Selasa, 21 Disember 2010

Razlan's

Razlan's


Peperangan JANJI KEPADA RAKYAT sudah bermula !!

Posted: 21 Dec 2010 09:37 PM PST

Melalui konvensyen Pakatan Rakyat yang lepas, sekali lagi pihak pembangkang telah merencanakan peperangan Janji Manis kepada rakyat Malaysia untuk memberikan mereka modal untuk mendapat sokongan.

Takala Kerajaan Pusat sedang bertungkus lumus memperbaiki kemudahan dan membuat kerja untuk rakyat dengan merancang berbelanja berbillion wang kerajaan untuk kemudahan infrastuktur kepada rakyat, Pembangkan mengambil jalan mudah untuk menarik sokongan mereka dengan memberikan janji manis.

Hakikatnya Rakyat Negara ini sudah pastinya akan terpeganruh kepada janji mereka kerana ianya memberikan keuntungan terus kepada rakyat pada jangka masa pendek. Dan dengan pendapat kebanyakkan rakyat pada hari ini, peduli apa dengan pembangunnan kerana apa yang mereka ada hari ini sudah mencukupi untuk mereka hidup, dan tanggapan dan pandangan ini telah memberi cabaran kepada kerajaan untuk mencari cara bagaimana untuk menjaskan kepada rakyat betapa pentingnya wang kerajaan di belanjakan kea rah pembanggunan.

Banyak janji Pakatan Pembangkang tidak ditunaikan semasa mereka menang di beberapa negeri, seperti air percuma, wang kebajikan kepada warga emas, wang ehsan kepada ibu tunggal dan banyak lagi janji mereka sehingga hari ini tidak ditunaikan.

Di Selangor sahaja, kantong yang di tinggalkan oleh kerajaan BN sebanyak 1.2 billion tunai telah habis digunakan dan banyak anak syarikat kerajaan Negeri telah mengalami kerugian.

Rakyat hari ini di hidangkan dengan janji yang lebih besar seperti penghapusan Tol. Sudah pastinya ini merupakan janji yang amat besar kepada rakyat dan bagaimana untuk mereka merealisasikan, itu tidak penting, kerana yang paling utama adalah untuk mendapatkan kerusi sebanyak mungkin untuk mereka memerintah Negara Malaysia.

Bolehlah kita ibaratkan hari ini janji mereka adalah kosong. Mungkin ada pendapat yang berkata apa ruginya kita mencuba, kalau betul, kita tidak perlu untuk membayar tol lagi selepas ini, dan sudah pastinya akan mendapat banyak keuntungan kepada kita.

Dengan janji ini, sudah pasti ada yang dikurangkan untuk mereka merealitikan janji ini, dan jawapannya amat mudah, segala subsidi yang diperolehi oleh orang Melayu hari ini akan dihapuskan, Felda akan dihapuskan, MARA akan dihapuskan dan banyak lagi agensi yang terbabit dengan memberi subsidi akan dihapuskan semata-mata untuk memberikan kenikmatan kepada pengguna jalan raya untuk mendapat tol percuma.

Inilah yang akan terjadi sekiranya mereka menang dan berkuasa. Adakah kita mahukan keuntungan jangka masa panjang ataupun keuntungan jangkamasa pendek.

RTM diminta siar perlawanan akhir Piala Suzuki

Posted: 21 Dec 2010 02:05 AM PST

UTUSAN MALAYSIA KELUARAN 20 DISEMBER

** Terima Kasih kepada Rais kerana telah meluluskan siaran lansung untuk kali ini. Hidup Harimau Malaysia

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta supaya menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan menyaksikan Malaysia menentang Indonesia, hujung minggu ini.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafli dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, meskipun terdapat stesen televisyen berbayar yang menyiarkan aksi itu, ramai peminat sukan bola sepak tanah air masih mengharapkan penyiaran penuh oleh RTM.

Kata beliau, kementerian perlu mencari jalan terbaik bagi memastikan rakyat tidak berasa kecewa seperti mana yang dialami mereka ketika gagal menyaksikan aksi penuh skuad negara pada peringkat separuh akhir Sabtu lalu.

