Isnin, 15 November 2010

Razlan's

Razlan's


Mencongak tarikh mandat baru

Posted: 15 Nov 2010 02:39 AM PST

BERITA HARIAN 2010/11/14

Cakap-cakap pilihan raya umum serentak dengan Sarawak mula kedengaran

SEBAIK muncul di khalayak umum selepas sembuh menghidap penyakit cacar, badan Datuk Seri Najib Razak kelihatan susut sedikit, tetapi wajah tetap berseri dengan bibirnya berwarna kemerahan, yang sinonim dengan penampilannya.

Ketika mula diserang penyakit itu 4 November lalu, Perdana Menteri berada di bilik air di kediamannya. Najib kini sudah hampir sembuh sepenuhnya dan kembali bertugas, meskipun banyak acaranya sejak seminggu lalu, diwakilkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak hairanlah Facebook Najib dibanjiri ribuan ucapan selamat kembali bertugas, diiringi doa untuk terus sihat.
Menjelang 3 April tahun depan, Najib akan menyambut ulang tahun kedua sebagai Perdana Menteri. Beberapa hari sebelum itu, 26 Mac 2011, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pula menyambut ulang tahun ke-30 sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Sejak Barisan Nasional (BN) menang dua pilihan raya kecil, iaitu Parlimen Batu Sapi (Sabah) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas (Kelantan) baru-baru ini, sudah ada cakap-cakap kemungkinan pilihan raya umum diadakan dalam tempoh terdekat, serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Yang pasti, Sarawak akan adakan pilihan raya negeri dalam tempoh lapan bulan mulai sekarang kerana DUN yang ada akan tamat tempohnya menjelang 24 Julai 2011. Antara Mac hingga April depan adalah tarikh popular menjadi teka-teki pemerhati politik, untuk pilihan raya.

Yang belum pasti ialah pilihan raya umum, sama ada ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Jika serentak, bermakna pilihan raya umum juga perlu diadakan sebelum Julai depan, meskipun tempoh kerajaan BN pada peringkat Persekutuan sekarang hanya akan berakhir pada 2013, lebih dua tahun lagi.

Persoalannya sekarang, perlukah pilihan raya umum diadakan lebih awal semata-mata untuk mengadakannya serentak dengan Sarawak dan persoalan paling penting ialah sudah bersediakah BN khususnya UMNO untuk menghadapi pilihan raya dalam keadaan sekarang?
Ada yang berpendapat, BN perlu mengambil kesempatan kemenangan di Galas dan Batu Sapi untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat dengan alasan sokongan pengundi muda dan masyarakat Cina sudah kembali atau beralih semula kepada BN.

Pada saya gelombang kebangkitan semula sokongan serta keyakinan rakyat kepada BN sudah kembali. Kita harus ambil kesempatan ini, iaitu kekuatan BN dan penerimaan terhadap konsep 1Malaysia, bukan berasaskan kepada kelemahan pembangkang, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii.

Katanya, selepas kejutan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan selepas itu, kemenangan pembangkang di tujuh daripada 13 pilihan raya kecil, kini sokongan terhadap BN sudah kembali pulih, sekali gus memberi isyarat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, ramai juga berpendapat, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi tidak cukup untuk dijadikan ukuran mutlak kekuatan BN, jika keputusan dua pilihan raya kecil itu diperhalusi. Misalnya, di Galas, kemenangan BN dikatakan lebih menjurus kepada faktor Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan di Batu Sapi pula lebih kepada isu tempatan.

Sepanjang kempen di dua lokasi itu, isu nasional tidak begitu ketara dibangkitkan. Di Batu Sapi, banyak isu tempatan seperti pembangunan prasarana, jalan raya, jeti dan projek sosioekonomi khususnya di kawasan Bumiputera banyak mempengaruhi pengundi.

Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pandi Suhaili, berkata pihaknya tidak kisah sama ada pilihan raya umum diadakan serentak dengan pilihan raya negeri itu kerana jentera BN negeri khususnya sayap Pemuda PBB sudah bersiap sedia.

Saya akui jika diadakan serentak, sukar bagi jentera BN pusat bertumpu ke Sarawak, tetapi pada masa sama, pembangkang pun tidak dapat tumpukan jenteranya ke sini.... jadi tak banyak gangguan. Apa pun kita sudah bersedia dan yakin boleh menang semua 35 kerusi DUN PBB, tak jadi masalah untuk dapat majoriti dua pertiga dalam DUN. Jika Ketua Menteri nak adakan pilihan raya sebaik kembali dari menunaikan fardu haji bulan depan, pun boleh, katanya.

Itu dari segi politik, tetapi bagaimana pula dari segi ekonomi kerana keadaan persekitaran ekonomi negara serta peringkat global turut perlu diambil kira jika mahu mengadakan pilihan raya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/pakar ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, walaupun momentum pertumbuhan ekonomi sekarang positif dan meyakinkan pelabur, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi yang diperkenalkan Najib akan hanya berhasil dalam tempoh setahun lagi.

Ini termasuk inisiatif ekonomi yang bertujuan memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara iaitu Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 selain pelaksanaan melalui enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).

Ini semua akan mula membuahkan hasil sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun lagi. Begitu pun, apa yang meyakinkan pelabur ialah Perdana Menteri sudah memetakan dengan jelas transformasi ekonomi yang mahu dilakukan... ini penting walaupun pelaksanaannya akan mengambil masa.

Apapun, Perdana Menteri mungkin mahukan mandat kuat daripada rakyat (melalui pilihan raya) untuknya terus mempercepat serta mempergiatkan usaha mentransformasikan ekonomi negara, katanya.

Namun, ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya mula bergema, pakatan rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan mula kucar-kacir dengan proses pengundian untuk barisan kepemimpinannya.

Walau apapun, selepas berehat beberapa hari di Hospital Kuala Lumpur, Najib mungkin sudah mula mencongak tarikh sebenar untuk mengadakan pilihan raya, awal tahun depan serentak dengan pilihan raya Sarawak atau menunggu sehingga awal 2012?

