Selasa, 31 Mei 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Zahid pengerusi pilihan raya olok-olok

Posted: 31 May 2011 07:04 PM PDT

64 ahli Melayu DAP Cawangan Lembah Kinrara masuk UMNO

Posted: 31 May 2011 06:56 PM PDT

Subject: 2 peristiwa bersejarah menarik utk...

Posted: 31 May 2011 05:03 AM PDT

UMNO DAN ALIF.. BA.. TA..

Posted: 31 May 2011 04:30 AM PDT

31 MEI 2011

Posted: 31 May 2011 02:42 AM PDT

Jangan politik tarif baru elektrik

Posted: 30 May 2011 09:50 PM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


DAFTAR PEMILIH (SPR) BERSAMA PUTERI DUN LENDU

Posted: 30 May 2011 09:40 PM PDT

TEMPAT: PASAR MALAM MASJID TANAH

DAFTAR PEMILIH (SPR) BERSAMA PUTERI DUN KUALA LINGGI

Posted: 30 May 2011 09:35 PM PDT

TAPAK: PASAR MALAM KUALA

PELANCARAN DAN PENYERAHAN PORTAL EBSIS2Y

Posted: 30 May 2011 09:23 PM PDT

TAJUK:
PELANCARAN DAN PENYERAHAN PORTAL EBSIS2Y KEPADA PELAJAR-PELAJAR NEGERI MELAKAOLEH BIRO PENGGERAK BELIA PUTERI UMNO MALAYSIA DENGAN KERJASAMA PERGERAKAN PUTERI UMNO NEGERI MELAKA  DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH, MELAKA


TARIKH:
26/05/2011 (KHAMIS)


TEMPAT:
SEK. MEN. LUBOK CHINA, MASJID TANAH, MELAKA


PORTAL INI BERTUJUAN SEBAGAI SALAH SATU ALAT PEMBELAJARAN & ULANGKAJI SECARA   EFEKTIF SERTA PEMBELAJARAN MELALUI INTERNET.  PEMBERIAN PORTAL INI MELIBATKAN SEMUA PELAJAR DI SEMUA BAHAGIAN DI DALAM NEGERI MELAKA.  PENYERAHAN CEK BAGI PORTAL EBSIS2Y ADALAH SEBANYAK RM27,825.  SERAMAI 80 PELAJAR DARI 6 BAHAGIAN IAITU MASJID TANAH, ALOR GAJAH, TANGGA BATU, BUKIT KATIL, KOTA MELAKA, JASIN

Isnin, 30 Mei 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


SUBSIDI KERAJAAN

Posted: 29 May 2011 11:56 PM PDT

118 PAS members join Umno

Posted: 29 May 2011 11:48 PM PDT

MAGMA tawar peluang belajar silat

Posted: 29 May 2011 11:34 PM PDT

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Ustaz hamPAS beri gelaran hina Harussani!

Posted: 29 May 2011 09:22 PM PDT

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa yang mendapat gelaran 'ustaz' dalam kalangan ahli parti itu bertindak biadab apabila menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai 'Haramsani'.

Dalam satu ceramah beliau yang dimuat naik di laman web Youtube, Nor Azli memberikan gelaran itu kerana mendakwa Harussani tidak menegur kerajaan negeri yang membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Tindakannya itu ternyata memakan diri apabila kesemua 19 komen yang diterima daripada pengunjung web berkenaan, termasuk beberapa individu yang mengaku penyokong Pas mengkritik isi ceramah tersebut.

Berikut adalah petikan ceramah tersebut yang baru dimuat naik individu bernama MrPanglimaHarimau pada 23 Mei lalu.

"Duit kerajaan negeri perak, gaji-gaji kakitangan, termasuk Menteri Besar tak diasingkan, maka duit kerajaan negeri Perak bercampur, duit pelacur di situ, duit judi di situ, duit arak di situ, duit babi di situ, duit hiburan di situ, bercampur...

"Mufti tak 'respons' sebab dia tahu gaji dia duit pelacur, gaji mufti duit pelacur, gaji mufti duit babi, gaji mufti duit judi, gaji mufti duit haram.