"Rakyat negara ini seharusnya berasa bangga dan berkongsi kegembiraan dengan skuad bola sepak negara yang hari ini telah membuktikan peningkatan prestasi mereka," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Mohd. Razlan, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonton lintas langsung di skrin besar di Bukit Bintang beberapa hari lalu juga membuktikan sokongan beliau terhadap sukan tanah air.

"Oleh itu, kita juga mahukan pihak tertentu di kementerian juga dapat merasai kehangatan dan semangat rakyat negara ini untuk menyokong skuad kebangsaan," katanya.

Pada aksi separuh akhir lalu, siaran langsung hanya bermula kira-kira 30 minit selepas permainan berlangsung dan ia menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan peminat.

"Oleh itu, kita amat berterima kasih kepada RTM jika boleh menyiarkan keseluruhan perlawanan akhir nanti," tegas beliau lagi.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN


SIAPA ?????? Karpal Singh

Posted: 21 Dec 2010 07:16 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Komunisme Bermahajarela Semula Di Pulau Pinang

Posted: 21 Dec 2010 03:15 PM PST

Komunisme Bermahajarela Semula Di Pulau Pinang
Kereta Ketua Pemuda PCM disimbah cat merah

Liew Yeow Hooi menunjukkan surat ugutan bunuh dan cat merah yang disimbah pada bahagian depan keretanya di Ayer Itam, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 21 Dis. - Kereta BMW milik Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM) yang diletakkan 30 meter dari pekarangan rumahnya di Jalan Air Putih di sini disimbah cat merah oleh pihak tertentu, dipercayai bertujuan menakut-nakutkannya.

Turut ditinggalkan di atas kereta milik mangsa, Liew Yeow Hooi adalah sebungkus beg plastik berisi cat dan tujuh keping kertas bersaiz A4.

Ketujuh-tujuh kertas tersebut bertulis: Amaran terakhir! Jangan buat bantahan tentang kerajaan negeri Pulau Pinang lagi! Jika tidak kita kan bunuh u dan keluarga u! Kali ini kita ajar sikit sama u sahaja kena kereta u tak kena orang. Kita bagi u Parti Cinta Malaysia semua habis.

Menurut mangsa, kejadian seumpama itu merupakan kali kelima dilaluinya selain pernah dipukul dan disimbah cat di pekarangan rumah bapanya di Padang Tembak, Ayer Itam pada Disember tahun lalu.

Dakwa beliau, perbuatan khianat tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan demonstrasi yang diadakannya di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2 November lalu.

''Saya menyifatkan mereka tidak profesional dan ia ada kaitan dengan faktor politik. Kita manusia biasa, bukannya seekor binatang. Kalau saya ada buat salah, datang berjumpa dan bercakap sendiri.

"Jangan guna kekerasan untuk meluahkan perasaan tidak puas hati. Negara kita ada undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau percaya ugutan itu ada kaitan dengan tindakannya yang sering membantah kerajaan DAP Pulau Pinang termasuk dalam isu kenaikan tarif air sebanyak 27 peratus dan caj letak kereta yang dikenakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sehingga larut malam.

Yeow Hooi bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi percaya perbuatan itu ada kaitan dengan penyokong kerajaan DAP Pulau Pinang.

''Dua bulan lalu saya telah menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada seseorang yang mengarahkan saya supaya tidak mengganggu dan membantah apa-apa arahan kerajaan negeri.

''Bagaimanapun, saya tidak takut dengan ugutan ini dan akan tetap meneruskan tanggungjawab saya," katanya.

Tambah Yeow Hooi, beliau meminta pihak polis menyiasat segera semua laporan yang dibuatnya sejak dari tahun lalu dan bertindak pantas dalam menangani isu itu sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.


Ulasan

Takkan kerja UMNO kot? Takkan kerja BN kot? Apa kena mengena UMNO Pulau Pinang dengan PCM? Itulah kerja DAP Pulau Pinang. Mengugut dan mengamalkan politik kebencian.

Teman belum lupa lagi kejadian seorang Melayu dibunuh di Jelutong dan mukanya dicat merah oleh konco-konco p*****k di Pulau Pinang yang menyemarakkan angin rusuhan kaum pada tahun 1969.