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Yang WAJIB tahu tentang DAP

Posted: 14 Nov 2010 08:09 PM PST

Yang WAJIB tahu tentang DAP
1. Deklarasi Setapak pada 29 Julai 1967 di Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan Pertama DAP, telah menggariskan beberapa perkara yang antaranya; bermatlamat mengembangkan ideologi negara yang bebas, berkehendakkan demokrasi berfahaman sosialis berdasarkan prinsip sama rata antara kaum, menuntut kesaksamaan sosial ekonomi antara kaum, serta mendesak Universiti Merdeka diiktiraf sebagai universiti kaum Cina.

2. Oktober 1967, DAP menjadi satu-satunya parti dari Malaysia yang menganggotai Socialist International (SI) yakni sebuah pertubuhan yang memperjuangkan sosialisme/komunisme/liberalisme/zionisme/sekularisme etc. dan salah seorang yang pernah menjadi naib presiden SI ialah Ehud Baraq, mantan PM Israel. Antara associated organisations yang terlibat secara langsung dengan SI ialah World Labour Zionist Movement (WLZM). Beberapa agenda sulit SI yang dikenalpasti antaranya adalah untuk mengembangkan Christianity ke serata dunia, yang sangat bertepatan dengan ideologi DAP kerana anggota DAP sendiri terdiri daripada ramai penganut Kristian. Seandainya dikaji dengan lebih mendalam sejarah penyertaan DAP dalam Socialist International, pasti anda akan memahami 'rahsia' kejayaan DAP memenangi banyak kerusi Parlimen di PRU-4, sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.

"As a member of Socialist International (SI), we are one with democratic socialists or social democrats throughout the world fighting for the cause of humanity and social democracy. We are in solidarity with oppressed peoples who oppose unjust wars and production of weapons for war and who advocate peace and prosperity based on equal co-operation aided by scientific knowledge and technical advancement."

3. 18 Oktober 1990, Karpal Singh mengatakan dengan lantang, "Jika mahu wujudkan negara Islam...langkah mayat saya dulu!"

4. 5 Mei 2008, Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri yang memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.


5. Pada tahun 2008 juga, Teresa Kok meraikan kemenangan DAP dalam PRU-12 dengan memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik orang Cina dalam Pakatan Pembangkang berjaya menguasai 5 negeri dengan PAS & PKR sentiasa berada di bawah telunjuk mereka. Sebab itulah agaknya ada ahli parlimen PAS yang menyokong pelajar membawa bekal babi ke sekolah.

6. Teresa Kok turut menuntut papan tanda jalan yang bertulisan Jawi di sekitar Kuala Lumpur & Selangor ditukarkan ke bahasa Mandarin; selain menuntut agar azan di setiap surau dan masjid dalam negeri Selangor diperlahankan.

7. Ronnie Liu mengarahkan semua arak yang dirampas atas 'usaha' Hassan Ali dalam kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor, supaya dikembalikan semula kepada penjual/peruncit.

8. Tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kampung Kebun Bunga, Selangor telah didirikan Dewan Perhimpunan Orang Ramai, Persatuan Perkuburan Cina. Sebelum itu, BN yang mentadbir Selangor telah berusaha untuk memindahkan dewan tersebut ke kawasan lain. Tetapi apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor pada 2008, usul pemindahan dewan oleh BN sebelumnya telah ditolak DAP dengan sokongan Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

9. 16 Mei 2008, Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah mengarahkan 130 unit lot perumahan bumiputera di Perak agar dijual ke pasaran terbuka dengan nilai hartanah bumiputra itu hampir RM5 juta.

10. Semasa Pakatan memerintah Perak, borang permohonan tanah di Pejabat Tanah di arah cetak dalam bahasa mandarin dan tamil, kononnya untuk memudahkan kefahaman kepada kaum bukan Melayu. Hakikatnya, mereka berhasrat untuk mengambil tanah milik Melayu secara senyap tanpa disedari orang Melayu yang pasti tidak faham akan kandungan borang yang dicetak menggunakan kedua bahasa tersebut.

11. Lim Guan Eng pernah menyarankan agar jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang digantikan dengan kaum Cina.

12. Lim Guan Eng adalah seorang penakut dan cepat menggelabah apabila ditekan atau disergah. Itulah ciri seorang 'khalifah' yang sangat diagongkan para juak PAS.

13. DAP menaruh harapan untuk menguasai negara ini di PRU-13. DAP sanggup melakukan apa saja demi merealisasikan impian kerana beranggapan sekiranya mereka gagal dalam misi menguasai Malaysia di PRU-13, maka cita-cita mereka mungkin akan terkubur selamanya.

14. DAP hari ini memiliki 29 Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat yang menjadikannya parti dominan dalam Pakatan Pembangkang berbanding PKR (26) dan PAS (23). Strategi DAP di PRU-13 adalah meletakkan calon Melayu bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP akan terus kekal menjadi PARTI DOMINAN PAKATAN selepas PRU-13 kelak.

15. Menyokong Nik Aziz, Bro Anwar Bin Ibrahim, Husam Musa, Azmin Ali dan PKR, BERERTI anda rela diperalatkan demi memenuhi impian DAP menguasai Persekutuan Malaysia.

16. Apakah pilihan yang ada?

PELIK TAPI BENAR !

Posted: 14 Nov 2010 07:34 PM PST

Saturday, October 16, 2010

21 Dalil PAS Termasuk Dalam Perkara Ajaib Di Dunia


Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA...

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA...

2 Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA...

3 PAS kata: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA...

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi"

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'.

PADA MULANYA...

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".

PADA MULANYA...

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".

PADA MULANYA...

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar.."

PADA MULANYA...

8 PAS kata: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA...

9 PAS kata: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA...

10 PAS kata: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir".

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Azizan Razak)

PADA MULANYA...

11 PAS kata: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA...

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA...

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA...

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA...

15 PAS kata: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".

PADA MULANYA...

16 PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA...

17 PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA...

18 PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA...

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA...

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: "Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi" (Harakah)

PADA MULANYA...