"Itu sebab bila orang kata dia, dia bukan Harussani tetapi Haramsani. Dua kali haram....

"Itu sebab dia tak respons judi sebab dia tau gaji yang dia terima ini mungkin sumber judi, gaji dia mungkin sumber babi, sumber pelacur, sumber haram, sumber hiburan... Suruh dia respons," katanya.

Rakaman video bertajuk 'Mufti Perak digelar Haramsani' itu tercatat tarikh 7 Februari 2011 pukul 10.12 malam.



Warna-warni politik
Torashah.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Pemilihan PAS 2011 & Demokrasi Zombie

Posted: 29 May 2011 10:52 PM PDT

Semua sedia maklum, pemilihan PAS bakal berlangsung tak lama lagi, kalau takde aral minggu depanlah katanya. Satu keputusan yang tak berapa penting sudah diketahui – Presiden PAS menang tanpa bertanding. Kenapa kita kata tak berapa penting? Sebab, walaupun namanya Presiden, dia bukan 'nakhoda kapal' pun.

tu yang buat kita tak faham apa yang gegak gempita sangat pasal pemilihan PAS setiap 3 tahun sekali ini, kokok dan sorak macam mana sekalipun, situasinya tidak berbeza langsung dengan situasi sama yang berlaku dalam PKR – ketua sebenar tidak dipilih secara demokrasi.

Hakikat yang sebenar, pemilihan ini hanya nak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) saja, kalau tak buat kang parti kena haramkan pulak sebab tak ikut peraturan dan perlembagaan yang telah ditetapkan. Bila itu berlaku, pihak yang akan disalahkan ialah UMNO, macam kes PKR sekarangla.

Apa tujuan setiap parti politik berdaftar mengadakan pemilihan setiap beberapa tahun sekali (selain menepati peraturan ROS)? Tujuannya untuk membolehkan ahli parti menunaikan hak mereka memilih kepimpinan tertinggi parti, maksudnya dari yang paling tinggi sampai yang paling kodi.

Itu baru boleh kita kata demokrasi, contoh paling baik UMNO, MCA, MIC dan semua parti dalam BN.

Kalau pilih yang kedua tinggi dan kebawah saja, sedangkan yang paling berkuasa terlepas dari sebarang apa jenis pemilihan till death do us apart, itu demokrasi style mana pulak? Atau nak bandingkan dengan zaman Nabi? Nabi sama ke dengan Nik Aziz?

Dah lama dah benda ni berlaku iatu sejak revolusi Iran mengubah landskap kepimpinan PAS pada 1979 tapi entah kenapa tiada siapa di dalam PAS yang berani nak mempersoalkan kedudukkan Nik Aziz atau Mursyidul Am for that matter.

Sekurang-kurangnya PKR yang memiliki amalan kepimpinan yang sama, ada juga suara dari dalam partinya yang menyuarakan soal ini (jawatan Ketua Umum dipertandingkan). Walaupun cadangan itu dibakul sampah tanpa sempat dibahaskan, sekurang-kurangnya ada jugaklah.

Tapi dalam PAS langsung tak ada.

Apa gunanya perwakilan berbahas dan mengundi dalam pemilihan PAS kalau undian mereka itu tidak membawa sebarang kesan kepada polisi dan dasar parti yng dibahaskan tadi. PAS bukanlah parti yang sempurna pun dan memerlukan perubahan yang berterusan tapi macam mana perubahan nak berlaku kalau hanya satu orang yang buat semua keputusan.

Presiden nak perpaduan, mursyidul taknak, tak jadi juga.

So, Hadi Awang laung macam mana pun, gambarkan macam mana pun bagi nak menunjukkan yang PAS ini mengamalkan demokrasi yang sebenar, situasi sebenanya tidak langsung mendekati itu.

Nak kata demokrasi dalam PAS dah mati, tapi macam hidup, nak kata hidup tapi macam mati. Yang hidup tak mati pun tak ni zombie je.

