Ahad, 26 Jun 2011

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Ini dia kontrak selenggara kapal selam Scorpene TLDM

Posted: 26 Jun 2011 09:47 AM PDT

Sila klik tajuk dibawah ini untuk penjelasan mengenai kontrak selengara kapal selam Scorpene yang banyak diputar belitkan oleh pembangkang.

Ini dia kontrak selenggara kapal selam Scorpene TLDM Muka Hadapan

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Felda mangsa 'hentam keromo'

Posted: 26 Jun 2011 04:32 PM PDT

26 JUN 2011

Posted: 26 Jun 2011 04:29 PM PDT

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Menyertai perhimpunan haram Bersih adalah pengkhianat - Syed Ali

Posted: 26 Jun 2011 06:11 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan mereka yang menyertai perhimpunan haram anjuran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai pengkhianat kepada keamanan negara.

Menuruthnya, tindakan jahat yang bermotifkan agenda politik pembangkang sengaja dilakukan bagi mencemarkan imej negara dan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mempersoalkan kenapa perhimpunan haram itu perlu diadakan di ibu kota Kuala Lumpur dan bukannya di bandar-bandar lain seperti Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu atau pun Terengganu.

Katanya, jika perhimpunan itu telus, mereka boleh mengadakan di luar Kuala Lumpur tanpa menyusahkan pergerakan harian mesyarakat setempat.

"Ini menunjukkan mereka sengaja memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi perhimpunan haram bertujuan menarik perhatian pelancong asing," tegasnya.

Beliau berkata, pengajur perhimpunan Besih itu secara tidak langsung ingin memberitahu dunia bahawa keadaan negara ini sudah tidak aman lagi.

Beliau menjelaskan, perhimpunan tersebut didalangi oleh mereka yang berkepentingan dan bercita-cita untuk menguasai negara ini secara kekerasan.

"Inilah agenda tersembunyi perhimpunan Bersih yang terus berdegil walaupun pihak polis sudah menyatakan permit perhimpunan tidak akan dikeluarkan," ujarnya.

Beliau juga turut mengecam penganjur perhimpunan tersebut, Datuk S. Ambiga sebagai pengkhianat yang tidak sepatutnya berada di negara ini.

Berdasarkan kepada rekod aktiviti Ambiga sebelum ini, Syed Ali berkata ianya jelas membuktikan perjuangannya hanyalah untuk kepentingan pihak tertentu yang tidak senang dengan kemakmuran negara ini.



UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Siapa sebenarnya Ambiga?

Posted: 25 Jun 2011 03:48 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Jun — Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.

Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.

"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Bernama.

Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.

"Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.

Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang.

"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya. — BERNAMA

APAKAH MELAYU MASIH INGIN MENGIKUT TELUNJUK AMBIGA IFC? KE MANA HILANGNYA MARUAH DAN MARTABAT MELAYU MEMPERTAHANKAN ISLAM? APAKAH SAHABAT KITA CINA DAN INDIA MAHUKAN HURU-HARA DALAM NEGARA YANG MENJADI TEMPAT KITA SAMA-SAMA CARI MAKAN? JAUHILAH PERHIMPUNAN INI DAN FIKIR-FIKIRKANLAH....

-pemuda UCBA

Hanya kemenangan dalam pilihan raya bawa erti - PM

Posted: 25 Jun 2011 07:05 AM PDT

25/06/2011 2:23pm

RAWANG 25 Jun — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, yang paling penting bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti politik adalah untuk berjaya dalam pilihan raya kerana menurutnya dalam politik hanya kemenangan membawa erti.

Justeru itu, Perdana Menteri dan Presiden UMNO itu berkata, dalam pilihan raya tidak ada istilah naib johan, sepertimana dalam sesuatu pertandingan biasa yang turut menyediakan hadiah untuk naib johan.

"Untuk pilihan raya hanya johan sahajalah yang ada erti dan makna bagi kita...dan kita semua sedar bahawa menjadi naib johan bererti kita kalah dalam waktu pilihan raya.

"(Dan) kita tahu nasib parti yang kalah," kata Najib ketika merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Selayang di Perangsang Templer Golf Club di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, yang penting dalam keadaan dan landskap politik hari ini adalah untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran kerana kalau menggunakan cara dan kaedah lama "kita boleh menang perang lama, perang baru tidak tentu lagi". — Bernama

Pengikut