Selasa, 5 Julai 2011

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


MELAYU HARUS DISATUKAN DAHULU - AHMAD MASLAN

Posted: 05 Jul 2011 07:42 PM PDT

PINTU PERPADUAN MELAYU MASIH TERBUKA

Posted: 05 Jul 2011 07:40 PM PDT

GUNAKAN ISA UNTUK MENAHAN 'PENGACAU KEAMANAN"

Posted: 05 Jul 2011 07:31 PM PDT

Bandar Tun Abdul Razak Jengka

Posted: 05 Jul 2011 07:17 PM PDT

Bandar Pusat Jengka jadi “Bandar Tun Abd Razak” Khamis ini

Posted: 05 Jul 2011 06:26 AM PDT

5 JULAI 2011

Posted: 05 Jul 2011 06:21 AM PDT

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Hajat untuk jumpa Yang Di-Pertuan Agong dah tercapai, batalkan sahaja perhimpunan di stadium – Syed Ali

Posted: 05 Jul 2011 01:13 AM PDT

LAPORAN TERKINI :

SELEPAS menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara petang tadi, Bersih 2.0 dilaporkan membatalkan demontrasi jalanan 9 Julai ini, sebaliknya bersedia mengadakan di dalam stadium.

Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mencadangkan supaya kumpulan pelampau itu membatalkan sahaja niat mereka untuk mengadakan perhimpunan sama ada di jalanan atau di stadium.

Beliau berkata, niat asal Bersih ingin mengadakan perhimpunan adalah untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agong terhadap perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Tadi hajat mereka dah tercapai, mereka diberi ruang untuk menghadap Seri Paduka Baginda, maka tidak ada sebab lagi untuk Bersih meneruskan perhimpunan tersebut," ujarnya.

Katanya lagi, kedegilan Bersih untuk terus mengadakan perhimpunan di dalam stadium jelas membuktikan mereka ingin menunjukkan kekuatan dan mempunyai agenda tertentu.

"Kalau nak tunjukkan kekuatan dan ingin mencabar kerajaan, bertanding lah pada pilihan raya umum akan datang sebagai sebuah parti politik, biar rakyat yang tentukan kebenarannya," tegas beliau lagi.

Katanya, perhimpunan itu bukan alternatif terbaik untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai tuntutan mereka terutama membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Di jalanan atau di stadium sama sahaja, motif mereka untuk mencetuskan kacau bilau dan menggugat kemanaan negara serta kesejahteraan rakyat," tegasnya.

Beliau menyifatkan perbuatan mereka yang 'tidak siuman' itu sebagai cuba menguji kewibawaan kerajaan.

"Mereka bertanggungjawab mencetuskan suasana tegang, bergerak seperti komunis, melanggar peringatan polis dan tidak mengambil kira kepentingan rakyat terutama warga kota," ujarnya.

Petang tadi jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 diketuai Datuk S. Ambiga dipercayai menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Ini berikutan titah khas Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin yang antara lain menegaskan dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Sementara itu, kenyataan bersama pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hri ini dilaporkan bersetuju mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 di stadium seperti yang ditawarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak semalam.

Pemimpin PKR tersebut ialah Timbalan Presden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izah Anwar dan Setiausaha Organiasi DAP, Teresa Kok.

Menurut Syed Ali lagi, kenyataan bersama PR itu terbukti bahawa mereka mendalangi perhimpunan Bersih untuk mengguling kerajaan secara kekerasan.

"Selama ini pemimpin PR baling batu sembunyikan tangan, hari ini terbukti mereka keluar dengan kenyataan untuk meneruskan perhimpunan Bersih di stadium," tegasnya.

Beliau mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas dilihat sebagai perancang disebalik 'kegilaan' Ambiga untuk menghura-harakan negara menerusi perhimpunan haram 9 Julai ini.

Polis rampas 36 bom petrol & 20 bilah parang, dipercayai ada kaitan dengan Bersih

Posted: 05 Jul 2011 12:04 AM PDT

"Ianya amat serius, sama seperti kumpulan pemberontak bersenjata yang berusaha untuk gulingkan kerajaan," reaksi spontan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berhubung penemuan 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi oleh polis Selangor, malam semalam.

