Selasa, 8 Februari 2011

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


PERTANDINGAN FUTSAL

Posted: 08 Feb 2011 10:00 PM PST


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Segambut akan mengadakan Pertandingan Futsal pada tarikh, masa dan tempat seperti butiran di bawah

Tarikh : 20hb Februari 2011
Tempat : Shoot Out Segambut
Masa : 8.00 pagi


Hadiah yang ditawarkan:-

Hadiah Tempat Pertama - RM 1000
Hadiah Tempat Kedua - RM 700

Hadiah Tempat Ketiga - RM 500

Hadiah Tempat Keempat - RM 500



Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00. Bagi mana-mana team yang berminat bolehlah hubungi Cik Nolin Ali (012 3048406)


ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


PENDUDUK KAMPUNG JAWA LEGA JAMBATAN DINAIK TARAF

Posted: 07 Feb 2011 11:11 PM PST

Posted: 07 Feb 2011 10:27 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


INFO PRK N 27 MERLIMAU

Posted: 07 Feb 2011 09:03 PM PST

Monday, February 7, 2011

PAS BAKAL TERKANGKANG DI MERLIMAU.. ANUWAR KORBANKAN PAS.. SHAM KETOT MERANA..

ANUWAR MEMANG TERER.. DIA CUKUP BERPENGALAMAN DALAM MENGENCINGKAN ORANG.. KINI TIBA MASANYA PULAK PAS DI KAMBING HITAMKAN DI MERLIMAU AKAN DATANG.. HAHAHAHA, SHAM KETOT KEMPUNAN LAGI.. TAPI TAKPA, BUKAN NYA NYER BOLEH JADI YB PUN.. ANUWAR DAH TAHU KEPUTUSAN NYE DARI SEGI KEKUATAN BN KAT MERLIMAU..

APA LA NASIB PAS.. SELEPAS TENANG KINI MERLIMAU PLAK.. HUHUHUHUHU.. BUKA KANLAH MINDA SIKIT PASNGOK OIIIII..

IKUTI PENGUMUMAN NEH...

INFO PRK N 27

Posted: 07 Feb 2011 08:59 PM PST

Pemuda PAS Melaka tekad tawan Merlimau

JASIN, 7 Feb: Pimpinan dan ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka bertekad untuk menawan Merlimau pada pilihan raya kecil (PRK) Dun itu yang dijadualkan pada 6 Mac ini.

Hasrat itu dinyatakan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek pada Himpunan Pemuda PAS Melaka sempena PRK Dun Merlimau yang berlangsung di Madrasah As-Solihin, Merlimau di sini semalam.

"Pemuda Negeri Melaka akan berjuang habis-habisan bagi menggempur BN dan menerangkan kepada rakyat akan kepentingan mereka mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini, insya Allah.

"Sudah sampai masanya PAS menjadi penasihat yang baik kepada kerajaan negeri Melaka pimpinan Umno yang nyata gagal mentadbir dan menjaga kepentingan umat Islam di Melaka," ujarnya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dalam ucapannya menggesa pemuda supaya bekerja kuat bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil ini.

"Pemuda mesti turun ke segenap ceruk berjumpa dengan pengundi agar risalah Islam ini dapat disampaikan kepada mereka.

"Umat Islam Melaka mesti diselamatkan dari cengkaman dan kezaliman Umno yang bermaharajalela sejak lebih 50 tahun di Melaka ini.

"Insya Allah, PAS mesti menang supaya suara kita dapat berkemundang di Dun Melaka bagi memberi peringatan dan nasihat kepada Umno," tambahnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Program itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani.

Dalam ucapannya Azman mengingatkan ahli pemuda PAS Melaka supaya berjuang dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana cabaran amat getir kepada PAS dan Pakatan Rakyat di kubu kuat BN.

"Pemuda Pusat seperti biasa akan mengarahkan seluruh jentera pemuda seluruh negara bagi membantu calon PAS di Merlimau, kita tidak akan undur dan akan terus mara walau apapun dugaan yang datang," kata Azman penuh semangat.

Azman diberi penghormatan menyampaikan bendera PAS kepada semua Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan sebagai simbolik bermulanya gerak kerja pemuda di Dun Merlimau.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, seluruh pimpinan PAS negeri dan pemuda negeri.

Program tersebut turut diserikan dengan lagu-lagu nasyid penuh semangat daripada Azhan Atan.

PAS DAH BERSEDIA, UMNO SUNYI LAGI......