Subsidi: BN Jauh Lebih Pemurah Dari Pakatan

Posted: 29 May 2011 10:41 PM PDT

Yang sering digebang kerajaan diperintah Pakatan adalah negeri berkebajikan, sebagai bukti kepada slogan itu dibagila sedikit gula-gula dalam bentuk air subsidi sebanyak 20m3 padu pada setiap bulan atau bersamaan RM 11.40 atau RM 11 juta sebulan.

Tapi dia punya wayang, macam semua bagi subsidi yang sama, walhal satu out of empat negeri yang diperintah dan yang duduk rumah pangsa tak merasa pulak tu.

Yang ramai terlupa ialah, dibandingkan RM 11.40 satu bulan oleh kerajaan Pakatan (Selangor sahaja) tu, BN bagi lebih banyak subsidi kepada rakyat di seluruh negara tanpa mengira siapa.

Takla macam kerajaan Pakatan, bagi subsidi hanya untuk segelintir, yang lebih layak tidak merasa.

Meh kita buat kira-kira, daripada sejumlah pendapatan satu bulan rakyat Selangor (tolak yang duduk rumah pangsa), RM 11.40 dapat dijimatkan. Gamaknya dapat beli banyak bendalah dengan RM 11.40 ini kot.

Tapi jimat tetap jimat, itu kita akui.

Ok, mari kita bandingkan pulak dengan subsidi yang diberikan kerajaan BN. Satu liter petrol yang dipam masuk ke dalam kereta, rakyat dapat jimat RM 0.43 sen, sekali isi secara purata 15 liter atau bersamaan RM 6.45 sen, itu SEKALI ISI tau. Satu bulan berapa kali isi? Tak payah kiralah, yang nyata jauh lebih banyak dari RM 11.40 yang dijimat rakyat dari subsidi air kerajaan Pakatan (Selangor sahaja).

Dan subsidi minyak ini semua dapat. duduk rumah pangsa ke tidak, tak macam di Selangor dalam soal subsidi air.

Itu baru satu, bagaimana pulak dengan subisidi lain seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan segalanya. Semua ini yang membawa kepada perbelanjaan besar kerajaan sehingga mencecah RM 20 bilion setahun untuk subsidi sahaja.

Mungkin ada yang kata itu kewajipan kerajaan untuk bagi subsidi kepada rakyat. Yakah? Kalau kewajipan, kenapa Pulau Pinang tak bagi subsidi air? Kenapa Kedah tak bagi subsidi air? Kenapa rakyat yang duduk rumah pangsa di Selangor tak dapat subsidi air?

Kedah, subsidi beras pun tak boleh bagi kepada rakyatnya, on top of subsidi sedia ada yang diberikan kerajaan BN, walhal dia pengeluar utama beras di Malaysia. Kenapa? Tak boleh lah nak bagi alasan kerajaan pusat kontrol atas sebab logik sama yang digunakan pembangkang dalam soal subsidi petroleum yang diberikan kerajaan pusat.

Kenyataan semua kerajaan wajib bagi subsidi itu sendiri adalah satu pembohongan sebab kita semua tahu tak semua macam tu, kalau ya, taklah minyak subsidi kita, gula subsidi kita, beras apa segala diseludup keluar ke negara jiran.

Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia hasil kejayaan kerajaan BN, ini Pakatan tak boleh nak nafi tapi bagaimana rakyat rasa hasil kekayaan itu selain dari subsidi air yang bukan semua merasa pun? Kalau kita turun padang hari ini, tak siapa dikalangan rakyat Selangor yang rasa negeri yang depa duduk itu negeri kaya!!

Tapi perwakilan PKR Sabah merasa hasil kekayaan Selangor sebab semua perbelanjaan penginapan mereka ditanggung kerajaan Selangor.

Tapi subsidi yang diberikan kerajaan BN, semua merasa termasuklah beberapa kerat dari negara jiran. Kalau tidak kerana cetusan ide Perdana Menteri, rakyat asing diharamkan untuk guna minyak RON95, rakyat asing ini juga akan merasa nikmat dari kemurahan hati kerajaan BN.

Kita akuila sumber kerajaan pusat lebih banyak tapi itu bukan isunya, isunya dapat banyak, bagi subsidi pun banyak juga, bukan dapat banyak tapi subsidi sikit macam di Selangor.