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12

DAP akan guna ISA tindas Melayu ala S'pura/Israel

Posted: 14 Nov 2010 07:30 PM PST

DAP akan guna ISA tindas Melayu ala S'pura/Israel

Pulau Pinang adalah contoh dan petanda terbaik yang menunjukkan DAP akan lebih kejam dan zalim apabila diberi kuasa.

Mereka akan kejam dan zalim dalam menindas rakyat terbanyak yang berhak di bumi Pulau Pinang seperti Palestin di tindas Zionis Yahudi di Israel.

Baik pemimpin mahupun kerajaan sanggup berbohong, menipu dan memutarbelit. Ini sudah ditunjukkan oleh Lim Guan Eng dan seluruh jemaah kepimpinan DAP.

Kekasaran pun telah digunakan hingga sudah ada peristiwa seorang India penentang perobohan Kg Buah Pala hampir dipotong kaki.

Mereka kononnya memperjuangkan hak asasi manusia, amalan demokrasi, ketulusan dan lain-lain. Nampaknya ketelusan hanya menggunakan cara berbohong.

Rakyat yang sudah duduk berpuloh2 tahun di hujung pulau di Balik Pulau kini dihalau untuk membuka Universiti dari sebuah negara asing Singapura.

Apabila mereka demonstrasi, sebagaimana DAP yang selalu mereka lakukan apabial sebuah projek kerajaan mahu dibangunkan, mereka memanggil orang2 Melayu yang berdemo sebagai monyet. Demokrasi apa ini?

Konon DAP menentang ISA. tapi sebenarnya mereka tidak. Perkara ini didedahkan MIM sini yang mengungkap kata-kata Devan Nair:
Devan Nair further stated :-

There were other policy differences, which is not so serious and might have been circumvented. For example, the DAP was not prepared to forego its support in principle for the Internal Security Act, whereas all the others were ready to play up to the gallery by denouncing the Internal Security Act in principle but quietly agreeing to its need in practice.
Apa yang mereak lakukan sekarang hanya untuk kepentingan politik. Dengan menimbulkan kemarahan dan kemimbangan rakyat tentang ISA, seolah-olah ISA disalahgunakan, mereka harap mendapat undi.

Sebenarnya isu ISA tidak pernah memenangkan DAP dalam mana-mana plihanraya. Ianya dilaung-laungkan apabila DAP sudah kehabisan isu untuk berkempen. Mereka nampaknya kehabisan isu kerana segala kelemahan dan kesalahan pentadbrian yang melibatkan DAP sudah terbongkar.

Kami berani garenti dan bertaruh. Sekiranya DAP memerintah kelak, mereka tidak akan mansuhkan ISA. Malah seperti juga Singapura ISA akan disalahguna untuk menindas, dan mengesahkan kezaliman dan penindasan terhadap rakyat terbanyak khususnya orang Melayu dan Bumiputera.

Wa garenti beb! Oleh itu jangan termakan dengan dakyah DAP untuk mansuhkan ISA. Kalau PKR dan Anwar memerintah, dia pun tak akan mansuhkan ISA kerana lihatlah betulkah Anwar betul2 amalkan demokrasi. PAS pula akan salahkan bukan sahaja ISa malah akan reka-reka hadith dan firman untuk mengesahkan hanya PAS yang halal menggunakan ISA.

Kekalkan ISA dan penting sekali, biar kuasa dan cara ISA digunakan terletak pada pihak yang tidak akan salahguna ISA. Ianya tidak diguna untuk salahguna politik.
           

BANJIR DI KEDAH : SEBELUM DAN SESUDAH

Posted: 14 Nov 2010 07:26 PM PST

UNTUK MENANG SANGGUP TIPU ?????????????

Posted: 14 Nov 2010 07:24 PM PST

PKR tipu jumlah ahli untuk rundingan kerusi ? ..............menang sebab jentera PAS

Betul ke PKR ada ahli seramai 400,000 orang? Rasa ragu dan pelik ini memang sudah menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi melihat pada jumlah ahli parti itu yang keluar mengundi dalam pemilihan jawatan utama parti itu yang sedang berlangsung sekarang.

Seorang bekas orang kanan parti itu tampil setelah membaca mengenai isu berkenaan dalam ruangan Sembang Kawan di Agendadaily Jumaat.

Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli mendakwa jumlah ahli yang digembar-gembur oleh parti itu hanya temberang.
Dakwanya tujuan PKR tipu jumlah ahli parti itu kononnya ramai semata-mata sebagai taktik rundingan pembahagian kerusi dengan PAS dan DAP.
"Mempunyai ahli yang ramai merupakan syarat penting rundingan kerusi dalam Pakatan Rakyat, sebab itu PKR terpaksa dakwa mempunyai ahli yang ramai untuk kaburi mata DAP dan PAS supaya parti itu dapat bertanding banyak kerusi," katanya kepada Agendadaily Jumaat malam.
Sedangkan menurut Nazmi, hakikat sebenar ahli PKR jauh lebih rendah, dan jumlah itu dapat dilihat kepada ahli yang komited menyertai proses pemilihan PKR kali ini.
"Contohnya di Sungai Petani hari ini hanya 202 sahaja yang keluar mengundi daripada 3,222 ahli, jadi soalannya, betul ke ada ahli banyak macam itu, atau hanya data yang dimasukkan untuk tujuan lain?" soal beliau.
Ruangan Sembang Kawan membuat komentar mengenai perkiraan jumlah undi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR di mana hanya 11,600 ahli yang mengambil bahagian.
Kalau mengikut putara… dari jumlah yang mengundi Azmin Ali, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Auyb di 87 cabang yang telah selesai mengadakan pengundian setakat hujung minggu lalu hanya 134 ahli mengundi pada setiap cabang.
Menurut Nazmi, PKR selama ini hanya menumpang kekuatan PAS dari segi mobilisasi jentera setiap kali berlangsung pilihanraya.
"Tanpa sokongan jentera PAS dalam pilihanraya umum 2008, PKR tidak akan menang kerusi sebanyak yang kita lihat hari ini," kata beliau.
Jelasnya lagi, apa yang mengecewakan ahli PAS sehingga kini adalah selepas menang besar PKR berlagak macam bos dalam Pakatan Rakyat.
"PAS hanya dapat 'seredak' sahaja, sebab itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri baru-baru ini mengatakan PAS tidak mahu hanya melihat sahaja kemenangan ini tetapi mereka juga mahu memimpin dan memberi makna pada kemenangan Pakatan Rakyat ini," ujarnya.
Menurut Nazmi, PKR perlu berterima kasih kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Nor yang sanggup berkorban dengan menerima PKR sebagai parti baru dalam Barisan Alternatif ketika itu.
"Tanpa pengorbanan Fadzil Nor, tidak akan ada Pakatan Rakyat hari ini, PKR tidak ada apa-apa, Anwar hanya menumpang apa yang telah diusahakan oleh Fadzil Nor semasa beliau dipenjara.
"Bahkan selepas Fadzil Nor meninggal dunia pun, dan Anwar bebaskan pun, PAS yang berperanan besar termasuk dalam 'Demo Bersih' beberapa bulan sebelum pilihanraya umum ke 12" kata beliau.
Dalam pilihanraya umum ke 12 BN hanya memenangi 140 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi yang ditandinginya. Di peringkat DUN, BN hanya memenangi 307 kerusi daripada 505 kerusi yang ditandinginya.
PKR telah memenangi 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN, Pas menang 23 Parlimen dan 83 DUN manakala DAP menang 28 kerusi Parlimen dan 71 kerusi DUN.-12/11/2010



