Jumaat, 6 Mei 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


6 MEI 2011

Posted: 06 May 2011 01:33 AM PDT

RUMAH: SPNB LULUS 9 PERMOHONAN

Posted: 06 May 2011 01:29 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PKR MULAI RESAH DENGAN KENYATAAN PM.

Posted: 06 May 2011 04:26 AM PDT

Najib seru ahli UMNO bangkit tawan Selangor


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa anggota UMNO Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan Nasional (BN) dapat merampas kembali negeri itu pada PRU ke-13 yang disifatkannya "sudah hampir tiba".Najib yang juga Presiden UMNO berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga UMNO Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka."Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas. "Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya.Berucap pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat -Rakyat Didahulukan' di sini Khamis, Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, mahu semangat seumpamanya diterapkan dalam diri setiap warga UMNO negeri tanpa mengira usia."Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah UMNO Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lepas)."Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya.Bernama melaporkan, Najib juga mengingatkan bahawa dalam sistem demokrasi terbuka, sejarah kegemilangan sesebuah parti politik tidak menjamin kelangsungan kuasa mereka."Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi."Sebagai contoh dalam sesebuah negeri mempunyai majoriti pengundi Melayu, tetapi tidak bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan," katanya.Mengulas mengenai kumpulan veteran UMNO, Najib berkata, dalam konteks perjuangan, tidak ada noktah bagi perjuangan anggota parti selagi nyawa dikandung badan dan kudrat masih ada."Kita banyak terhutang budi kepada ahli veteran Selangor, paling besar nilai sumbangan veteran UMNO Selangor ialah melalui kepimpinan mereka selama ini yang menjadikan Selangor sebagai negeri yang paling maju."Kejayaan yang dikecapi hari ini bukan pimpinan negeri tetapi pimpinan UMNO yang telah memberikan sumbangan dan nilai kepada pembangunan dan kejayaan Selangor," katanya.-6/5/2011

NUJUM PAK BELALANG ; PRU 13...

Posted: 06 May 2011 04:22 AM PDT

Najib, angka 11, dan tarikh pilihan raya


najib-fm513Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini  akan diadakan pada 11 Nov tahun ini (11.11.11).Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas,Kuala Lumpur.Bernama melaporkan ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya "untuk mengisi masa terluang"."Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan  BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat."Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan."Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," kata Perdana Menteri.Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat  pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.-6/5/2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Demontrasi PKR di Masjid Negara gagal ; bukti warga kota bosan dengan isu Anwar - Syed Ali

Posted: 06 May 2011 06:42 AM PDT

DEMONTRASI anjuran pembangkang di perkarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini ternyata gagal, sebaliknya menimbulkan kemarahan jemaah apabila pergerakkan mereka keluar daripada masjid terhalang.


Mengulas hal tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, demontrasi yang dianjurkan penyokong PKR itu bertujuan untuk menunjukkan kepada umum bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah dalam isu video seks.


"Tetapi malangnya perhimpunan mereka tidak mendapat sambutan daripada orang ramai yang kelihatan bosan dengan isu Anwar," katanya.


Menurut beliau rakyat kini sudah dapat menilai sejauhmana kejujuran Anwar.


"Ini menunjukkan rakyat terutama warga kota sudah tidak lagi berminat untuk membabitkan diri dalam isu Anwar. Mereka dah meluat dengan cerita Anwar," tegasnya.


Oleh sebab itu katanya, perhimpunan haram anjuran pembangkang di Masjid Negara petang ini yang kebanyakkanya disertai penyokong PKR tidak mendapat sambutan.


"Saya difahamkan mereka terpaksa memujuk para jemaah untuk bersama mereka, perbuatan tersebut amat memalukan," ujarnya.


Bagaimanapun kata Syed Ali, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai apabila laluan mereka terganggu oleh perhimpunan tersebut.


Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana penyokong pembangkang masih lagi menggunakan persekitaran masjid untuk mengadakan perhimpunan haram sambil mengeluarkan kata-kata kesat sepertimana berlaku di sebuah masjid di Sentul baru-baru ini.


Perhimpunan yang hanya disertai sekitar 40 orang itu kemudiannya berarak ke Pusat Islam untuk menyerahkan memo bantahan berhubung isu Anwar dalam video seks yang didakwa menjadi mangsa fitnah.


Dalam hal ini, Syed Ali menyarankan penyokong PKR supaya menghentikan perbuatan tersebut kerana perlakuan Anwar semakin diketahui umum.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau mahukan pihak polis mendedahkan segera identiti lelaki terbabit dalamn video seks itu yang dikatakan mirip salah seorang pemimpin pembangkang.


"Selagi rakyat tidak mendapat kepastian siapa lelaki berkenaan, selagi itulah akan timbul pelbagai persepsi pro dan kontranya," tegas beliau.


Mengenai ceramah politik Anwar sejak-sejak akhir ini yang mendakwa UMNO bertanggungjawab melakukan konspirasi menjatuhkan beliau menerusi video seks, Syed Ali berkata sesiapa sahaja berhak membela dirinya apabila dikaitkan dengan sesuatu isu.


"Tetapi apabila dia menuduh UMNO, ini merupakan fitnah liar dalam usaha beliau untuk membersihkan dirinya yang sudah terpalit dengan isu moral," jelasnya.

Pengikut