Anyway dipandang dari apa sudut sekalipun, kerajaan BN lebih-lebih memberi kebajikan kepada rakyat negara ini dibanding negeri-negeri Pakatan macam Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang gebang besar pasal negeri berkebajikan ini.

Kelantan? Penulis takyah sebutlah atas alasan yang semua sedia maklum.




Ahad, 29 Mei 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Ulama Pas jangan tutup kebenaran

Posted: 29 May 2011 07:15 AM PDT

Inisiatif Untuk Belia Tepat, Bukti Kerajaan Peka Golongan Muda

Posted: 29 May 2011 07:13 AM PDT

Perpaduan majoriti melayu formula yang boleh digunakan BN

Posted: 29 May 2011 07:12 AM PDT

Utusan Printcorp cetak Quran terjemahan Kazakh

Posted: 29 May 2011 07:10 AM PDT

Sabtu, 28 Mei 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SELAMAT BERSIDANG KEPADA SEMUA PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 28 May 2011 09:47 AM PDT

Pada Kesempatan ini saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan yang telah diberi mandat oleh ahli di peringkat cawangan. Semoga persidangan ini tidak hanya menjadi ritual yang di kehendaki oleh perlembagaan PARTI. Besar harapan Pemuda semoga persidangan ini dapat mempercepatkan anjakan tranformasi seperti mana yang di tuntut oleh pucuk pimpinan tertinggi. Terima kasih juga kepada pucuk pimpinan kerana telah memberi Kepercayaan kepada orang muda untuk bersama terlibat dan memberikan peluang kepada orang muda terlibat dalam membuat keputusan tentang dasar Dan halatuju negara. Sesungguh pendekatan yang di ambil parti adalah satu manifestasi yang menunjukan PARTI sedang melakukan tranformasi untuk mendengar Dan meneliti denyut nadi rakyat samaada dari golongan lama Dan golongan muda samaada lelaki Dan perempuan.

Dalam kontek Pemuda UMNO bahagian Jasin kami sedang meneliti Dan memerhatikan proses ini dilaksanakan Dan berharap pendekatan baru yang menarik dapat di wariskan kepada anak muda di Jasin supaya UMNO dilihat menarik Dan dinamik sesuai dengan tuntutan perubahan masa Dan zaman. Program tradisi membela rakyat perlu di segarkan kembali Dan di beri nafas baru untuk menyesuaikan tuntutan bahawa masyarakat hari ini lebih terbuka Dalam proses mendapatkan maklumat Dan daya fikir, minda masyarakat yang telah jauh berbeza.
Segala proses ini akan menentukan sokongan Rakyat menjelang PRU 13 nanti.

Persidangan ini juga di harap dapat mencetuskan idea-idea baru untuk memperkuatkan sokongan Rakyat kepada BN Dan dapat digarap kaedah Dan makanisma baru yang sesuai supaya Jasin terus kekal sebagai kubu kuat Dan menjadi simpanan tetap sokongan Rakyat kepada kerajaan. Selamat BERSIDANG, UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Ikhlas Dari
Zaidi Attan
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
BAHAGIAN JASIN
Sent from my iPad

Jumaat, 27 Mei 2011

BUDAK CAWANGAN DI KUBANG PASU

BUDAK CAWANGAN DI KUBANG PASU


Salam Perjuangan

Posted: 27 May 2011 10:23 AM PDT

Besok bakal berlangsung persidangan serentak yg melibatkan pegerakkan Pemuda,Puteri dan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu..

Harap dengan berlangsungnya persidangan tersebut bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan UMNO di Kubang Pasu dalam usaha mempertahankan 3 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya yang lalu dan bakal menjadi tunjang kekuatan dalam usaha mengembalikan KEDAH ketangan BARISAN NASIONAL

Persidangan besok akan dijalankan di IPDA,Bandar DarulAman..

Selamat bersidang buat semua pewakilan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu...

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali kecam Guan Eng cuba hasut rakyat

Posted: 27 May 2011 12:00 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyelar tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menuduh usaha kerajaan BN mengekalkan harga RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) kerana takut kepada pakatan Rakyat (PR).