PKR….tak kenal maka tak cinta
Kawan sendiri tidak begitu sedar tentang bab angka segala macam yang detail hinggalah seorang kawan kata dia nak tergelak habis tengok pemilihan PKR ni…macam main pondok-pondok.

Semasa kami dok sembang-sembang tu dia pun bawa keluar kalkulator.
Katanya mengikut laman web rasmi PKR jumlah undi pusingan minggu ketiga yakni hujung minggu lalu Azmin Ali dapat 6,467 undi,Datuk Zaid Ibrahim 3,988 manakala Mustafa Kamil Ayub 1,215.

Dia pun campur undi yang Azmin,Zaid dan Mustafa dapat.Jawabnya 11,600.

Setakat minggu ketiga baharu 87 cabang (atau kalau parti UMNO sebut bahagian) yang sudah buat pemilihan.
Maka dia pun kira lagi 11,600 undi bahagi 87 cabang….dapat 134.

Kata kawan tu jadi purata 134 orang sahaja di satu cabang PKR yang buang undi.

Yang buat kawan kita gelak tu katanya bukankah PKR dakwa ahlinya 400,000 dan beri kuasa satu orang satu undi untuk tunjuk parti itu cukup demokratik sekali.

Kalau ambil angka purata maka 400,000 ahli bahagi 222 cabang PKR di seluruh negara…dapat 1,800.

Jadi sepatutnya ikut purata 1,800 orang di setiap bahagian yang keluar mengundi.Ni 134 orang saja.

Juga sepatutnya 156,660 orang yang keluar undi di semua 87 cabang tu…bukannya ciput 11,600 orang saja.

"Patutnya paling koman sekalipun purata 500 ke 600 orang ke keluar undi di satu cabang PKR…boleh tahan juga le…ini 134 saja.First time aku tengok satu pemilihan parti yang carca marba dan karut marut macam ni,"katanya.

Sebenarnya apa yang kawan kita kira tu selari dengan pengakuan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bahawa takat ni hanya 8 peratus saja ahli PKR yang keluar undi untuk pemilihan jawatan utama parti.

Manalah dia tak gelak ini kisah bab ciput keluar undi…hari tu masa pemilihan bahagian-bahagian PKR gaduh sana sini..koyak kertas undi…kerusi melayang…protes itu ini.

" Ni nak pilih bos-bos atas dari jawatan Timbalan Presiden,Naib Presiden sampai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) depa buat main-main saja…tak ada orang sangat nak keluar mengundi," kata dia lagi.

Sebelum ni pun dalam sembang sana sembang sini Kawan sendiri dengar ramai juga orang yang kata kredibiliti pemilihan PKR hancussss habis.

Orang tidak akan mengata sangat kat PKR kalau si empunya diri tu tak kutuk dan tibai segala macam orang lain buat semua tak betoi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim terbang sana sini bagi ceramah dan cakap di forum-forum antarabangsa mengenai ketelusan,demokrasi,hak asasi.Aduihh Mak semua topik intelek belaka sampai Kawan tak reti sebut.

Dalam negeri dia cakap bab masyarakat madani…lawan tetap lawan..korup sana …korup sini.

Ini baru tau rupanya mai rumahtangga sendiri…banyak punya gelong dan haru biru beb.

Jadi tak heran lah orang macam Datuk Zaid Ibrahim yang memang kaki jaga standard naik berpinau dan pening kepala kerana baru tersedar dia berada dalam parti setengah masak macam ni.

Apapun Kawan tabik tengok ramai di kalangan pimpinan PKR terror control macho….aksi macam tak dak hal saja.

Masa sembang dengan beberapa orang pemimpin yang Kawan kenal sebenarnya ada yang mengaku depa sendiri rasa cukup malu nak cakap bab pemilihan parti ni.

Paling tidak alasan yang selamat depa boleh bagi sistem pemilihan ni baru digunapakai.

Cuma yang buat malu tu depa punya gaduh dan kecoh kalah MIC…sebab dulu benchmark kalau gaduh-gaduh dalam parti semua orang sebut MIC.

Yang syoknya seorang Ahli Parlimen PKR kata kat Kawan dia tak ambil pot langsung bab kecoh segala macam dalam pemilihan parti.

Dia kata bagus le orang surat khabar pakat dok tulis hari-hari pasal PKR… dapat publisti free.

YB kita ni punya argument senang saja…masa dia bertanding dan menang dalam pilihanraya umum Mac 2008 dulu di tempat dia tak ada pun ranting atau cabang PKR.

