuk ke dalam pentadbiran China.Hasilnya ialah siri Perang Candu yang mengaibkan bangsa Cina.Siapa kata hanya Melayu sahaja tertipu dengan perjanjian berat sebelah kuasa barat?Taktik Illuminati di China berbeza dengan taktiknya di Kepulauan Melayu,mereka menyeludup candu dalam jumlah yang banyak untuk melekakan orang-orang Cina.Sila lihat siri Once Upon a Time in China yang menceritakan taktik Barat memberikan dadah kepada rakyat Cina.Tentang talibarut-talibarut Barat yang rakus ingin membunuh Maharaja China.Apabila orang-orang Cina sudah leka dengan segala kekayaan dan hiburan yang dibawa oleh Barat,maka rasa hormat dan sayang kepada maharaja mereka sudah hilang.Padahal itulah simbol keagungan bangsa China dan tradisi yang amat lama yang sepatutnya dipertahankan sepertimana orang-orang Melayu yang amat sayang kepada raja-raja mereka walaupun 1001 cara Barat untuk merendah-rendahkan setidak-tidaknya, walaupun hajat besar mereka ialah menghapuskan terus raja-raja Melayu sepertimana mereka berjaya menghapuskan Maharaja China.



Siapa yang membaca biografi Puyi iaitu Maharaja terakhir China,sudah tentu amat sedih dengan perlakuan dan biadab sesetengah talibarut Illuminati Cina yang tidak menunjukkan rasa hormat langsung terhadap maharaja mereka.Terutama ketika Revolusi Budaya oleh Mao Zedong menyaksikan Puyi menjadi sasaran mudah provokasi oleh Red Guard,satu militan muda Cina komunis.Ketika itulah Maharaja Puyi yang telah dilucutkan taraf maharajanya menghadapi tekanan demi tekanan hidup yang amat hebat,malu dan maruah yang tercalar,pernah ditangkap oleh kerajaan Rusia,kerajaan asing yang memenjarakannya dan diburu oleh revolusi komunis yang dimulakan oleh Dr. Sun Yat Sen.Maharaja China yang dahulunya gagah dan hebat menjadi hina dan terbuang di negara sendiri.




Sungguh beruntung raja-raja Melayu yang masih disayang-sayang oleh orang Melayu yang gigih mempertahankan warisannya sehingga ke hari ini walaupun pihak Illuminati mengupah bermacam-macam talibarut,menggunakan 1001 cara serta membuat pelbagai perjanjian berat sebelah untuk menghapuskan intitusi kesultanan Melayu tetapi orang Melayu masih degil memegang erat takhta raja mereka dan raja-raja Melayu juga bagaikan melekat kukuh di atas takhta walaupun anjing British paling hebat,Harold MacMicheal dikirim ratu England,berusaha menarik,menyepak dan menunjal-nunjal sultan-sultan Melayu supaya meninggalkan takhta namun usahanya sia-sia.Kesultanan Melayu masih gagah dan tidak hilang dari peta dunia walaupun diasak oleh kuasa imperialis yang hebat.Tidaklah dapat dibandingkan dengan raja Thai kerana raja Thai tidaklah menerima dugaan yang hebat sepertimana yang diterima oleh raja-raja Melayu.Mungkin kejayaan terbesar pihak Barat ialah menjadikan negeri Melaka tiada bersultan sehingga hari ini tetapi warisannya masih ada di Perak dan Johor.

Rakyat Cina yang berbilion lebih banyak dari orang Melayu di Tanah Melayu nampaknya tidak dapat mempertahankan seorang maharaja mereka.Ini yang menyebabkan seorang Li dihantar ke Kepulauan Melayu untuk mengawasi sultan-sultan Melayu.

Mengapa?

KERANA SALASILAH AHLI BAIT TELAH MENGALIR KE DARAH KETURUNAN SULTAN-SULTAN MELAYU.


Sistem monarki adalah penghalang sebahagian plan 'The Hidden Hand'.

Sebab itu sistem monarki di China dihapuskan dan diganti dengan sistem komunis.Kesultanan Melayu tidak terhapus tetapi berjaya dikurangkan.Siapa Lord Reid?Seorang Freemason yang tidak akan melepaskan kemerdekaan Tanah Melayu kecuali undang-undang Islam tidak terlaksana di bumi Melayu.Siapakah Maharaja China?Sebenarnya maharaja-maharaja China rata-ratanya adalah sahabat baik negeri-negeri Melayu.Maharaja China juga menyambut baik utusan nabi,Saad Abi Waqqas dalam mengembangkan Islam sehingga sahabat nabi itu meninggal di China.

Cuba jawab soalan ini,mengapa empayar China yang besar itu tidak mengusik pun negeri-negeri Melayu?Mungkin bukan sukar untuk askar-askar China yang ramai itu menakluk kerajaan-kerajaan Melayu yang terpecah-pecah itu.Mengapa?Adakah Maharaja China gerun dengan negeri-negeri Melayu?Apa rahsianya?INI ADALAH MISTERI TERBESAR DALAM HUBUNGAN KLASIK ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA.
Padahal raja Chola dari India bersusah payah berusaha menakluk negeri-negeri Melayu manakala tentera Monggol telah berjaya sampai di Jawa dan menjatuhkan kerajaan Singhasari di sana, sebelum dikhianati oleh rakan kongsi mereka dari kalangan orang Jawa yang sebenarnya mempergunakan kuasa Monggol untuk memusnahkan musuhnya dan selepas menghalau Monggol keluar dari Jawa,lahirlah Majapahit.

APAKAH RAHSIA DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA SEJAK BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU?
MENGAPA DALAM SEJARAH HUBUNGAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DAN EMPAYAR CHINA,TIADA PUN PENCEROBOHAN ATAU PENAKLUKAN DARI EMPAYAR CHINA KE ATAS NEGERI-NEGERI MELAYU?

Rahsianya ialah, sebenarnya Empayar China dan kerajaan Melayu purba mempunyai hubungan diplomatik yang sangat erat,BANGSA CINA DAN BANGSA MELAYU PADA ZAMAN DAHULU ADALAH BERSAHABAT BAIK DAN TOLONG-MENOLONG.

Tetapi terdapat satu rahsia lain yang melibatkan hubungan terahsia antara keturunan maharaja China dan orang-orang Melayu.

Jadi mengapa pada hari ini terdapat orang-orang Cina yang bersifat terlampau perkauman dan rasis serta tebal sikap kauvinis Cinanya?Mengapa Cina Singapura bekerjasama dengan Zionis untuk mengawal pergerakan Melayu-Islam di Kepulauan Melayu?


Jika dahulu Maharaja China selalu membantu negeri-negeri Melayu dalam perdagangan dan hubungan diplomatik dan pernah bersetuju menaungi negeri-negeri Melayu dari ancaman musuh (ketika itu boleh diibaratkan China adalah kuasa besar di sebelah Timur manakala Rom dan Parsi di sebelah barat) mengapa ada sesetengah pemimpin-pemimpin Cina pada hari ini benci malah ingin menghapuskan kuasa politik orang-orang Melayu terhadap tanah airnya sendiri?



Sesungguhnya ketika The Last Emperor,Maharaja Puyi menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1967 di Beijing,orang-orang Melayu telah kehilangan salah satu sahabat baik mereka.Yang tinggal selepas itu adalah pemimpin-pemimpin Komunis Cina yang kejam dan dirasuk racun Illuminati penyembah Iblis.

Mengapa orang-orang Cina pada hari ini sebahagian dari mereka menjadi musuh dalam selimut kepada orang-orang Melayu?

ORANG-ORANG CINA YANG MENJADI MUSUH MELAYU ADALAH CINA KOMUNIS DAN CINA ZIONIS.Bukannya Cina Konfusius atau Tao atau yang mengamalkan ajaran-ajaran Buddha.

Masih ada orang-orang Cina Buddha yang berpegang teguh pada ajaran Konfusius dan Tao yang tidak mahu bersikap rasis terhadap orang Melayu.

