Sabtu, 18 Disember 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Di mana salahnya ketuanan Melayu?

Posted: 17 Dec 2010 04:08 PM PST

Di mana salahnya ketuanan Melayu?
Mingguan Malaysia, 12 Disember 2010

Berbagai pihak memberikan pandangan mengenai ketuanan Melayu. Saya fikir semua faham, tetapi sengaja buat-buat tidak faham. Istilah ketuanan Melayu langsung tidak ada kaitan antara hubungan tuan dan hamba. Melayu bukan tuan, bukan Melayu bukanlah hamba. 

Ketuanan Melayu sekadar istilah atau identiti menunjukkan bahawa bumi ini adalah kepunyaan orang Melayu asalnya, itu sahaja. Bacalah artikel dan pendapat siapapun, itulah rata-rata jawapannya, kecuali pandangan MCA dan sekutunya. Hanya mereka yang ultra kiasu sahaja yang memberikan jawapan sebaliknya. Apa yang saya tahu inilah adalah percubaan halus untuk menghapuskan apa juga identiti negara ini yang berkaitan dengan Melayu.

Dalam buku teks sejarah sekolah menengah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), ketuanan Melayu didefinisikan sebagai semangat cinta akan apa sahaja yang berkaitan dengan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, kebudayaan, warisan, adat istiadat dan tanah air. Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai tanah pusaka orang Melayu. Jadi, dimanakah salahnya istilah ini? Berdasarkan kepada definisi ini jelas menunjukkan bahawa semua bangsa mempunyai ketuanan masing-masing. Bezanya cuma, ia tidak disebut sahaja ketuanan Cina atau ketuanan India, namun perjuangan dan apa yang mereka perolehi menampakkan segala.

Saya amat pelik bagaimana ada pemimpin Melayu boleh begitu anti dengan istilah tersebut walhal dulu semasa berada dalam Umno, tidak pun istilah ini diungkit atau ditentang. Malah, saya yakin jika mereka masih berada dalam Umno, istilah ini akan dipertahankan bermati-matian. Cepat sungguh mereka berubah bagi mendapatkan laba politik.

Jika perkataan tuan itulah yang menjadi masalah, maka saban hari kita adalah hamba, sebab dalam urusan rasmi dan surat-menyurat panggilan tuan atau puan sudah merangkumi semua golongan dan pangkat, sama ada yang bergelar atau tidak bergelar. Panggilan tuan sudah sebati dengan masyarakat negara ini. Selaku pensyarah di institusi akademik pertahanan, panggilan tuan adalah lumrah. Jika sedemikian elerginya panggilan tuan bermakna, saya adalah tuan setiap hari, manakala pegawai kadet adalah hamba sepanjang masa. Bila berbahasa dengan raja, kita gunakan tuanku - patik. Dahulu sesama kita menggunakan perkataan tuan-hamba. Panggilan tuan sekadar panggilan hormat, tidak ada maksud lain.

Sebab itu, saya sentiasa menyeru segelintir bukan Melayu, terutama MCA, Gerakan dan DAP, cuba memahami adat budaya Melayu daripada orang lain, kerana ia lebih membawa makna untuk masa depan negara daripada terlalu bongkak. Orang Melayu yang saya kenali begitu menghormati bukan Melayu. Kebanyakan bila mereka bercakap dengan bukan Melayu, tiba-tiba pelat atau bunyi (accent) mereka berubah seperti pelat bukan Melayu berbahasa Melayu, sehingga bahasa Melayunya menjadi caca merba.

Benar, surah al-Hujurat ayat 13, Allah menjelaskan semulia-mulia manusia berbilang bangsa di kalangan kamu adalah iman dan takwa. Tetapi manusia tetap ada bangsa yang diciptakan untuknya. Maka, ia perlu dipelihara dan dijaga. Justeru, di mana salahnya istilah ketuanan Melayu? Negara lain tidak perlu mengungkapkan istilah ketuanan kerana nama negara mereka sudah cukup mencerminkan bahawa mereka adalah tuan asal negaranya, seperti Cina, India, Vietnam, Siam, Nyanmar dan sebagainya. Tetapi tidak Malaysia. Tanah Melayu telah bertukar nama. Singapura telah bertukar kepada Singapore. Identiti Melayu telah hilang. Maka sebagai tanda identiti, istilah ini digunakan.

Apakah dengan istilah ini menimbulkan masalah kepada bangsa lain? Dengan makna, diskriminasi menjadi-jadi, orang bukan Melayu terus merempat? Apa yang kita lihat, semakin lantang Umno mahu kekalkan ketuanan Melayu, dasar Umno semakin terbuka. Umno ditekan kiri kanan, depan dan belakang, sehingga tidak dapat bernafas. Tuntutan demi tuntutan bukan Melayu terus dipenuhi dan peluang terbentang luas, sehingga orang Melayu sudah tidak mampu untuk mengejarnya.