"Apa habok pun tak ada …tapi aku boleh menang.Yang penting siapa calon yang rakyat di tempat tu nak… bukan soal hebat parti ke tidak," katanya.

Betoi memang betoi cakap dia. Kawan pun tau waktu PRU 12 dulu banyak tempat ranting dan cabang PKR tak ada termasuk di tempat dia.
Kalau gitu line pemikiran dia…Kawan nak ucap kat dia selamat berjuang.

Mungkin juga YB kita ni tak sedar waktu tu orangramai tak begitu sedar sangat tentang kredibiliti batang tubuh PKR.

Tapi kali ini depa dah tengok sendiri ' kerusi terbang' segala macam…dan macam mana budak-budak PKR punya berebut nak menang jawatan parti bila dah ada sikit kuasa…

Kata orang bila dah lebih kenal jantan betinanya…senanglah sikit nak buat perbandingan buruk baiknya bila tiba masa nak memangkah masa pilihanraya nanti.


Kawan: dah kenal sangat depa ni



SALAM AIDIL ADHA

Posted: 14 Nov 2010 07:21 PM PST

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA... 

daripada

 kepada umat Islam seluruh dunia

APA KATA ANDA ?

Posted: 14 Nov 2010 07:13 PM PST

Mula-mula satu untuk kau, satu untuk aku, kemudian dua untuk kau, dua untuk aku, lepas tu tiga untuk aku, empat untuk aku dan lagi dan lagi dan lagi hingga seterusnya.

SIDANG DUN KEDAH :NUJ HILANG TARING ATAU TARING TUMPUL?

Posted: 14 Nov 2010 07:04 PM PST

Sidang DUN Kedah…NUJ gagal satukan media



Usaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) untuk mengajak semua media memboikot liputan sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang bermula Ahad tidak kesampaian.

Ini sekaligus menggambarkan bagaimana NUJ macam tidak ada pengaruh langsung sekalipun kesatuan itu sepatutnya menjadi suara mewakili media di negara ini.

Di kalangan media yang dibenarkan membuat liputan sidang DUN di Wisma Darulaman, Alor Star itu masuk buat kerja mereka seperti biasa manakala yang tidak dibenarkan pula disekat di pintu pagar.

Pengawal di situ hanya membenarkan media yang tercatat pada arahan yang ditermanya sahaja masuk.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merasmikan persidangan DUN Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 Ahad.
Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang ditemui wartawan di luar pagar Wisma Darulaman bersama-sama semua wakil rakyat BN kesal dengan tindakan kerajaan PAS Kedah itu sambil menyifatkan ia telah menafikan hak Sultan Kedah untuk menyampaikan titah ucapan kepada seluruh rakyat negeri ini melalui liputan media massa.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu berkata, ucapan Sultan itu amat penting bagi seluruh rakyat jelata negeri ini yang ternanti-nanti amanat yang hendak disampaikan oleh baginda.
"Tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku di negeri yang mengamalkan demokrasi," katanya .-14/11/2010




Kerajaan PAS Kedah gam media...mari tengok cakap NUJ laku ke tidak
Larangan kerajaan negeri PAS Kedah keatas sebilangan media membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri selama tiga hari mulai Ahad menjadi ujian pertama samaada cakap Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) 'laku' atau tidak.

Berbeza dengan kebiasaan yang melibatkan satu atau dua syatikat media tetapi larangan kali ini melibatkan kebanyakan media arus perdana.


Mengikut larangan yang dikatakan dikeluarkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah semua media lain dilarang membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri itu kecuali Harakah, The Star, Sinar Harian, Sin Chew Daily dan Makkal Osai.

Ini bermakna Utusan Malaysia, Berita Harian, Bernama, TV3,RTM, New Straits Times dan sebilangan lain tidak boleh buat liputan.

Dipercayai larangan ini ada kaitan dengan kemarahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak terhadap laporan mengenai isu bantuan kepada mangsa banjir di Kedah.

Beliau angin satu badan semasa soalan mengenainya diajukan wartawan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu lalu.

Presiden NUJ Hatta Wahari mengajak semua media memboikot liputan sidang DUN Kedah jika larangan itu tidak dibatalkan.

Ia sekaligus menjadi ujian kepada kekuatan pengaruhnya selaku presiden baru NUJ samada media yang dibenarkan, kecuali Harakah , nak dengar atau tidak cakapnya untuk sama-sama boikot liputan sidang DUN itu.

Larangan kerajaan negeri Kedah ini juga dikatakan kayu ukur sikap PAS terhadap kebebasan media

Ada wartawan yang berkata PAS hanya nampak media lain manupuilasi isu berkaitan dengannya tetapi ' tutup mata' apabila Harakah 'pakai hentam' apa sahaja isu melibatkan BN.-13/11/2010




Soalan pasal banjir buat MB Kedah geram….

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak angin satu badan bila wartawan bertanya soal banjir di negeri itu.Beliau jelas tidak puashati dengan isu kelembaban kerajaan negeri hulur bantuan kepada mangsa banjir yang banyak dimainkan media.

Ketika soalan mengenainya ditanya masa sidang akhbar selepas pengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Alor Star Rabu,Azizan minta hal itu ditanya pada Majlis Keselamatan Negara,RTM dan TV3.

Beliau juga kedengaran merungut-rungut sambil minta 'buat kerja secara Islam' ketika meninggalkan bilik sidang akhbar.

Sepanjang kejadian banjir di negeri itu ramai mangsa mengadu kepada media kerajaan negeri PAS itu agak lembab dalam menghulurkan bantuan.

Mereka sebaliknya berterima kasih kepada agensi bantuan kerajaan pusat dan pimpinan UMNO tempatan yang segera membantu mereka.-10/11/2010



SAH KE BELUM ? POLITIK 3 P ?

