Rabu, 3 November 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Terkini di Galas 7

Posted: 03 Nov 2010 11:04 PM PDT

Ketua Puteri Dato' Rosnah berkata tindakan Muslimat pas pukul Puteri UMNO Kuala Krai contoh Pas yang terdesak "Jika tidak demontrasi mereka mengganas dan buat kecoh, saya berharap adik-adik puteridi Gals dan Batu Sapi teruskan bersemangat, berbudi bahasa dan berhemah" - Media UMNO

Terkini di Galas 6

Posted: 03 Nov 2010 11:01 PM PDT

Peratusan keluar mengundi di kawasan penempatan orang Asli.

peti undi Lojing 84.82%

peti undi Ber 89.78%

peti Undi Belatim 81.88%

peti undi Balar 87.93%

peti undi Bihai 86.33%

peti undi Hau 88.19%


60% 6931 setakat jam 1 tengahhari keluar mengundi di dun galas

Terkini di Galas 5

Posted: 03 Nov 2010 10:57 PM PDT

TERKINI DARI GALAS: 6931 KELUAR MENGUNDI
SETAKAT INI SUDAH 6931 PENGUNDI TELAH MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK KELUAR MENGUNDI..
TINGGAL LAGI SEPARUH...

Terkini di Galas 4

Posted: 03 Nov 2010 10:53 PM PDT

Seramai 4,589 pengundi atau 39.72 peratus telah menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas setakat 12 tengah hari tadi.

Sementara itu menurut Suruhanjaya Pilihan Raya di Batu Sapi, 9,261 pemilih atau 36.2 peratus telah keluar mengundi bagi Parlimen Batu Sapi setakat 12 tengah hari ini.

Terkini di Galas 3

Posted: 03 Nov 2010 10:14 PM PDT


12.27pm Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5,732 orang telah mengundi.

11.57am Perang mulut masih berterusan di antara penyokong PAS dan BN di luar pusat mengundi SK Seri Wangi

11.27am Di pusat pengundian Bandar Baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Indra Petra, kelihatan helikopter polis berlegar-legar di langit yang mulai cerah.

Keadaan tenang. Penyokong PAS mula berselawat dan penyokong BN mencari tempat berteduh daripada panas matahari.

Di SK Lepan Jaya, pusat pengundian bagi LepanTupai keadaan hampir sama.

11.35pm Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

Terkini di Galas 2

Posted: 03 Nov 2010 10:07 PM PDT

Gua Musang makin sesak dengan lalu lintas kerana lebih ramai keluar mengundi PRK Galas & Cuaca semakin cerah, di Batu Sapi gerimis mula turun

Terkini di Galas

Posted: 03 Nov 2010 10:04 PM PDT

Penyokong Pas Ceroboh Kawasan BN, Punca Gaduh di SK Seri Wangi

GUA MUSANG, 4 Nov – Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.

Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap BN.

"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya kepada Bernama.

Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan pergaduhan itu.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin, yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.

"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya.

UMNO Online

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


N45 Galas: Lebih 80 Peratus Dijangka Keluar Mengundi Esok

Posted: 03 Nov 2010 07:42 AM PDT

Link artikel: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/3/mstar_berita/20101103210429&sec=mstar_berita

GUA MUSANG: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 80 peratus jumlah pengundi akan keluar membuang undi pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung pada Khamis.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sasaran berkenaan berdasarkan peratusan keluar mengundi yang dicatatkan pada pilihan raya umum 2008.

"Kalau pilihan raya umum yang lalu kita boleh capai peratusan 81 peratus, kali ini SPR jangkakan jumlahnya akan meningkat kerana semua pihak khususnya pengundi memberi tumpuan kepada pilihan raya kecil ini.

"Saya yakin pengundi yang berada di luar kawasan juga akan balik menunaikan tanggungjawab mereka," katanya pada sidang media di Dewan Pusat Sivik di sini, Rabu.

Selain itu Wan Ahmad berkata pihaknya turut menjangkakan keputusan pilihan raya kecil itu akan dapat diketahui selewat-lewatnya pada pukul 8 malam.

Proses pembuangan undi akan dibuka pada pukul 8 pagi dan ditutup pada pukul 5 petang.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Ab Aziz Yusof, dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.

Mengulas mengenai aduan kesalahan berkempen yang dilakukan oleh parti-parti politik yang bertanding, Wan Ahmad berkata sehingga kurang tujuh jam sebelum proses berkempen tamat, pihaknya hanya menerima empat aduan.

