Sabtu, 16 Oktober 2010

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Azmin RACIST

Posted: 15 Oct 2010 05:24 PM PDT

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


BELANJAWAN 2011

Posted: 15 Oct 2010 05:00 PM PDT

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) menyambut baik Belanjawan 2011 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato' Sri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


BELANJAWAN 2011 BUKTI KERAJAAN BN PERIHATIN KEPADA RAKYAT

Posted: 15 Oct 2010 06:31 AM PDT

Bertemakan "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi", Bajet 2011 akan menumpu kepada empat strategi utama:

Pertama : Mendaya Kembali Pelaburan Swasta;

Kedua : Membangunkan Modal Insan;

Ketiga : Mensejahterakan Hidup Rakyat; dan

Keempat : Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Mendaya Kembali Pelaburan Swasta

  1. Mempergiatkan inisiatif Projek Perkongsian Awam-Swasta (PPP).

a) Beberapa projek PPP telah dikenal pasti dalam RMK-10 yang akan mula dilaksanakan pada 2011 dengan kos pelaburan swasta RM12.5 bilion.

b) Projek PPP Academic Medical Centre usaha sama antara Academic Medical Centre Sdn. Bhd. dengan Johns Hopkins Medicine International dan Royal College of Surgeons Ireland, melibatkan pelaburan swasta sebanyak RM2 bilion.

  1. Projek strategik berimpak tinggi.

Transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Greater KL (Lembah Klang) akan dilaksanakan mulai 2011, dengan anggaran kos pelaburan swasta kira-kira RM40 bilion.

  1. Mencergaskan pasaran modal. Antaranya:

a) Syarikat pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan mengurangkan pegangan saham dalam syarikat utama di Bursa Malaysia

b) GLIC akan dibenar meningkatkan pelaburan di luar negara

c) Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon runcit

d) Suruhanjaya Sekuriti akan menawarkan 3 broker saham baru kepada syarikat tempatan dan asing atau usaha sama

  1. Mengunggulkan pasaran modal Islam.

Bursa Malaysia akan membangunkan international board bagi membolehkan penyenaraian saham asing, termasuk produk patuh syariah.

  1. Modal teroka, terutamanya sektor berteknologi tinggi.

Kerajaan menyediakan Latihan Peningkatan Keusahawanan kepada 500 bakal teknopreneur.

Dana Permulaan Perniagaan berjumlah RM100 juta untuk memberi pembiayaan mudah.

  1. Skim Amanah Hartanah Bumiputera akan dilancarkan di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera tahun ini bernilai RM1 bilion dan patuh syariah
  2. Dana Pencen Swasta akan dilancarkan pada 2011 untuk memanfaatkan pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
  3. Industri Elektrik & Elektronik (E&E)

Peruntukan RM857 juta bagi syarikat tempatan yang melabur dalam aktiviti E&E bernilai tambah tinggi.

  1. Industri minyak, gas dan tenaga

a) Peruntukan RM146 juta untuk memperkembangkan industri terutamanya aktiviti hiliran.

b) Petronas akan melaksanakan projek regasification dengan kos pelaburan RM3 bilion di Melaka yang dijangka beroperasi bermula 2012.

  1. Memajukan teknologi hijau termasuk:

a) Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui dan penjimatan tenaga dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

b) Pengecualian 100% duti import dan duti eksais ke atas kereta hibrid

  1. Sektor pertanian termasuk:

a) Peruntukan RM252 juta untuk membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu dengan skala besar di Sabah dan Sarawak

b) RM235 juta diperuntukkan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi

c) Menggalakkan petani menceburi bidang pertanian bernilai tinggi dengan peruntukan RM135 juta untuk prasarana asas

d) RM80 juta ringgit untuk menjalin kerjasama di antara petani buah-buahan dan sayur-sayuran secara kecil-kecilan dengan syarikat peneraju

e) Membina Pusat Penyelidikan Antarabangsa Tanaman Masa Hadapan

  1. Industri pelancongan termasuk:

a) Memperuntukkan RM80 juta untuk kemudahan infrastruktur untuk menarik pelancong ke kawasan pedalaman

b) Membina laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang

c) Memansuhkan duti import 5% – 30% ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan barangan harian

  1. Memangkin industri minyak sawit dan produk berkaitan:

a) Menggalakkan penanaman semula klon pokok sawit lama bermutu tinggi

b) Mengagihkan RM127 juta untuk menyokong syarikat oleo derivatives tempatan dan RM23 juta untuk industri hiliran minyak sawit

  1. Penjanaan ekonomi digital yang inovatif.

a) Melaksanakan program MY Creative Content dengan peruntukan RM119 juta

b) Melanjutkan tempoh galakan elaun pelaburan kepada penyedia kemudahan sambungan terakhir perkhidmatan jalur lebar, dan pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan jalur lebar sehingga 2012

c) Mengecualikan cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit

  1. Menggalakkan sektor perkhidmatan perniagaan untuk memenuhi permintaan membaik pulih dan menyelenggara kapal terbang serta helikopter dengan peruntukan RM91 juta.
  2. Pembangunan koridor dan wilayah:

a) Peruntukan RM339 juta untuk Wilayah Pembangunan Iskandar

b) Peruntukan RM133 juta untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan RM178 juta untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur

c) Peruntukan RM93 juta untuk Wilayah SCORE dan RM110 juta untuk Koridor Pembangunan Sabah

  1. Aktiviti Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (R&D&C)

Peruntukan RM71 juta untuk program bagi meningkatkan inovasi, penciptaan produk baru dan pengkomersilan.