Cina Komunislah yang diajar tentang sifat kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh Illuminati-Zionis supaya menghapuskan orang-orang Melayu ketika Tanah Melayu kosong dari pemerintahan pusat selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu dan British belum tiba lagi ketika itu.Mengapa secara tiba-tiba Parti Komunis Malaya beria-ria untuk memerintah Malaya dan kelam kabut melakukan huru hara melalui militannya yang dikenali sebagai tentera Bintang Tiga?

Di Kota Singa,berdiamlah Maharaja China Illuminati yang baru!
Posted by HANG JEBAT

DAP JADI PM - UMAT MELAYU BERSEDIA DARI SEGI MENTAL DAN EMOSI?

Posted: 07 Sep 2010 09:00 PM PDT

BERSEDIALAH KITA EMOSI & MENTAL BER-PM-KAN DAP

DALAM BUKU KONG FU TZE yang usaha penterjemahannya diusahakan oleh IKD ( Institut Kajian Dasar) menulis bahawa masyarakat Cina di seluruh Dunia adalah bersaudara. Mereka berkongsi perasaan di dalam hal-hal perniagaan, pendidikan, budaya, persatuan dan bahasa.

Walaupun Lee Kuan Yew dalam Memoirnya berkata beliau bukan Komunis, beliau katanya seorang Nasionalis, tetapi Teori masyarakat Cina bersaudara dipegang kuat olehnya. Sebab itulah, di dalam mentaDbir Singapura, Lee KUan Yew mengamalkan teori Tidak Boleh Ada Pembangkang Yang Kuat untuk menjayakan negara Singapura.

Sebab itulah, di Singapura anda tidak boleh bercakap terlampau Demokrasi, anda tidak boleh Mengkritik Perdana Menteri Singapura, anda tidak boleh menulis buku yang tidak baik mengenai Perdana Menteri Singapura, jika tidak anda akan disaman sehingga bankrap. Sebab itulah Lily Zubaidah tidak dibenarkan masuk ke Singapura.

Mencontohi Lee KUan Yew adalah Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Bagi penulis itu tidak lah mengejutkan sangat, kerana bagi penulis Lim Guan Eng melalui DAP sudah bersedia menjadi Perdana Menteri Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia perlu bersedia ke arah itu, khususnya menjelang PRU13.

1. SEPANJANG jULAI, 2010, parti DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi berbanding UMNO pula 7,230 orang.

2 Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang manakala Umno pula 10,675 orang

3. Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.

4. Mengikut pecahan yang dikeluarkan SPR, pada Julai lalu, Umno mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12).

Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding Umno 54,872.

MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), PAS (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), Upko (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam).

5. Jika mengikut trend yang sangat aktif di pihak DAP, masyarakat Malaysia terutama orang Melayu/Bumiputera yang meliputi kira-kira 66.8% daripada kira-kira 28,306.7 Juta penduduk Malaysia hendaklah bersedia dari segi Mental untuk berPerdana Menterikan Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP.

6. DS Anwar bukan Perdana Menteri menanti di PRU-13. Tidak ada perjanjian bertulis dan Tidak Ada Perjanjian yang disahkan oleh Mahkamah bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU-13, DS Anwar Ibrahim akan menjadi PErdana Menteri dan Tg Haji Hadi Awang sebagai Timbalan Perdana Menteri. .

Kalau ada, penulis cabar Perjanjian itu Didedahkan.

Dokumen Perjanjian itu tidak ada, yang hanya ada ialah janji-janji di atas pentas ceramah dan Press Conference sahaja, yang boleh terburai selepas DAP menguasai majoriti kerusi Parlimen pada PRU-13 nanti.

PAS sendiri dipaksa mengakui dan menerima Perlembagaan Persekutuan dan menggugurkan penubuhan Negara Islam dan Undang-Undang Syariah. Datuk Zaid Ibrahim yang menentang Hudud telah memperingatkan PAS baru-baru ini supaya PAS mengingati semula perjanjian bahawa Perlembagaan Persekutuan akan diikuti.

PAS menggunakan dua cara. Cara yang pertama apabila berhadapan dengan DAP mereka akan mengatakan tidak akan menubuhkan negara Islam atau melaksanakan Undang-Undang Syariah. Cara kedua, apabila di hadapan penyokong, PAS mengubah nada.

Bagi penulis, PAS lebih mudah melaksanakan Undang-Undang Syariah dan menubuhkan negara Islam di dalam UMNO berbanding bersama DAP. Tun Dr Mahathir sebelum bersara tahun 2003, sudahpun mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam, negara Islam fundamental. Maka, pengisian Islamiknya dalam segenap kehidupan, sama-samalah kita semua bertanggungjawab, bukan begitu...

Kesilapan mereka ialah mereka hanya menumpukan kepada PRU-13, mereka tidak melihat 10 tahun akan datang apabila PKR sudah tidak lagi diterajui oleh DS Anwar dan DS Wan Azizah...

Anda ?..

PAS TIDAK MAHU CINA, INDIA JADI WARGANEGARA MALAYSIA!

Posted: 07 Sep 2010 08:56 PM PDT

Wednesday, September 08, 2010
GEMPAR !! PAS TIDAK MAHU CINA, INDIA JADI WARGANEGARA MALAYSIA!
Dr Novandri Hasan Basri

Penulis tersenyum sinis melihat kepimpinan PAS seperti Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan lain-lain yang melenting apabila bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mendedahkan bahawa terdapat pemimpin PAS menyuruh Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 Mei 1969.

Macam-macam yang mereka perkatakan. Yang indahnya, kita tahu kenapa mereka melenting dan bersusah payah untuk menangkis pendedahan Zam kerana mereka tidak mahu kaum Cina tersinggung dan berubah hati.

Tetapi penulis tidak faham sejak bila kepimpinan PAS merasa yang parti mereka itu telah diterima sepenuhnya oleh kaum Cina kerana sehingga ke saat ini pun, kaum Cina masih mengganggap PAS sebagai parti bertopengkan Islam dan mempunyai sejarah anti-Cina yang meluap-luap. KLIK SINI

Pendedahan Zainuddin Maidin adalah salah satu daripada kebenarannya.

Penulis ada satu lagi bukti yang jauh lebih kontroversi daripada apa yang diperkatakan oleh Zanuddin Maidin. Bukti ini pasti akan mengguris hati kaum Cina dan kaum India sehinggakan mereka tidak akan lagi memandang parti tersebut.

Buktinya pun penulis sertakan !!

Sila rujuk :-

1. HarakahDaily.Net (27 Ogos 2007) Artikel bertajuk "Menjelang Kemerdekaan II : PAS Tolak Suruhanjaya Reid, Perikatan Sokong"

2. Artikel MIM bertarikh 3 September 2009 bertajuk Parti PAS Tidak Sokong Kaum Cina & Kaum India.

HarakahDaily melaporkan bahawa :-

1. PAS tolak Jus Soli

PAS juga membantah keras tuntutan orang asing untuk menjadi rakyat negeri ini berasaskan prinsip Jus Soli ataupun melonggarkan syarat kerakyatan. Sekiranya tuntutan kaum asing itu diterima serta mengambilkira kekuatannya dari segi ekonomi, pasti ia akan menimbulkan kekacauan dari segi politik.

Maksud laporan HarakahDaily,

1. Parti PAS tidak mahu kaum Cina, kaum India dan kaum asing yang lain menjadi warganegara Malaysia.

2. PAS tidak mahu rakan-rakan politik mereka seperti Karpal Singh, Lim Kiat Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, Elizabeth Wong dan seluruh keturunan mereka sebagai rakyat Malaysia. No citizenship to Non Malays !

3. Setiap kaum Cina dan India yang berwarganegara Malaysia masih akan dilabel 'pendatang' sehingga ke hari ini jika cadangan PAS itu diterima.

4. Segala keistimewaan sebagai warganegara Malaysia seperti mengundi dan sekolah jenis kebangsaan tidak mungkin akan dinikmati oleh kaum-kaum tersebut disebabkan oleh fahaman ekstremis PAS itu!

NAH.... Takkah kenyataan di dalam HarakahDaily itu lebih kontroversi dan lebih menaikkan marah dan kecewa kaum Cina dan India terhadap parti PAS? KLIK SINI

Dan kini, kepimpinan PAS cuba berlagak liberal dengan pelbagai usaha yang ahli-ahli PAS sendiri pun marah!