"Dalam sembilan hari tempoh berkempen, SPR boleh sifatkan bahawa pilihan raya kecil DUN Galas adalah yang paling aman kerana kita hanya terima empat aduan.

"Aduan berkenaan juga hanya melibatkan perkara-perkara kecil seperti kejadian bakar bendera dan juga aduan kedatangan pihak luar ke Galas membawa isu-isu yang tidak berkaitan," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati penyokong parti-parti politik agar tidak melanggari peraturan larangan berkempen pada hari mengundi bagi mengelakkan sebarang keteganga.

"SPR juga ingin menyeru kepada pengundi supaya keluar awal, jangan tunggu hingga saat akhir untuk tunaikan tanggungjawab masing-masing," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian peyandangnya, Che Hashim Sulaima akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim, 48, mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) daripada Barisan Nasional dengan majoriti 646 undi.

DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Tuduh ahli UMNO kafir, tahan Kit Siang dibawah ISA – Syed Ali

Posted: 02 Nov 2010 11:00 PM PDT

BARU seminggu Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan peringatan supaya tidak membangkitkan isu perkauman dan agama, tetapi Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka mengingkarinya.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Kit Siang dengan sifat biadabnya menuduh ahli-ahli UMNO, yang dianggotai majoriti orang Melayu di negara ini sebagai kafir.

"Kit Siang sengaja berbuat demikian kerana cita-cita beliau mahu supaya orang Melayu bersengekata sesama sendiri dan berlaku pergaduhan antara kaum di negara ini," tegasnya.

Tambah mendukacitakannya kata beliau, kenyataan Kit Siang pada ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, seperti mendapat restu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tuduhan itu jelas menunjukkan Kit Siang sengaja mencetuskan provokasi supaya orang Melayu bermusuhan sesama sendiri dan sekaligus mencabuli nasihat Raja-Raja Melayu," tegasnya.

Katanya, Kit Siang sengaja berbuat demikian supaya berlaku pergaduhan atau pertumpahan darah sesama Melayu dan akhirnya mereka (bukan Melayu) akan menguasai negara ini.

Beliau berkata, perbuatan Kit Siang itu turut menghina seluruh umat Islam di negara ini kerana beliau bukan pemimpin Islam tetapi berani menuduh orang Melayu sebagai kafir.

Malah tegasnya, orang Islam ditegah daripada mengkafirkan sesama Islam kerana ianya membabitkan soal akidah.

"Tetapi malangnya Nik Aziz yang mendengar ceramah tersebut tidak menegur perbuatan Kit Siang, ini bermakna Menteri Besar Kelantan itu bersekongkol dengan DAP," ujarnya.

Dalam hal ini katanya, Nik Aziz juga turut bertanggungjawab menyesatkan pemikiran umat Islam sepertimana dilakukan oleh Kit Siang.

Beliau berkata, tuduhan Kit Siang itu sudah keterlaluan dan kerajaan perlu memandang serius perkara tersebut kerana dikhuatiri akan mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Sehubungan itu beliau menegaskan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk mengenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Kit Siang.

"Tungghu apa lagi, sudah jelas pemimpin DAP itu membuat tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat.

"KDN perlu merealisasikan amanat dan peringatan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu disamping sebagai pengajaran supaya isu agama dan perkauman tidak dijadikan bahan politik di masa akan datang," tegasnya lagi.

Katanya, KDN perlu segera bertindak kerana laporan polis telah dibuat oleh beberapa pihak keatas kit Siang berhubung kenyataan tersebut.

Kit Siang seperti didedahkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, telah menuduh ahli-ahli UMNO kafir ketika berceramah pada kempen PRK DUN Galas, di hadapan Nik Aziz dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, di RPT Kesedar Sungai Terah, Gua Musang.

Menurut Syed Ali lagi, perbuatan Kit Siang bukan kali pertama malah sebelum ini beliau sudah banyak mengeluarkan kenyataan berbau perkauman termasuk mempersendakan hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

"Tetapi, disebabkan tidak ada tindakan tegas yang diambil terhadap beliau, maka pemimpin DAP itu dengan bebas menggunakan isu perkauman dan terbaru menuduh ahli UMNO sebagai kafir sebagai modal politik," ujarnya.

Pengikut