Beliau menyifatkan penemuan tersebut adalah kejayaan polis mematahkan cubaan sekumpulan pelampau yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan anjuran Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai ini.

Rampasan itu dilakukan dalam satu serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama, Shah Alam, Selangor.

Utusan Malaysia Online dalam laporannya hari ini menyebut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik seperti itu sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Polis juga turut menemui 44 baju-T berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Mengulas lanjut perkembangan tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mahu polis bertindak tegas dan menahan mereka yang terbabit di bawah Ordinan Darurat.

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat.

"Kumpulan ini jelas berbahaya dan tindakan mereka boleh mengancam nyawa mereka yang tidak berdosa," tegasnya.

Sambil mengucapkan syabas kepada polis yang berjaya mematahkan gerakan subversif itu, Syed Ali berharap lebih banyak lagi tangkapan akan dibuat terhadap mereka yang terbabit dengan gerakan Bersih.

LAPORAN TERKINI : Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara , 1.55 petang ini (Selasa).

UMNO PERLU PERKASAKAN PERANAN ULAMA

Posted: 04 Jul 2011 10:27 PM PDT



Oleh DATUK HAJI MD. NASIR GHANI
(Naib Ketua UMNO Bahagian Cheras)

PERSEPSI masyarakat Melayu yang selama ini menganggap UMNO adalah sebuah parti sekular atau kebangsaan yang meminggirkan peranan ulama sewajarnya perlu diubah.

Persepsi sedemikian sebenarnya telah ditanam oleh parti PAS, sebuah parti yang kononnya berjuang menegakkan syiar Islam di negara ini atau 'hizbullah'.

Manakala mana-mana parti yang tidak sehaluan dengan mereka terutama UMNO akan disifatkan sebagai taghut dan menyokong PAS pula adalah jaminan untuk ke syurga.

Begitulah penerapan awal ideologi sempit PAS untuk menimbulkan kekeliruan kepada penganut Islam yang akhirnya sehingga sekarang, UMNO masih dilebelkan sebagai sebuah parti assabiyah yang turut meminggirkan peranan golongan ulama.

Bagaiamanapun, parti tersebut tetap memperalatkan sistem demokrasi dan pilihan raya sebagai saluran untuk menerapkan ideologi perjuangan mereka.

Dalam 'Amanat Haji Hadi', dinyatakan walaupun demokrasi adalah ciptaan Barat bukan Islam, di mana di dalamnya terdapat pelbagai kelemahan dan penyelewengan ketara, namun PAS tetap akan menyertai pilihanraya……".

Janji PAS masuk syurga

Ini jelas menunjukkan bahawa PAS begitu licik meyakinkan golongan ulama bahawa mereka berjuang menerusi demokrasi untuk menegakkan sebuah negara Islam.

Retorik sedemikian perlu diruntuhkan segera kerana jelas dan ketara sekali bahawa parti itu memperlalatkan agama untuk kepentingan kuasa politik.

Dalam konteks ini, saya berpendapat UMNO, sebagai sebuah parti terbesar umat Islam perlu memperkasakan semula halatuju golongan ulama dalam parti.

Sebenarnya UMNO tidak pernah pupus golongan atau cendikawan Islam, UMNO sentiasa melahirkian pemimpin muda yang berpendidikan agama.

Sebelum ini pun saya pernah menulis bahawa UMNO tidak sesekali meminggirkan golongan ulama, sebaliknya peranan mereka sentiasa dihargai.

Kerana kitu, kita harus berani untuk menyatakan bahawa UMNO tetap sebuah parti Islam yang memperjuangkan kepentingan umatnya secara jelas dan tegas.

Intipati perlembagaan UMNO yang bermatlamat menegak dan mengembangkan syiar Islam sewajarnya diterjemahkan kepada umum supaya mereka lebih memahaminya.

UMNO perlu lebih berani untuk kedepan membicarakan soal-soal agama dan keislaman secara lebih terbuka.

