Khamis, 6 Oktober 2011

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


PR, why turned you back against the workers?

Posted: 06 Oct 2011 08:54 PM PDT

Thank God that the Employment (Amendment) Bill 2011 was passed by Parliament last night. It took five hours to debate before the bill finally being passed.

This law is a good law. Apart giving female workers more rights, streamlining payment of salary through bank account etc, it also protects contract workers (in millions especially in plantations) from abuses by their immediate bosses ie the company bosses who supply the workers to plantations, factories and construction projects.

The government has received countless complaints from the workers. They are not being paid, retrenched unnecessarily and their EPF and SOCSO not remitted.

In short they are being subjected to slavery like condition at their work place. The sad part is, at the moment, the government finds it difficult to pin down these bosses due to lack of law. The original law stipulated that only the owner of the plantation, factory or construction project could be held responsible. But in most cases, the owner claimed that they had paid the money to the company bosses who supplied the workers. When approached by the authority, these bosses in turn prefer to claim ignorance or worse abscond.

This law intends to stop all these nonsense by making it mandatory for the labour supplier to be formally registered and subjected to strict observation and legal prosecution if they flaunt the law. It has the support of the National Union of Plantation Workers (NUPW) and the International Labour Organization (ILO), which welcome protection against abuses towards workers.

The opposition opposed this bill because they were concerned that the law would legitmize contract workers system of employment. They said it would encourage the companies to do away with permanent workers and replace them with contract workers. They claimed that contract workers business would flourished and more abuses would follow.

I am dissapointed with this argument. In the first place, there are enough provisions in the bill and in other Acts to prevent permanent workers replaced by contract workers. Moreover this law is not about whether contract workers system is bad or not. That debate could be done some other time and on different platform.

In fact, whether the opposition like it or not, the much hated contract workers system is here to stay and has become a crucial part of employment especially in the plantations. The ILO has conceded this as a fact. Thus, since it is here to stay, the need for better protection for the workers is paramount.

The opposition had two choices. Either oppose this law because of their belief that it would encourage contract workers employment or support it so that the contract workers could be protected from decades of abuses, maltreatment, injustice and exploitation.

In the end, as expected, the opposition shamelessly chose to give priority to their misplaced misconception.

As for the BN MPs, the choice was abundantly clear. We chose to be with the workers who have suffered, humiliated and treated like slaves by unscrupulous, conscienceless and irresponsible bosses. The time to protect the workers is now and I am happy to see BN MPs have shown their commitment.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA BERSIH.

Posted: 03 Jul 2011 04:59 PM PDT

Put your stuff here

Titah khas Yang di-Pertuan Agong kepada Bersih

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara". — BERNAMA

TAHNIAH DARI NEGERI MAJU KINI SELANGOR BERUBAH JADI DARUL URUT?

Posted: 01 Jul 2011 06:26 PM PDT



Kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor baru-baru ini bahawa mereka hanya mengeluarkan sebanyak 60 lesen kepada pusat urut di seluruh negeri itu.

Sejak kebelakangan ini,terdapat ratusan pusat-pusat urut yang tumbuh bagai cendawan di negeri ini, sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan.Dulu cakap lain, kini yang berlaku lain pula, apa dah berlaku? Lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi wujud di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya

Lebih membimbangkan, trend terbaru menunjukkan golongan belia belasan tahun sudah mula berjinak-jinak mengunjungi pusat-pusat urut berkenaan yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks. Ini lagi bala besar......

Keperihatinan ini ditunjukkan oleh bantahan beberapa NGO yang memandang serius isu ini. Wakil-wakil NGO seperti Badan Amal Wanita Petaling Jaya, Pertubuhan Hua Zhong, Pertubuhan Hindu Sangam, Persatuan Wanita Kwang Tun, Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan Ampang dan Persatuan Pembangunan Kerjaya Malaysia.

NAK TAHU SPR BERSIH ATAU TIDAK TANYA NIK AZIZ ?

Posted: 30 Jun 2011 05:39 PM PDT


KALAU SPR TAK TELUS DAPATKAH MEREKA INI TERUS MEMEGANG JAWATAN MASING-MASING?

MEREALISASIKAN MAKSUD JOHAN OLEH PM.

Posted: 30 Jun 2011 08:18 AM PDT


Dalam politik khususnya apa yang dinamakan politik nombor, menjadi JOHAN adalah matlamat semua parti politik termasuk pembangkang. Tidak ada parti yang bertanding untuk kalah.Seandainya menang dapatlah menduduk bangunan di atas. Untuk menang dan bergelar JOHAN bukanlah setakat kata-kata retrorik sahaja. Usaha yang berterusan disertai dengan strategi yang tepat diikuti calon yang diterima pengundi nisbah untuk menang adalah tinggi. Itulah juga idaman dan harapan YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Malangnya pembangkang adakalanya suka ikut pintu belakang untuk jadi johan sedangkan pintu hadapan terbuka luas. Apa motif mereka, hanya mereka sahaja yang tahu jawapannya namun dalam politik targetnya cumalah KUASA.

Dalam usaha menjadi JOHAN, pertamanya mesti ada niat atau paling kurang pun pasang niat untuk jadi JOHAN. Dengan adanya niat sedemikian maka arah tuju, strategi tektikal dan teknikal perlukan sasaran yang tetap dan juga berterusan. Dengan kata lain berapa ramai kah YB sama ada Parlimen dan ADUN telah berjumpa dengan pengundi. Jumpa ahli parti tu biasalah selalu tetapi pengundi belum tentu. kalau tak jumpa pastilah sokongan kurang dan tidak bermotivasi, keputusannya jawab sendirilah tak kan itu pun tak tahu...