Posted: 07 Feb 2011 08:56 PM PST

LENSA KAMERA : HIMPUNAN DEWAN PEMUDA PAS MELAKA 6 FEBRUARI 2011








kehadiran Artis Undangan , 
Azhan Atan ( Juara Akademi Nasyid TV9)


Simbolik Majlis Penyerahan Bendera PAS

SEJUTA ALASAN....

Posted: 07 Feb 2011 08:50 PM PST

Merlimau – Di Sebalik Semua Alasan, PAS Masih Bertanding

Bila saja PAS diisytihar kalah di Tenang, bermacam ulasan dan andaian yang diberikan pemimpin PAS bagi menjustifikasikan sebab kekalahan mereka.  Ada yang dipetik sebagai berkata jentera kerajaan digunakan, SPR tidak adil, prose pemilihan tidak telus, demokrasi mati bla bla segala apalah yang boleh dicakap, asal saja boleh tutup peluang untuk orang persoal balik kebenaran alasan yang diberikan.
Tapi baru diberitakan sebentar tadi bahawa PAS akan bertanding di Merlimau, memadam hasrat si ketot AMK untuk menjadi calon.
Sedangkan, kalau kita amat-amati alasan semua itu, semuanya berkaitan dengan perkara premier dan melibatkan pihak yang sama yang akan terlibat di PRK Merlimau nanti iaitu SPR dan kerajaan BN.   
Pendek kata, apa yang mereka percaya berlaku di Tenang sebelum ini seperti penggunaan jentera kerajaan, proses yang tidak telus dan sebagainya, akan juga berlaku di PRK Merlimau.  Silap-silap, keputusan pun sama juga (PAS kalah).
Tapi bila PAS mahu bertanding di Merlimau, seolahnya PAS masih percaya dengan SPR dan kerajaan pusat untuk mengendalikan proses pilihanraya yang aman dan adil. 
Hairan juga sebab baru beberapa minggu sudah PAS menjadikan alasan-alasan premier yang di atas sebagai punca yang menyebabkan kekalahannya dan sekarang PAS masih mahu bertanding menyedari alasan-alasan tersebut masih wujud.
Cepat benar PAS lupa dan membuka buku baru.  Kenapa itu berlaku ya?
Tiada alasan lain bagi menjustifikasikan tindakan ini melainkan PAS sebenarnya menipu ahli-ahlinya dengan menyalahkan pihak lain bila mana berlaku kekalahan yang melibatkan PAS.  Yang sebenarnya kekalahan itu adalah disebabkan calon PAS dan jenteranya sendiri, takde kena mengena dengan SPR dan kerajaan pusat pun.
Tapi PAS tak mahulah sebut yang itu, jatuhlah maruah dia nanti, sebaliknya PAS sanggup jadi munafik dengan berbohong menyalahkan pihak lain sebagai punca, tidak terkecuali bencana banjir yang menimpa penduduk dan pengundi di Tenang.
Jangan kalau menang tu kang, yang elok-elok sajalah yang disebut, tak lupa banding dengan perjuangan Nabi saw.
Penulis nak tanya lah kepada kepimpinan PAS atau mana macai yang berkemampuan menjawab, kalau dah tak percaya dengan sistem demokrasi di Malaysia ini, kenapa masih memilih bertanding? 
Satu ke dua kali (Galas dan Tenang) bolehlah terima alasan bodoh ni tapi kalau dah masuk kali ke tiga dalam jurang masa yang tak berapa nak lama, siapa yang boleh percaya lagi?
Kita bukan cakap kelayakan PAS bertanding seperti mana diperuntukkan undang-undang dan perlembagaan, memang selama hari ini pun kerajaan BN menjalankan proses demokrasi dan memberi peluang sama rata kepada semua pihak. 
Yang kita persoalkan ialah kredebiliti PAS, dah tuduh macam-macam sebelum ini, alih-alih masih nak bertanding jugak?
Zaman berubah, pasir berubah, PAS masih tak berubah.  Hipkorit, kuat membohong masih menjadi teras perjuangannya.  Disebalik semua itu, PAS mengaku memperjuangkan Islam. 
Entah apalah hal dalam seluar calon BN bertanding yang akan terdedah selepas ini, tak dapat yang berfakta, PAS akan reka cerita – macam biasa.  Dah banyak dah yang kita tengok, dari kes pembunuhan Altantunya, komisen beli kapal selam dan sebagainya, semua pun hanya ada air liur yang berterabur, tak ketinggalan Akuan Bersumpah yang bertukar isi dalam selang sehari.
Bila tanya mana dia proof,  ooh polan today sana ada tulis, polan jubor sana ada cakap. 
Penulis bukan ahli nujum dan tidak berniat ke arah itu pun, tapi penulis yakin dan percaya bahawa selagi PAS macam ini, selagi itu PAS akan terus ditolak majoriti pengundi, tidak terkecuali di Merlimau.  Ini tidak ada kena mengena dengan apa polisi dan pihak-pihak seperti SPR yang sering disebut, sebaliknya ialah mengenai salah diri sendiri.
Yang boleh buat PAS bernafas dari lemas pun ialah isu perkauman yang dimainkan DAP sehingga menjamin undi orang cina kepada mereka.  Dan percayalah, kalau ramalan ku ini benar belaka (PAS kalah), alasan sama akan disebut semula.
Bila la nak berubah ooii…