Kali ini bukan sahaja ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang marah, seluruh kaum bukan Melayu turut marah kepada parti PAS.

Lakonan yang hampir berjaya tetapi jatuh tersungkur muka tersebam seluar terkoyak....parti PAS wajib menjawab isu ini ! KLIK SINI
Seperkara lagi , kaum-kaum Cina dan India patut bersyukur kerana Parti Perikatan / Barisan Nasional tidak ekstremis seperti parti PAS dan oleh karana itu mereka semua dapat menjadi warganegara negara ini!

P/S : Tak perlulah delete artikel tersebut dalam HarakahDaily kerana ramai yang sudah simpan artikel itu !!

MENGAPA ANWAR TAKUT JADI PRESIDEN ?????????

Posted: 07 Sep 2010 08:44 PM PDT

Wednesday, September 8, 2010
Anwar takut dicalun Presiden
Semacam ada yang tidak kena bila jentera media PKR lebih memfokuskan kepada pertandingan Azmin dan Zaid Ibrahim dalam pemilihan kali ini. Turut sama jadi tumpuan adalah pertandingan 3 penjuru mencari Ketua Pemuda yang lebih berkaliber, jambu, setia dan dinamik.

Sewaktu menghadiri pengumuman AP PKR semalam (hari Isnin) yang secara tidak langsung memberi mesej kepada Zaid Ibrahim kewujudannya dalam PKR diragui, sempat juga memasang telinga akan "keributan" yang berlaku dalam kem kepimpinan tertinggi PKR.

Baru difahami, tumpuan kearah pertandingan jawatan No.2 PKR sebenarnya mahu mengalih perhatian ahli daripada membicarakan teraju utama PKR yang kini disandang oleh Wan Azizah. Hasil pertemuan dengan Cabang Balik Pulau semalam, mendedahkan betapa nilai demokrasi sebenarnya tidak wujud dalam PKR.

Semua orang tahu Waz Azizah yang memimpin PKR hampir 10 tahun yang lebih berkuasa adalah Pak Sheikh walaupun dia cuma Ketua Umum yang berstatus Penasihat. Jasa Wan Azizah yang bertungkus lumus sepanjang Pak Sheikh di penjara cuma boleh jadi sejarah dan disimpan dalam balang kaca.

Sebelum PC semalam, Datuk Kamarul Baharin telah mendapat tahu Pak Sheikh sedia maklum bahawa ada usul untuk jawatan Presiden diganti dengannya. Alasannya Wan Azizah sudah terlalu ''uzur'' untuk kemudi PKR. Servey ahli mahu Pak Sheikh sebagai Presiden PKR dan bukan lagi menjadi de facto selamanya.

Usul macam ini yang tidak digemari Pak Sheikh kerana baginya peranannya sebagai Ketua Umum adalah bayangannya untuk menjadi Presiden Republik Malaysia yang pertama itu pun jika PKR berjaya membentuk kerajaan dan perlembangaan diubah suai mengikut kehendaknya.

Tapi alasan sebenar Pak Sheikh enggan jawatan Presiden ditanding adalah kerana dia sendiri tidak yakin dengan tempoh hayat PKR. Alahai Pak Sheikh, bukannya susah untuk jadi Presiden cuma tukarkan jawatan Ketua Umum kepada Presiden peranannya tetap sama.

Ini bezanya, PKR berbangga dengan pindaan perlembagaan kononnya setiap 400 ribu ahlinya boleh mengundi siapa yang patut mengisi jawatan tertinggi parti. Kononnya pembaharuan demokrasi yang dibawanya tidak terfikir oleh parti politik yang lain tetapi sebenarnya hanyalah sekadar cakap kosong.

Disebabkan itu, bila ramai ahli bawahan mahukan jawatan Presiden ditandingi dan Pak Sheikh sendiri diusul untuk mengisi jawatan itu, cepat-cepat Pak Sheikh menafikan kehendak akar umbi. Apa perlu lagi Wan Azizah sebagai Presiden jika segala keputusan dibuat menerusi Pak Sheikh. Dimana corak demokrasi yang dilaung-laungkan.

Alahai Pak Sheikh, bila ada laluan depan yang mudah mahu juga pilih 'jalan belakang' yang membahayakan.

Sumber: Garamanis

Semasa PC itu, Nurul Izzah enggan hadhir. Jeng jeng jeng ...

Nurul Izzah sahkan PKR mahu perlembagaan baru

Posted: 07 Sep 2010 08:34 PM PDT


Nurul Izzah sahkan PKR mahu perlembagaan baru
By aidc editor on September 7, 2010 12:42 PM | 0 Comments | 0 TrackBacks
KUALA LUMPUR, 7 Sept -- Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali mempertahankan cabaran Ahli Parlimen Lembah Pantai agar Perkasa berdebat dengannya berhubung soal Perlembagaan sambil berkata, pendirian wakil rakyat penggal pertama itu selari dengan dasar parti itu dan juga Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP dan PAS.

Menurut Syed Husin, kenyataan Nurul Izzah Anwar selari dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, raja-raja Melayu serta Bahasa Melayu, dan juga

kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalah guna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

"Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa.
Nurul Izzah menulis bahawa "hak Melayu" hanya satu gagasan ideologi dan falsafah.
"Nyata sekali pandangan serta cabaran Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Selasa lalu, Nurul Izzah menulis dalam The Malaysian Insider bahawa idea "hak orang Melayu" yang dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Dalam kenyataannya, Syed Husin menjelaskan, pendirian ketiga-tiga menteri itu membuktikan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang 1 Malaysia, tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

"Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'.

"Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan," katanya.

Oleh itu kata Syed Husin, mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia.

"Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali," katanya.

malaysian insider


Pendirian Anwar, PKR berubah-ubah

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa pakatan pembangkang tidak berhasrat melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

Sebaliknya, kata beliau, ia membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti yang dipimpinnya sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian politik.

Contoh paling mudah, katanya, ia cukup berkait rapat dengan parti itu sendiri iaitu mengenai Falsafah Pernyataan Penubuhan Parti Keadilan yang didraf oleh bekas Timbalan Presidennya, Dr. Chandra Muzaffar.

"Dalam falsafah itu disebut bahawa parti KeAdilan adalah parti berbilang kaum yang berasaskan Melayu kerana ia adalah asas negara ini. Memang perkara ini sering dilaung-laungkan oleh kami yang juga pengasas parti Keadilan pada awal penubuhannya pada 1999. Saya pasti, ramai yang ingat tentangnya.

"Tetapi kini PKR diuar-uarkan hanya sebagai parti berbilang kaum. Ke mana perginya asas Melayu itu? Inilah bukti bahawa pendirian Anwar memang boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian politik," katanya kepada Utusan Malaysia.

Zulkifli dalam blognya kelmarin mendedahkan bahawa berdasarkan Perjanjian Bersama Dasar Pakatan Rakyat yang ditandatangani para pemimpin parti pembangkang, pakatan itu akan terus mempertahan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Perjanjian itu, kata Zulkifli, jelas bertentangan dengan perjuangan Pas yang berhasrat mengubah Perlembagaan bagi menegakkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir.

Ezam menambah, sewaktu Anwar dibebaskan daripada tahanan penjara pada 2004, Penasihat PKR itu mengarahkannya selaku pemimpin generasi muda agar tidak lagi melaung-laungkan parti tersebut adalah parti berbilang kaum yang berasaskan Melayu.

Taktik Anwar itu, katanya, kerana menyedari bahawa sokongan orang Melayu terhadap UMNO terlalu ampuh dan tidak mencukupi bagi membolehkan mereka menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum 1999.

"Sebaik keluar penjara, Anwar kata pada saya bahawa KeAdilan cuma boleh mendapat 50 atau 60 peratus undi Melayu kerana orang Melayu cukup kuat dengan UMNO.

"Tetapi kalau kita tarik minat orang Cina dan India, kita boleh dapat sehingga 80 atau 90 peratus sokongan. Oleh itu, kita perlu mainkan sentimen Cina dan India habis-habisan dan tak perlu sebut lagi parti Keadilan berasaskan Melayu," katanya.