Katanya, tuduhan tersebut langsung tidak berasas sama sekali kerana kerajaan BN lebih mengutamakan kepentingan rakyat daripada agenda politik.


"Lim Guan Eng melemparkan tuduhan tersebut kerana takut kepada bayang-bayang dan bimbang geraf sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat," tegasnya.

Beliau berkata, tindakan Lim Guan Eng yang menyeru rakyat supaya tidak mempercayai dengan pengekalan harga tersebut yang disifatkannya sebagai sementara juga dilihat sebagai satu kenyataan berbau hasutan.

"Secara halus kenyatan Lim Guan Eng itu berbau hasutan, berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat," tegasnya.

Syed Ali menegaskan, perbuatan menghasut rakyat supaya mendorong kepada kebencian adalah perbuatan serius dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau turut mengecam Lim Guan Eng yang sewenang-wenangnya menuduh Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin sengaja memainkan sentimen perkauman.


Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan turut menyangkal dakwaan Lim Guan Eng bahawa harga bahan tersebut ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dalam portal berita Roktkini.Com semalam, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporakan sebagai berkata tindakan kerajaan tidak menaikkan harga bahan tersebut juga disebabkan BN takut dengan kekuatan Pakatan Rakyat (PR).


Guan Eng juga dilaporkan berkata PR berkemampuan untuk menggerakkan rakyat dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dan rakyat perlu berwaspada kerana harga dikekalkan pada masa itu sehaja; sekiranya BN menang lagi dalam PRU, kemungkinan harga barang dan perkhidmatan dinaikkan tidak dapat dielakkan.

Menurut Syed Ali lagi, kerajaan lebih mengutamakan kebajikan rakyat jika harga bahan tersebut dinaikkan walaupun dalam masa yang sama terpaksa menanggung beban subsidi yang begitu meningkat.

"Inilah bezanya cara DAP terutama PR memerintah, BN lebih utamakan kepentingan rakyat manakala DAP pula menindas dan mencabuli hak rakyat sesukahati mereka sepertimana berlaku di Pulau Pinang," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Lim Guan Eng terlebih dahulu memperbetulkan pentadbirannya di Pulau Pinang yang telah banyak menyusahkan rakyat terutama orang Melayu.

Beliau berkata, tidak ada sebab untuk BN takut kepada PR kerana gabungan pembangkang sekarang ini seperti telor dihujung tanduk berikutan pemimpin utama mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang bergelumang dengan kes liwat dan juga dikaitkan dengan isu video seks.

"Semua orang tahu PR semakin hancur kerana PAS difahamkan sudah tidak sanggup lagi bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral dan mangamalkan politik rasis," jelasnya.

Khamis, 26 Mei 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Posted: 26 May 2011 05:12 PM PDT

AL-QURQN MUSHAF MALAYSIA DAN TERJEMAHAN

Posted: 26 May 2011 06:49 AM PDT

Sambut baik bahan api tak naik

Posted: 26 May 2011 06:46 AM PDT

BUDAK CAWANGAN DI KUBANG PASU

BUDAK CAWANGAN DI KUBANG PASU


Salam Perjuangan

Posted: 26 May 2011 05:58 AM PDT

Sudah lama aku mendiamkan diri dari arena BLOG nie.. Sampai saat nie aku masih mencari idea dan cara untuk aku kembali menulis semula.. Aku harap dengan kembalinya BUDAK CAWANGAN ini dapat membantu serba sedikit perjuangan UMNO d Kubang pasu..

Sebelum aku mula untuk bebicara,aku nak mohon maaf dulu andai apa yang bakal aku tulis nanti bakal menyebakan orang terluka.. Tapi disini ingin aku tekankan, apa saja pandangan dan tulisan dariku adalah semata2 demi kepentingan UMNO dan nak lihat UMNO kembali gagah...

Salam

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Nik Aziz tak mengaku Arif Fahmi menantunya?

Posted: 26 May 2011 03:25 AM PDT

Nik Aziz sudah berputus arang dengan menantunya, Arif Fahmi? Tak mahu mengaku Arif Fahmi sebagai menantunya? Memang parah kenyataan Nik Aziz yang tidak mahu dikaitkan dengan skandal penyelewengan dan rasuah yang melibatkan menantunya itu. Arif Fahmi kini dikhabarkan sedang teruk digasak oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM).