INFO PRK N 27 MERLIMAU

Posted: 07 Feb 2011 08:49 PM PST

NIK AZIZ KATA MERLIMAU MILIK PKR, BERI AMARAN PADA PAS !!

Posted: Tuesday, February 8, 2011 by Gelombang Rakyat in Labels:
0
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar yang semakin kemaruk mahu wakil AMK bertanding di DUN Merlimau telah menggunakan kuasa Diktator PAS, Nik Aziz Nik Mat agar memberi kerusi DUN tersebut kepada PKR serta merta. Umum mengetahui bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi yang mewakili Kumpulan Pro Ulama' PAS membantah dan memberi amaran agar PKR tidak merampas kerusi tersebut untuk bertanding pada DUN Merlimau.




Respons Nik Aziz sepertinya positif untuk merestui rampasan kerusi DUN tersebut kepada PKR. Semalam, Shamsul memuji keberanian Nik Aziz yang mahu perdebatan secara terbuka diadakan setelah 'fatwa' terbaru beliau menggelar pengundi2 UMNO sebagai golongan Jahiliyah dikritik hebat semua pihak termasuklah dari kalangan Mufti2 Negeri.

Pelik? Setakat hari ini, tiada pula kenyataan dari pihak Nasrudin Tantawi menyokong perdebatan ini. Alih2, Shamsul dan AMK pula yang membuat kenyataan menyokong Menteri Besar Kelantan itu

Inilah kesannya apabila kuasa yang diberikan sementara ini disalahgunakan. Al maklumlah bukan senang PKR dan PAS dapat kuasai politik tanah air. Baru menang sikit, sudah tunjuk taring. Seolah2 menang besar. Walhal mereka lupa, kuasa mereka sebenarnya dalam genggaman DAP.

Susah2 sangat, tak payah bertanding. Bagi saja BN menang. Taknak. Tak ada maruah katanya. Yang mereka gaduh berebut hendak kuasa, ada maruahkah? Nik Aziz kini bukan lagi Mursyidul Am PAS, akan tetapi kini lebih layak diberi jawatan Mursyidul Am PKR

PRK MERLIMAU....LAWATAN PM PADA 19 FEBUARI 2011

Posted: 07 Feb 2011 06:26 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Merlimau pada 19 Februari depan untuk meninjau kemajuan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata antara aturcara sempena lawatan Perdana Menteri ialah merasmikan pecah tanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, yang dibangunkan dengan anggaran kos RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Melaka.

Beliau juga dijadual melakukan pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Merlimau, melakukan tinjauan mesra di Pekan Merlimau dan pada sebelah malamnya menghadiri jamuan rakyat serta jamuan Tahun Baru Cina di pekan itu.

Sempena lawatan itu, Najib, yang juga pengerusi BN akan mendengar taklimat persediaan pilihan raya kecil DUN Merlimau, kata Mohd Ali kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Ahmad Maslan, di Seri Bendahara di Melaka hari ini.
Turut hadir pada perjumpaan yang membincangkan mengenai strategi dan kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau itu ialah ahli majlis tertinggi Umno yang juga ketua penerangan Umno Melaka, Datuk Idris Haron.
Mohd Ali berkata lebih banyak kawasan industri baru akan dibangunkan di DUN Merlimau, antaranya di Lipat Kajang bagi pembangunan lebih pesat.

Mengulas mengenai pilihan raya di DUN berkenaan, beliau berkata Merlimau merupakan kubu kuat BN sejak dahulu dan menyaksikan banyak pembangunan.