Posted: 14 Nov 2010 06:41 PM PST

I am not sick of the party.I am sick of the sick leaders in the party ,"katanya.
Zaid Ibrahim keluar PKR, akhirnya...? Sudah sah ke Belum ini ? Yang pasti parti baru akan muncul ? Hairan juga kenapa Azmin minta Zaid fikir dalam isu parti baru ? Yang pasti parti bari jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kosong punya ?Tentu PAS offer Zaid jadi ahli sebab kenyataan Zaid agar PAs mengetuai PR ? Jadi PAS pun mula"mimpi siang hari' ? Tiba-tiba datang DAP yang ganggu mimpi PAS yang belum habis lagi. Marah lah PAS bila tidur bersama mimpi diganggu.

GALAS PASCA PILIHANRAYA KECIL

Posted: 14 Nov 2010 06:35 PM PST

MACAM-MACAM ADA. JANGAN BIMBANG TOK GURU TAK MARAH PUNYA....HE..HE....

SIRI 1 : APABILA 13 MEI 1969 DI POLITIKKAN.

Posted: 14 Nov 2010 06:04 PM PST

Azhar tidak takut digantung

PULAU PINANG 18 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim sudah bersedia malah tidak takut menghadapi kemungkinan digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka membincangkan kesnya Julai ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga itu berkata, beliau tidak akan patah semangat hanya kerana perkara itu disebabkan masih boleh membuat kenyataan dan bersuara menerusi saluran yang betul di luar.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan pakatan pembangkang terhadap dirinya sebagai tidak betul kerana menurutnya apabila seseorang hendak dirujuk ke jawatankuasa itu, ia perlu dibuat serta- merta.

''Bukan seperti mereka buat, bila dah habis bahas kemudian keluar minum lepas itu bila masuk balik baru nak buat usul, ini memang tidak betul, malah usul tersebut pun tidak dibahas tapi tiba-tiba bangun sokong usul dan habis.

''Kerajaan negeri tak perlu cakap pasal cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), pasal kebebasan, CAT 'tahi kucing', kerajaan negeri ini memang macam itu, siapa kritik tak puji mereka mesti kena tindakan.

''Jadi, kalau nak rujuk, silalah rujuk, mereka yang buat tuduhan dan bukan rujuk saya, mereka buat keputusan dan majoriti hakim juga mereka kerana kita hanya ada tiga berbanding mereka lima," katanya di sini hari ini.

Azhar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Speaker DUN, Datuk Halim Hussain bahawa beliau dijangka dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada Julai ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Sambutan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat Pulau Pinang yang diadakan di Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri itu akan dirujuk ke jawatankuasa tersebut kerana didakwa melanggar peraturan berikutan mengeluarkan kata-kata berbau hasutan ketika hari terakhir persidangan pada 6 Mei lalu.
Beliau dikatakan menggunakan perkataan '13 Mei' ketika berlaku pertikaman lidah dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, tindakan ke atas dirinya itu adalah kerana mahu menutup mulutnya ekoran kelantangan beliau mengkritik dan mencungkil kelemahan pentadbiran Guan Eng

''Lebih 20 tahun menjadi wakil rakyat di negeri ini, Barisan Nasional (BN) tidak pernah merujuk mana-mana ADUN pakatan pembangkang ke jawatankuasa itu sedangkan kritikan dan kutukan mereka lebih dahsyat," katanya.


Kolum Cuit Utusan Malaysia Rabu lalu yang mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan sebagaimana Singapura memperingati peristiwa berdarah rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 sebagai Hari Keharmonian Kaum.

Di Singapura, menurut buku Men in White: The Untold Story Of Singapore's Ruling Political Party, halaman 277: Murid-murid sekolah berarak meraikan Hari Harmoni Kaum (Racial Harmony Day) setiap 21 Julai bagi memperingati insiden rusuhan berdarah kaum pada 21 Julai 1964 yang mengorbankan 36 nyawa dan mencederakan 556 orang. Kira-kira 3,000 ditahan dalam insiden yang berlaku pada hari Maulidur Rasul (Maulud Nabi) itu.

Menurut Wikipedia: Rusuhan kaum 1964 itu berlaku di Singapura dalam dua waktu berbeza iaitu pada Julai dan September antara kumpulan Cina dan Melayu. Insiden pertama berlaku pada 21 Julai semasa orang Melayu berarak sempena hari Maulidur Rasul. Rusuhan itu juga dikenali sebagai Rusuhan Maulidur Rasul, Rusuhan Kaum 1964 dan Rusuhan Cina-Melayu (Sino-Malay). Semasa itu Singapura masih di bawah Persekutuan Malaysia.

Kini, pada setiap tarikh 21 Julai, Wikipedia mengulas: Ia diraikan bagi menggambarkan kejayaan Singapura membentuk masyarakat dan negara pelbagai kaum yang harmoni serta kaya dengan kepelbagaian warisan dan budaya.

Di sekolah-sekolah seluruh republik itu, murid-murid digalakkan berpakaian tradisional masing-masing, Cheongsam dan Baju Kurung. Juadah dan permainan tradisional turut memeriahkan sambutan.
  
Saranan itu setelah kerajaan DAP Pulau Pinang menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim selama enam bulan hanya kerana beliau mengeluarkan perkataan '13 Mei'. 

Memetik tulisan Almarhum Tun Abdul Rahman dalam bukunya 13 Mei Sebelum dan Selepas; beliau berkata: ''Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini.

Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana ini. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini."

Rujukan : Sejarah bagaimana yang kita mahu? Oleh Dr.Mohd Ridhuan Tee Abdullah


Sesiapa yang mengkaji dan faham sejarah Malaysia, ia mesti merangkumi asal-usul Tanah Melayu, zaman kegemilangan dan kejatuhan kesultanan Melayu, zaman penjajahan dan kemasukan imigran, kebangkitan nasionalisme Melayu, Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kemerdekaan Tanah Melayu, sehinggalah membawa kepada penubuhan Malaysia.