Formula Anwar untuk mengetepikan Melayu itu katanya, jelas tepat apabila pembangkang yang diketuainya berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Itulah dia Anwar yang pendiriannya boleh berubah-ubah kerana cita-cita politik. Beliau sememangnya tidak jujur dalam politik," ujarnya.

Kini kata Ezam, pendirian Anwar sekali lagi berubah setelah Raja-raja Melayu, para ulama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula memberi amaran dan marah terhadap apa yang berlaku.

"Dalam perutusan merdekanya semalam, dikeluarkan pula penegasan agar dipertahankan Perlembagaan serta hak dan kepentingan Melayu-Islam yang termaktub dalam perkara 152 dan 153.

"Semua itu dilakukannya setelah ada raja-raja Melayu yang mula bertitah mengenainya selain amaran daripada para ulama serta NGO Melayu. Itu menunjukkan beliau tiada falsafah dan dasar yang tetap," katanya.

Anwar dalang perlembagaan baru?

Posted: 07 Sep 2010 08:32 PM PDT


Anwar dalang perlembagaan baru?
By aidc editor on September 7, 2010 1:28 PM | 0 Comments | 0 TrackBacks

Oleh Pochong, AIDCclub

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, di Ipoh baru baru ini mendedahkan bahawa telah wujud cubaan untuk merangka perlembagaan baru..

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia sekarang.
Kenyataan Harussani tersebut telah menyebabkan beliau diserang bertubi-tubi oleh pelbagai pihak khususnya disebelah parti pembangkang menafikan wujudkan dakwaan Tan Sri Harussani tersebut.

Namun peliknya secara tiba-tiba semalam Nurul Izah anak kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa Iaitu Anwar Ibrahim mengatakan

"adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen." Rujuk sini.

Kenyataan Nurul Izah itu seolah-olah membawa maksud bahawa perkara 153 yang melibatkan hak istimewa orang Melayu itu adalah sudah tidak relevan lagi di laksanakan di Malaysia pada hari ini.

Khalifah Umar Al Khatab sewaktu membuka Negara Parsi di katakan juga telah memberi perlindungan kepada penduduk asal Parsi.
Dikatakan sewaktu Parsi menerima islam, kebanyakkan orang Arab yang pergi ke Parsi untuk berdakwah dan berdagang adalah orang-orang kaya dan berharta. Manakala ramai penduduk Parsi pula yang miskin dan ramai yang telah menjual tanah mereka kepada hartawan-hartawan Arab.

Pada pandangan Saidina Omar, sekiranya dibenarkan orang-orang kaya Arab membeli tanah orang Parsi, nanti habis orang parsi tidak bertanah. Saidnia Omar lalu membuat satu peraturan. Orang-orang Arab yang kaya dilarang membeli tanah orang Parsi. Tujuannya ialah untuk melindungi tanah orang Parsi tidak terjual kepada hartawan Arab.

Bagi Mantan Presiden PAS peruntukan hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan Malaysia adalah sama dengan peruntukkan yang dibuat oleh Saidina Omar kerana ia menjamin kepentingan penduduk asal tempatan khususnya yang kurang berkemampuan.

Menurut Ustaz Fadzil Noor lagi larangan tanah dijual kepada Arab itu adalah satu perlindungan kepada hak Parsi . Inilah hak istimewa Parsi. Sekiranya Saidina Omar tidak mengadakan peraturan itu. Nescaya habis tanah orang Parsi dibolot oleh saudagar Arab dan ekonomi Parsi dikuasai bangsa pendatang.

Sementara itu menurut maklumat yang diketahui, perbincangan pertama untuk merangka perlembangaan baru itu dikatakan dilakukan di Institut kefahaman dan Tamadun Islam ISTAC, sebuah pusat kajian islam UIA.

Difahamkan kumpulan yang pro kepada Anwar Ibrahim dikatakan terlibat dalam usaha merangka perlembagaan baru tersebut.

Di Istac sehingga kini dikatakan antara kumpulan yang masih setia dengan Anwar Ibrahim ialah

Profesor Osman Bakar. Beliau dikatakan intim dengan Anwar Ibrahim semenjak dari zaman ABIM hinggalah sekarang. Beliau merupakan panel pemikir Anwar dan panel pemikir think tank Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD).

Malah sebelum Anwar menjadi pensyarah pelawat di CMCU di Georgetown University,Osman Bakar pernah mengisi jawatan tersebut.

Sebagai pemuja kepada idea orientalis barat, Osman Bakar seperti Anwar Ibrahim seolah-olah terpengaruh dengan idea penyosangan pemikiran islam bawaan barat di Universiti tersebut.

Semasa menjadi Ketua Jabatan Pengajian Islam di Georgetown Universiti beliau pernah mengeluarkan kenyataan "The United States is the freest country in the world. Historically, Islam flourishes in a society where there's freedom"

Seolah-olah meletakan segalanya ada di bumi Amerika menyamai fungsi Kota Mekah bagi umat islam.

Oleh itu kenyataan Tan Sri Harussani berkaitan perlembagan baru ini ada asasnya jika kita mengaitkan dengan beberapa scenario di atas. Oleh yang demikian dapat dikatakan kerangka perlembagaan baru ini sebenarnya dibawa oleh Anwar Ibrahim melalui kumpulannya bagi menjayakan usaha slogan harapan baru Parti Keadilan Rakyat.

Bagi Anwar perlembagaan sedia ada terlalu dekat dengan kerajaan sedia ada-oleh itu suatu kaedah baru perlu dirangka untuk mematikan nostalgia rakyat Malaysia terhadap kejayaan kerajaan pemerintahan sedia ada.

Salah satunya ialah merangka perlembagaan baru dan ini juga yang telah dirangka oleh Kamal Atarturk dalam usaha menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II Bani Uthamaniyah Turki suatu ketika dahulu hingga akhinya runtuh satu system pemerintahan terbesar kerajaan di dunia islam hingga menyebabkan lahirnya sebuah Negara haram Yahudi Israel di tanah umat islam Palestin.

Berdasarkan senario ini adakah Pulau Pinang yang sebelum ini pernah ada penempatan Yahudi akan menerima nasib yang sama seperti mana bumi Palestin gara-gara-perlembagaan baru yang dirangka Anwar Ibrahim, dan rakyat Malaysia akan menerima kehilangan sistem institusi kesultanan yang meletakan islam sebagai perkara tertinggi dalam perlembagan sebagaimana rakyat Turki pada hari ini.?

Pembangkang guna taktik komunis

Posted: 07 Sep 2010 08:18 PM PDT

Pembangkang guna taktik komunis
Oleh Jamhariah Jaafar
jamhariah@bharian.com.my
2010/09/08
Ahli, pemimpin BN mesti waspada kewujudan 'musuh dalam selimut'

UMNO tidak akan tunduk kepada kumpulan yang mencanang ramalan negatif mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, sebaliknya terus melaksanakan tanggungjawab membela nasib rakyat dan mengukuhkan imej Barisan Nasional (BN) yang membawa Malaysia menjadi antara paling disegani dunia dalam tempoh 53 tahun.
"Kita tidak perlu tunduk dengan tekanan negatif yang hanya melemahkan kita. UMNO dan BN diserang dari setiap sudut terutama pembangkang yang diketuai orang yang pernah menjadi orang kedua paling berkuasa di negara ini.
"Dia melakukannya kerana sejak awal motifnya untuk menghancurkan UMNO dari dalam. Ramai orang takut dengan UMNO dan parti komponen BN lain kerana ia adalah parti akar umbi. Strukturnya amat teguh dan musuh kita sentiasa mencari jalan membongkar akar ini.

"Menyedari ia tidak boleh dibuat dari luar, maka ada yang menyertai kita. Hari ini, mereka tahu bagaimana kita berfikir, tahu strategi dan kelemahan kita.