Hari ini, UMNO dilihat seperti kurang berminat untuk membicarakan soal hukum-hakam agama sehingga menimbulkan pandangan serong bahawa UMNO meminggirkannya.

Kita tidak perlu lagi bercakap soal pembangunan bersendikan Islam yang sedang rancak berlaku di negara kita hari ini.

UMNO perlu segera relevankan peranan ulama dalam parti

Memang, semua orang tahu bahawa pelbagai dasar Islam yang diperkenalkan sama ada di sektor swasta, kerajaan mahupun institusi perbankan adalah usaha gigih UMNO yang turut diperkakui oleh dunia Islam dan antarabangsa.

Kita juga tidak perlu lagi bercakap mengenai kejayaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) yang diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Memang ia satu kejayaan hebat untuk golongan saudara baru.

Sebaliknya kaedah atau perbuatan yang bercirikan Islam dalam ruang kehidupan kita seharian yang perlu difikir dan dibangunkan secara menyeluruh.

Kita kena jujur mengakui bahawa perjalanan hidup kita hari ini dilihat semakin jauh menyimpang daripada asas agama.

Pemimpin kita lebih banyak bercakap soal pembangunan material daripada pembangunan rohaniah.

Di dalam UMNO, kita lebih fokus membicarakan soal kuasa dan kedudukan daripada mencari alternatif untuk menyuburkan Islam yang semakiin tersepit di baham arus pembangunan.

Pemimpin UMNO sewajarnya perlu menjadi 'role-model' kepada pembangunan umat Islam dalam arus pemodenan ini dengan mempamirkan perbuatan dan tingkah laku yang mulia.

Sebagai contohnya, pemimpin UMNO harus berupaya menjadi iman kepada sekelompok masyarakat yang diwakilinya, sepertimana dipraktikan oleh pemimpin PAS sekarang ini.

Ini bukan bermakna kita meniru perbuatan atau gaya pemimpin PAS, tetapi ia adalah satu kewajipan yang perlu dilaksanakan berdasarkan tuntutan syariat.

Sehubungan itu, apabila ada cadangan supaya UMNO membuka sayap ulama, pada saya ianya adalah satu tindakan berani dan perlu disegerakan.

Peranan golongan ulama perlu direlevankan secepat mungkin bagi membuktikan kepada umum bahawa UMNO tidak pernah sesekali meminggirkan golongan berkenaan.]

Kaedah atau cara mana untuk memikat penghijrahan golongan ulama ke dalam UMNO perlu dirintis secepat mungkin.

Saya percaya sayap ulama dalam UMNO mampu bergandingan dengan Sektariat Ulama Muda UMNO (ILMU) yang mengumpul lebih 40 orang lulusan agama daripada Madinah, Jordan, Mesir dan beberapa universiti terkemuka tempatan.

Saya yakin gandingan mantap golongan ulama dan ILMU itu akan melahirkan satu mekanisma baru kepada kekuatan parti dalam menghadapi cabaran yang lebih besar terutama membabitkan pembangunan syiar Islam.

Dalam pada itu, saya berpendapat ILMU dan ulama UMNO juga sewajarnya turut bergandingan dengan Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) sama ada diperingkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Langkah itu perlu dalam usaha UMNO melahirkan modal insan yang berkualiti dan memiliki ketakwaan untuk membentuk generasi masa depan yang lebih cemerlang dengan perpegang teguh kepada syariat Islam.

Perlu diingatkan bahawa UMNO masa kini bukan sahaja sedang bertarung dengan perebutan kuasa politik, malah bertanggung jawab untuk membentuk manusia progresif yang berpegang kepada agama.

Ini soal tuntutan dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan oleh UMNO kerana pemimpin UMNO adalah penganut agama Islam yang maha suci.

‘Ambiga sengaja perlekehkan Yang di-Pertuan Agong’ – Syed Ali

Posted: 04 Jul 2011 08:42 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mendakwa Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sengaja memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya dirinya dilihat sebagai 'hero' yang berani menentang kerajaan.

