Rabu, 5 Oktober 2011

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Forum Gagasan 1 Malaysia Dari Perspektif Islam

Posted: 04 Oct 2011 08:21 PM PDT

Majlis Forum Perdana Pembangunan Insan
'' Gagasan 1 Malaysia Dari Perspektif Islam "

Pada :
7 Oktober 2011 ( Jumaat )

Masa:
8.30 Malam

Bertempat Di :
Dewan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Rambah Pontian Johor

Pengerusi Panel Forum :
Pengurus Yayasan Pembangunan Insan.

Ahli Panel :
- Y.Bhg Datuk Nasir Bin Safar
- Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Malaysia
- Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid Dan Surau WP
- Pengurus Besar Operasi YADIM

Majlis Akan Dirasmikan Oleh :
Saudara Mesnor Bin Bujang
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Piai

Semua Dijemput Hadir !

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BN TELAH LAKUKAN APA SAJA UNTUK RAKYAT

Posted: 05 Oct 2011 07:46 AM PDT

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat juga saya luangkan sedikit masa untuk menulis sebelum melelapkan mata sekejap. Sidang Parlimen baru sahaja selesai malam ini dan akan disambung esok. Syukur kerana dapat menunaikan amanah yang telah diberikan ini dengan sempurna.

Alhamdulillah, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah pun menunaikan janjinya untuk memansuhkan beberapa akta. Hari ini, Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) telah dimansuhkan dan sekaligus menyaksikan ratusan tahanan akan dibebaskan serta-merta, manakala waran tangkap yang dikeluarkan juga dibatalkan.

Malah kerajaan BN yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah juga mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sebelum ini sentiasa dijadikan senjata oleh pembangkang.

Sebagai pemimpin kerajaan, saya boleh menyatakan bahawa kami telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara. Walaupun ada tindakan yang memerlukan sedikit masa untuk melalui proses perubahan atau pembaharuan, namun semua itu penting sebagai tempoh penilaian agar apa yang bakal diputuskan tidak merugikan rakyat dan negara.

Bagi pihak rakyat pula, saya fikir rakyat perlu lebih terbuka dalam menerima transformasi yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri kita. Kita tidak boleh terabai dengan membuat andaian atau telahan awal terhadap sesuatu perkara tanpa mengetahui bahawa setiap perkara yang berkaitan dengan kepentingan negara dan rakyat adalah menjadi sesuatu yang sentiasa dipertimbangkan oleh kerajaan dan pemimpinnya.

Hakikatnya, segelintir rakyat kita mudah termakan atau terjebak dengan dakyah pembangkang yang sentiasa memberikan gambaran buruk terhadap kerajaan BN sedangkan pembangkang sendiri tidak berbuat apa-apa pun untuk rakyat dan negara.

Kita harus jujur dan adil bahawa hampir segala-galanya telah disediakan kerajaan BN untuk rakyat. Dan, setiap kali Parlimen bersidang, isu-isu kepentingan rakyat sentiasa diberikan keutamaan walaupun banyak waktu persidangan kadangkala diganggu pembangkang yang membangkitkan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan rakyat.

Oleh itu, saya berharap rakyat akan lebih bersyukur di atas nikmat yang ada di negara ini dan tidaklah mudah terpedaya dengan perkara-perkara yang merugikan mereka.

Nasihat saya, rakyat mesti bijak dalam keadaan sekarang. Kita tidak boleh mudah menjadi alat atau diperalatkan. Itu yang penting.

Apatah lagi dengan iklim politik yang semakin menjurus ke arah pilihan raya, maka macam-macam lagilah yang pembangkang sengaja timbulkan.

Berhati-hatilah kita dengan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.





www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


al fatihah

Posted: 05 Oct 2011 10:33 AM PDT

ukacita dimaklumkan bahawa Tn Hj Mohamed Bin Mohd Nor Pengerusi Tetap UMNO Jalan Enggang telah kembali ke rahmatullah siang tadi. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Keramat jam 11 pagi nant

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Kelab Belia Integrasi Klang

Posted: 04 Oct 2011 06:22 PM PDT


Kelab Belia Integrasi Klang Bersama Sdra. Kalai Vanar (Alternative Action Team) & M Selvethiran (Kelab Perpaduan Insan Selangor) Menyerahkan Memorandum Kepada DYMM YDP Agong Membantah Perhimpunan Bersih 2.0

Pengikut