"Niat mereka hanya satu untuk musnahkan UMNO dan BN. Cara mereka mengikut cara komunis. Semua benda buruk dikeluarkan setiap hari dan diulang setiap masa," kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tidak mampu menahan gelodak kemarahan melihat ramai ahli UMNO dan komponen BN turut terpengaruh dengan strategi licik pembangkang, Tengku Adnan yang selama ini senyap dalam menyusun langkah ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini memberi amaran kepada semua ahli BN, terutama barisan kepemimpinan yang memudahkan gerakan pembangkang.
"Semua yang berlaku hari ini berpunca daripada seorang manusia yang mencetus fenomena 'perjuangan perut', perubahan sistem pendidikan yang dilakukan dalam tempoh 11 tahun dia berada dalam UMNO membuatkan rakyat kita menjadi cacamerba hari ini.

"Sistem begitu bercelaru bukan saja mengikis jati diri sebagai bangsa Malaysia tetapi melahirkan rakyat yang suka mendengar khabar angin, suka gosip, fitnah dan mencerca tanpa boleh berfikir soal fakta, apa lagi untuk berfikir akan sebab dan akibat.

"Kita perlu mengembalikan asas pendidikan utama kita iaitu pendidikan seumur hidup, membetulkan landasan yang digunakan ketika menjadi Menteri Pelajaran, yang mana kita pergi sekolah dan universiti hanya untuk dapatkan sijil, diploma atau ijazah," katanya mengkritik keras kepemimpinan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Pelajaran dan mengubah sistem pembelajaran daripada menimba ilmu pengetahuan kepada perlumbaan mengejar gred.

Tengku Adnan meminta ahli UMNO dan rakyat melihat kepada sejarah 'perjuangan' Anwar sejak di universiti, terutama membabitkan cara dan strateginya.

"Kita mesti ingat kenapa dia hendak masuk UMNO. Dia hanya berada dalam UMNO selama 11 tahun, tapi dalam tempoh yang amat singkat itu dia telah menjadi orang kedua paling berkuasa di Malaysia dan dalam tempoh yang singkat itu juga dia telah banyak merosakkan.

"Ramai orang tidak sedar apa yang berlaku pada UMNO sepanjang tempoh 11 tahun dia bersama parti ini, dan apabila dia keluar pada 1998, lihat apa sejarah Pilihan Raya Umum ke-11. Ahli UMNO sendiri tak memilih UMNO kerana taksub dengan Anwar... manusia ini mencipta sistem membuatkan ahli UMNO taksub kepada kepemimpinan.

"Dia silap kerana kita sebagai ahli UMNO sepatutnya taksub kepada parti. Wadah perjuangan UMNO mempunyai hala tuju dan landasan yang ditetapkan sendiri melalui Perlembagaannya dan telah dipersetujui semua ahli," kata Ahli Parlimen Putrajaya itu.

Perkara pertama dilakukan Datuk Seri Najib Razak, sebaik saja menjadi Presiden UMNO tahun lalu ialah mengubah semua sistem yang banyak menjejaskan imej parti, terutama membabitkan sistem kuota dalam pemilihan barisan kepemimpinan sekali gus memberi kesan besar kepada usaha membanteras politik wang dalam parti.

Menjawab soalan, Tengku Adnan tidak gusar dengan segelintir penyokong Anwar yang masih bersama UMNO kerana strategi sama dibawa Ketua Pembangkang itu ke dalam pakatan pembangkang telah membenihkan pelbagai perasaan tidak puas hati dan saling mencurigai.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai isteri Anwar sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, kini menyerlahkan elemen perebutan kuasa yang pernah berlaku dalam UMNO ketika beliau mula mengorak langkah menghapuskan semua musuh yang menghalang laluannya untuk menjadi orang paling berkuasa di negara ini.

"Ramai penyokong Anwar kini sudah berada di luar UMNO, ramai menyertai PKR dan PAS. Ketika ini antara mereka sedang mencetus masalah dalaman kedua-dua parti ini.

"Tapi kita tahu masih ada yang menyokong orang ini di dalam UMNO dan mereka yang terpengaruh dengan didikannya. Susah hendak menghapuskan semua elemen negatif ini secara menyeluruh kerana tidak ada parti politik atau situasi dalam dunia ini yang kita boleh mencapai kesempurnaan hakiki," kata Tengku Adnan.

Justeru, Setiausaha Agung Umno itu menegur barisan kepimpinan semua peringkat UMNO dan BN yang kelihatan percaya dengan ramalan negatif Pilihan Raya ke-13, sehingga tidak lagi bekerja keras menangkis perspektif negatif sebaliknya sibuk cuba 'mendapatkan apa yang boleh'.

"UMNO sentiasa bergerak ke arah perjuangan agenda bangsa, agama dan negara. Kita insaf apa yang berlaku, kita terus melihat ke dalam dan membetulkan apa juga kelemahan serta kesilapan. Umno juga bergerak ke hadapan, seiring dengan perubahan dunia.

"Kita perlu menangani perspektif negatif yang menular sekarang kerana gerakan pembangkang sama seperti cara komunis. Dia mencanangkan yang buruk setiap hari, UMNO rasuah, lemah, pemimpin tamak, kuat tidur... yang lemah dan silap adalah pemimpin, bukan parti," katanya.

JIKA UMNO KECUTKAN MINDA MELAYU, PR PULA KACAU BILAUKAN MINDA RAKYAT.

Posted: 07 Sep 2010 08:02 PM PDT

Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu.Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agenda politik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.

Pandangan penulis : jika benar tuduhan ini mana mungkin akan lahir segolongan manusia yang dapat memerdekakan minda mereka. Soal utama iaitu PERPADUAN tidak dinyatakan.

Bekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

Pandangan penulis : Pemikiran rakyat bertambah terbuka dengan sistem pendidikan yang semakin baik, tahap pemikiran yang semakin kritikal dan juga pendedahan kepada ICT, tak perlu dibonzaikan oleh UMNO atau PR sendiri. Cuma apa yang kurang adalah pertimbangan sahaja yang perlu diperkukuhkan.

"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir," kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.

Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.

Ketuanan Melayu vs Ketuanan Cina di Malaysia adalah satu rentetan daripada dasar pecah dan perintah oleh British. Kehadiran UMNO telah berjaya merapatkan jurang perbezaan fikiran yang terdapat dikalangan orang Melayu. Buktinya adalah gabungan persatuan kecil Melayu telah membentuk UMNO. UMNO menerusi kuasa yang diberi oleh pengundi telah berperanan dengan seimbang bagi menguruskan jurang perbezaan yang terdapat dikalangan rakyatnya dengan bertunjangkan PERPADUAN.

Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu.

"Di Malaysia agak mudah. Hantu bagi orang Melayu adalah Cina. Melayu dibuat percaya bahawa terdapat pelbagai macam hantu dan rakyat patut berterimakasih kepada Umno kerana menyelamatkan mereka.

"Ia seperti taktik bomoh di kampung, di mana penduduk diberitahu terdapat macam pelbagai hantu untuk ditangani...Umno menggunakan modus operandi yang sama," katanya.

Hishamuddin mendakwa seperti zaman penjajah British di Malaya, Umno sedar minda Melayu yang bebas adalah ancaman terhadap parti tu. Justeru, mereka berusaha memastikan minda Melayu tidak bebas dan boleh terus dikongkong.

Tambahnya, Umno tidak akan bersetuju membebaskan minda Melayu kerana akan menjejaskan kuasa parti yang memerintah itu serta penguasaan kekayaan negara oleh mereka.

HANTU SEBENAR BAGI ORANG MELAYU BUKANLAH SEPERTI MANA YANG DINYATAKAN SEBALIKNYA ADALAH "HANYA ADA NIAT TANPA USAHA" Inilah yang membelenggu pemikiran Melayu kesan penjajahan yang begitu lama sejak 1511 hingga 1957.

RAKYAT WAJAR JUNJUNG PERLEMBAGAAN.

Posted: 07 Sep 2010 07:44 PM PDT

Gunakanlah ISA, rakyat di belakang anda

Oleh Zaini Hassan

SEBENARNYA apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Najib kelmarin mengenai "jangan persoal Perlembagaan" adalah satu pendirian tegas yang amat kita tunggu-tunggukan. Malah kita mahu beliau mengeluarkan kata-kata yang lebih tegas lagi.