Hari ini mereka memulakannya semula. Tetapi atas kaum mereka sendiri.

PROGRAM 100 HARI PEMBANGKANG - RASUAH POLITIK ?

Posted: 21 Dec 2010 03:05 PM PST


Politik Malaysia sekali lagi "ditawarkan" dengan program 100 hari oleh pakatan pembangkang.Apa yang dapat dilihat, kebanyakan apa yang ditawarkan itu memberi keuntungan kepada rakyat. Namun jangan dilupakan bahawa mereka juga dapat juga. Ianya mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Persoalannya jika pakatan pembangkang memenangi lagi beberapa negeri tapi tak boleh membentuk kerajaan pusat adakah mereka akan menunaikan janji-janji tersebut. Setakat ini banyak lagi janji-janji politik yang dihamburkan sewaktu berkempem pada PRU 12 tidak dilaksanakan lagi. Satu lagi yang menjadi tandatanya kita adalah selalunya pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri dengan cara gabungan dari parti PKR< DAP DAN PAS. Ini disebabkan parti-parti tersebut tidak dapat majoriti mudah. Bila bergabung, macam-macam boleh berlaku, Pernah satu ketika dulu, ada yang jadi "Menteri Besar Boneka" sahaja. Tidakkah kali ini akan ada Perdana Menteri boneka juga?'Pembohongan besar untuk tipu rakyat' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.Beliau menganggap kenyataan pembangkang itu sekadar umpan untuk menarik pengundi dengan bermacam-macam tawaran istimewa tanpa membuat perkiraan betul terutama dari segi kewangan.Sebagai contoh, katanya, jika 400,000 orang guru diberikan imbuhan bulanan sebanyak RM500, ini bermakna kerajaan pembangkang perlu membelanjakan RM200 juta sebulan dan jika diukur setahun ia membabitkan kos RM2.4 bilion.''Dia kata ada duit jadi kita bacalah (andaikan) tapi implikasinya kalau naik gaji guru tapi tak naik gaji pegawai kerajaan lain yang berjumlah 1.2 juta orang, macam mana?''Apakah guru sahaja ditawarkan, kenapa tidak tawarkan kepada yang lain? Kalau semua dinaikkan gaji, setahun sudah berapa, darabkan dengan beberapa tahun, boleh bankrap kita," soal beliau.Muhyiddin mengulas kenyataan pakatan pembangkang yang dalam konvensyen mereka di Pulau Pinang Ahad lalu mengemukakan Program 100 Hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13.Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan untuk menghapuskan tol, merombak subsidi kepada swasta dan menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500.Menurut beliau, pembangkang boleh berkata apa sahaja kerana mereka tidak mempunyai pengalaman mengepalai Kerajaan Pusat berikutan setiap keputusan memerlukan kajian, penelitian dan kesan tempoh masa panjang.''Cakap tu kenalah teliti dan mendalam, jangan kerana nak tarik sokongan rakyat lepas itu katalah...Nauzubillah dia memang (pilihan raya) dan tak boleh kotakan janji, dia akan kata pula tak kan kita nak naikkan gaji guru.''Kakitangan kerajaan lain takkan nak berdiam diri, tuntutan persatuan-persatuan lain lagi, takkan ada yang akan cakap, tak apa, dia boleh naik (gaji) kami tak naik pun tak apa," katanya dalam nada sinis.Muhyiddin menambah, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan terikut-ikut dengan kerenah pembangkang kerana BN boleh kekal dalam keadaan yang cukup baik serta semua pihak dapat dinikmati kemajuan.Justeru, kata beliau, rakyat perlu lebih teliti supaya tidak termakan dengan tawaran pembangkang.Sementara itu mengulas mengenai kewujudan banyak parti baru seperti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Muhyiddin berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, semua pihak yang berkemampuan boleh bertanding dan mendaftarkan pertubuhan politik mereka.''Lebih ramai lebih meriah, sebab rakyat ada banyak pilihan tetapi bagi kita ia tidak menggugat kerana kebanyakan yang wujud boleh bertahan satu penggal sahaja, sebab tidak ada idealogi, pemimpin mereka pun macam yang kita lihat sekaranglah tidak ada pandangan dan visi jelas untuk negara.''Tidak seperti BN, Perdana Menteri sudah gariskan kerangka untuk membawa negara berpendapatan tinggi dan maju tapi pembangkang tak ada perancangan hendak membawa pembaharuan ekonomi atau membentuk negara," katanya.Tidak