Selasa, 24 Mei 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Anwar Tidak Berani Saman Eskay – Ahmad Maslan

Posted: 24 May 2011 09:34 AM PDT

Usul dikemukakan perlu berisi

Posted: 24 May 2011 09:33 AM PDT

Pembangkang Dicabar Turunkan Harga Barang Di Negeri Pentadbiran Mereka

Posted: 24 May 2011 09:30 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SELAMAT BERJUANG

Posted: 24 May 2011 08:10 AM PDT

Tidak terlambat rasanya bagi saya mengucapkan selamat berjuang kepada semua anak-anak muda yang melanjutkan pelajaran mereka samaada di peringkat PHD, sarjana, ijazah pertama, diploma di peringkat sijil. Sesungguhnya tanggungjawab ini merupakan cabaran baru kepada anda semua bukan sahaja untuk kepuasan diri, keluaraga tetapi juga bagi memenuhi tuntutan agama, bangsa Dan negara.

Dalam kontek daerah Jasin, kami mendoakan semoga kejayaan sentiasa mengiringi perjuangan anda semua Dan semoga ianya membawa kejayaan bagi membina tranformasi Dan menyediakan modal insan untuk Jasin menuju Bandar Bistari menjelang 2020. Hadapan saya anda semua menjadi agen perubahaan masyarakat pada masa Akan datang.
Sekian Terima Kasih

Ikhlas
Zaidi Attan
Ketua Pemuda BN Jasin
Sent from my iPad

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Jawapan Saya Kepada Saifuddin Nasution

Posted: 23 May 2011 05:00 PM PDT

Bagai belut digetir ekornya, pembangkang yang sememangnya kini bertongkatkan ranting yang patah bagi menutup aib dan retak sesama mereka menderu membuat riuh bagi mengubah tumpuan rakyat dengan dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional, Saifuddin Nasution bahawa saya mengubah pendirian apabila menggesa Kerajaan agar mengekalkan subsidi minyak RON95.

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


RENTETAN KEJADIAN TANAH RUNTUH

Posted: 24 May 2011 01:12 AM PDT

PM arah tinjau rumah dibina atas tanah pertanian

24/05/2011 2:46pm

KUALA LUMPUR 24 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tinjauan menyeluruh dilakukan terhadap bangunan dan rumah yang dibina di atas tanah berstatus pertanian bagi meninjau kemungkinan tanah berkenaan terdedah kepada risiko tanah runtuh.

Ini kerana bangunan dan rumah yang dibina di atas tanah pertanian terdedah kepada risiko tanah runtuh jika mereka gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan, katanya.

Mengikut Kanun Tanah Negara, rumah boleh dibina di atas tanah berstatus pertanian tetapi ia harus mengikut garis panduan ditetapkan, katanya. - Bernama


Kerajaan Pusat sedia bina semula Rumah Yatim Al-Taqwa

24/05/2011 1:28pm

KUALA LUMPUR 24 Mei – Kerajaan Pusat bersedia membina semula Rumah Anak-Anak Yatim Al-Taqwa yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh pada Sabtu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia akan dilakukan dengan kerjasama Kerajaan Selangor, terutama dalam hal penyediaan tanah bagi lokasi baru rumah tersebut.

"Di samping itu, kita (Kerajaan Pusat) juga mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin mewakafkan tanah mereka bagi untuk pembinaan itu," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, dekat sini hari ini. – Utusan

Yayasan TSMCG hulur RM50,000 bantu mangsa tragedi tanah runtuh

KUALA LUMPUR 22 Mei - Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (TSMCG) menyumbangkan RM50,000 kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat berikutan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 16 penghuninya, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda simpati yayasan yang dipengerusikannya itu kepada semua mangsa tragedi tersebut.

Jelas beliau, kejadian pada pukul 2.30 petang itu cukup menyayat hati apabila kebanyakan korban merupakan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

''Saya sempat meluangkan masa melawat lokasi kejadian pada pukul 11 malam tadi selepas menghadiri satu acara di ibu negara.

''Di tempat kejadian, saya melihat keadaan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tersebut.

''Ia cukup menyayat hati,'' katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan golf Patron's Cup 2011 anjuran yayasan itu di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Muhyiddin berkata, selain sumbangan itu serta badan kebajikan lain, Kerajaan Pusat sendiri akan memastikan segala keperluan untuk keluarga mangsa dan rumah kebajikan itu diurus secara baik.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, yayasan tersebut akan membina sebuah pusat dialisis yang dijangka beroperasi pada 2012.

''Ia bukanlah sekadar badan kebajikan yang mempunyai nama Muhyiddin Yassin. Kita akan bergerak menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

''Selain pusat dialisis, kita berharap akan dapat mengumpul banyak dana untuk mengembangkan bentuk sumbangan dan bantuan lain,'' katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan yayasan sebanyak RM100,000 kepada beberapa pihak yang memerlukan bantuan.