Menurut fakta, Arif Fahmi sedang disiasat oleh SPRM berhubung kes penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di Perbadana Menteri Besar Kelantan (PMBK). Nak tahu apa kata Nik Aziz? Nik Aziz berkata…

"Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya, itu tak betul," – Nik Aziz Nik Mat.

Nampaknya Nik Aziz sudah gelabah. Tapi, sewaktu dia melantik Arif Fahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di PMBK, dia tidak gelabah pula? Mungkin ketika itu Nik Aziz menganggap Arif Fahmi sebagai menantunya dan sekarang tidak lagi? Begitu?

Siapa yang melantik Arif Fahmi kalau bukan Menteri Besar Kelantan sendiri? Siapa pula Menteri Besar Kelantan jika bukan bapa mertua Arif Fahmi sendiri? Dengan pertalian yang sebegitu rapat, bapa mertua dan menantunya, Nik Aziz tak mahu dikaitkan dengan Arif Fahmi?

Pada langkah pertama Nik Aziz melantik menantunya itu sebagai CEO di PMBK menunjukkan Nik Aziz mengamalkan nepotisme. Nik Aziz cuba memutar belitkan sifat nepotismenya dengan mengaitkan perlantikan Sayyidina Abu Bakar RA, bapa mertua Rasulullah SAW dan Sayyidina Ali RA, menantu Baginda SAW sebagai Khalifah sebagai rasional untuk mengamalkan nepotisme.

Namun, Nik Aziz terlupa bahawa Rasulullah SAW tidak pernah melantik Saiyyidina Abu Bakar dan Saiyyidina Ali RadhiAllahu An Huma sebagai Khalifah memandang Baginda sudah wafat ketika mereka berdua menjadi Khalifah. Mereka berdua dilantik oleh para sahabat dan muslimin di zaman itu. Itu faktanya dan menunjukkan kedangkalan hujah Nik Aziz untuk menyelamatkan dirinya!

Adalah sangat mustahil untuk tidak mengaitkan Nik Aziz dengan Arif Fahmi kerana Perbadanan yang diketuainya itu bukan Perbadanan Perpustakaan atau Perbadanan Anak-Anak Yatim. Ianya bernama Perbadanan "Menteri Besar Kelantan"! Siapa lagi Menteri Besar Kelantan kalau bukan Nik Aziz Nik Mat! Maksudnya, tidak dapat tidak, Menteri Besar Kelantan harus turut bertanggungjawab berkenaan kes itu!

Justeru itu, adalah sangat relevan sekiranya SPRM turut mengheret Nik Aziz di dalam soal siasat mengenai kes Arif Fahmi ini. Bukanlah saya cuba nak menyalahkan Nik Aziz atas kesalahan (sekiranya terbukti menantunya bersalah) Arif Fahmi itu, saya hanya mahu mengajar kepada Nik Aziz tentang erti perkataan "bertanggungjawab"!

Rabu, 25 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali : Lim Kit Siang pemimpin politik low-class

Posted: 25 May 2011 02:14 AM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan tuduhan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak ada 'standard' mencerminkan diri beliau yang semakin takut dengan kebangkitan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

"Lim Kit Siang melemparkan tuduhan tidak berasas itu sebagai helah untuk menyembunyikan keretakan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan terbongkarnya isu skandal video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang.


Katanya, Timbalan Perdana Menteri mempunyai asas yang kukuh mengingatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan gerakan DAP yang cuba menguasai negara ini menerusi amalan politik rasis.


"Untuk apa orang Melayu mahu menyokong DAP sedangkan mereka sedar parti rasis itu hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja , inilah yang dibimbangkan oleh Muhyiddin," tegasnya.


Menerusi laman blog Roketkini.Com hari ini, Lim Kit Siang mendakwa Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO langsung tidak ada standard dan tak ada class ekoran kenyataan Muhyiddin yang memberi amaran supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan DAP.


Menurut Ketua UMNO Bahagian itu, Lim Kit Siang adalah pemimpin politik yang sengaja memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan pengundi.