Oleh sebab itu katanya, Ambiga masih berdolak-dalik sama ada mahu atau tidak membatalkan perhimpunan haram 9 Julai ini dengan meletakkan syarat akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

"Beliau sebenarnya jahil mengenai peranan institusi Raja Berpelembagaan dan sudah terlupa bahawa Malayasia yang asalnya Tanah Melayu memiliki adat resam dan budaya yang perlu dihormati," tegasnya.

Katanya, rakyat di negara ini terutama umat Melayu walaupun berbeza ideologi politik tetap akan akur dan menjunjung titah Sultan atau raja-raja Melayu kerana tidak mahu dianggap sebagai penderhaka.

Sehubungan itu katanya, putar belit Ambiga sepatutnya tidak dilayan dan beliau seharusnya dilucutkan kerakyatan kerana peranan beliau yang jelas cuba menghancurkan keamanan negara.

"Buat apa lagi simpan penderhaka dan pembelot ini (Ambiga), lebih baik dihalau keluar daripada negara ini," tegasnya.

Bagaimanapun jelas beliau, Ambiga berani memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong dan langsung tidak menghiraukan amaran polis sebelum ini kerana beliau yakin kerajaan tidak berani untuk mengambil sebarang tindakan.

Ambiga berani kerana yakin kerajaan tidak akan bertindak

"Rakyat melontarkan soalan, kenapa sehingga ke hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Ambiga, kita cuma bercakap amaran demi amaran tetapi beliau tetap juga menunjukkan sikap penentangannya terhadap kerajaan," tegasnya.

Beliau tidak mahu timbul persepsi negatif rakyat kononnya jika sekumpulan orang Melayu yang didakwa menentang kerajaan, kumpulan tersebut segera ditahan pihak berkuasa.

"Tetapi dalam kes Ambiga, kerajaan banyak bertolak ansur sehingga memberi ruang kepada beliau untuk terus mengatur strategi melancarkan demontrasi haram," tegasnya.

Tambah Syed Ali lagi, Pengerusi Bersih itu bukan setakat menderhaka, tetapi cuba menghasut kumpulan minoriti supaya berdemontrasi secara haram yang dilihat bertujuan mengguling kerajaan dan seterusnya meruntuhkan isntitusi raja-raja Melayu.

Serentak itu, beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mahu Ambiga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana aktiviti beliau jelas mengancam keselamatan negara.

"Hari ini jelas Ambiga mempersendakan Yang di-Pertuan Agong dan perbuatan kurang ajar itu tidak boleh dipandang ringan kerana boleh meruntuhkan kestabilan negara," ujarnya.

Beliau bimbang akibat 'keberanian' Ambiga itu akan dijadikan ikutan oleh golongan pelampau bukan Melayu untuk terus melancarkan serangan terhadap institusi raja-raja Melayu.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Lawatan ke rumah mangsa kebakaran

Posted: 05 Jul 2011 05:20 AM PDT

29/6/11,jawatankuasa PUcTD telah pergi ke sebuah rumah yang 80% hangus dijilat api.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Dah batal dahhhh

Posted: 05 Jul 2011 01:18 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Julai – Pihak penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bersetuju untuk membatalkan perhimpunan jalanan Sabtu ini, bagaimanapun merancang untuk mengadakan satu perhimpunan lain di sebuah stadium pada tarikh yang belum ditentukan lagi.

Pengerusinya, Datuk S. Ambiga berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di pintu belakang Istana Negara di sini hari ini. – Utusan
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bantah TETAP Bantah!

Posted: 05 Jul 2011 01:05 AM PDT

Rancangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini akan bergantung kepada keputusan penganjur perhimpunan haram itu.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sekiranya perhimpunan haram itu dilakukan di kawasan tertutup maka PERKASA juga akan membuat perhimpunan di kawasan tertutup.

"Jika mereka lakukan di kawasan terbuka, kita juga akan berbuat demikian... namun kita akan mengadakan di kawasan yang jauh daripada mereka untuk mengelakkan pertembungan," katanya dalam sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur Isnin.

Bernama melaporkan katanya tujuan PERKASA mengadakan perhimpunan itu adalah sebagai menunjukkan bantahan terhadap perhimpunan haram tersebut.