Antara penerimanya pelakon veteran, Karim Latiff, 75, yang menghidap kencing manis serta darah tinggi dan pesakit kanak-kanak, Nur Amira Batrisya Abdullah, 3, yang memerlukan bantuan untuk menjalani pembedahan akibat penyakit jantung yang serius.


YKN salur bantuan segera


KUALA LUMPUR 23 Mei – Kesemua mangsa yang selamat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat kelmarin, akan menerima sumbangan ihsan sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sumbangan itu akan disalurkan melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dalam masa terdekat.

Menurut beliau, pihaknya turut menawarkan tempat perlindungan kepada mangsa yang hilang tempat perlindungan di Pusat Perkembangan Kemahiran di Serendah, Selangor.

Pihaknya juga, kata beliau, akan memberi tumpuan pada proses pemulihan dan khidmat kaunseling kepada semua yang terlibat terutamanya dua mangsa yang kehilangan sebelah kaki.

"Sokongan dan motivasi amat penting terutamanya kepada dua mangsa yang dipotong kaki untuk memberi kekuatan kepada mereka meneruskan kehidupan," katanya pada sidang akhbar selepas melawat sembilan mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang, di sini hari ini.

Shahrizat menambah, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang turut melawat mangsa kejadian di hospital itu berjanji untuk menyumbangkan kaki palsu kepada dua mangsa yang kehilangan kaki.

Diminta mengulas status pendaftaran rumah anak yatim itu, Shahrizat berkata, perkara itu akan diperbincangkan minggu depan.

"Saya tidak mahu mendedahkan apa-apa berhubung isu itu sekarang. Tunggu minggu depan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Ampang, Datin Dr. Aishah Ahmad Makinuddin berkata, setakat hari ini, tiga mangsa termasuk dua daripada mereka yang dipotong sebelah kaki masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kesemua mangsa itu dalam keadaan stabil.

Sementara itu, enam lagi mangsa, katanya, telah ditempatkan di wad biasa.


KE MANA HILANGNYA KERAJAAN NEGERI SELANGOR!!!!

PM, isteri luang masa lawat tapak tragedi tanah runtuh

Posted: 24 May 2011 01:11 AM PDT

24/05/2011 12:57pm

KUALA LUMPUR 24 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat tapak kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Mereka, yang tiba di tanah air selepas pulang dari lawatan ke Amerika Syarikat, dan disertai dua anak mereka terus bertolak ke lokasi kejadian selepas mendarat di lapangan terbang Subang pagi tadi. – Utusan

DunSemarang

DunSemarang


Jadikan IKTIBAR wahai MELAYU

Posted: 23 May 2011 05:14 AM PDT

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 65 DI PWTC KUALA LUMPUR

Posted: 23 May 2011 03:30 AM PDT

AJK UMNO BAHAGIAN AYER HITAM BERSAMA-SAMA DENGAN PEMIMPIN UMNO MSIA
MEMBACA YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SELEPAS MENUNAIKAN SOLAT MAGRIB
DAN SOLAT HAJAT DI SURAU TINGKAT 4 PWTC

KUALA LUMPUR 11 MEI 2011 – SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN UMNO KE 65 PADA 11 MEI 2011 DI SAMBUT SEDERHANA TETAPI PENUH BERMAKNA. PARA JEMPUTAN DAN PEMIMPIN UMNO HADIR PADA JAM 6.45 PETANG DAN MENDIRIKAN SOLAT MAGRIB BERJEMAAH BERSAMA-SAMA Y.A.B. DATO SERI PRESIDEN UMNO. SELEPAS ITU DIRIKAN SOLAT HAJAT DAN DIIRINGI DENGAN BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT YANG DI PIMPIN OLEH YB MEJAR JENERAL(B) DATO SERI JAMIL KHIR BAHAROM MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI. SELEPAS SOLAT ISYAK, Y.A.B DATO SERI PRESIDEN MENYAMPAIKAN AMANATNYA YANG ANTARA LAIN MENYERU SUPAYA SEMUA AHLI UMNO BERSATU MENGHARUNGI SERANGAN MUSUH NEGARA YANG INGIN MELIHAT NEGARA MALAYSIA HANCUR DAN KUCAR KACIR.YB DATO MUKRIZ TUN MAHATHIR MENGABIL KESEMPATAN BERMESRA DENGAN DELEGASI
DARI PERGERAKAN PEMUDA BHG AYER HITAM DI MAJLIS SAMBUTAN ULANG TAHUN UMNO
KE 65 DI PWTC KUALA LUMPUR PADA 11 MEI 2011.
(Terima Kasih.Sumber berita, Teks dan Foto dari S/UBAH Halid Saat)

Pengikut