Kenapa isu ini hendak dipolitikkan dengan mengaitkan dengan ketuanan Allah, ketuanan Rakyat dan sebagainya. Sebenarnya tidak ada kaitan. Inilah akibat apabila kita melihat sesuatu bukan daripada bidang kepakaran atau sejarah. Semua mahu bercakap. Maknanya, istilah ini terdedah kepada pandangan semua orang. Sudah tentu mereka akan memilih sesuatu yang menyebelahi mereka. Kita tidak menggunakan ketuanan Allah kerana perkataan tuan itu tidak sesuai untuk Allah, maka kita gunakan Maha Esa atau Maha segalanya untuk Allah.

Justeru, raja dirujukkan sebaga Duli Yang Maha Mulia. Ia hanya satu ungkapan kemuliaan raja. Jangan pulak ada yang menuduh saya syirik nanti. Sebenarnya, istilah Maha ini hanya untuk Allah, tetapi disebabkan oleh budaya feudal Melayu taat dan memuliakan kepada raja, maka istilah Maha itu sebenarnya merujuk kepada tuan. Justeru, ketuanan raja tidak perlu dibahaskan kerana telah diterima seperti termaktub dalam perlembagaan.

Oleh kerana semua raja adalah kerabat keturunan Melayu sebagai identiti, maka adalah tidak salah istilah ini dipanjangkan kepada ketuanan Melayu. Orang Melayu boleh atau layak menjadi raja jika keturunan raja sudah tidak ada atau putus. Seperti di China dan di India, apabila jatuhnya institusi perajaan, maka sistem pemerintahan berubah. Raja tetap wujud cuma nama sahaja yang berbeza. Lagipun semua manusia bermula dengan manusia biasa. Istilah raja digunakan merujuk mereka yang menjadi pemimpin pada satu-satu ketika dan seterusnya diwarisi oleh keturunannya. Raja dan kerajaan sudah sinonim. Raja adalah pemerintah kerajaan. Bagi negara yang tidak mempunyai raja, maka pemimpin nombor satu dirujuk sebagai Presiden atau Perdana Menteri.

Kepada mereka yang faham sejarah, istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada kerajaan negara ini pernah diperintah Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu. Begitu juga dengan istilah negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu ada sejarahnya tersendiri yang perlu dikaji dan difahami secara tersurat dan tersirat, serta kaitannya dengan ketuanan Melayu. Pendek kata, sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang masih mengekalkan raja.

Sejarah membuktikan juga bahawa ketika kebangkitan nasionalisme pada tahun-tahun 1800an dan 1900an, hanya orang Melayu sahaja yang bangkit menentang penjajah, walaupun ketika itu Tanah Melayu sudah bermasyarakat majmuk. Melayu berjuang membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu semata-mata, tetapi demi agama tercinta. Sama juga di Mesir pada tahun 1882, muncul gerakan pemulihan Islam di Mesir untuk membangkitkan kesedaran di kalangan umat Islam bagi membela kedaulatan bangsa dan agama. Gerakan ini dipelopori oleh Sheikh Muhammad Abduh. Pelajar-pelajar Tanah Melayu di Mesir ketika itu seperti Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari dan Syed Sheikh Al-Hadi menerima pengaruh ini dan menyebarkannya di Tanah Melayu bagi membela nasib bangsa dan agama. Keadaan tidak banyak bezanya berlaku di Indonesia. Pendek kata, tidak salah mempertahankan ketuanan bangsa selagi mana tujuan untuk menjamin kesejahteraan agama.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kontroversi, langsung tidak menggugat kedudukan bangsa bangsa-bangsa lain. Mereka juga bebas memperjuangkan 'ketuanan' mereka dalam pelbagai aspek seperti politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Mereka bebas untuk mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa istilah Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu istilah yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain menjadi hamba kepada bangsa Melayu.

Tidak ada negara dalam dunia seperti negara kita yang begitu bertolak ansur sehingga mereka langsung tidak diasimilasikan. Ketika Perdana Menteri berucap dalam Konvensyen Barisan Nasional minggu lalu, pemimpin MCA langsung tidak senyum atau memberikan reaksi di atas cuitan ucapan PM, apabila PM berlawak jenaka bahawa orang Melayu tidak pernah mengasimilasikan orang bukan Melayu sehingga nama ditukar dari Soi Lek kepada Salleh. Begitulah hakikat toleransi yang tidak ada tolok bandingnya.