berpaksi kemampuan sebenar - Najib21/12/2010 9:22pmPUTRAJAYA 21 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai tawaran yang dikemukakan pakatan pembangkang kepada rakyat tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar mereka.Bagaimanapun, Perdana Menteri enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut."Lain kalilah sebab kita akan beri respons yang terperinci," katanya selepas menyaksikan pemeteraian memorandum perjanjian persefahaman antara Malaysia dan India untuk kerjasama berkaitan perkhidmatan bantuan teknikal bagi pembangunan dan pengurusan lebuh raya di pejabatnya di sini hari ini.Najib berkata demikian ketika mengulas mengenai tawaran dalam Program 100 Hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen mereka yang diadakan di Pulau Pinang, Ahad lepas.Ia mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum ke-13.Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda. - BernamaMenang secupak, rugi segantangAdalah tidak sihat kepada sebuah kerajaan apabila hanya mahu mendengar pujian semata-mata. Tentu sekali sama tidak sihatnya apabila yang tidak memerintah hanya tahu memperlekeh hasil positif kerajaan.Begitu juga dalam hal mengkritik, ia adalah sihat sama seperti reaksi terhadap kritikan itu. Tetapi yang selalu berlaku ialah yang dikritik dan mengkritik terbelenggu dengan perilaku untuk memusnahkan. Mereka sengaja menempatkan diri sebagai seteru walaupun mengaku mewakili suara rakyat.Inilah yang sedang dilakukan oleh pakatan pembangkang. Tidak pernah dalam sejarah 53 tahun Malaysia - sejak Mac 2008 - kita terpaksa makan, minum dan tidur dengan gembar-gembur politik. Semua hal dan peristiwa mahu disalut dengan kepentingan politik.Lihatlah di Dewan Rakyat, yang sepatutnya menjadi tempat mulia menyuarakan hati nurani rakyat, didominasi dengan pertengkaran penuh keegoan dan aksi ala demonstrasi. Suara pemeriksa dan pengimbang jarang-jarang kedengaran. Mereka menggunakan tipu helah bersuara rakyat tetapi yang dijaja sebenarnya adalah kepentingan peribadi, kelompok dan nafsu memburu kekuasaan.Mereka bersuara tidak diberi keadilan tetapi realitinya merekalah yang meranapkan keadilan. Mungkinkah adil bagi mereka jika boleh sesuka hati menyalahgunakan Dewan yang mulia? Mungkinkah adil bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Azmin Ali (PKR - Gombak); R Sivarasa (PKR - Subang) dan Karpal Singh (DAP - Bukit Gelugor) jika boleh berbuat apa sahaja perbuatan yang melanggar peraturan.Bagaimana pula wakil rakyat di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor yang juga telah dikenakan tindakan gantung daripada menghadiri sidang Dewan? Apakah itu bukan keadilan atau ia menggambarkan demokrasi telah runtuh?Lihatlah di Dewan Undangan Negeri Perak, kerajaan yang disahkan oleh mahkamah dan Perlembagaan serta diperkenan oleh Sultan, terus-menerus dikata tidak sah. Mereka tetap bangga menggunakan perkataan perampas, sedangkan pertukaran kerajaan berlaku kerana sikap mereka sendiri.Lihatlah politikus yang melenting dicap rasis, sedangkan mereka mudah menuduh orang lain sedemikian. Mereka berkata memperjuangkan kebebasan dan ketelusan tetapi media disekat daripada melaporkan perkara sebenar. Malah peruntukan negeri digunakan untuk menggerakkan propaganda parti, bukannya menyebar maklumat mengenai program kerajaan negeri.Mereka marah dan tangkas mengumpulkan rakyat kononnya bagi menjelaskan fitnah dan konspirasi tuduhan liwat, sedangkan mahkamah telah memutuskan ia pernah berlaku tetapi tidak disabitkan kesalahan kerana masalah teknikal. Kumpulan ini juga marah digelar komunis tetapi sesenang hati mengata pemimpin lawan bukan rakyat Malaysia sebenar.Dan terbaru, mereka melancarkan program 100 hari yang kononnya akan dilaksanakan jika PKR, Pas dan DAP berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. Ia adalah janji terbaru pakatan pembangkang untuk melaksanakan reformasi menyeluruh pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan.Rupa-rupanya dalam sinikal memperlekeh Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan pembaharuan lain yang kini sedang rancak digerakkan, mereka cuba 'menculik' program negara dan rakyat itu. Mereka menjanjikan 'dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu."Cuba kita imbas antara program 100 hari itu yang tujuannya mengajak rakyat Malaysia, pengundi yang berdaftar supaya 'ubah sekarang, selamatkan Malaysia':* Reformasi institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.