"Saya harap pengerusi penganjur perhimpunan haram itu, Datuk S.Ambiga akan menurut titah perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik, dan membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.

Ibrahim juga menganggap kenyataan Ambiga yang hanya akan membatalkan perhimpunan haram tersebut sekiranya dititahkan berbuat demikian oleh Tuanku Mizan dan memohon perkenan menghadap baginda adalah sesuatu yang biadab.

"Ini satu tindakan yang biadab, kita (Perkasa) sudah banyak kali memohon untuk mengadap Tuanku Mizan tetapi tidak berpeluang namun kita tidak melenting tetapi menggunakan cara yang betul untuk menegakkan kebenaran," katanya.

Beliau berpendapat titah Yang di-Pertuan Agong semalam juga sudah cukup untuk Ambiga membatalkan hasrat meneruskan perhimpunan tersebut dan tidak perlu sehingga menghadap Tuanku Mizan.

Ibrahim juga berkata sebagai persediaan membantah perhimpunan tersebut, Perkasa turut menyediakan sebanyak 15 ribu helai kemeja T berwarna putih yang bertulis 'Aman Perkasa Pertahankan Keamanan Negara'.

"Lebih 10,000 anggota Perkasa dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak dijangka akan menyertai perhimpunan Perkasa sekiranya ia diteruskan," katanya.-4/7/2011
Sumber:agendadaily
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

DunSemarang

DunSemarang


BERSIH KAN HATI DAHULU....Jika HATI kau....Hati KAU DU

Posted: 04 Jul 2011 07:13 AM PDT

Terima kasih .....AMBIGA PATUT DILUCUTKAN KERAKYATANNYA DAN DIHALAU KELUAR DARI MALAYSIA

Posted: 04 Jul 2011 07:01 AM PDT



Monday, July 4, 2011
AMBIGA PATUT DILUCUTKAN KERAKYATANNYA DAN DIHALAU KELUAR DARI MALAYSIA
Setiap kali aku melihat wajah betina jalang paria bernama ambabiga ni, menyirap darah aku siot. Kimak punya betina mintak nak jumpa Agong sekarang ni. Dia ingat dia tu siapa?

Aku tabik kat Pemuda terutama Razali yang telah membatalkan Patriot, begitu juga dengan Perkasa mereka juga telah membatalkan hasrat untuk berhimpin dan menentang bershit pada 9 julai nanti.

Tapi aku tengok betina keling paria ni makin melampau pulak. Aku harap polis siasat akaun bank dia atau sesiapa dari kalangan saudara mara dia. Mesti korang akan dapat trace balik si ambabiga.dengan CIA.

Betina sialan ni patut diajar. Lagi satu sesiapa yang bagi dia gelaran Dato itu wajib tarik balik sekarang. Dah terang lagi bersulu dia ni pengkhianat, kenapa nak terus bagi dia gelaran tu? First of all macamana dia boleh dapat gelaran Dato ya?

Apa jasa dia? IFC? Menyokong murtad? Aku tak faham la, bukan takst dia je, si Nizar laknatullah, Ngeh komunis dan Anwar sendiri tak layak pegang gelaran tersebut. Samapi bila nak berlembut lagi? Ni dah tahap mereka cirit atad kepala dah ni?

Kita siang malam pertahankan tapi babi-babi ni semua suka hati mak bapak depa je menghina dan macam-macsm la institusi KESULTANAN kita. Dah tiba masa metrk perlu diajar supaya tidak ada sesiapa lagi kurang ajar di masa depan.

Sekali lagi aku mintak kepada sesiapa yang berkenaan. Tolong tarik balik segala gelaran yang telah diberikan kepada pengkhianat-pengkhianat yang telah aku sebutkan nama mereka diatas.

Selagi tak ditarik selagi itu jenis mereka ni tak akan belajar punya. We want to see some action.

Di Petik dari Blog House PK untuk tatapan yang lebih luas.
Published with Blogger-droid v1.7.2
Posted by House PK at Monday, July 04, 2011

Pengikut