Islam meraikan "ketuanan" bangsa-bangsa tertentu berasaskan kepada faktor sejarah dan sebagainya. Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Baginda tidak menghapuskan identiti kaum Ansar yang terdiri dari Aus dan Khazraj. Mereka diberi peluang terlibat sama dalam kepimpinan politik bernegara. Begitu juga setelah berlaku pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah), Rasulullah tidak mengambilalih kepimpinan politik tempatan daripada pembesar Quraisy di Mekah walaupun Islam menguasai ketika itu.

Selesai pembukaan Kota Mekah, Baginda sendiri mengisytiharkan sesiapa yang tinggal di dalam rumah masing-masing tidak akan dicederakan. Walaupun Baginda pernah diusir daripada Mekah, tetapi Baginda tetap meraikan tanah asal usul sesuatu bangsa dan pulang ke Madinah. Mekah tetap dipulangkan kepada bangsa Quraisy di bawah pemerintahan Islam.

Hujah ini menunjukkan bahawa mempertahankan ketuanan sesuatu bangsa di bumi mereka sendiri adalah fitrah manusia itu sendiri yang dijadikan oleh Allah SWT. Tanyalah bangsa-bangsa yang ada di negara kita ini, siapakah yang bongkak mempertahankan identiti dan dengan ketamadunannya? Tepuk dada tanyalah MCA, DAP dan Gerakan serta sekutunya.

Rasulullah SAW pernah ditanya oleh para sahabat: "Wahai Rasulullah…adakah dari kalangan Asabiyyah, seseorang itu sayang kaumnya sendiri". Baginda menjawab: "Tidak!...akan tetapi Asabiyyah adalah seseorang itu membela kaumnya ke atas kezaliman" (riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah). Jelas di sini, Islam tidak menolak mempertahankan ketuanan bangsa selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

Terdapat banyak hadis sahih berkaitan 'ketuanan sesuatu bangsa'. Antaranya yang berbunyi:

"Para Imam (mesti) dari golongan Quraisy" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi). Hadis lain menjelaskan, "Kalian adalah manusia yang paling layak memegang urusan (pemerintahan) ini selama kalian berada dalam kebenaran. Apabila kalian menyimpang dari kebenaran maka kalian akan dikupas habis sebagaimana kulit kayu ini dikupas! - Baginda menunjuk sebuah kayu yang ada ditangannya." (riwayat al-Baihaqi). Rasulullah mempertahankan ketuanan Quraisy, selagi Quraisy berada dalam kepemimpinan Islam.

Menurut Ibn Khaldun (2006: 199-208), bangsa Quraisy dimuliakan kerana mereka merupakan golongan yang kuat dan berwibawa terutama dalam hal ehwal politik dan kenegaraan, selain daripada keturunan Nabi. Penyerahan kekuasaan kepada golongan lain akan menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil akan terjadi peperangan sesama umat Islam yang tidak berkesudahan. Golongan Quraisy akan terus dipilih selagi mana asabiyyah (kekitaan), kewibawaan dan kekuatan politik dapat dipertahankan. Para pemerintah umat Islam mesti terdiri daripada kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan asabiyyah (kekitaan) dan kekuasaan yang diakui pada zamannya supaya dapat memimpin orang lain dan kesatuan umat dapat dicapai dengan pembelaan yang baik.

Desakan menolak istilah ini adalah perancangan halus untuk menyamakan semua agama, setelah berjaya menolak dominasi identiti kaum majoriti. Hari ini, saya tidak berapa nampak identiti Melayu mendominasikan upacara rasmi melainkan hanya bacaan doa. Itupun dipertikaikan juga disebabkan sikap ultra kiasu yang melampau.

Kesimpulannya, istilah ketuanan Melayu, tidak perlu dipertikaikan selagi mana matlamat perjuangan kebangsaan tersebut adalah untuk menegakkan Islam. Kepincangan dalam mempertahankan ketuanan Melayu oleh Umno misalnya, tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak ketuanan Melayu tanpa memahami sejarah bumi bertuah ini. Jika Umno yang bersalah sehingga menjadikan ketuanan Melayu seolah-olah ketuanan Umno, yang bersalah adalah Umno dan bukannya identiti ketuanan bangsa Melayu itu di buminya sendiri termasuk mereka yang berada di dalam Pas dan PKR. Justeru, janganlah dilihat bahawa mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan ketuanan Umno kerana ulamak terdahulu turut mempertahankan Melayu dan Islam walaupun ketika itu Umno masih belum wujud.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

PAS BERKORBAN DEMI DAP.....

Posted: 17 Dec 2010 03:59 PM PST

DAP-PAS-PKR BERKONVENSYEN UNTUK PUTUSKAN CALON PRK TENANG (N5)

Konvensyen kebangsaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang Ahad ini akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi Pilihan raya Kecil N5 (DUN Tenang). Yang mempunyai pengundi seramai 14,511. dengan pecahan kaum Melayu 49.59%, Cina 38.24% dan India 12.07%.