Buat permulaan, itu pun sudah memadai. Sebenarnya itulah yang rakyat mahu dengar dari mulut PM. Benar kata beliau "rakyat perlu mengelak daripada bertindak atau mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum lain… jika perkara-perkara itu dijiwai, ia mampu meredakan 'suhu panas' yang melanda negara sejak akhir-akhir ini."

Sebenarnya sejak akhir-akhir ini rakyat begitu bimbang dengan suasana di negara ini. Unsur-unsur perkauman semakin menegang sehinggakan rakyat kebingungan ke mana akhir kesudahannya. Secara politik, itulah yang mahu dilihat oleh pihak yang satu lagi.

Lagi berpecah masyarakat lagi suka mereka. Ia adalah political mileage bagi mereka. Lagi berpecah lagi bagus. Lagi celaru, maka mereka beranggapan undi akan datang kepada mereka. Mungkin betul strategi mereka itu. Rakyat mungkin akan hilang keyakinan kepada kerajaan jika kecelaruan dan kegelisahan ini terus berlaku tanpa berjaya dikawal.

Namun bagi rakyat yang ramai ini mereka mahu melihat perkara itu tidak berlaku. Api panas itu harus dipadamkan segera. Semua pihak harus tegas. PM harus tegas, dan pihak-pihak berkuasa harus tegas.

KDN lagilah harus tegas. Ramai juga yang bercakap mengenai KDN sekarang ini. Orang sudah rindukan satu tindakan tegas bagi menyejukkan keadaan. Ini negara kita, kita sayangkan negara ini, maka oleh itu apa peduli orang luar cakap mengenai hal ehwal keselamatan negara ini.

Gunakan ISA. Kami semua rakyat Malaysia yang banyak ini, bukan yang sedikit itu mahukan kerajaan menggunakan undang-undang tersebut ke atas pihak yang terus-menerus mahu memanaskan dan mengancam suasana negara ini.

Ikut trend semasa, orang yang cuba merosakkan keharmonian ini tidak peduli langsung dengan Akta Hasutan. Repot-repot polis yang dibuat di bawah akta itu juga tidak lagi berkesan. Ia hanya akan menambah beban kerja polis untuk membuka kertas siasatan demi kertas siasatan. Kita bimbang di masa siasatan demi siasatan dijalankan, nasi sudah menjadi bubur.

Selama ini kita hidup aman dan damai di negara ini. Itulah yang kita semua mahukan. Hanya orang yang mempunyai niat yang tidak baik dan tidak mahu ISA menganggu gugat mereka sahaja yang akan menentang ISA dan mahu ia dihapuskan. Jangan jadikan segelintir penunjuk perasaan (tidak sampai 10 orang) di London tempoh hari yang mahu ISA dihapuskan, sebagai petunjuk untuk kerajaan berlembut dalam soal itu. Semua orang tahu tunjuk perasaan itu didalangi oleh pihak pembangkang negara ini.

Melihatkan suasana mutahir ini, maka ISA harus diteruskan. Ia hanya boleh dihapuskan sekiranya negara ini benar-benar aman, damai, tenteram dan harmoni. Selagi itu belum dicapai, ISA perlu dikekalkan.

Selagi Perlembagaan negara yang menjadi tunjang kepada kenegaraan ini terus dipermainkan, selagi isu-isu perkauman yang boleh memporak-perandakan masyarakat terus diperkotak-katikkan, selagi soal agama dipertikaikan, selagi soal raja-raja Melayu diperkecil-kecilkan, ISA masih diperlukan.

Kita mahu merayakan perayaan kita dalam suasana aman, damai. Kita mahu supaya semua kaum dapat kunjung-mengunjungi di antara satu sama lain dalam semangat sentosa. Oleh itu, jangan ada mana-mana pihak cuba mengganggunya.

Kita juga mahu ISA dikenakan, jika benar, ada pihak dalam negara yang mengupah kumpulan penunjuk perasaan di Jakarta untuk mengapi-apikan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Jika benar dakwaan itu, KDN jangan hanya berpeluk tubuh.

Rakyat memberi mandat kepada kerajaan ini untuk menjaga keharmonian kami semua. Setelah 53 tahun memerintah negara tercinta ini, tanpa sekali pun diterajui pihak lain, kerajaan BN telah berjaya membawa negara ini ke mercu jayanya. Itu semua adalah hakikat.

Pandanglah ke kiri dan ke kanan. Malaysia sebenarnya adalah antara negara tercemerlang di rantau ini, di kalangan negara-negara Arab dan negara Islam dan di Afrika, waima Selatan Amerika dan antara sesetengah Eropah sekalipun. Kita bangga menjadi rakyat negara ini.

Oleh itu mandat tersebut harus dijagai sebaik-baiknya. Kepercayaan itu harus dijadikan amanah.

Persoalannya, apakah kejayaan negara ini selama ini berlaku adalah kerana ISA dihapuskan? Singapura yang maju itupun masih ada ISA, begitu juga di Thailand.

KDN jangan bimbang. Menterinya jangan bimbang. Kami semua rakyat negara ini, di belakang anda.

PERINGATAN supaya jangan ada pihak mempersoal perkara-perkara Perlembagaan Persekutuan, khasnya yang melibatkan Perkara 153 dan hak-hak istemewa orang Melayu dan Bumiputera bukan baharu. Tetapi semakin diingatkan supaya menghentikan perbuatan itu, kian menjadi-jadi pulal.

Bukan hanya pemimpin Bumiputera dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membangkitkan kerisauan mereka mengenai gejala mengungkit dan mempertikaikan Perlembagaan, malah institusi Raja-raja turut merasakan perkara yang sama.

Yang di-Pertuan Agong serta beberapa Sultan yang memerintah negeri sudah beberapa kali mengeluarkan ingatan dan nasihat.

Tetapi, isu mempersoalkan Perlembagaan hanya reda untuk seketika sahaja. Ia terus dimainkan oleh pihak tertentu atas kepentingan politik.

Perkara seumpama ini akhirnya mendorong Perdana Menteri bersuara dan mengeluarkan peringatannya agar rakyat tidak mempersoalkan perkara-perkara yang sudah disepakati oleh para pengasas negara lebih 53 tahun lalu, khususnya Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai Perdana Menteri kepada semua kaum, Datuk Seri Najib Tun Razak seboleh-boleh mahu berlaku adil kepada semua pihak tanpa memihak.

Tetapi beliau juga patut mempertahankan sesuatu yang menjadi 'tiang seri' kepada kestabilan negara ini daripada ditarah dan akhirnya boleh mengakibatkan ia runtuh.

Perlembagaan Persekutuan adalah kontrak sosial di antara kaum. Tiada mana-mana pihak yang teraniaya atau rugi sejak negara kita merdeka. Kenapa sekarang ia mula dipertikai. Hanya pihak yang tamak kuasa dan mahu bolot semuanya sanggup melakukannya.

Jangan lupa bahawa orang Melayu dan Bumiputera serta Orang Asli adalah penduduk pribumi yang mempunyai hak ke atas tanah air ini. Jadi, tidak elok kita mengungkit sejarah kedatangan nenek moyang kaum-kaum lain. Isu seperti itu tidak akan berkesudahan.

Ikutlah nasihat Perdana Menteri dengan mengelakkan diri daripada mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum-kaum lain.

Tidak ada gunanya usaha menulis semula Perlembagaan, sebab akan ada pihak yang akan terus mempertahankannya. Jadi, hormati hak kaum pribumi.

Oleh kerana mahu mengubah Perlembagaan, kita bimbang hubungan antara kaum menjadi tegang. Ingatlah, Malaysia bukan untuk Melayu, Cina, India, Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja tetapi untuk generasi akan datang.

Jangan dirosakkan hubungan dan perpaduan nasional kerana tamakkan kuasa.

Alangkah baiknya jika kita patuh kepada Perlembagaan yang ada supaya keamanan negara terus terjamin.

Rosak dan kucar-kacir negara ini jika Perlembagaan dijadikan agenda politik dan kepentingan peribadi tanpa memikirkan tentang sensitiviti semua kaum.

Perdana Menteri yang mula bersuara mengenai Perlembagaan negara ini memberi mesej, janganlah isu yang sensitif ini dimainkan lagi.

Jika ada pihak yang masih degil dan tidak peka, diharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan berani demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini.

Kerajaan kena tunjukkan ketegasan bahawa isu Perlembagaan tidak boleh diungkit apatah lagi dipersoalkan selepas ini.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SALAM AIDILFITRI 1431

Posted: 08 Sep 2010 01:14 AM PDT





Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras, di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca - pembaca Blog Puteri UMNO Bahagian Cheras serta kepada Ahli - Ahli UMNO 4 Peringkat di Bahagian Cheras.

Ucapan khas Salam Aidilfitri daripada editor Blog Puteri UMNO Bahagian Cheras kepada Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian Cheras iaitu :-


1. YBhg. Datuk Wira Syed Ali Al Habshee - Ketua UMNO Bahagian

2. YBhg. Datuk Mahadi Abdul Shukor - Timbalan Ketua UMNO Bahagian

3. YBhg. Datuk Nasir Abdul Ghani - Naib Ketua UMNO Bahagian

4. YBhg. Datuk Faridah Abu Hassan - Ketua Wanita UMNO Bahagian

5. YBhg.Tuan Haji Syed Mehdhar Syed Abdullah - Ketua Pemuda UMNO Bahagian

6. YBhg. Puan Sarina Sharif - Ketua Puteri UMNO Bahagian


Pohon maaf atas segala kesilapan tutur kata bicara dan perbuatan yang tidak disengajakan. Semoga Syawal kali ini memberikan kesejahteraan kepada semua.

Kajang Pak Malau, kajang berlipat
Pergi beraya berkain pelikat
Kacau dodol anyam ketupat
Jangan lupa bayar zakat

Wassalam

Pemuda UMNO Taman Ehsan

Pemuda UMNO Taman Ehsan


SALAM AIDILFITRI DARI KAMI

Posted: 08 Sep 2010 03:17 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Hanya PAS saja yang betul….

Posted: 08 Sep 2010 02:06 AM PDT

Apakah hak-hak lain untuk orang islam tak pernah diambil tahu oleh orang-orang PAS? Siang malam mereka mengatakan bahawa merekalah paling islam. Cuba orang-orang PAS perhatikan perwatakkan pemimpin mereka sendiri adakah melambangkan islam?

PAS sering mahu menjadi juara didalam segala hal. Dari pemimpin atasan hinggalah kepada totok pencacai Pas dibawah semuanya mahu menang didalam setiap hal. Tak kiralah sama ada mereka salah ataupun benar, yang penting bakat spin mereka digunakan sehabis mungkin untuk menang berhujah.
Halal haram belakang kira, yang penting jangan bagi UMNO dan orang-orangnya menang sekalipun didalam berhujah. Sebab itulah munculnya peribahasa moden "walharammu, walhalalku" didalam setiap kamus pemikiran para totok pencacai PAS.

Cuba kita lihat…, didalam hal sembahyang, orang UMNO atau PAS bagi kita tiada bezanya. Tapi masih ada orang PAS yang enggan solat di belakang imam UMNO walhal ada yang imam berideologi UMNO yang sanggup solat dibelakang Imam PAS.

Apakah solat UMNO dah PAS adalah berbeza sedangkan semua umat Islam menyembah Tuhan yang satu dan sama. Apakah Imam UMNO menyembah Tuhan lain sehingga membuatkan orang PAS tak mahu berimamkan imam UMNO?

Itu dalam bab sembahyang, di dalam bab ulamak pula, ulamak yang pro kerajaan sering dilabelkan oleh orang PAS sebagai ulamak belaan untuk politik. Datuk Harussani juga dituduh begini walhal beliau menyatakan perkara benar didalam hal penyatuan bangsa melayu dan umat Islam.

Dan apabila ulamak kerajaan mengeluarkan nas Quran untuk menunjukkan kebenaran, semuanya dilabelkan menjual agama kerana duit dan gaji oleh orang-orang PAS. Jadi bagi orang-orang PAS, hanya ulamak yang mereka suka sahaja yang diiktiraf bercakap menggunakan nas Quran.

Sudah pasti ulamak-ulamak tersebut adalah terdiri dari pemimpin politik mereka yang mereka sendiri angkat sebagai ulamak! Selain dari golongan itu, semuanya akan dibakul sampahkan oleh orang-orang PAS ini kerana jangan haraplah mereka bersetuju dan sedar. Malah ada yang tak mahu mendengar langsung pun.

Mereka tak akan bersetuju walaupun ulamak yang diiktiraf kerajaan membawa hujah dari Al Quran serta hadis sahih!

Itu bab ulamak.., jika pemimpin kerajaan yang berhujah dengan menggunakan nas Quran atau hadis, orang-orang PAS akan kata ia merupakan kata-kata jahil dari pemimpin yang menolak agama. Orang-orang PAS ini takkan mahu menerima apa satupun cakap dari pemimpin walau bersandarkan kepada Quran sekalipun.

Yang mereka tahu, UMNO harus ditentang kerana menolak agama Allah swt. Apa yang dimaksudkan oleh mereka dengan UMNO menolak agama Allah itu…, jawapannya ialah UMNO tak mahu melaksanakan HUDUD!

Jika ini yang menjadi alasannya, bagaimana pula PAS kini yang mengenepikan HUDUD hanya kerana takutkan kafir yang berkerjasama dengan mereka? Orang-orang PAS ini bebal atau apa? Semua yang dibuat oleh UMNO ada saja yang tak kena dimata mereka. Yang betul selamanya hanya pemimpin PAS serta rakan sekutu mereka DAP dan PKR.

Tak tahulah bagaimana orang-orang PAS melihat islam dari sudut kacamata mereka. Apakah ukuran islam hanya solat, zakat, pergi haji, puasa dan yang penting sokong PAS dah boleh masuk syurga?

Apakah hak-hak lain untuk orang islam tak pernah diambil tahu oleh orang-orang PAS? Siang malam mereka mengatakan bahawa merekalah paling islam. Cuba orang-orang PAS perhatikan perwatakkan pemimpin mereka sendiri adakah melambangkan islam?

Kalau nak dikirakan bercakap sekalipun, tak ada sedikitpun yang pemimpin PAS ikhlas mahu menegakkan hukum islam. Apatah lagi nak melaksanakannya walaupun berkemampuan melaksanakan ideologi mereka di beberapa negeri.

Bagi orang-orang PAS, apa yang PAS buat mesti comel lote dan sempurna sekali. Di Kelantan tak payah buat pembangunan sebab kerajaan PAS tak ada duit. Duduk dalam reban ayam pun tak apa janji kena bersyukur. Itu lebih baik dari di Rwanda yang tak ada rumah langsung.

Sesak papa kedana merempat pun tak apa asal dapat sokong PAS, ini semua fisabilillah yang dijanjikan syurga disana nanti….(konon-kononnyalah). Rakyat Kelantan minum air karat pun tak apa sebab bukan kerajaan negeri yang bertanggung jawab…, itu sebenarnya tugas kerajaan pusat.

Lagipun, di Somalia lagi teruk sebab langsung tak ada air nak minum. Jadi…., kena bersyukur dan berterima kasihlah pada kerajaan PAS sebab dapat juga bagi minum air karat. Cukup penggal, kena pangkah PAS sebab hanya PAS yang mampu "menzuhudkan" rakyat Kelantan. Tak kebodoh namanya tu….

Sampai bilalah orang-orang PAS ni nak sedar???

(Oleh: Pak_Long)

Ct Nurhaliza “dibeli” oleh DAP?

Posted: 07 Sep 2010 06:49 PM PDT

Selepas hampir sebulan Khalifah Lim Guan Eng dan DAP melakukan gerak gempur menagih sokongan bangsa melayu dengan berpelurukan hamper berharga RM 20 di Surau serta Masjid-masjid P.Pinang, selepas Aidilfitri ini akan bermula pula agenda baru memperbodohkan melayu di negeri tersebut.

Sempena menyambut ulangtahun Hari Malaysia, pada 25 September depan bakal diadakan konsert PERCUMA yang bakal dianjurkan oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri berlidah biawak Lim Guan Eng.

Sudah diwar-warkan bahawa penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Ct Nurhaliza bakal mempersembahkan bakat nyanyiannya diatas undangan khas dari Kerajaan Lim Guan Eng dan DAP.

Dah nama pun konsert PERCUMA, rakyat P.Pinang tak perlu bersusah payah beratur membeli tiket bagi menikmati alunan suara merdu Datuk Ct Nurhaliza yang dipanggil berkerjasama dengan kerajaan sosialis DAP negeri P.Pinang untuk membodohkan melayu.

Rakyat P.Pinang hanya perlu membayar RM 1 sahaja bagi menampung kos agenda DAP negeri ini memperbodohkan mereka. Itulah sahaja harga yang diperlukan bagi menutup segala penindasan serta pembohongan Lim Guan Eng terhadap seluruh bangsa melayu di P.Pinang.

Khabarnya, Datuk Ct dibayar lebih dari RM 120 ribu untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan DAP negeri P.Pinang melalui konsert ini.

Persoalannya sekarang, apakah dengan kesanggupan Datuk Ct menjayakan konsert ini, dia bersetuju dengan segala polisi kerajaan negeri DAP P.Pinang yang menindas para peniaga kecil melayu dan juga penduduk kampung melayu tradisional?

Khabarnya lagi, Datuk K iaitu suami Datuk Ct adalah merupakan "orang kuat" UMNO dan menyokong kuat kerajaan DS Najib. Jika benar begitu, apakah RM 120 ribu dari Lim Guan Eng dan DAP telah berjaya mencairkan "perjuangan" Datok K?

MUNGKIN ada perjanjian lain yang disertakan disamping wang upah "berkerjasama" dengan DAP negeri P.Pinang. MUNGKIN Datuk CT ada dijanjikan diskaun bagi rumah mewah yang mahu dibeli di negeri itu oleh kerajaan DAP…siapa tahu kann. Segalanya mungkin jika ia melibatkan bisnes.

Walau bagai manapun, jika Datuk Ct sebagai seorang yang berbangsa melayu sanggup berkerjasama dengan kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng yang berpolisi mengenepikan melayu, ini bererti Datuk Ct mengiktiraf setiap penindasan yang telah DAP lakukan terutamanya apa yang berlaku kepada orang-orang melayu P.Pinang!

Saya tak suka menggunakan perkataan "pengkhianat" kepada Datuk Ct didalam hal ini, memadailah hanya dengan label Datuk Ct "bersekongkol" di dalam agenda politik DAP memperbodohkan melayu-melayu di P.Pinang.

(Oleh: Che_Wan)

Benarkah “GAY” adalah hak asasi manusia?

Posted: 07 Sep 2010 04:36 PM PDT

Kita dikejutkan baru-baru ini tentang usaha seorang paderi, Ouyang Wen Fang, yang cuba menubuhkan sebuah gereja khas untuk golongan "gay" di Malaysia, sebuah negara Islam sekular. Walaupun paderi ini menafikan kewujudan gereja "gay" ini, diberitakan bahawa usaha ini diakui cuba ditubuhkan di negara ini sebagai "hak asasi" mereka sebagaimana gereja seumpama ini wujud di India dan Nepal.

Umum juga tahu bahawa Anwar Ibrahim, "bakal" Perdana Menteri ke-7 Malaysia sedang bergelut dengan tuduhan kedua tentang kegiatan sex luar tabi'i yang melibatkan perlakuan liwat. Liwat, sebagaimana kita tahu adalah pelakuan luar tabi'i yang sangat sinonim dengan kegiatan "gay". Tidak hairanlah jika golongan "gay" di Malaysia begitu "sayang" dan memberi sokongan penuh kepada Anwar.

Diakui ramai, kegiatan "gay" ini sangat terpencil dan jarang-jarang sangat kita dengar berita mengenainya sebelum pendakwaan Anwar "Liwat I". Namun, setelah disahkan oleh mahkamah bahawa Anwar "meliwat", golongan ini semakin ramai dan semakin berani menonjolkan diri. Anwar dan golongan ini disokong hebat oleh persatuan-persatuan "gay" diluar negara seperti Persatuan ProGay. Dengan alasan "hak asasi manusia", golongan ini begitu vokal membela Anwar. Malah Anwar tanpa rasa bersalah dilaporkan pernah meminta agar "privasi kegiatan gay" ini diberikan kepada golongan "songsang" ini - International Herald Tribune, 11 November 2004. Melalui artikel ini, Anwar cuba meminta agar undang-undang di Malaysia ini mengiktiraf "hak asasi dan privasi gay" di Malaysia.

Namun, benarkah "Gay" merupakan amalan "hak asasi manusia"? Cuba fikirkan kembali. Cuba ingatkan kembali kepada "fitrah kejadian manusia". Cuba renungkan kembali, mengapa Allah S.W.T mencipta dua gender di dunia. Mengapa dicipta lelaki dan perempuan. Menurut sumber dalil naqli, lelaki dan perempuan dicipta oleh Allah Azza wa Jalla sebagai pasangan, sebagaimana Hawa dicipta untuk Adam AlaihisSalam. Itulah fitrah manusia yang sebenar. Perkara ini diakui oleh seluruh agama "samawi" di dunia, termasuklah Islam dan Kristian. Justeru itu, apakah kegiatan "gay" ini sangat tepat untuk disifatkan sebagai "hak asasi manusia"?

Selama ini, ramai umat Islam yang terpengaruh dengan menyifatkan kegiatan "gay" ini sebagai "hak asasi manusia". Persoalannya, apakah amalan yang menyalahi fitrah kejadian manusia ini boleh diiktiraf sebagai "hak asasi manusia" sebagaiamana yang diperjuangkan oleh Anwar dan golongan "gay" ini?

Kita melihat Anwar sebagai seorang politikus yang berpengaruh di dalam kem pembangkang. Anwar telah dipersetujui oleh PKR, DAP dan PAS untuk dinobatkan sebagai "Perdana Menteri Malaysia ke-7″ dalam usaha mereka ke Putrajaya. Apakah umat Islam bersetuju dengan Anwar sebagai Perdana Menteri walaupun Anwar ini diketahui umum sebagai salah seorang pejuang "gelap" golongan "gay" ini?

Setelah pihak Pakatan Rakyat berjaya menjajah banyak kerusi Dewan Rakyat dan DUN pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, golongan ini semakin berani menonjolkan diri dan melakukan kegiatan mereka secara terang-terangan. Dilaporkan bahawa dipercayai di Bukit Bintang (kawasan DAP) sahaja, kawasan segitiga emas Lembah Klang itu mempunyai 2 pusat hiburan yang menjadi tumpuan golongan "gay" ini. Selain itu, majalah mastika dan tabliod-tabliod tempatan sering menyiarkan kegiatan luar tabi'i ini yang semakin berleluasa di taman-taman dan tasik-tasik di sekitar Selangor.

Dengan wujudnya usaha menubuhkan gereja "gay" di Malaysia baru-baru ini, maka kumpulan "gay" di Malaysia seolah-olah mendapat "suntikan semangat" untuk kegiatan tidak bermoral mereka. Kejayaan moral golongan ini seolah-olah mendapat restu apabila Anwar hanya membisu terhadap isu ini. Mungkin "diam"nya Anwar tentang isu ini menunjukkan Anwar bersetuju dengan perkara yang memudaratkan budaya ketimuran di negara ini. Apakah ini pendirian "bakal" seorang Perdana Menteri yang akan mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu ini?

Persoalan ini harus dijawab oleh Anwar, "apakah kegiatan gay ini merupakan salah satu hak asasi manusia yang patut dipertahankan dan diperkenalkan di Malaysia"? Apakah Anwar sanggup menolak fitrah kejadian manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T ini? Apakah penyokong-penyokong tegar Anwar sangat bersetuju dengan pendirian Anwar yang menyokong kegiatan "gay" ini. Mungkin Anwar bersetuju kerana dia dibuktikan meliwat oleh mahkamah. Namun, apakah penyokong Pakatan Rakyat yang berkopiah dan berlebai serta mengakui "lebih Islam" ini akan terus menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan Ketua Negara mereka? Tepuk dada, tanyalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Wallahu'alam.

(Oleh: dukeofmontecristo)

Pengikut