"Saya juga percaya sentimen pengundi di DUN itu kuat dan berada dalam mood yang baik untuk terus menyokong BN kerana banyak jasa ditinggalkan oleh Allahyarham Mohamad Hidhir untuk pembangunan Merlimau," katanya.
Lancar jentera BN
Dalam pada itu, Mohd Ali juga berkata jentera penerangan BN bagi pilihan raya kecil itu akan dilancarkan Sabtu ini di Air Merbau, Merlimau.
Mohd Ali Rustam yang juga pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil itu berkata pelancaran jentera penerangan itu sebagai persediaan awal sebelum kempen bagi pilihan raya kecil itu dibenarkan selepas penamaan calon pada 26 Feb ini.

"Pelancaran jentera penerangan itu akan dilakukan bersama oleh saya dengan ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pada pukul 3 petang di dewan orang ramai.
"BN Melaka juga memutuskan untuk menjemput semua jentera BN di seluruh negara untuk membantu berkempen sepanjang tempoh (kempen) pilihan raya bagi (meraih) majoriti yang lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008," katanya.

Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa depan di Putrajaya untuk memberi taklimat mengenai pilihan raya kecil itu.

"Juga perjumpaan itu untuk berbincang dengan Najib mengenai calon bagi DUN Merlimau," katanya.
Umno Bahagian Jasin telah mengemukakan senarai nama tujuh calon kepada Mohd Ali untuk semakan dan pertimbangan.

Sementara itu, Ahmad berkata kemenangan BN pada pilihan raya kecil di DUN Tenang, Johor dengan tambahan majoriti pada Ahad lepas dan juga kemenangan sebelumnya di Batu Sapi, Galas, Hulu Selangor dan Bagan Pinang diharap akan berterusan di Merlimau.
"Kalau boleh, kita bawa semangat Tenang dan juga pilihan raya kecil lain yang BN memenanginya ke Merlimau iaitu menang dengan majoriti yang lebih besar daripada keputusan pilihan raya umum 2008," katanya.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

DUN itu mempunyai 10,679 pengundi pendaftar.

SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN....

Posted: 07 Feb 2011 05:39 PM PST

APA ITU PAS...?

Amanat Hadi Awang suatu masa dahulu, Tetapi hari ini PAS sudah lain.


Undi PAS dapat pahala.


PAS itu Parti Allah. Allah ada parti ke?


Kalau BN lompat masuk pembangkang halal, kalau Pembangkang lompat masuk BN haram.


Apa yang kerajaan Barisan Nasional buat semua salah. PAS yang sahaja betul, sebab PAS adalah 'maksum'.


Dahulu cinta perpaduan, sekarang benci perpaduan.


Undi PAS itu Wajib, undi UMNO haram! - Fatwa Nizar di Tenang.


Dahulu Wanita tak boleh Kafir pun tak boleh jadi calon...


Dahulu UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC...


Doa PAS. Patutlah Shafie Apdal kata "Parti Ajaran Sesat"...

Hampir Pasti Pas akan bertanding di Merlimau Melaka

Posted: 07 Feb 2011 05:30 PM PST

PPUBJ : Apalah nasib syamsul kali nie!!!!!!!!!

Nampaknya hasrat Shamsul Iskandar atau Sham Ketot untuk bertanding di Merlimau tidak kesampaian. Anwar nampaknya akan menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS. DAP pula terpaksa membisu kerana kawasan tersebut majoritynya Melayu.

Pakatan Price Rising bagaimanapun belum mencapai kata putus mengenai calon N27 Merlimau. Shamsul pula sudah terloncat-loncat untuk bertanding kerana sewaktu adun masih dirawat di hospital, beliau dan beberapa ahli politik PR telah menghebahkan berita kematian adun seawal jam 3.30 petang. Satu negara percaya dengan berita kematian tersebut.

Bagaimana pun ia dinafikan oleh seorang sahabat yang ada bersama arwah di hospital dan kematian hanya disahkan oleh doktor pada jam 8.10 malam.

Begitulah ghairahnya pembangkang pada ketika itu. Paling biadab si Ketot ini ialah apabila beliau mengadakan ceramah politik pada hari pengkebumian Dato Hidhir. Kemudian sewaktu orang sibuk dengan PRK Tenang, Shamsul ketot sibuk menabur limau ke pekan Merlimau untuk menarik pengundi.

Mengenai siapa calon Pas, TM kurang pasti , jika di Tenang mereka meletakkan Sophia Loren, di Merlimau mungkin Pas meletakkan Paris Hilton pula.

Mengenai calon BN, 7 nama telah dipanjangkan termasuk seorang wanita. Cuma apa yang dimaklumkan oleh orang Melaka , nama wanita ini kelabu sikit. 6 yang lain terdapat seorang yang favorite dan bekas penjawat awam.

Dalam PRK seperti ini faktor calon boleh memainkan peranan penting. Sedikit tercalar , akan punah segalanya seperti Normala di Tenang. Pas kalah kerana salah meletakkan calonnya.

Harapan BN tidak melakukan kesilapan kali ini. Jika menangpun PR masih mengatasi BN 7-6 dalam 13 PRK yang telah diadakan. [ betulkan jika silap].

Selasa, 2011 Februari 08
Video Sidang Akhbar Anwar Gembira PAS Akan 'Dikorbankan' Di Merlimau ?
Anwar ahli politik berpengalaman.

Putar alamnya sangat hebat tetapi tidak mampu mengatasi kehebatan Allah Maha Besar.

Selepas gagal di Tenang nampaknya PAS akan jadi 'mangsa' lagi di Merlimau.

Pelik kenapa PKR DAP tidak mahu bertanding sedangkan Melaka tidak asing kepada Lim Guan Eng !

Anwar juga tentu mahu menunjukkan kekuatannya selepas PAS gagal di Tenang !

Adakah ini perancangan senyap melemahkan PAS oleh DAP PKR ???

Ahli PAS jangan tak sedar, bukalah hati jangan biar ia mati.

Dari Tenang ke Merlimau

Posted: 07 Feb 2011 05:17 PM PST



Oleh Dr.Siva

BERAKHIR sudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kini masing-masing sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun barisan pembangkang akan menjadikan DUN Merlimau destinasi berikutnya.

Keputusan Tenang mengekalkan status quo kepada BN dengan kemenangan majoriti 3,707 undi berbanding 2,492 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Mac 2008. Walaupun ramai menyatakan keyakinan BN akan menang selesa dan rata-rata membuat anggaran majoriti yang sama, namun apakah isyarat pengundi sebenarnya? Adakah kemenangan BN dan kekalahan Pas mempunyai nilai signifikan ke atas pola pengundian umum yang boleh digeneralisasikan di peringkat kebangsaan?

Ada juga sampai ke tahap mahu menyamakan mood Tenang dengan Pilihan Raya DUN Sarawak, walhal demografi dan geografi Sarawak jauh berbeza dengan Tenang. Kita tidak boleh menjadikannya sama dengan Sarawak kerana kerangka metodologi lain perlu digunapakai BN untuk kekal status quo di Sarawak.

Melihat pola pengundian di semua daerah mengundi, sudah pasti ia mempamerkan keputusan yang boleh berlaku di kawasan kubu kuat BN lain. Dengan peratusan keluar mengundi sekitar 67 peratus, Mohd. Azahar Ibrahim menang.

Ramai yang meneropong pola pengundian penduduk Cina kerana merasakan mereka menjadi penentu majoriti BN dalam PRK ini. Jangkaan bahawa sokongan pengundi Cina di bawah 30 peratus sebagaimana berlaku di Bukit Gantang, Bukit Selambau, Hulu Selangor dan Sibu tidak berlaku di Tenang. Barangkali sentimen pengundi Cina di Galas dengan sokongan 51 peratus dan Batu Sapi 65 peratus mempengaruhi trend di Tenang.

Berbanding dengan Labis Tengah yang sememangnya kawasan hitam BN, kawasan Labis Timor, Tenang Station dan Labis menampakkan perubahan signifikan. Hakikatnya, walaupun peningkatan sokongan pengundi Cina kecil, tetapi ia kekal penting sekali gus menstabilkan majoriti BN walaupun DAP berkeras menyatakan 70 peratus pengundi Cina menyokong calon Pas.

Adakah DAP khuatir stereotaip sebelum Mac 2008 akan menghantui mereka kerana parti itu sudah mula berasa liabiliti dengan kerjasama Pas, sebagaimana pasca PRU 1999 yang menyaksikan Pas bergantung kepada DAP untuk membolehkan pengundi bukan Melayu berpihak kepadanya selepas jentera MCA bergerak bersepadu untuk menggagalkan manipulasi DAP ke atas isu masyarakat Cina. Adakah ini punca sebenar penduduk Cina tidak keluar mengundi terutama pengundi atas pagar? Dua kategori pengundi yang membolehkan undi calon Pas meningkat dalam PRU ke-12 adalah pengundi atas pagar dan penyokong tegar BN yang melakukan undi protes dan ia tidak berlaku dalam PRK ini sehingga terhakisnya sokongan pengundi Melayu ke atas Pas.

Barangkali, mesej isu agama yang berbeza-beza daripada beberapa pemimpin Pas mengelirukan pengundi sehingga menimbulkan rasa curiga ke atas matlamat parti tersebut. Barisan pembangkang perlu sedar bahawa hanya sekadar bergantung kepada pengundi Cina tidak akan membantu untuk menang. Mereka juga memerlukan pengundi Melayu dan India di Tenang. Malangnya, kedua-dua kelompok ini tidak mempunyai sentimen kesetiaan tetap kepada barisan pembangkang. Faktor kesetiaan kepada BN boleh dijadikan punca kemenangan calon BN tetapi ia tidak boleh dianggap kekal dengan sendirinya oleh jentera BN.

Apakah yang boleh difahami daripada sentimen di Tenang. Pengundi mahu kepimpinan tahu kemahuan, keperluan dan pemikiran mereka. Klasifikasi pengundi yang berbeza menunjukkan masing-masing mempunyai kemahuan, keperluan dan cara pemikiran yang berlainan. Menyedari tiga elemen ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menyusun strategi dengan pendekatan berbeza.

Pemimpin akar umbi yang aktif mendekati pengundi setempat, meningkatkan komunikasi politik dan menggunakan jaringan peringkat cawangan dari rumah ke rumah. Walaupun tidak dinafikan ada segelintir yang kecewa, marah dan menyalurkan rasa tidak puas hati, akhirnya BN menang kerana perbezaan yang ketara diketepikan walaupun calon tidak memegang sebarang jawatan kepartian.

Begitu juga dengan meminimumkan penglibatan 'orang luar' yang kadangkala bersifat 'lebih ligat Johornya' daripada orang Johor sendiri sehingga memuakkan masyarakat tempatan. Walaupun pembunuhan karakter dilakukan, akhirnya ia berjaya diatasi oleh jentera BN kerana sokongan blogger dan media perdana serta alternatif dalam membuat pendedahan secara tersusun sehingga pembangkang bersifat defensif. Ia turut disokong oleh badan bukan kerajaan mesra BN yang memikul aspirasi mempromosi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pelan transformasi beliau yang bertunjangkan konsep 1Malaysia.

Isyarat pengundi adalah jelas iaitu menghormati dan mengiktiraf kemahuan, keperluan dan menyelami fikiran mereka. Walaupun PRK penuh dengan kaedah tersusun untuk menang persepsi pengundi melalui manipulasi, helah, pembohongan dan penipuan, namun pengundi mahu parti politik sedar dan menghormati mereka sebagai masyarakat setempat yang mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang layak untuk menang dan itu juga berlaku di Tenang kali ini.

Setiap pilihan raya memerlukan pemahaman demografi dan geografinya, termasuk DUN Merlimau. Kubu kuat BN, Merlimau akan menjadi taruhan barisan pembangkang untuk mengurangkan majoriti BN. Pada waktu yang sama, setiap PRK membolehkan pembangkang menyusup masuk menyampaikan fahaman politik sebagai persediaan PRU ke-13 agar dapat terus mempertahankan sekurang-kurangnya penyokong tegar mereka.

Dalam PRU 2004, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan menang dengan majoriti 5,087 undi selepas mendapat 6,332 undi berbanding dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jayathas Sirkunavelu yang mendapat 1,245 undi. Dengan kadar peratusan keluar mengundi hampir sama iaitu 76.18 peratus berbanding dengan 76.62 peratus pada 2004, Mohamad Hidhir mendapat 4,981 undi berbanding dengan calon Pas, Jasme Tompang yang meraih 2,827 undi pada Mac 2008. Majoriti menurun sebanyak 2,933 undi kepada 2,154 undi pada Mac 2008. Malahan, sokongan kepada Mohamad Hidhir menurun sebanyak 27 peratus berbanding dengan peningkatan undi kepada calon Pas sebanyak 127 peratus. Adakah ini kelompok atas pagar dan pengundi protes Mac 2008 yang perlu dikenal pasti di Merlimau oleh BN untuk memenangi PRK Merlimau dengan mengumpul majoriti seperti pada tahun 2004 iaitu lebih 5,000 undi atau sandaran majoriti BN kali ini adalah sekitar 3,400 hingga 3,900 undi jika mengambil perkiraan politik semasa pasca 2008.

Kemenangan BN bergantung kepada calon dan jentera pilihan raya. Sudah pasti sesuatu boleh dipelajari daripada kemenangan di Bagan Pinang, Galas dan Tenang. Pemimpin akar umbi harus diberikan penghormatan oleh kepimpinan atasan dengan penyokong serta pemimpin luar berpegang kepada prinsip 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak', barulah kemahuan dan keperluan serta pemikiran pengundi Merlimau boleh difahami dan diamati.

Pada waktu yang sama, BN perlu membolosi kawasan 'hitam' sebagai satu 'pasukan' mantap kerana sekali lagi, PRK ini akan diwarnai dengan manipulasi dan helah serta kelicikan berpolitik. Kukuhkan hubungan dengan blogger dan media perdana serta alternatif. Apa yang berlaku di belakang tabir penting untuk dijadikan kayu ukur kemenangan kerana yang tersurat adalah sejarah pencapaian BN tetapi yang tersirat adalah kesetiaan kepada parti sebagaimana yang diterjemah di Tenang. Kemenangan dapat dikekalkan jika ada perubahan dan penambahbaikan secara berterusan dari parti mengikut keperluan dan tuntutan landskap politik semasa.

Sekali lagi, Muhyiddin bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam akan mengemudi jentera PRK Merlimau dan sekali lagi tokoh-tokoh besar barisan pembangkang akan berkampung di Merlimau. Pemimpin perlu tahu bila untuk berkomunikasi dan berhati-hati sebelum menyebarkannya melalui media. Keazaman dan motivasi meminta pengundi keluar mengundi tanpa mengira keselesaan sebagaimana di Tenang dan mengambil iktibar perang psikologi di Manek Urai boleh membantu kemenangan calon di Merlimau.

Isu kebangsaan, negeri dan lokal perlu ditangani dengan berhemah terutama dalam kalangan pengundi atas pagar. Tidak ada isu lokal yang ketara kerana kebanyakannya sudah dibantu oleh prestasi Mohamad Hidhir. Namun, isu kebangsaan seperti kenaikan harga barang, kesamarataan, rasuah, jenayah, kes sodomi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kematian Teoh Beng Hock akan terus dijaja. Merlimau boleh digunakan untuk mencari faktor 'X' yang dapat mengembalikan sokongan menyeluruh kepada BN.

Lahirkan 'pasukan BN' daripada dilabel cuba mencari sokongan mengikut latar belakang etnik dengan menggunakan pengaruh parti komponen semata-mata. Jika strategi tersusun, lancar dan licin dengan berpusat kepada pelbagai jentera yang kos efektif, Merlimau boleh dipertahankan oleh BN dengan kemenangan penuh bergaya.

PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


UMNO Perak edar 1 juta CD pembohongan Nizar Lambai!

Posted: 08 Feb 2011 08:55 AM PST

Pergerakan Pemuda UMNO Perak akan mengedarkan satu juta cakera padat (CD) bagi menjelaskan pembohongan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai isu ancak.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Azwan Harun berkata, pengedaran CD dalam tempoh terdekat ini bagi membolehkan rakyat mengetahui gambar dan cerita sebenar isu ancak yang diputar belitkan oleh Nizar itu.

Beliau berkata, isu ancak yang dibangkitkan Pas Perak itu jelas merupakan satu fitnah dan pembohongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk mengelirukan rakyat.

"Kita mempunyai gambar yang menunjukkan majlis itu bukan ancak kerana ada kenduri kesyukuran oleh penduduk kampung apabila membina rumah baru.

"Nizar dan pembangkang turun ke kampung berceramah dan mengedar risalah berbaur fitnah ke atas Zambry walaupun majlis yang dihadiri Menteri Besar empat bulan lalu di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar bukannya ancak.

"Isu itu pernah dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang lalu dan telah dijawab oleh Zambry, tetapi Nizar masih tidak berpuas hati dengan masih menuduh Zambry dengan isu berkenaan," katanya pada sidang akhbar di bangunan UMNO Perak di sini hari ini.

Khairul Azwan berkata, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah menjelaskan tentang kehadiran Menteri Besar pada majlis itu tidak bertentangan dengan akidah.

Menurutnya, Nizar sengaja membangkitkan isu tersebut semata-mata bagi mengelak isu beliau yang pernah memegang lilin dalam satu upacara diketahui sedangkan perbuatannya itu dilarang di sisi agama.

Warna-warni politik
Torashah

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Benarkah perbelanjaan guaman ADUN Sri Muda guna duit rakyat ? - Syed Ali

Posted: 07 Feb 2011 07:43 PM PST

TAN Sri Khalid Ibrahim perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa kerajaan negeri Selangor menghulurkan bantuan guaman kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafei yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, Menteri Besar itu perlu memberi penjelasan secara telus mengenai dakwaan tersebut kerana ianya membabitkan wang rakyat.

"Ada maklumat mengatakan kerajaan negeri membiayai perbelanjaan guaman Suhaimi, jika benar, ia merupakan salah laku dan penyelewengan yang perlu diberikan perhatian serius," ujarnya.
Dalam hal ini katanya, Suruhanjaya pencegahan rasuah (SPRM) perklu meneliti dan menyiasat dakwaan tersebut kerana membabitkan kepentingan awam.
Implikasi tersebut juga jelas beliau, membuktikan kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) 'menentang' Sultan Selangor kerana turut membantu Suhaimi.


"Orang yang jelas menderhaka kepada Sultan masih dibantu, inilah sebenarnya perangai talam dua muka pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Suhaimi di hadapkan ke mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, di laman blog pada akhir tahun lalu.

Artikel yang bertajuk Pandangan Saya Berasakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com/.

Syed Ali kesal kerana wang rakyat telah digunakan untuk kepentingan ADUN berkenaan yang jelas menderhaka kepada perkenan Sultan Selangor berhubung perlantikan SUK.

"Jika benar dakwaan tersebut, nampaknya Khalid sanggup menghabiskan duit rakyat semata-mata untuk membantu Suhaimi melawan Sultan Selangor," tegasnya.
Sambil menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Syed Ali mendakwa kedua-dua mereka adalah pengkhianat kepada ketuanan Melayub dan institusi raja-raja Melayu.

Beliau mempersoalkan apakah kaedah yang sama boleh digunakan oleh UMNO dengan menggunakan duit kerajaan jika berdepan dengan saman oleh Anwar berhubung isu liwat beliau.

"Jawapannya tentulah pembangkang akan menyerang UMNO habis-habisan kononnya salahguna wang rakyat, tetapi dalam kes Suhaimi nampkanya mereka (pembangakang) yang menipu rakyat," tegasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali menyeru rakyat terutama di Selangor supaya menolak segala bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang sedang dilakukan oleh PR.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali mengecam tindakan Anwar yang dikatakan sedang berusaha menggerakan gelombang demontrasi anti kerajaan di negara ini.

"Ada berita mendakwa Anwar dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dikatakan berusaha untuk membangkitkan sentimen kemarahan rakyat terhadap kerajaan dengan mengambil contoh dalam beberapa kejadian di negara Timur Tengah dan Asia," ujarnya.
Katanya, gerakan ini perlu segera dipantau dan dibanteras kerana dikhuatiri boleh menimbulkan ketegangan dan merosakkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Justeru tegas beliau, perbicaraan kes liwat Anwar dengan Mohd. Saiful Bukhari perlu disegerakan bagi mengelak ia dipolitikkan oleh beliau untuk terus mengemis simpati kuasa asing.

"Anwar amat licik dan pakar dalam strategi putar alam dan akan melakukan apa sahaja untuk berkuasa terutama menjeleng Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," tambahnya.

Dalam hal ini, beliau mahu seluruh jentera perang saraf UMNO berperanan secara lebih pro-aktif bagi menyekat serangan provokasi dan dakyah yang sedang dimainkan oleh Anwar dan sekutunya dalam PR.

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG

WACANA PEMUDA UMNO DUN SUNGAI PINANG


Bukti BN lebih Prihatin

Posted: 08 Feb 2011 02:37 AM PST





hmhmh tragedi malang tidak berbau telah berlaku kepada penduduk Kg Sungai Pinang Klang... apa yang menyedihkan lagi ialah kawasan DUN SUNGAI PINANG ini adalah di Bawah Speaker "SEL KUCING" atau dalam bahasa cinanya SEL CAT.

Namun tanggungjawab yang sepatutnya dipikul Oleh Negeri Kebajikan Tidak Diambil Peduli.. malah Datuk Song Kee Chai , Ketua MCA Bahagian Kapar. telah mengambil inisiatif untuk menempatkan sebahagian daripada penduduk yang terlibat di Hotel Histana. Ingat DATUK SONG KEE CHAI DARI PARTI MCA YANG MERUPAKAN DARI PARTI KERAJAAN PUSAT YANG SENTIASA BERSAMA RAKYAT SAMA ADA SENANG ATAU SUSAH ... IAITU BARISAN NASIONAL.

DIMANA JKKK DIMANA PAS, DAP DAN KEADILAN yang senantiasa berslogan PAKATAN RAKYAT.. ..

Dahlah DI JOHOR rakyat johor terkontang kanting menghadapi bencana alam selepas PAS kalah disana.... namun selepas dihentam hebat oleh Blogger Bebas.. yang hanya berpihak kepada kebenaran.. Baru lah terkontang kanting Cikgu KFC nak memberikan bantuan ....

Pengikut