Sesungguhnya MPG percaya ketiga-tiga parti tersebut pastinya akan bermati-matian untuk merebut kerusi tersebut. PAS pastinya akan mengeluarkan dalil dan fatwa bahawa Partinya yang paling layak bertanding kerana pada PRU 12, berlaku peningkatan undi PAS sebanyak lebih 6,000 undi berbanding PRU 11 ( PRU 11 BN menang majoriti 8,649, manakala PRU 12 BN menang dengan majoriti 2,492). Atas perkiraan ini pastinya PAS akan merasakan PRK kali ini mereka akan dapat menakluki kerusi DUN Tenang.

PKR pula pastinya akan mempertaruhkan Pengerusi PKR Negeri Johor, Chua Jui Meng sebagai "tools" untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 38.24%  iaitu kira-kira 5,560 orang pengundi cina dan Anwar sendiri akan sekali lagi memperalatkan kaum India (serupa yang terjadi pada hindraf) untuk meraih sokongan masyarakat India seramai lebih kurang 1,750 orang (12.07%).Pada pengiraan PKR undi kaum Cina dan India ini akan dapat mengalahkan majoriti melayu sebanyak 49.59 % itu.

Bilamana jika semua pengundi Cina dan India mengundi PKR jumlah peratusanya adalah sebanyak 50.31%. satu-satunya cara untuk meraih undi Cina dan India ini pastinya PKR akan terus memainkan isu Perkauman dan DEB. Untuk undi kaum Melayu PKR sudah yakin sekurang-kurangnya 20% dari pengundi melayu akan menyokong PKR. Dalam congak Anwar sekurang-kurangnya 70% pengundi DUN Tenang akan memberi undi kepada pembangkang.

Untuk BN jangan  sangka Air Tenang tiada Buaya. Kemerosotan majoriti dalam PRU 12 lalu harus di selidiki dan di perbaiki.Jentera Pilihanraya perlu agresif dan kreatif.Tidak boleh lagi terlalu Definsif, terlalu banyak bertahan menyebabkan kita terjaring gol sendiri.ghani othman jangan banyak songel, pilih calon yang di senangi rakyat Tenang bukan calon kroni

GANTUNG YANG TAK MATI..............DAPAT GAJI LAGI

Posted: 17 Dec 2010 03:57 PM PST

6 ADUN BN PUN PERNAH DIGANTUNG. TAK KECOH PUN

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo digantung menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudahan elaun sebagai Ahli DUN selama setahun selepas didapati bersalah menghina Dewan.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Negeri Selangor juga mendapati bekas Menteri Besar itu bersalah kerana gagal hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Mac lepas.

SELCAT ditubuhkan dengan bidang kuasa DUN bagi membolehkan pendengaran awam dilakukan berhubung penggunaan wang penajaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) pada pertengahan Mac lalu.Selain Dr Khir, empat lagi ADUN Barisan Nasional (BN), Datuk Marsum Paing (Dengkil), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali), Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) didapati bersalah menghina Dewan.

Selepas mesyuarat JKHK di sini hari ini, Pengerusinya Teng Chang Khim, yang juga Speaker DUN, berkata empat ADUN itu masing-masing digantung perkhidmatan dan kemudahan elaun mereka selama enam bulan.

Katanya empat ADUN itu didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan menuduh SELCAT sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan alat politik untuk membalas dendam terhadap wakil BN.Selain kesalahan tidak menghadiri sesi pendengaran awam itu, Dr Khir juga didapati bersalah atas tiga lagi tuduhan iaitu mengeluarkan kenyataan dalam blog dan akhbar, mengutuk integriti jawatankuasa SELCAT dan menuduh SELCAT sebagai alat politik untuk memburukkan dirinya.

Teng berkata Dr Khir, ADUN Sungai Panjang itu, juga dikenakan hukuman gantung perkhidmatan dan elaun ahli DUN selama enam bulan bagi setiap daripada tiga pertuduhan itu.Bagaimanapun, beliau mencadangkan semua hukuman terhadap Dr Khir itu dijalankan secara serentak.

Teng berkata hukuman itu adalah berdasarkan kepada kes-kes penggantungan beberapa ahli-ahli Parlimen sebelum ini.Katanya hasil mesyuarat JKHK itu akan dibentangkan sebagai usul untuk dibahaskan pada persidangan DUN yang dijangka diadakan Julai ini

KONVENSYEN PR UNTUK RAIH SIMPATI PENGUNDI

Posted: 17 Dec 2010 03:49 PM PST

Percaturan pembangkang hadapi pilihan raya


2010/12/18
Konvensyen PKR, DAP, PAS dikatakan medan cari 'modal' untuk pengaruhi pengundi

APAKAH agenda dan pengisian konvensyen pakatan pembangkang di Dewan Milenium dekat Kepala Batas, Pulau Pinang, esok? Ada yang menyifatkan pertemuan kira-kira 1,800 perwakilan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sekadar rutin tahunan. Ada pula berkata ia tidak lebih daripada usaha kononnya bagi mengimbangi impak Konvensyen Barisan Nasional (BN) di Dewan San Choon, Bangunan MCA pada 5 Disember lalu.

Ada pendapat lebih menarik menyatakan konvensyen kedua pakatan pembangkang ini sekadar mencipta ruang pelarian dan pemesongan umum terhadap pelbagai isu serta kepincangan yang melanda pembangkang terutama PKR serta kepemimpinan tertinggi parti itu.
Senator Ezam Mohd Nor, yakin konvensyen itu tidak melahirkan sesuatu yang baru selain daripada usaha membuat 'damage control.'
"Akhir-akhir ini memang banyak persoalan timbul yang menampilkan kepincangan mereka, sama ada dari segi parti, sebagai pakatan dan juga peribadi pemimpinnya yang banyak kepincangan.

"Saya rasa, konvensyen ini ialah satu usaha (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk mengalihkan fokus daripada PKR yang sudah rosak ini, yang memang tidak ada kredibiliti untuk memimpin pakatan. Jadi kalau (diletakkan di atas) pakatan nampaklah ramai sikit... ada DAP ada PAS. Jadi, orang akan melupakan masalah PKR dan fokus (kepada) PKR. Jadi itu strategi utama Anwar," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, baru-baru ini.

Ditanya mengenai pakatan pembangkang yang dijangka mengeluarkan manifesto esok, Ezam berkata: "Mereka akan buat macam-macam janji. Tapi pokoknya, mereka tidak ada kredibiliti. PKR tidak ada kredibiliti, jadi dia nak alihkan kepada orang lain. Itu strategi utama."

Umum juga menanti sama ada isu yang berkaitan dengan Anwar akan dibangkitkan mana-mana daripada 12 perwakilan yang akan membahaskan ucapan tiga presiden ketika majlis pembukaan pagi esok. Walaupun perwakilan terbabit diminta mematuhi peraturan dan batasan tertentu ketika berdiri membahaskan ucapan berkenaan, mungkin ada antara mereka yang 'terbabas' dan membangkitkan elemen dilarang atau di luar konsensus ketiga-tiga parti.
Apakah akan berbangkit isu WikiLeaks serta penggantungan Anwar dan tiga lagi wakil rakyat pembangkang iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berkuat kuasa Khamis lalu.

Apakah alternatif yang akan ditawarkan pakatan pembangkang bagi menyaingi Piagam BN yang dizahirkan tempoh hari?

Ditanya mengenai perkara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, berkata dokumen Deklarasi Muafakat Rakyat kali ini memberikan fokus dengan mengambil kira latar belakang politik yang semakin hampir kepada pilihan raya. Ia akan mengandungi empat komponen.

Ini termasuk perakuan atau pernyataan mengenai kedudukan negara dari pandangan pakatan pembangkang di samping tawaran atau penyelesaian pakatan pembangkang mengenai perkara yang berlaku dalam negara.

"Ia adalah komponen yang sangat penting sebab sekiranya konvensyen boleh meluluskan deklarasi ini melalui perbahasan oleh perwakilan, ia kemudian akan diangkat sehingga menjadi satu manifesto," katanya.

Berikutan fokus konvensyen ialah PRU ke-13, kepemimpinan ketiga-tiga parti itu difahamkan bersepakat dalam beberapa isu termasuk mengenai kedudukan Raja-Raja, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Bahasa Melayu.

Ditanya mengenai PAS yang dikatakan mahu membangkitkan soal negara Islam, Saifuddin berkata: "Yang disebut oleh PAS dan dibincangkan dalam Majlis Presiden minggu lalu ialah perkara yang disepakati. Misalnya kedudukan Raja, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta bahasa. Itukan sangat bersifat inklusif dalam konteks topik Islam yang menjadi sebahagian daripada teras utama PAS.

"Yang tidak kita bicarakan ialah topik khusus yang dikaitkan sinonim dengan PAS atau DAP atau PKR. Prinsip yang kita sepakati ialah apa juga tema perbahasan, tajuk perbahasan dan kandungan perbahasan yang akan dibincang dalam konvensyen mestilah berteraskan kepada topik yang telah dicapai bersama," katanya.

Ditanya sama ada bolehkah wakil PAS membangkitkan soal penubuhan negara Islam dalam perbahasan, beliau berkata: "Perkara itu yang kita anggap sebagai di bawah kawalan PAS. Dia tahu kerangka kerja kita."

Beliau berkata, konvensyen kali ini mungkin tidak ada perbincangan seperti dokumen Deklarasi Muafakat Rakyat yang pertama, tahun lalu yang meliputi semua perkara daripada isu ekonomi, politik, sosial sehingga isu alam sekitar dan isu gender.

"Oleh kerana latar belakang adalah pilihan raya mungkin esok atau lusa, jadi perkara lain tidak masukkan dalam konvensyen kali ini kerana tumpuan kali ini adalah penyelesaian yang boleh kita laksanakan dalam tempoh masa mungkin dalam dua atau 24 bulan," katanya.

Ahli Parlimen (PAS-Tumpat), Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata: "PR ini sudah tentu mempunyai ciri-ciri tersendiri mereka. Kalau tidak, tak jadi tiga parti politik, tapi akan jadi satu parti politik. Akan ada persefahaman supaya parti, perjuangan dan ideologi masing-masing dibenarkan untuk diperjuangkan, tetapi tidak akan dijadikan setakat ini sebagai konsep atau ideologi bersama lagi. Jadi ada unsur persefahaman, toleransi dan menghormati perjuangan parti masing-masing."

Ditanya apa lagi yang belum diselesaikan antara ketiga-tiga parti itu, beliau berkata: "Setakat ini tidak ada lagi menjadi masalah yang boleh dikatakan akan merosakkan hubungan antara tiga parti. PAS juga memahami perkembangan dalaman DAP dan PKR seperti parti yang dua itu memahami perkembangan dalaman PAS."

UNTUK MERAIH PUBLISITI MURAHAN......

Posted: 17 Dec 2010 03:46 PM PST

Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .
Analisis: Pembangkang sengaja buat kecoh demi raih publisiti
Oleh Anwar Hussin

2010/12/18
KEKECOHAN di Dewan Rakyat kelmarin, bukan yang pertama kali berlaku berikutan penambahan kerusi pembangkang sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu. Tindak-tanduk mereka memalukan institusi Parlimen sebagai lambang demokrasi.

Peristiwa itu seolah-olah sudah dirancang. Sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang membawa kad manila tertera catatan antaranya 'BN sokong APCO,' 'Selamatkan Dewan', 'Hidup Ketua Pembangkang' dan 'Kangaroo'.
Dengan berbuat demikian mereka percaya tindakan mereka itu akan mendapat publisiti meluas di luar negara.
Tindakan mereka itu susulan tindakan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung enam bulan atas syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mendapati beliau membuat kenyataan tidak benar. Anwar cuba mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel melalui syarikat perhubungan awam dan komunikasi strategik antarabangsa, APPO Worldwide.

Tindakan menggantung tiga lagi anggota pembangkang iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah kerana menghina dewan yang juga bersabit dengan isu Anwar dan APCO.

Anwar, dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, menyamakan One Israel dengan konsep 1Malaysia. Anwar menyifatkan One Israel ditiru dari Israel dengan cadangan APCO yang menjadi penasihat kepada Kerajaan Israel.

Anwar memutarbelitkan isu ini sedangkan APCO Worlwide langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi.
APCO Worldwide adalah syarikat perunding dipunyai firma guaman Arnold & Porter Company, iaitu syarikat guaman terkenal di Washington. Firma guaman itu menubuhkan syarikat perunding untuk semua pelanggannya yang memerlukan khidmat runding cara.

Secara kebetulan slogan 1Malaysia dan One Israel adalah sama, pembangkang memutar belit dengan mengatakan Malaysia dipengaruhi Yahudi. Bagaimana dengan slogan PAS iaitu 'PAS for All' yang sama dengan slogan 'Israel for All'.

Jika itu alasannya, apakah PAS juga dipengaruhi Israel atau APCO?
Bagaimana pula dengan lambang 'Satu Mata' Illuminati Yahudi dengan lambang 'Satu Mata' Parti Keadilan Rakyat (PKR)?. Apakah PKR juga dipengaruhi dan diresapi unsur Yahudi, kerana persamaan logo berkenaan.

Apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggantung empat Ahli Parlimen selama enam bulan, pembangkang memberi sebab tindakan itu untuk mengembalikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat serta memberi laluan kepada pindaan perlembagaan.

Mengikut Perkara 159(3) Perlembagaan Persekutuan, pindaan perlembagaan tidak boleh diluluskan, melainkan mendapat tidak kurang daripada sokongan dua pertiga Ahli Parlimen dalam dewan.

Dengan itu, walaupun empat Ahli Parlimen pembangkang digantung, BN tetap tidak boleh meminda perlembagaan.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat dan bukannya bilangan kehadiran dalam dewan.