Seterusnya, diikuti dengan dasar-dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969 sehinggalah hari ini. Kumpulan-kumpulan ekstrem ini asyik bercakap soal sumbangan bukan Melayu dan soal penentangan bukan Melayu terhadap Jepun 1942-1945. Sedangkan kita sedia maklum, sejarah penentangan terhadap Jepun penuh dengan kontroversi fakta dan dipertikaikan. Adakah benar orang Cina mempertahankan Tanah Melayu atau sekadar membalas dendam terhadap Jepun?

Jika benar orang bukan Melayu mahu memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu selepas pengunduran Jepun, kenapa Malayan Union yang cuba diperkenalkan British pada 1946, tidak ditentang? Kenapa hanya orang Melayu yang bangun menentang? Ini menunjukkan perjuangan menentang kemerdekaan amat diragui sebelum detik 31 Ogos 1957.


Mereka yang bukan berlatarbelakangkan sejarah, duduk diam-diam, tidak perlu berkokok keterlaluan. Bagaimana kita menghormati profesion orang lain, begitu juga orang lain mesti menghormati profesion kita, barulah itu dinamakan profesional. Janganlah terlalu bertindak ekstrem dalam hal ini. Banyak masa terbuang dan tidak banyak membawa faedah.


Saya fikir MCA, DAP dan Gerakan, tidak perlu campur tangan dalam soal akademik. 

Biar orang akademik yang melakukannya. Orang politik, jaga saja kawasan dan kerusi masing-masing, serta tanggungjawab mereka terhadap rakyat.

Tunku Abdul Rahman pernah berkata pada tahun 1953, orang Cina melalui MCA telah menerima dan mengiktiraf negara ini sebagai negara Melayu dan segala hak kepada orang Melayu tidak boleh dipersoalkan lagi. 

Ada takut Sejarah diwajibkan UMNO. Ada takut Sejarah diwajibkan. KUALA LUMPUR 28 Okt. - Seorang ahli Parlimen mendedahkan, ada pihak bimbang tembelang sebenar mereka terdedah sekiranya Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu)

Keadaan sudah jauh berbeza - Soi Lek

KUALA LUMPUR 17 Ogos - MCA kesal dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan tragedi 13 Mei dengan tuntutan parti itu dalam Kongres Ekonomi Cina, Sabtu lalu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengingatkan Timbalan Perdana Menteri bahawa keadaan sosioekonomi negara jauh berbeza dari 1969 dan rakyat Malaysia kini berupaya untuk bersikap rasional dalam membincangkan isu tuntutan sesuatu kaum tanpa mencetuskan konflik perkauman.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa MCA tiada rancangan atau berminat untuk menafikan hak kaum lain dalam memperjuangkan kepentingan kaum Cina.

Justeru jelasnya, taat setia MCA terhadap Barisan Nasional (BN) tidak patut dipersoalkan kerana parti itu sebelum ini menyokong UMNO bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum lalu.

"MCA sentiasa sensitif terhadap peranannya sebagai parti komponen BN, namun kami juga harus memainkan peranan untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina bagi memastikan parti ini terus relevan.

"Apa yang kami minta adalah berkongsi dengan adil. MCA tidak berniat untuk merampas hak-hak kaum lain," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengingatkan MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

Katanya, beliau mengakui bahawa setiap kaum berhak memperjuangkan nasib kumpulan yang diwakili, bagaimanapun perbuatan itu jangan sesekali dilihat boleh menjejaskan sensitiviti kaum lain.

Tegasnya, MCA harus menginsafi bahawa ia merupakan sebahagian daripada komponen BN yang sudah tentu mempunyai prinsip yang perlu dihormati secara bersama.

Dalam pada itu Soi Lek berkata, sebagai negara berbilang kaum, pembangunan Malaysia tidak sepatutnya berdasarkan 'pihak menang dapat semua, pihak kalah tidak dapat apa-apa' (zero-sum game).

Jelasnya, ia dikhuatiri akan menyebabkan negara ini terus terbelenggu di peringkat berpendapatan sederhana sekiranya kerajaan tidak meliberalkan ekonomi untuk meningkatkan pelaburan.

Tambahnya, kerajaan seharusnya menarik pelabur domestik dan asing untuk melabur di Malaysia bagi membangunkan ekonomi negara dan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Model Baru Ekonomi (MBE) ke arah negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Soi Lek juga berkata, pelaksanaan pembangunan perlu berdasarkan keperluan, manfaat dan pasaran yang mesra orang ramai.

Oleh itu, beliau menyarankan masyarakat bumiputera perlu diberikan keutamaan harga (price preference) di dalam sektor-sektor ekonomi tertentu ketika meliberalkan ekonomi negara untuk melaksanakan tender secara terbuka.

"Bagaimanapun, bagi membolehkan bumiputera bersaing dengan lebih adil, maka kami mencadangkan supaya mengurangkan 30 peratus ekuiti bumiputera secara berperingkat-peringkat dan memperkenalkan keutamaan harga," katanya

Dalam pada itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, tidak mustahil tragedi 13 Mei 1969 berulang tetapi dalam skala yang lebih besar jika orang Melayu tidak segera bersatu bagi menyekat cita-cita DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik.

Jelasnya, kemungkinan itu berasas jika melihat kepada tindak tanduk DAP yang begitu 'rakus' mempersoal dan mengguris hati masyarakat Melayu dewasa ini.

"Itu sebelum mereka berkuasa ... bayangkan apa akan jadi jika negara ini dipimpin oleh DAP atau boneka mereka pada masa depan. Kita boleh menilai destinasi melalui langkah pertama (DAP) lagi. Sudah pasti tiada lagi ketuanan Melayu dan hak serta kuasa Raja-Raja Melayu juga akan dihapuskan.

"Jika ini berlaku, maka saya pasti tragedi berdarah akan berulang kembali kerana sebahagian besar masyarakat Melayu masih lagi menghormati raja memandang institusi tersebut adalah lambang sebuah identiti Melayu," katanya.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, DAP mungkin percaya bahawa mereka akan berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, maka, pemikiran rakyat cuba dimomok secara agresif agar masyarakat menolak ketuanan Melayu.