  1. Akta Insolvensi baru akan memperkenalkan peruntukan berkenaan mekanisme penyelamat bagi syarikan dan individu bermasalah kewangan, termasuk mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
  2. Industri kreatif

Peruntukan RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif tempatan berkualiti tempatan meliputi animasi, pengiklanan, perfileman dan lain-lain.

  1. Menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6%, termasuk perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
  2. Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara dengan memperkukuhkan sistem kutipan cukai.

Membangunkan Modal Insan

  1. Menambah bilangan tenaga kerja berkualiti dengan penubuhan Talent Corporation pada awal 2011.
  2. Sistem pendidikan negara akan dirombak, termasuk:

a) Peruntukan RM6.4 bilion untuk membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

b) Pengagihan ganjaran sejumlah RM213 juta kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

c) Penambahan 1,700 kelas, memantapkan kurikulum dan melantik 800 guru pra-sekolah lepasan ijazah.

d) Memperuntukkan RM111 juta untuk program PERMATA.

e) Menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM250 juta untuk Sekolah Bantuan Modal Agama, Sekolah Kebangsaan Cina & Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

f) Membiayai bantuan per kapita untuk Sekolah Agama Rakyat (rendah dan menengah) dengan peruntukan RM95 juta.

g) Peruntukan RM213 juta untuk mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan bahasa Inggeris dan memperkemaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, termasuk mengambil 375 guru penutur jati Bahasa Inggeris.

  1. Memperkasa institusi pengajian tinggi seperti:

a) Menambah peratusan staf akademik berkelulusan PhD kepada 75% bagi universiti penyelidikan dan 60% bagi IPTA lain.

b) Menambah baik peluang kenaikan pangkat pensyarah di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III, II dan I serta penganugerahan Profesor Ulung.

  1. Meningkatkan kemahiran graduan termasuk:

a) Mempergiatkan program Industrial Skill Enhancement di Pusat Latihan Kemahiran Negeri untuk graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal.

b) Peruntukan RM50 juta untuk melatih graduan bidang ICT.

c) Peruntukan RM200 juta untuk pelbagai program untuk mengembangkan kompetensi dan kebolehpasaran siswazah jurusan lain.

  1. Pengagihan RM474 juta untuk meningkatkan produktiviti dan kemahiran golongan bukan siswazah.
  2. Pelaksanaan Program Latihan 1Malaysia untuk meningkatkan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru, dengan peruntukan RM500 juta.
  3. Peningkatan produktiviti golongan pekerja termasuk:

a) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara sebagai platform utama penetapan gaji dan pengenalan gaji minimum mulai Januari 2011.

b) Menaikkan levi secara berperingkat mengikut sektor ke atas pengambilan pekerja asing, serta mewajibkan insurans kesihatan ke atas majikan bagi pengambilan pekerja asing.

  1. Golongan wanita

a) Peruntukan RM30 juta untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan.

b) Pelaksanaan program perintis Small Office Home Office untuk wanita kurang upaya selama 3 bulan.

c) Menjenamakan semula 40 buah TASKA 1Malaysia untuk golongan wanita tidak berkemampuan mendapatkan perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal berkualiti bagi anak-anak.

d) Memberi fleksibiliti dengan menentukan sendiri cuti bersalin sehingga 90 hari kepada penjawat awam wanita tertakluk kepada had semasa 300 hari.

  1. Pembangunan dan penyelidikan sukan dengan peruntukan RM365 juta dan peruntukan RM20 juta untuk penubuhan Akademi Bola Sepak.

DunSemarang

DunSemarang


Pertandingan FUTSAL 16,10.2010 Par Ayer Hitam

Posted: 15 Oct 2010 06:25 PM PDT


Gelanggang Futsal Taman Mekar
Partandingan Futsal 1 Belia 1 Malaysia

Anjuran PK W Rakyat Parlimen Ayer Hitam dan

Pejabat Belia Sukan Daerah BP

kerjasama Per.Pemuda /Puteri UMNO Parlimen Ayer Hitam.
Futsal akan diadakan

Pada 16 Oktober 2010

Tempat Gelanggang Futsal Taman Mekar .

Kategori Lelaki/wanita .

Maklumat lanjut 0137882834 shahrul belia PSD.

(Sumber berita Shahrul Belia PSD/Pt Surau Darat) ByM69

Majlis Tahlil dan Doa Selamat YB Datuk Samsolbari

Posted: 15 Oct 2010 05:17 PM PDT

Majlis Doa di ketuai Tn Hj Mohd Taib Hj Malik.
Hadirin di Majlis Tahlil dan Doa Selamat.

15.Oktober 2010. 8.45 malam.Taman Suria. Majlis tahlil dan doa selamat untuk meraikan keberangkatan YB Datuk Samsolbari dan Isteri menunaikan fardhu Haji ke Tanah Suci. Lebih 300 hadirin terdiri dari Ajk UMNO. Ketua Cawangan dan masyarakat sekitar tanpa mengira fahaman politik turut hadir menjayakan majlis tersebut. YB Datuk Samsol merakamkan jutaan terima kasih kepada semua para hadirin yang sudi hadir dan bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau dan isteri. Semuga majlis yang diadakan tersebut akan menambahkan lagi hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat dan pemimpin. Kami pendunduk di Parlimen Ayer Hitam mendoakan semuga dengan izin Allah SWT, YB Datuk Samsolbari serta isteri, sentiasa dalam perlindungan Allah, sihat,sejahtera dan mendapat Haji yang Mabrur Amin.(byM69)

Pengikut