* Mansuhkan ISA, mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.* Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.* Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan sebanyak RM500 sebulan kepada setiap guru sebagai penghargaan.* Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan dan menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.* Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA dan menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus.* Menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.Sebahagian besar daripada reformasi yang diimpikan untuk dilaksanakan pada hari pakatan pembangkang menawan Putrajaya itu, kini sudahpun digerakkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Mereka pun sedar perkara itu kerana sama ada di podium ceramah, Dewan dan media, merekalah antara pihak yang berterusan memperlekeh program mahupun projek transformasi berkenaan.Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak telah berubah. Perubahan yang mengutamakan kehendak rakyat dan memperkasakan sistem penyampaian kerajaan sedang dilaksanakan, bukan lagi sekadar impian di atas kertas. Cuma, tentu sekali cara dan pendekatannya berbeza dengan reformasi pakatan pembangkang itu.Lihatlah semasa BN mengakui era kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir, pakatan pembangkang pula berfikir sebaliknya. Projek-projek dalam ETP umpamanya yang digarap hasil gabungan minda pelbagai pihak, telah pun disebarkan kepada umum melalui hari terbuka. Orang awam termasuk pembangkang boleh mengkritik, malah memperbetulkan jika masih ada kepincangan. Kerajaan sentiasa mengalu-alukan kritkan membina.Jelaslah program impian 100 hari yang mereka uar-uarkan pada konvensyen pekatan pembangkang Ahad lalu, bukanlah perkara baru. Begitulah cekapnya politikus 'menculik' program-program yang kini sedang dilaksanakan dan kemudian mengaku pula ia adalah perjuangan mereka.Mungkin benar seperti nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa berucap pada konvensyen pakatan pembangkang itu bahawa "janganlah kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan..."Masih banyak kelemahan di negeri-negeri yang mereka tadbir - Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Perbaiki yang itu dulu dan tunjukkan prestasi. Perhalusilah ucapan Abdul Hadi bahawa 'pakatan pembangkang perlu bermuhasabah diri dengan pencapaian selama ini ketika memerintah beberapa negeri, selain menilai kelemahan dasar dan pelaksanaan masing-masing.Tanpa diragui, pemimpin adalah pemain utama untuk membangun mahupun menghancurkan agama, bangsa dan negara. Baik pemimpin, baiklah negara. Jahat pemimpin, ranaplah bangsa. Fikirkanlah.

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Fakta Sebenar Berkenaan Surau Al-Hidayah, Rawang

Posted: 20 Dec 2010 09:07 PM PST

DunSemarang

DunSemarang


SAN EXPRESS

Posted: 21 Dec 2010 12:36 AM PST


IPOH 20 Dis.Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan 48. Bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu didaftarkan di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah Walau apa pun punca kejadian, kami warga UMNO Dun Semarang ingin mengucapkan "Salam Takziah" kepada keluarga Omar Shahidan. Semuga keluarganya tabah dalam menghadapi dugaan di akhir tahun 2010. Kami di sini sedang menanti sebarang berita "ADAKAH" lawatan susulan dari mana-mama pihak terhadap beliau seperti lain lain pemandu yang lain.... Maklumlah pemandu ini adalah rakyat tempatan berketurunan Melayu..mungkin hanya rakyat kelas DUA di bumi sendiri...Bukan Tuan...dan tidak Berdaulat. Yang PASti tUAN nya ialah..Sor Eng Hock.
ByM69.

Pengikut