Walaupun seramai empat Ahli Parlimen pembangkang digantung selama enam bulan, kerusi pakatan pembangkang tidak berkurang, begitu juga kerusi BN tidak bertambah. Maka tidak timbul kebimbangan bahawa BN mungkin mengambil kesempatan untuk meminda perlembagaan.

Terdapat 222 kerusi dalam Dewan Rakyat dan BN perlu menguasai 148 daripadanya untuk menguasai majoriti dua pertiga. Kini, BN mempunyai 137 kerusi, pakatan pembangkang 77 dan lapan ahli Bebas

Kekecohan di Parlimen langkah terdesak Anwar

Posted: 17 Dec 2010 03:44 PM PST


Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Suzianah Jiffar, S Anand Kumar, Sukhairi Abd Thani, Mohd Zaky Zainuddin dan Hazwan Faisal Mohamad

2010/12/18
Ketua Pembangkang dianggap liabiliti kepada negara

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabel liabiliti kepada negara kerana kerap menimbulkan pelbagai konflik termasuk insiden kecoh di Parlimen kelmarin.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata rakyat seharusnya menolak perbuatan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menggunakan pendekatan demonstrasi, eksploitasi dan berbohong sehingga menyebabkan situasi tegang kepada negara.
"Anwar tidak lagi dilihat sebagai liabiliti kepada orang Melayu atau Pakatan Rakyat sebaliknya liabiliti kepada negara. Cara dia menggunakan pihak asing untuk mencapai cita-citanya, burukkan Malaysia di luar dan terbaru tindakannya di Parlimen sangat berbahaya kepada negara," katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.
Seorang lagi Ahli MT UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah, turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wakil rakyat pembangkang di Parlimen yang disifatkannya perbuatan salah dan tidak mencerminkan kewibawaan sebagai wakil rakyat sehingga sanggup mencemarkan kemuliaan Dewan Rakyat.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Pertandingan Debat Antara Universiti Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, semalam, beliau berkata, mana-mana Ahli Parlimen pun yang tidak bersetuju dengan usul dikemukakan, boleh membawa usul persendirian.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, wakil rakyat pembangkang seharusnya bertindak menghormati institusi Parlimen dan bukannya menjadikan Dewan Rakyat tidak ubah seperti 'sarkas' politik.

"Apa yang berlaku di Parlimen kelmarin membuktikan pakatan pembangkang semakin terdesak selepas ditimpa pelbagai 'bencana' sejak kebelakangan ini terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, pula berkata kekecohan dicetuskan Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat dan luar bangunan Parlimen jelas menunjukkan sikap tidak profesional pakatan pembangkang dan menunjukkan emosi mereka yang melampau dan keterlaluan.

"Ini bukan kali pertama Ahli Parlimen digantung daripada sidang Dewan Rakyat, tetapi kekecohan atau penentangan tidak pernah berlaku sehingga memaksa polis berada di sepanjang jalan menuju pintu masuk bangunan Parlimen. Keadaan itu jelas menunjukkan sikap tidak profesional mereka," katanya.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata tindakan pakatan pembangkang menganjurkan perarakan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Menara Tun Razak, Jalan Raja Laut, juga menunjukkan pakatan begitu teliti dalam merancang tindakan mereka untuk menimbulkan kekecohan.

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Suzianah Jiffar, S Anand Kumar, Sukhairi Abd Thani, Mohd Zaky Zainuddin dan Hazwan Faisal Mohamad

NASIB SEORANG PERKUDA........

Posted: 17 Dec 2010 03:38 PM PST

DAP perkudakan Anwar - Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, apa yang dikhuatirinya ialah pemimpin DAP itu menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseksual dan liwat Anwar untuk kepentingan politik mereka.
Katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri yang kini menjadi penguambela utama Anwar pernah membangkitkan isu kegiatan homoseksual itu di Parlimen pada 22 Oktober 1997 dan mengulangi dalam satu majlis terbuka anjuran DAP pada tahun yang sama.
Katanya, mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal ketika itu telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Dalam ucapan terbuka majlis anjuran di DAP di Hotel Federal pula katanya, Karpal menyatakan beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat.
Tambahnya, Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju), yang semasa itu merupakan Ketua Penerangan DAP, di Dewan Rakyat semalam mengesahkan mengenai kepimpinan DAP yang tahu tentang kegiatan liwat Anwar.
"Persoalan pokok yang saya tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan seperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar?
"Jawapannya jelas. Pada saya Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini.
"Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya," jelasnya dalam entri bertajuk Kuda-Menguda DAP-Anwar! menerusi blognya, www.zul4kulim.blogspot.com.
Zulkifli menjelaskan, Karpal yang sangat kecewa dan marah selepas terbongkarnya tragedi pembohongan 16 September juga pernah meminta Anwar bertaubat dan mendesaknya berundur kerana tidak layak menjadi pemimpin.
Daripada rentetan peristiwa tersebut, katanya, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal sangat mengetahui kegiatan homoseksual Anwar.
"Apatah lagi mentor mereka Kuan Yew jelas didedahkan di dalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseksual dan liwat," jelas Zulkifli.
Beliau turut musykil apakah Anwar dengan masalah peribadi yang dihadapinya itu yang diketahui oleh kepimpinan DAP akan bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.
"Apakah kerana itu (juga) maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka.
"Apakah kerana itu kita melihat Anwar seperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama Allah untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kit Siang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak lelaki Kit Siang?," katanya.
Zulkifli menjelaskan, sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP dan Anwar saling guna-mengguna dan 'kuda-menguda' demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka.
Tetapi katanya, paling menyedihkan dalam isu itu ialah kedudukan Pas yang telah terseret ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik.

DunSemarang

DunSemarang


CINA DAP Pembohong...bagaimana Cina yang lain...

Posted: 17 Dec 2010 05:56 PM PST


Wahai anak bangsaKu..ambilah iktibar..hari ini dia kata UMNO Melayu bodoh..esok ia akan merebak Islam Melayu Bodoh..esok ia akan merebak..Pas Melayu Bodoh..esok ia akan merabak..Melayu semua Bodoh...ingatlah jika kita terus bertelagah..masanya akan sampai...Mulut Manis Hati KAUDU..adakah Cina Dap memang macam itu..bagaimana MCA..GERAKAN..PPP.MIC..Cina PKR..

PULAU PINANG, 17 Dis – Kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya Ketua Menterinya, Lim Guan Eng terus mengamalkan sikap pembohong dan putar belitnya.

Setelah diasak hampir sebulan meminta Guan Eng mendedahkan nilai kontrak sebenar yang diperolehi kontraktor bumiputera, beliau sekali lagi cuba menipu rakyat dengan mendedahkan nilai projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Laman web pisau.net yang sebelum ini mendedahkan penipuan kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberikan wang hasil judi kepada warga emas di negeri itu sekali lagi mendedahkan permainan politik putar belit Guan Eng.

Laman ini mendedahkan betapa Guan Eng cuba menyembunyikan fakta, beliau hanya mendedahkan projek projek dari JKR dan JPS.

Menurut laman ini jika dilihat sejumlah 18 tender di JPS bernilai 40.9 juta manakala 16 tender JKR bernilai 20.4juta jika dicampurkan jumlah tender hanya bernilai 61.3 juta yang merangkumi 34 tender.

Persoalannya kenapa Guan Eng cuba memperbodohkan rakyat dengan angka tersebut.

Hakikatnya sejumlah 34 tender yang diberikan dengan nilai 61.3 juta adalah jauh berbeza dengan satu tender secara runding terus yang bernilai 74 juta yang diberikan kepada satu kontraktor Cina, Khor Ing Choon dari ECK Sdn Bhd untuk projek menambun tanah di Batu Kawan.

Ini hanya satu syarikat yang menerima runding terus dari Guan Eng yang didedahkan, belum lagi kontrak kontrak bernilai puluhan juta yang lain.

Kontraktor dari ECK Sdn Bhd memperolehi kontrak tambun tanah di Batu Kawan secara runding terus melalui Lim Guan Eng yang mempengerusikan tender board PDC.

Kenapa Guan Eng tidak mendedahkan perkara itu? Inilah politik putar belit kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng.

Mengulas perkara yang sama Pengerusi Pemuda BN Pulau Pinang, Norman Zahlan turut mengakui betapa kerajaan DAP Pulau Pinang sememangnya tidak telus dan sentiasa membuat kenyataan putar belit.

Tegasnya laungan kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang adil, telus dan bersih hanyalah pembohongan semata-mata.

"Mana ada ketelusan kononnya tender terbuka. Kalau ada tender terbuka pun ia hanyalah projek kecil sehingga yang bernilai RM2000 pun ada cabutan undi. Tetapi projek-projek besar semuanya dibuat atas dasar rundingan terus.

"Apa yang didedahkan hanya putar belit bukan tender secara keseluruhannya terutama yang bernilai jutaan ringgit. Cukup-cukuplah menipu rakyat", katanya.

Justeru beliau percaya rakyat di negeri ini yang sudah pun muak dengan gaya tipu muslihat Guan Eng dan kuncu-kuncunya dan mereka tidak akan membiarkan diri mereka diperbodohkan. -(Berita dari MediaUMNO on-line)ByM69

Pengikut