"Ini bagi memastikan hasrat mereka untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik lebih senang kerana pada masa itu nanti pemikiran-pemikiran Melayu moden ini sudah menolak semua yang menjadi asas yang dipertahankan dalam Perlembagaan," katanya.

ZAID IBRAHIM DAN 'PARTI BARU'

Posted: 14 Nov 2010 05:34 PM PST

Zaid Ibrahim: Tiada siapa nak ambil saya lagi ? UMNO menerusi SUA telah menyatakan demikian !. Bagi meneruskan cita-cita politiknya, gambaran sebuah parti baru akan ditubuhkan.

"Penubuhan parti baru ini akan memperjuangkan demokrasi tulen serta sebuah kerajaan yang telus dan terbuka. 

Jika saya menang satu dua kerusi pun alhamdulillah, saya sangat berterima kasih.

 Sebelum ini pun PKR telah menyatakan bahawa mereka adalah sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi tulen, akhirnya apa jadi?

"Saya tidak ada sebuah pelan besar dalam politik," katanya sambil menjelaskan penubuhannya akan dibuat "secara kecil-kecilan".

"Kalau BN salah saya tentang dan kalau betul saya sokong. Dari dulu sampai sekarang saya ikut isu atau dasar.

"Saya tidak ada minat untuk jaga siapa yang bakal naik, perdana menteri atau ketua pembangkang. Siapa untung siapa rugi itu adalah nasib mereka,"
 
'Konflik' Zaid (atas) dan PKR dilihat sampai ke kemuncak apabila beliau mengundur diri bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatan dalam parti kerana tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan anggota majlis pimpinan pusat.

"Imej saya dah macam ini tidak ada siapa yang nak ambil saya. Mereka akan kata Zaid ini pengacau."

Menurut Zaid lagi, beliau mahukan karier politiknya berakhir dengan parti politik yang menggambarkan idealismenya tidak kira sama ada ia berjaya atau pun tidak.
 
PAS patut terajui Pakatan - Bercakap kepada harian berbahasa Inggeris itu, beliau yang sebelum ini diberikan tugas sebagai penyelaras Pakatan Rakyat, membuat cadangan drastik supaya gabungan pembangkang diterajui pemimpin PAS. Soalnya adakah DAP bersetuju dengan cadangan itu?

Menyentuh tentang Anwar, Zaid mendakwa ketua umum PKR itu "meletakkan badannya sendiri sebagai tidak boleh disentuh".

Manakala PKR pula disifatkan sebagai "hanya sebuah parti untuk Anwar dan kawan-kawannya".

Syarat PAS kemudi pembangkang

Posted: 14 Nov 2010 05:30 PM PST

Link artikel: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SyaratPASkemudipembangkang/Article


KUALA LUMPUR: PAS sedia mengemudi pakatan pembangkang dengan syarat parti itu menunjukkan prestasi cemerlang dan menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat, Khalid Samad, berkata prestasi itu akan menjadi ukuran sokongan rakyat kepada PAS untuk mengemudi perjuangan pakatan DAP-PKR-PAS.

"Kalau nak pimpin pakatan pembangkang kena menang semua kerusi ditandingi, kena tunjuk kemampuan dan ia bukan berasas kepada pandangan individu (Datuk Zaid Ibrahim) tetapi pandangan dan sokongan masyarakat.

"PAS perlu menang lebih kerusi dari PKR dan DAP. Buat masa ini misi itu belum tercapai lagi," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu mengulas pandangan Zaid yang juga bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan supaya pemimpin PAS mengambil alih kepimpinan pembangkang daripada PKR disebabkan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin menyimpang dari perjuangan asal parti.

Zaid menamakan lima pemimpin PAS berpotensi menerajui pembangkang iaitu exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan empat Ahli Parlimen, iaitu Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Mujahid Yusuf Rawa (Parit Buntar), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) serta Khalid.

Khalid turut menegaskan, peralihan kepimpinan dalam pakatan bergantung kepada kehendak rakyat dan akan mengambil masa.
Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pula berkata, parti itu perlu mempunyai majoriti kerusi seperti UMNO ketika menunjangi Barisan Nasional (BN) jika ia mahu mengetuai pakatan pembangkang.

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata Anwar akan mengetuai pakatan pembangkang seperti mana diputuskan sebelum ini.

Dalam temubual dengan akhbar New Sunday Times, Zaid berkata beliau tidak percaya calon Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali boleh menjadi pemimpin PKR hanya kerana beliau mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.
"Seseorang itu boleh menjadi pemimpin jika dia mampu melihat sesuatu perkara dalam perspektif berbeza," katanya.

Mengulas hubungannya dengan Anwar, Zaid berkata, beliau mengakui tidak pernah mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pembangkang itu sama ada ketika di dalam UMNO atau sekarang.

Katanya, hubungan beliau dan Anwar adalah sekadar membincangkan hala tuju dan membuat keputusan parti.

"Tidak lama selepas menyertai PKR, saya mula melihat agak sukar bekerja dengan beliau kerana Anwar sering mengubah keputusan. Sebenarnya PKR itu sendiri adalah Anwar. Maka jika mengharap untuk melihat kemajuan, kita tidak akan dapat melihatnya. Ia terlalu sukar bagi saya untuk menerimanya.

"Ramai yang menyertai PKR bukan kerana Anwar tetapi mereka mahu melihat perubahan dalam negara. Sebab itu saya mempunyai ramai penyokong. Jika semua menyertai PKR disebabkan Anwar, saya tidak akan mendapat sokongan," katanya.

Mengulas hala tuju PKR jika Anwar dan Mohamed Azmin terus berada dalam parti, Zaid berkata, PKR bukan sebuah parti yang kuat dan sokongan terhadapnya juga semakin merosot selepas pilihan raya umum 2008.

"Itu sebabnya saya menawarkan diri (bertanding)... untuk melakukan sesuatu. Jika kita melihat jumlah keahlian PKR, mereka mendakwa mempunyai hampir 400,000 ahli, akan tetapi kita melihat jumlah ahli keluar mengundi terlalu kecil, kemungkinan sekitar 9,000 saja," katanya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengikut