Khamis, 17 Mac 2011

Razlan's

Razlan's


Nasib keluarga Maulana dibela

Posted: 17 Mar 2011 02:51 AM PDT



Mohd. Razlan Mohamad Rafii (kanan) berbual dengan Maulana Mulok dan isterinya, Noraini Mohamed di kediaman daif keluarga itu yang bakal dirobohkan di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

BAGI Maulana Mulok, yang merupakan insan kurang upaya (OKU), hidup di negeri orang tidak semudah yang disangkakan.

Kedatangannya dari Keningau, Sabah ke ibu negara tidak menjanjikan kesenangan seperti diimpikan. Dia seterus berkahwin dengan Noraini Mohamed dan dikurniakan enam orang anak berusia antara satu hingga 12 tahun.

Kerana kedaifan dan Maulana sendiri kini tidak mempunyai sebarang pekerjaan, mereka sekeluarga hidup merempat di bilik sewaan di sebuah rumah setinggan di Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama.

Lebih malang lagi rumah tersebut akan dirobohkan oleh syarikat pemaju yang mana Maulana dan keluarga bakal merempat.

Berdasarkan aduan orang ramai yang simpati dengan nasib keluarga itu, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seputeh, telah bertindak membantu mereka.

"Keluarga ini mempunyai enam orang anak dan suami merupakan seorang OKU di Perumahan Hock Ann yang mana perumahan ini akan dirobohkan.

"Kerana bimbang kes keluarga yang menginap di bawah jambatan yang pernah kami bantu sebelum ini berulang, maka kami bertindak segera membantu mereka dapatkan rumah," kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Mohamad Rafii.

Kini mereka telah berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dua orang anak Maulana bersekolah di Seri Setia, Jalan Klang Lama. Sementara seorang lagi anaknya yang berumur lapan tahun tidak bersekolah kerana tidak memiliki sijil lahir.

Empat orang anaknya tidak memiliki sijil lahir kerana Maulana sendiri tidak mempunyai kad pengenalan kerana mempunyai masalah dengan Jabatan Pendaftaran di Sabah. Tetapi dia memiliki sijil lahir.

"Alhamdulillah, kami telah menyelesaikan masalah perumahan keluarga ini. Mereka telah dipindahkan ke Perumahan PPR.

"Ingatan kami kepada mereka yang mahu berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja agar memikirkan kembali niat dan hasrat itu.

"Bukan senang untuk kita mencari rezeki di bandar besar sekiranya tidak mempunyai keluarga yang membantu.

"Untuk memulakan kehidupan di Bandar, minimum RM3,000 diperlukan, ini adalah untuk membayar deposit sewa rumah, bil api dan bil air.

"Saya percaya, ini merupakan jumlah wang yang banyak bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap," kata Mohd. Razlan.


Utusan Malaysia - Mega Muka 9

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KISAH BENAR : BANTUAN PERSEKUTUAN KEPADA NEGERI PEMBANGKANG.

Posted: 16 Mar 2011 07:04 PM PDT

Kickdafella
"Apakah sekatan pemberian dan bantuan persekutuan yang didakwa berlaku itu benar-benar berlaku? Bilakah ia berlaku? Adakah sewaktu Anwar Bin Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia?"
Apabila blog ini menyiarkan cabaran dari Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Datuk Ahmad Bin Maslan terhadap negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, ramai pengkritik Kerajaan berpendapat bahawa ianya satu kenyataan bodoh dan menjijikkan datang dari seorang Timbalan Menteri.
Apa yang Ahmad bin Maslan cadangkan ialah supaya Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memperuntukan sendiri subsidi bagi menurunkan harga barang di negeri mereka jika mereka merasakan Barisan Nasional bertindak zalim kerana membenarkan harga Barang Naik.

Ramai juga berpendapat bahawa ianya adalah sesuatu yang melanggar semangat persekutuan dan menuntut supaya Kerajaan Persekutuan memulangkan balik cukai-cukai pendapatan, korporat dan cukai jalan dan sebagainya kepada Negeri-Negeri Pakatan Rakyat bagi mereka melaksanakannya.
Sebenar-benarnya, sebahagian daripada cukai-cukai yang dikutip itu telah dipulangkan kepada setiap negeri dan adalah dianggarkan pada 2011 Negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor menerima hampir RM10 billion dana pembangunan daripada yang di peruntukan kepada Kementerian dan Agensi Kerajaan Pusat. Iaitu menyamai jumlah dana pembangunan yang diterima oleh negeri-negeri lain di Semenanjung yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional.
Ini tidak termasuk jenis-jenis pemberian lain yang dibuat terus oleh Perbendaharaan Malaysia kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan agensi-agensi di bawahnya.
Sebagai contoh terdapat 9 pemberian dan bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan PAS Kelantan seperti yang termaktub dibawah peruntukan perbendaharaan.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kerajaan PAS Kedah pula menerima tambahan masing-masing RM26 juta dan RM10 ribu berdasarkan perjanjian melalui Akta Wilayah Persekutuan dan Perjanjian Penyerahan Pulau Pinang 1896 oleh  Negeri Kedah. Semua itu masing diteruskan.
Bahkan Exco Kewangan dan Pembangunan Ekonomi Kerajaan PAS Kelantan sendiri, YB Husam Musa pernah berjanji sewaktu kempen Pilihanraya Umum ke 12 bahawa Kerajaan PAS Kelantan akan menurunkan harga gas memasak dengan cara negeri mengeluarkan subsidi. Janji ini disaksikan oleh para wartawan di dalam dan luar negara yang membuat liputan sidang media harian itu.
Jika Exco Kewangan Kerajaan PAS Kelantan boleh berjanji mengapa Ahmad Maslan tidak boleh membuat saranan yang sama?
Semalam saya menceritakan bagaimana Menteri Besar Kelantan, Musyidul Am PAS adalah penipu bila mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyekat pemberian dan bantuan kewangan kepada Negeri Kelantan. Hari ini saya akan kemukakan sebahagian bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Nik Aziz sedar bahawa selama ini dia telah menipu.
Rujuk Jadual 4.9 di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang memetik sumber dari Penyata Kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Lihat bilangan 4 yang punca hasilnya ialah PEMBERIAN MENGIKUT RAMAI PENDUDUK. Itu adalah hasil pemberian Kerajaan Persekutuan yang turut dipanggil sebagai Capitation Grant.

Rujuk Jadual 4.10 di dalam Laporan Ketua Audit Negara yang memetik sumber dari Penyata Kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Lihat bilangan 1 butiran hasil yang tercatat PEMBERIAN KURANGAN. Pemberian Kekurangan Akaun Mengurus (Defisit) adalah satu bentuk geran bertujuan untuk membantu negeri yang mengalami kekurangan wang di dalam akaun mengurus bagi satu-satu tahun. Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Kelantan telah menerima RM81.30 juta daripada Majlis Kewangan Negara yang sudah tentu dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri yang di doa supaya perutnya pecah oleh Nik Aziz.


YB. Senator Dato' Awang Adek, Orang Kuat Kelantan Dalam Kementerian Kewangan
Di dalam Bajet Penyayang Negeri Kelantan bagi tahun 2011, Perolehan Negeri hanyalah RM410.89 juta sedangkan Perbelanjaan Mengurus ialah RM464.13 juta. Ini bermakna ianya mencatat defisit atau kekurangan berjumlah RM53.2 juta.
Dari mana Kerajaan Negeri Kelantan akan mencari sejumlah RM53 juta itu kalau tidak dengan menuntut dari Majlis Kewangan Negara?
Rujuk Jadual 4.10 di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang memetik sumber dari Penyata Kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Lihat bilangan 3 di bawah butiran Hasil bernama PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL. Ini adalah lagi satu bentuk sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu berdasarkan pertambahan hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan. Adakah pertambahan Hasil Persekutuan yang dipungut di Negeri Kelantan untuk melayakkan ia menerima bantuan ini atau ianya adalah kerana pertambahan Hasil Persekutuan  di Negeri Melaka?

Anggaran Hasil Tahun 2011 bagi Negeri Kelantan telah disebut sebanyak RM410.89 juta. Apa yang belum disebut, daripada jumlah itu hanya RM86.64 juta adalah hasil cukai. Manakala sejumlah RM217.49 juta adalah hasil bukan cukai. Dua sumber utama hasil bukan cukai Negeri Kelantan ialah hasil pembalakan / industri perkayuan dan satu lagi ialah hasil yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan diantaranya ialah Capitation Grant.
Hasil terakhir bagi Negeri Kelantan ialah terimaan bukan hasil yang berjumlah RM106.76 juta. Terimaan bukan hasil ini antaranya mengandungi pelbagai wang pemberian dan bantuan yang diterima dari Kerajaan Persekutuan.
Rujuk Jadual 4.8 carta Kutipan Hasil Sebenar Bagi Tahun 2005 Hingga 2009 di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang memetik sumber Penyata Kewangan Kerajaan PAS Kelantan. Lihatlah sumber-sumber hasil dan terimaan bukan hasil negeri yang di tadbir oleh Parti PAS. Bukankah jelas penipuan oleh Nik Aziz?

Bagi mengelak beberapa putar alam termasuk Nik Aziz sendiri untuk mendakwa bahawa yang mereka maksudkan sebagai menyekat bantuan pusat ke Kelantan ialah di zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, saya sertakan di sini cebisan-cebisan daripada Laporan Ketua Audit Negara 2002  yang berhubung kait dengan pemberian dan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan PAS Kelantan. Suka diingatkan, di dalam tempoh bermula 1998, Tun Dr. Mahathir Mohamed adalah juga Menteri Kewangan Malaysia.




Apakah sekatan pemberian dan bantuan persekutuan yang didakwa berlaku itu benar-benar berlaku? Bilakah ia berlaku? Adakah sewaktu Anwar Bin Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia?
Boleh jadi dulu Nik Aziz bukan penipu tetapi sejak Anwar Bin Ibrahim bukan Menteri Kewangan Malaysia, Nik Aziz sudah menjadi penipu.

SUKA SAMA SUKA, TAK SALAH.....

Posted: 16 Mar 2011 06:47 PM PDT

Anda boleh teka tak kenapa Anwar Ibrahim tak mahu serah DNAnya secara sukarela kepada mahkamah? Ini bukan cerita pasal air mani dan DNA LELAKI Y dalam rektum Saiful Bukhari Azlan sebab juak-juaknya dah beberapa kali terlepas cakap, apa yang dilakukan adalah 'suka sama suka'. Dalam hidup Anwar Ibrahim dan juak-juaknya, bila dah 'suka sama suka', tak adalah kesalahan. Bahkan kalaupun si peliwat meliwat jubur seekor lembu pun, dengan alasan lembu dan si peliwat tersebut suka sama suka, maka gugurlah takrif jenayah atas perbuatan tersebut.

Ada kawan-kawan yang bermulut jahat berkata, Anwar takut serah DNAnya sebab tak mahu dibandingkan dengan DNA salah seorang anak orang kanan yang juga menjadi orang kesayangannya.

Tidak lama dahulu, berlaku desakan daripada pelbagai pihak agar orang kanan kesayangannya itu menyerahkan DNA salah seorang anak perempuannya untuk dibandingkan dengan DNA adik beradik serta ibu bapanya. Malah ada juga yang bermulut jahat menyuruh pula membandingkan dengan DNA LELAKI Y.

Budak itu sekarang ini dilaporkan telah dihantar oleh ibu bapanya untuk 'melanjutkan pelajaran' di luar negara...

Entahlah... mungkin ada benarnya dan mungkin juga ia sekadar satu lawak jenaka yang mengisi kekosongan masa sepanjang menunggu kerelaan Anwar Ibrahim menyerahkan DNAnya kepada mahkamah....

NCR Land Development Must Not Be Overshadowed By Controversies - Taib

Posted: 16 Mar 2011 06:37 PM PDT

NCR Land Development Must Not Be Overshadowed By Controversies - Taib


KUCHING, March 14 (Bernama) -- The Sarawak Government would disallow economic benefits brought by development of native customary rights (NCR) land to be overshadowed by controversies, Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said Monday.

Taib, who is also state planning and resource management minister, said such controversies could only be settled by knowing the law, particularly documents or books that had relevance to NCR, to enable natives to convert their lands into modern economic entities.


"The job of the law is to make certain some vague notions from within our own society that deprived the people's rights, are being translated into business and economic benefits," he said.

Taib said this when launching a book, 'The Law On Native Customary Land in Sarawak', authored by former state attorney-general Datuk J. C. Fong here.

Priced at RM350 per hardcover copy, the book traces the development of the law on native customary tenure to land from 1841 when Rajah Sir James Brooke exercised sovereignty of what effectively is now the Kuching and Samarahan divisions.

Taib said the state government should shy away from the difficult situation of implementing a good systematic way of commercially utilising the NCR land, with about one million hectares waiting to be developed, despite being shrouded in controversies.

While the government recognised the desire to preserve the land as native customary rights, he said, it also recognised that the natives needed to have the power to raise capital to convert the NCR land into modern estates that employed good agriculutral practices with good road access and good commodity prices.

He was confident the state's rural landscape would change for the better, given that such development comprised nearly one million hectares of oil palm plantations, with a current production of two million tonnes.

Earlier, Fong said the book was aimed at accurately setting out the law and customs relating to the creation of native rights and acquisition of native titles to land in Sarawak.

Regarded as invaluable to lawyers and judges handling cases involving customary rights to land, the book also deals with the common law, influence of international customary law and on native rights to land in Malaysia.

SLOGAN BARU PRN SARAWAK“

Posted: 16 Mar 2011 06:33 PM PDT

"Iboh ja percaya ngan bulak sidak ya  
pembangkang, kelak dijualnya kita semua..!!!"

Kamu jangan buat pasal Sam Kemetot.

Posted: 16 Mar 2011 06:27 PM PDT

PRU Sarawak: Jangan kasi Sam Kemetot masuk Sarawak

Kamu jangan buat pasal Sam Kemetot.


Datang Sarawak jangan nak buat celaka. Nanti imigresyen suruh kau ketot ketampi dan hantar kau balik ke Jasin macam Sivarasa tak boleh masuk.

Kuasa imigresen adalah otonomi kerajaan negeri sebagai sebahagian dari 20-point agreement yang mana PKR kononnya perjuangkan. Kalau kau melalak, kami spin kau tak faham 20 point agreement.

Sam Kemetot ini sudah merancang nak buat demo semasa ketibaab YAB Dato Seri Najib di Lapangan Antarabangsa Kuching pada Mac 19 bersempena lawatan Perdana Menteri ke Kuching dan Serian.

Ini yang Sam Kemetot sudah rancang dalam satu mesyuarat biro politik AMK di Ibu Pejabat PKR pada minggu lepas.

AMK akan mengadakan satu program 'Himpunan jatuhkan Taib Mahmud' pada April 3hb. Bingai punya ketot.

Kalau nak jatuhkan Taib Mahmud, letaklah Baru Bian lawan Pehin Seri di Mukah dan pastikan kalah. PKR pun letaklah banyak-banyak calun ... barulah jatuhkan Taib Mahmud.

Nampaknya AMK akan mengadakan satu kursus penerangan kepada semua Ketua Penerangan Negeri dan Cabang.

Satu lagi angan-angan besar Sam adalah nak anjurkan satu himpunan anak muda pada April 14 di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Himpunan untuk apa ni? Tuntut Anwar serahkan DNA ke, Sam? SUMBER : UNSPINNER.

PKR RAMPAS SARAWAK?

Posted: 16 Mar 2011 06:14 PM PDT

SNAP kecewa sandiwara PKR rampas Sarawak
Oleh Misiah Taib
bhnews@bharian.com.my
2011/03/17
"Iboh ja percaya ngan bulak sidak ya pembangkang, kelak dijualnya kita semua..!!!

"Parti wakili kaum Dayak buktikan miliki calon berkelayakan tanding 40 kerusi

BELUM pun turun ke gelanggang pertarungan, pembangkang sudah menonjolkan kerapuhan impian kerjasama yang ingin dibina. Ini dijangka berlaku apabila parti pembangkang di Bumi Kenyalang, yang konon bersatu di bawah satu pakatan, kemungkinan besar bertembung sesama sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang mungkin diadakan pertengahan bulan depan.
Ia dikatakan berpunca sikap tamak dan angkuh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu bertanding 73 peratus atau 52 daripada 71 kerusi DUN Sarawak, sekali gus menyebabkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), bingkas membantah.
SNAP pastinya paling terkesan dan berasa terhina. Ia parti asal Sarawak paling lama dalam pakatan itu dengan usia menjangkau 50 tahun dengan majoriti ahlinya kaum Dayak. Sebaliknya, PKR cuma bersedia memberikan tiga kerusi kepada parti itu, yang disifatkan penghinaan oleh penyokong SNAP.

Malah, PKR tidak menghormati langsung keputusan mesyuarat khas empat parti pembangkang itu di Kuching 6 Mac lalu yang menetapkan 20 Mac sebagai tarikh memutuskan soal pengagihan kerusi, sebaliknya membuat pengumuman di Konvensyen PKR Sarawak pada 12 Mac lalu, bahawa PKR tetap akan bertanding 52 kerusi.

Ini mencetuskan rasa tidak puas hati SNAP, sehingga Presidennya, Edwin Dundang, mengadakan sidang media di ibu pejabat parti di Kuching Selasa lalu, bagi mengumumkan partinya akan bertanding lebih 40 kerusi DUN.

Jumlah kerusi yang diumumkan SNAP ini juga melebihi sasaran awal dalam perundingan dengan parti pembangkang lain apabila ia hanya menuntut 28 kerusi, namun sikap tamak PKR menyebabkan SNAP memutuskan untuk meletakkan lebih ramai calon.
Pada pertemuan awal SNAP, PKR, DAP dan PAS pada 6 Mac lalu; PKR menuntut 52 kerusi, SNAP 28 kerusi, DAP 20 kerusi dan PAS pula mahu enam kerusi. Ini menjadikan jumlah kerusi dituntut empat parti berkenaan ketika itu kepada 106 kerusi, sedangkan jumlah sebenar kerusi DUN Sarawak yang dipertandingkan hanya 71.

Justeru, tempoh dua minggu sehingga 20 Mac diputuskan Pengerusi DAP, Wong Ho Leng, ketika itu untuk menyelesaikan masalah pertindihan tuntutan kerusi oleh empat parti berkenaan. Namun PKR menjadi parti pertama yang tidak menghormatinya.

Bagi Edwin, tindakan SNAP membuat pengumuman awal bagi 16 calonnya itu bertujuan membuktikan kepada PKR bahawa parti itu mempunyai ramai calon lebih berkelayakan berbanding PKR dan bukan ketandusan calon sekali gus mengeluarkan nada yang yang mencabar PKR mengumumkan senarai calonnya pula.

Perkembangan terkini itu mungkin menjejaskan hubungan SNAP-PKR sekali gus memaksa pembangkang melupakan projek 'satu lawan satu' dengan calon Barisan Nasional (BN) dalam misi menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya negeri kali ini.

Malah, Edwin tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan pembangkang di Sarawak kerana tidak berpuas hati tindakan PKR yang hanya bersedia memberi tiga kerusi kepada SNAP, sedang ia dikatakan mempunyai peluang lebih baik berbanding PKR terutama di luar bandar.

Menurut Edwin, parti itu tidak mempunyai masalah dengan DAP atau PAS, tetapi PKR menuntut terlalu banyak kerusi dan tidak langsung mahu berbincang dengan parti lain mengenai calon mereka.

Baginya, isu pertembungan tiga atau empat penjuru ketika pilihan raya tidak timbul kerana jika SNAP tidak meletakkan calon pun, sudah ada pihak tertentu seperti calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERS) atau bebas akan berbuat demikian.

"SNAP umumkan calon kerana mahu PKR tahu kita sudah mempunyai individu yang berkelayakan untuk bertanding untuk 16 DUN dan sedia bertanding lebih 40 kerusi selepas diminta penyokong parti.

"PKR setakat ini hanya memaklumkan mahu bertanding 52 kerusi tetapi belum memberitahu siapa calon mereka. SNAP cuma berharap parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di kerusi yang akan kita tandingi," kata Edwin pada sidang media yang turut dihadiri Penasihat parti itu yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Daniel Tajem.

SNAP mengakui amat kecewa dengan sikap PKR yang mahu membolot majoriti kerusi DUN apabila turut mahu bertanding di kawasan yang diketahui mereka tidak mempunyai sokongan kuat.

"PKR menjadi terlalu bongkak tetapi SNAP tidak bersedia untuk bertolak ansur. SNAP masih belum memutuskan kedudukan dalam pembangkang tetapi tetap bersedia menghadapi PKR jika mereka mahu meneruskan hasrat meletakkan calon di kawasan yang ditandingi SNAP," katanya.

Menariknya, apa pula alasan bakal diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai perkembangan terkini dan tindakan SNAP ini? Jika pada 12 Mac lalu, Anwar menganggap ketidakhadiran wakil SNAP pada Konvensyen PKR Sarawak yang dirasmikannya sebagai mungkin disebabkan kesibukan pemimpinnya, apa pula helah Anwar selepas ini? Apatah lagi selepas Presiden SNAP sendiri lantang bersuara.

Rakyat Sarawak pasti akan menilai sandiwara pembangkang terutama Anwar. Mentaliti pembangkang jelas bercelaru. Persoalannya, sanggupkah rakyat Sarawak melepaskan Bumi Kenyalang ke tangan pembangkang yang bukan saja belum nampak wibawa untuk memimpin, malah perjuangan mereka kini ibarat 'tidur sebantal tapi mimpi lain-lain'

INFO PRU 13

Posted: 16 Mar 2011 05:47 PM PDT



PARLIMEN
Penjawat awam, pelajar di luar negara berhak sebagai pengundi tidak hadir

KUALA LUMPUR 16 Mac - Hanya warganegara Malaysia yang menjadi anggota Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dan pelajar yang menuntut sepenuh masa di luar negara serta pasangan masing-masing berhak mengundi pada pilihan raya sebagai pengundi tidak hadir, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, perkara itu termaktub dalam Perkara 119(1)(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan, Peraturan 20, (d) dan (e) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan 3(1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bahawa jika sudah mendaftar sebagai pemilih, mereka berhak mengundi mengikut kaedah pengundian sedia ada dan dibuat mengikut undang-undang yang ditetapkan.

"Kita beri hak kepada setiap warganegara dengan syarat berumur 21 tahun ke atas dan penduduk di kawasan pengundian, maknanya keperluan semangat dalam Perlembagaan memerlukan mereka menggunakan hak ini dalam negara untuk mengundi secara fizikal (hadir).

"Cuma kita beri pengecualian kepada pengundi tidak hadir yang ditafsir Perlembagaan iaitu mereka yang berada di luar negara bukan kerana atas kerelaan, sebaliknya terpaksa bekerja dan hanya berada di sana sementara waktu," katanya ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengenai hak mengundi warga Malaysia di luar negara.

Menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), Mohamed Nazri berkata, sekiranya hak mengundi diberikan kepada mereka yang sedang bercuti semasa hari mengundi, ia akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk masalah logistik.

"Kalau rakyat Malaysia yang duduk di luar negara itu sayangkan Malaysia... baliklah. Mereka duduk di sana atas kerelaan hati, bukan kerana pekerjaan atau terpaksa belajar," kata Mohamed Nazri. - BERNAMA

bung mokhtar kata tony pua ejen singapura ?

Posted: 16 Mar 2011 05:33 PM PDT


Tony Pua berang dilabel ejen Singapura

KUALA LUMPUR 16 Mac – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang selama ini sering mempertikai langkah kerajaan mengukuhkan pertahanan negara, berang apabila dilabelkan sebagai ejen Singapura.

Menurut Tony, label yang dilemparkan oleh Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah pada perbahasan di Dewan Rakyat semalam, telah mencemar integritinya.

"Ini serangan peribadi YB Kinabatangan (Bung Moktar) terhadap integriti dan kesetiaan saya kepada negara iaitu dengan menuduh saya sebagai ejen kepada Singapura.

"Ia mencemar nama baik saya kerana isu ini dilaporkan oleh media dan ia seolah-olah menggambarkan kepada rakyat saya ejen Singapura," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan spontan Bung Moktar ketika mencelah semasa Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) berbahas mengenai pembabitan Singapura dalam beberapa isu di Malaysia.

Bung Moktar dilaporkan sebagai berkata: "Tanya Tony Pua, dia ejen Singapura."

Terdahulu, Tony memohon Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Bung Moktar memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dilemparkan itu.

Namun pada masa sama, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu memberitahu, beliau tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan mahu ia ditamatkan dengan segera.

Malah, apabila diminta oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat supaya dikemukakan usul mengikut Peraturan Mesyuarat bagi menuntut Bung Moktar meminta maaf, wakil rakyat pembangkang itu tidak berbuat demikian.

Sebelum ini, Tony beberapa kali cuba menjadi 'hero' dengan menggunakan isu rasuah sebagai modal untuk memaksa Kementerian Pertahanan menjelaskan secara terperinci setiap pembelian aset pertahanan terbaru.

ZAID BELASAH ANWAR !

Posted: 16 Mar 2011 05:25 PM PDT


Jangan terdesak kaitkan orang lain

KUALA LUMPUR 16 Mac – Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan individu lain dalam usaha 'menyelamatkan' diri daripada menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah disifatkan sebagai langkah terdesak dan kebudak-budakan.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, Anwar tidak sepatutnya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana kedua-dua mereka tidak pernah dituduh di mahkamah.

Sehubungan itu, kata Zaid, Anwar sepatutnya menyerahkan sampel DNA beliau bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dan tidak mengaitkan orang lain ketika diminta oleh pelbagai pihak untuk berbuat demikian.

"Tindakan (mengaitkan orang lain) itu satu perbuatan desperate dan kebudak-budakan. Malah Perdana Menteri mahupun Rais tidak pernah dituduh berhubung apa-apa kesalahan di mahkamah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zaid mengulas tindakan Anwar yang mengaitkan Perdana Menteri dan Rais ketika cuba mengelak cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyerahkan DNA secara sukarela kepada mahkamah bagi membuktikan siapakah lelaki 'Y' seperti yang disebut dalam kes liwat yang sedang dihadapinya kini.

Kelmarin, Ketua Pembangkang itu ketika diasak oleh wartawan berhubung gesaan tersebut cuba mengaitkan isu DNA dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu serta dakwaan tidak berasas berhubung tuduhan rogol membabitkan pembantu rumah Rais.

Dalam pada itu, Zaid memberitahu, beliau hairan dengan keengganan Anwar untuk menyerahkan sampel DNA itu sedangkan ia penting dalam menyelesaikan kes perbicaraan membabitkan dirinya.

Ujar beliau, alasan Anwar bahawa kerajaan akan menyalahgunakan spesimen DNAnya itu langsung tidak masuk akal.

"Mungkin beliau takut akan kebenaran kerana bagi bagi saya kalau sesuatu bukti itu boleh menolong membebaskan seseorang yang dituduh, maka bukti itu wajar diberikan.

Wan Azizah tahu ?

Posted: 16 Mar 2011 05:22 PM PDT


Saya yakin Saya yakin Wan Azizah tahu – Aminah

KUALA LUMPUR 16 Mac – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu menjelaskan kepada rakyat alasan suaminya enggan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau yakin Wan Azizah tahu sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berbuat demikian.

"Di mana letaknya maruah beliau yang setia menemani Anwar ke mahkamah kerana saya yakin beliau mengetahui kegiatan suaminya sebagaimana yang turut diketahui Karpal Singh.

"Adakah semua tindakan Wan Azizah disebabkan beliau masih lagi mempunyai impian untuk menjadi 'wanita pertama' walaupun ternyata lakonan dan nafsu politiknya dipandang jijik oleh semua lapisan masyarakat. Kami mohon Wan Azizah segera bertaubat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan Anwar menyerahkan DNA bagi melicinkan proses perbicaraan kes liwat beliau di mahkamah.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh pula berpendapat, keengganan Anwar menyerahkan DNA membuktikan konsep memperjuangkan keadilan untuk rakyat yang dibawa PKR selama ini hanyalah retorik.

Katanya, perjuangan PKR harus diperbetulkan kerana apa yang dilakukan Anwar ketika ini jelas menunjukkan keadilan yang diperjuangkan hanya untuk kepentingan sendiri.

"Mengapa perlu dipanjangkan lagi perkara ini. Sekiranya benar beliau tidak bersalah buktikan, bukannya memberi pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

"Beliau harus sedar bahawa keadilan tidak seharusnya diperjuangkan untuk dirinya sahaja. Bagaimana pula dengan keadilan untuk Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang turut menerima tempias daripada perbicaraan yang sengaja dilewat-lewatkan," katanya.– Aminah

KUALA LUMPUR 16 Mac – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu menjelaskan kepada rakyat alasan suaminya enggan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau yakin Wan Azizah tahu sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berbuat demikian.

"Di mana letaknya maruah beliau yang setia menemani Anwar ke mahkamah kerana saya yakin beliau mengetahui kegiatan suaminya sebagaimana yang turut diketahui Karpal Singh.

"Adakah semua tindakan Wan Azizah disebabkan beliau masih lagi mempunyai impian untuk menjadi 'wanita pertama' walaupun ternyata lakonan dan nafsu politiknya dipandang jijik oleh semua lapisan masyarakat. Kami mohon Wan Azizah segera bertaubat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan Anwar menyerahkan DNA bagi melicinkan proses perbicaraan kes liwat beliau di mahkamah.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh pula berpendapat, keengganan Anwar menyerahkan DNA membuktikan konsep memperjuangkan keadilan untuk rakyat yang dibawa PKR selama ini hanyalah retorik.

Katanya, perjuangan PKR harus diperbetulkan kerana apa yang dilakukan Anwar ketika ini jelas menunjukkan keadilan yang diperjuangkan hanya untuk kepentingan sendiri.

"Mengapa perlu dipanjangkan lagi perkara ini. Sekiranya benar beliau tidak bersalah buktikan, bukannya memberi pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

"Beliau harus sedar bahawa keadilan tidak seharusnya diperjuangkan untuk dirinya sahaja. Bagaimana pula dengan keadilan untuk Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang turut menerima tempias daripada perbicaraan yang sengaja dilewat-lewatkan," katanya.

PKR MENDOMINASI KERUSI DUN SARAWAK

Posted: 16 Mar 2011 05:01 PM PDT



Snap patut keluar pembangkang

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Mac - Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) sepatutnya keluar daripada gabungan pembangkang di Sarawak setelah mereka hanya diberikan tiga kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof berkata, ia berikutan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan 52 calon mereka tanpa melakukan rundingan dan mendapat persetujuan dari parti pembangkang lain termasuk Snap.

Menurutnya, ia jelas menunjukkan Snap sebagai sebuah parti tempatan di Sarawak tidak diterima oleh PKR yang hanya menegakkan dasar perjuangan mereka semata-mata.

"Justeru, rakyat Sarawak perlu sedar dan menolak pembangkang di negeri itu kerana mereka sebenarnya tidak boleh memimpin setelah tidak boleh bersetuju walaupun pada soal pokok dan mempunyai dasar perjuangan yang berbeza," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Snap, Edwin Dundang semalam bahawa parti berkenaan tidak menolak kemungkinan untuk meninggalkan pembangkang di Sarawak.

Snap bakal bertanding secara sendirian dan berkemungkinan meletakkan sehingga 40 calon pada pilihan raya itu nanti.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberitahu, beliau yakin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Petra Jaya akan mengekalkan kerusi itu untuk BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, ini kerana wakil rakyat sedia ada di kawasan itu telah bekerja keras untuk rakyat sepanjang waktu dan tidak hanya menunggu sementara pilihan raya negeri diadakan.

"Hanya BN sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan sebagai dasar perjuangan PBB dari dahulu lagi, kita akan terus bekerja keras demi kepentingan dan kebajikan rakyat di Sarawak," katanya.

KATA NAK JADI PM ! KENALAH HORMATI UNDANG-UNDANG.

Posted: 16 Mar 2011 04:55 PM PDT



Anwar perlu beri DNA jika mahu jadi PM – Zulkifli

KUALA LUMPUR 16 Mac – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada kedudukan terbaik dan jalan singkat yang sebenarnya dalam merealisasikan 'hajat' beliau menjadi Perdana Menteri dan menawan Putrajaya.

Menurut beliau, jalan berkenaan adalah dengan memberikan DNAnya berhubung kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu bagi mencari kebenaran dan keadilan untuk kedua-dua pihak.

"Anwar menyatakan perkara itu dirancang, tetapi oleh siapa kita pun tidak tahu. Keduanya, kalau Anwar dakwa yang DNA 'lelaki Y' bukan dia, senang sahaja jawapannya... berilah.

"Sebenarnya, ini peluang terbaik Anwar membuktikan kesuciannya, jadi beri sahaja DNA, apa yang masalah besar sangat. Ini soal mahu menentukan bersalah atau tidak," katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Zulkifli seterusnya berpendapat, kalau terbukti yang DNA Anwar tidak sama dengan DNA lelaki Y, ia boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN).

"Itu terjadi kerana orang akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Lagipun bukankah Anwar bercita-cita besar untuk jadi Perdana Menteri. Ini peluang terbaik beliau, kalau beliau betul, persoalannya, kenapa tidak berani.

"Sikap Anwar ini menimbulkan satu persepsi yang tidak baik menyebabkan rakyat memandang negatif terhadap beliau," katanya.

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


‘ Sampel DNA akan jawab tuduhan konspirasi jatuhkan Anwar – Syed Ali

Posted: 16 Mar 2011 09:28 PM PDT



DESAKAN pelbagai pihak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksribonukleik (DNA) bukan bermotif politik sebaliknya bagi membuktikan dakwaan beliau tidak terbabit dalam kes liwat adalah benar, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, selama ini Ketua Umum PKR itu menuduh kes liwatnya adalah sebahagian daripada konspirasi UMNO untuk membunuh kerjaya politknya.

"Jika beliau bebas membuat tuduhan bahawa kes liwatnya bermotifkan politik, serahkanlah sampel DNA bagi membuktikan kebenarannya," tegas beliau.

Menurutnya, kebenaran hanya akan terjawab apabila sampel DNA diserahkan kepada pihak pendakwa dan Anwar tidak perlu terlalu takut jika yakin dirinya tidak pernah terbabit dalam aktiviti moral yang menjijikkan.

"Bagaimana beliau ingin menjadi seorang Perdana Menteri jika dalam isu ini pun masih berdolak-dalik, berbohong dan cuba menyembunyikan diri daripada kebenaran," ujarnya.

Nik Aziz sepatutnya nasihatkan Anwar

Oleh sebab itu katanya, dakwaan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin bahawa desakan pelbagai pihak supaya Anwar menyerahkan sampel DNA bermotif politik, hanya bertujuan untuk menutup rasa malu Anwar.

"Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, apakah Anwar dan Shamsul tidak ada sedikit pun perasaan malu kerana terpaksa berhempas pulas untuk menutup kebenaran disebalik sampel DNA tersebut," soal beliau.

Katanya, sudah menjadi 'tugas' Shamsul untuk mengaitkan UMNO terhadap apa jua isu yang menyentuh kepentingan politik Anwar.

Sepatutnya kata Syed Ali, Shamsul menasihati Anwar supaya menyerahkan sampel DNA itu bagi membuktikan dirinya bersih, telus dan bertanggungfjawab.

"Persepsi orang ramai adalah kenapa Anwar takut sangat untuk serahkan sampel DNA, biasanya seseorang itu takut kerana bersalah," tambahnya.

Dalam hubungan ini, beliau mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati Anwar supaya memenuhi desakan orang ramai bagi menamatkan isu DNA tersebut.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang kononnya dianggap sebagai 'tok guru', Nik Aziz harus membuat teguran manakala Anwar pula perlu mematuhinya.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, jika Anwar sekadar menyifatkan Nik Aziz sebagai 'tok guru murahan' sudah tentu beliau tidak akan mendengar sebarang nasihat atau pandangan Menteri Besar Kelantan itu.

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Kerajaan Pas kelantan kaji semula pengharaman loteri

Posted: 17 Mar 2011 09:38 AM PDT

  KOTA BHARU 17 Mac – Setelah menegaskan judi itu haram, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri "big sweep". Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, pendirian … Continue reading

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Anwar: Punya Dia Taknak Bagi, Orang Punya Dia Minta

Posted: 16 Mar 2011 10:12 PM PDT

Kalaulah ada gelaran yang sesuai untuk kita gambarkan Anwar dalam sepatah dua perkataan, Bapak Divertion itulah yang paling kena sekali denganya. Manakan tidak, dikala satu negara turun ke jalanan meminta Anwar menyerahkan DNA, boleh pulak Anwar minta Perdana Menteri dan Datuk Rais serah DNA untuk kes yang tidak terlibat langsung oleh mereka.

Kelakar dan gila dah nak sama banyak.

Anwar ni tau ke tidak apa masalahnya sekarang? Kalau DNA berusia 2 ke 3 hari dalam dubor Saiful tu (bahagian peri anal) menjadi pertikaian tak sudah pasukan peguam Anwar, apa lagi kes yang mana tidak ada berkaitan langsung?

Walaupun penulis yakin kedua tokoh tu (Perdana Menteri dan Datuk Rais) tidak ada masalah nak bagi DNA tapi kena tentulah kesnya. Takkan tak pasal-pasal nak kena bagi DNA atas kes yang tiada kaitan dengan mereka secara langsung seperti pembunuhan Altantunya dan rogol amah tu.

Nanti boleh menimbulkan macam-macam reaksi negatif pula, maklum orang Malaysia utamakan persepsi dari fakta.

Lagipun, dimana Perdana Menteri terlibat dalam kes Altantunya yang sampai beliau nak kena bagi DNA? Begitu juga Datuk Rais, kenapa nak bagi DNA bila amah tu sendiri cakap Datuk Rais tak pernah rogol dia?

Penglibatan Perdana Menteri dalam kes Altantunya ini hanya wujud dalam angan-angan dan mimpi Anwar Ibrahim, rakyat semua tahu Perdana Menteri bukan sebegitu bodoh nak terlibat dalam masalah-masalah macam ni. Kedua yang terlibat dalam mereka-reka tuduhan tersebut juga sudah lari menyembunyikan diri di luar negara dengan kehidupan mereka dibiayai kerajaan Selangor.

Tiada satu pun yang sahih yang boleh mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan tersebut.

Hal ini (Perdana Menteri dan Datuk Rais serah DNA) tiada dalam prosiding mahkamah seperti mana anggapan para balaci Anwar, ia hanya terluncur keluar bila Anwar tersepit nak jawab soalan wartawan berkenaan soal serah DNA ini diluar mahkamah.

Yang pengikut PKR begitu bodoh nak mensensasikan perkara ini apahal? Orang yang tak berkaitan disuruh serah DNA, yang patut serah, tak mahu pulak bekerjasama.

itu pun tak boleh nak fikir ke?

Anwar sendiri taknak serah DNA walaupun itu boleh buktikan dirinya tidak bersalah (kalau benar tak meliwat), kenapa pada fikiran Anwar Perdana Menteri dan Datuk Rais nak kena serah DNA dimana kes yang mereka tidak berkaitan?

Simple saja perkara ini sebenarnya tapi dah diputar belit Anwar dan kuncu-kuncu sehingga ternampak macam isu nasional.

Pendek kata, Anwar sengaja nak alih isu, itu memang peribadinya bila menjawab soalan yang dia tidak suka. Umpamanya, kita tanya Anwar yang hijau itu pokok ke buah, dia jawab pagar itu bapak saya punya!!!

Kalau bukan cuba nak mengalih isu, Anwar dah sakit jiwa. Pilih mana antara satu.

Dan tambah menggeletek hati, Anwar dan pasukannya nak mengadakan jelajah 1Malaysia memberi penjelasan berhubung soal DNA ini. Bukankah ini boleh ditakrifkan sebagai menghina mahkamah? Kes masih berlangsung dan sepatutnya Anwar terang kepada mahkamah kenapa tak mahu serah DNA, bukan dok pusing keliling negara menipu rakyat.

Alasan Anwar untuk tidak serah DNA ialah takut dimanipulasikan, konon dalam kes liwat 1 DNAnya dicalit pada badan mangsa.

Ini semua adalah pembohongan Anwar sebab seingat penulis, tidak ada isu DNA yang timbul dalam prsosiding kes liwat 1 kerana bidang forensik jenayah pada ketika itu masih sesuatu yang baru di Malaysia, apa lagi nak calit pada pada mangsa. Lagipun Anwar didakwa meliwat Azizan pada 1992 sedangkan perbicaraan berlangsung pada 1998, apa DNA lagi yang tinggal?

Sampel darah Anwar diambil kerana dia dakwa disuntik dengan virus HIV dan kandungan arsenik yang tinggi, bukan untuk perbandingan DNA.

Anwar toksahlah menipu, sejak dulu lagi sudah banyak Anwar menipu rakyat negara ini, tidak terkecuali penganutnya sendiri. Ingat penipuan mega 16 September cukuplah nak menggambarkan sifat sebenar Anwar yang dianggap hero Malaya oleh penganut tegarnya.

Maaf cakaplah ya, penulis memang tak nampak sebab lain kenapa Anwar enggan serah DNA melainkan DNA bawaan air mani yang dijumpai dalam dubor Saiful itu memang miliknya, itu yang dia takut sangat-sangat.

Ini lebih logik dari mengaitkan orang lain dengan kes yang mereka tidak ada kena mengena.

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


Posted: 16 Mar 2011 08:03 PM PDT

Salam semua..PUTERI Masjid Tanah ingin mengucapkan tahniah pada sahabat kita Liza Marsita Jasmawi,yg baru 2 hari melahirkan putera nya pada15/03/2011 jam 10pg..
syukur semuanya selamat..moga kesihatan beliau akan lebih sihat dan setabil..

Pengikut