"Setiap kali berlakunya pilihan raya, beliau akan meniupkan sentimen kaum supaya bukan Melayu terus memihak kepada DAP," ujarnya.


Katanya, gerakan jahat ini sudah pun berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April lalu apabila DAP berjaya memperdaya orang Cina supaya memusuhi UMNO dan BN.


"Saya menyokong penuh ketegasan Muhyiddin perlu dijadikan ingatan kerana DAP bersama sekutunya dalam PR akan menjadikan Melayu hilang segala-galanya apabila mereka berkuasa kelak," ujarnya.


Sebenarnya kata Syed Ali, Lim Kit Siang tidak mempunyai sebarang pengaruh di kalangan rakyat Malaysia kecuali hanya menonjolkan diri sendiri menerusi isu sentimen perkauman.


"Lim Kit Siang adalah pemimpin politik low-class, bermain politik perkauman untuk kepentingan peribadi," tambahnya lagi.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


DAP sebenarnya memang Anti Islam..

Posted: 25 May 2011 05:21 AM PDT

Sebelum ini didalam isu yang kononnya Kristian hendak dijadikan agama rasmi menggantikan Islam, pemimpin DAP menyatakan bahawa mereka mengakui Islam sebagai agama rasmi negara. DAP juga akur dengan perlembagaan yang menetapkan Islam wajar dihormati selain dari Raja-Raja Melayu.

ika benar seperti apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin DAP tersebut, mereka perlu memecat dan mengenakan tindakan yang paling tegas terhadap Jeff Oii yang didapati bersalah kerana memfitnah seorang ahli pertubuhan Islam. Ini adalah untuk membuktikan yang DAP hormat kepada Islam yang menjadi agama anutan majoriti rakyat Malaysia.

Jeff Oii didapati bersalah dalam satu kes saman fitnah dan diarahkan membayar sebanyak RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah yang dituduhnya "EKSTREMIS ISLAM".

Sebelum ini Jeff Oii amat lantang menghentam Utusan yang disifatkannya memainkan sentimen agama serta diperkudakan oleh UMNO. Tapi apa yang dilakukan oleh Jeff Oii itu sendiri adalah satu perbuatan yang amat melampau. Jeff Oii bukan saja menghina orang Islam tetapi dia secara langsung menghina sebuah Pertubuhan Islam.

Sekarang ini jelas terbukti, DAP mengamalkan politik yang menyebarkan kebencian terhadap agama Islam didalam negara. Lihat saja bagaimana pemimpin-pemimpin DAP seperti Jeff Oii ini secara sesuka hati menggelarkan orang Islam lain sebagai pelampau Islam ataupun pengganas.

Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP dan juga Ketua Menteri P.Pinang juga patut bertanggung jawab didalam isu fitnah Jeff Oii ini. Jika benar Lim Guan Eng mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan juga hormat terhadap perlembagaan Malaysia, dia perlu buktikan dengan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Jelutong tersebut.

Jika Lim Guan Eng berdiam diri dan tak mengambil apa-apa tindakan terhadap Jeff Oii, ini bermakna Lim Guan Eng juga bersetuju dan merestui Ahli Parlimen Jelutong tersebut menghina Islam dan memfitnah orang Islam lain.

Dan jika Jeff Oii masih lagi dikekalkan didalam struktur pentadbiran kerajaan DAP negeri P.Pinang yang dikepalai Lim Guan Eng, ini menunjukkan yang DAP itu sebenarnya parti yang memang ANTI Islam didalam negara.

Jeff Oii juga seharusnya didesak supaya meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Jelutong. Rakyat Jelutong yang berbilang kaum pastinya tak akan mahu menerima seorang ahli Parlimen yang kaki fitnah dan tak tahu hormat pada agama lain.

Tindakan Jeff Oii yang seolah-olah memusuhi Islam ini tak harus dipandang ringan oleh semua muslim di Malaysia. Sikap pemimpin DAP ini jelas membuktikan bahawa mentaliti mereka masih menganggap Islam itu sebagai sebuah agama yang kasar dan ganas.

Pengikut