Istilah JOHAN dalam politik menolak sama sekali ungkapan Naib Johan. Tidak ada maknanya jadi naib johan. "habihkan boras ajo" kata bahasa Nogori Sembilan. Bukan mudah nak jadi JOHAN dan TIDAK MUSTAHIL untuk jadi. Rekod telah menunjukkan bahawa kita pernah jadi JOHAN dengan menguasai 2/3 kerusi Dewan Rakyat. Kali ini politik, persekitarannya dan evolusinya berbaza sama sekali. Tsunami yang melanda 2008 telah mengubah landskapnya.

Jawapannya juga mudah bila pengundi rasa tenang poket dan emosi mereka akan kembali sokong. Kini dah ada tanda-tandanya. Soal sama ada berkekalan atau tidak biar jentera parti dan kepimpinan parti Pusat dan Bahagian serta Cawangan yang tentukan

Politik orang Melayu kini berada dipersimpangan. Nak undi pembangkang atau Kerajaan yang sedia ada.Untuk memilih antara betul dan salah, ianya banyak bergantung atas dasar kecenderungan pengundi yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Dengan kata lain. KUASA ditangan rakyat. Gunakan dengan bijaksana serta memikirkan generasi (anak-anak kita) untuk masa depan mereka.


Salah atau benar kini pengundi keliru, lebih-lebih lagi yang pertama kali mengundi. Pendidikan dan pendedahan media cyber menjadi sumber rujukan pertama mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Kita selalu katakan pengundi telah bijak atau matang untuk memilih tetapi bila 5 buah negeri jatuh ketangan pembangkang, muka yang ceria tadi bertukar jadi masam pula.


Bila senario bertukar kepada emosi dari akal yang membuat keputusan memilih kerajaan maka ianya satu tamparan hebat buat kita. Berjaya atau gagal? Cuma ada satu pilihan sahaja.Tak boleh dapat kedua-dua nya sekali. Lagi pun ikut konsep ekonomi kita gunakan istilah kos melepas. Cuma jangan melepas dan terlepas sudahlah. Pelbagai nasihat, amaran telah diberikan jika tak tahu entahlah "jadi MALANG NASIB PAK KADUK"



SELAMAT DATANG TPM KE-MELAKA.

Posted: 29 Jun 2011 05:21 PM PDT

TPM lawat Melaka Isnin ini

MELAKA 29 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melakukan lawatan kerja sehari ke negeri ini, Isnin ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Timbalan Perdana Menteri mempunyai jadual ketat dalam lawatan kerja sehari itu menerusi beberapa program yang diatur sepanjang hari.

"Pada sebelah pagi, Muhyiddin akan melawat Pasar Melaka Sentral dan menghadiri majlis sarapan pagi bersama peniaga, pemandu teksi dan orang ramai,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

UMNO JASIN PERLUKAN GENJATAN SENJATA SEBELUM PRU 13?

Posted: 29 Jun 2011 05:31 AM PDT


PRU 13 yang bakal berlangsung, bolehlah diibaratkan di antara "hidup atau mati" UMNO dan juga Barisan Nasional (BN). Kenyataan ini diperteguhkan lagi oleh kenyataan oleh YAB Timbalan Presiden bahawa pilihanraya umum yang akan datang adalah satu medan pertembungan yang sengit di antara BN dan juga pembangkang. Pelbagai andaian telah dibuat oleh kepimpinan BN malah pembangkang turut sibuk meramalkan bilakah "tarikh" tersebut. Jawapannya hanya ada pada Perdana Menteri.

Melihat kepada senario semasa politik di Jasin, genjatan senjata, itulah tindakan terbaik yang perlu dilakukan oleh kepimpinan dan ahli UMNO sebagai persediaan menhadapi pilihanraya umum ke-13. Persoalan ini tiada kena mengena dengan pembangkang, sebaliknya berdamai sesama sendiri bagi memastikan UMNO Jasin terus kukuh dan bukannya dilemahkan oleh ahli parti sesama sendiri, semata-mata mengejar kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi.

Jika dilihat kepada kepada program dan juag Mesyuarat Perwakilan Bahagian, ternyata masih belum ada cukup momentum atau motivasi yang kuat untuk menghadapi ledakan pembangkang ketika berkempen pada PRU ke- 13 nanti. Masih ada lagi Ketua -Ketua UMNO Cawangan yang liat untuk berkursus manakala Wanita, Puteri dan Pemuda juga ada masalah yang tersendiri. 

Bahagian Jasin boleh dianggap sebagai kawasan kubu kuat BN atau tradisinya begitu ternyata gelombang "tsunami" PRU ke -13 adalah dua kali ganda kekuatannya. Bersediakah kita untuk ini? Keputusan PRU ke-12 juga menunjukkan bahawa majoriti kemenagan calun BN jauh tersasar jika hendak dibandingkan dengan PRU 11 pada 2004? Persoalannya setakat mana kita belajar adri pengalaman lampau dan cuba memperbaikinya?

Kepimpinan UMNO Bahagian tidak digalakkan untuk menipu diri sendiri, kononnya tiada masalah wujud tetapi keadaan sebenar adalah sebaliknya, sekali gus boleh menjejaskan keutuhan parti. 

Mesej ini bukannya kali pertama disampaikan dan dinyatakan oleh pucuk kepimpinan parti. Sudah berbuih mulut, nasihat dan teguran dibuat tetapi masih ada pemimpin bahagian yang memekakkan telinga . Mereka terus bersilat untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Pemimpin dan ahli parti perlu menyelesaikan apa jua masalah pada peringkat bahagian dan cawangan masing-masing dengan mengetepikan soal untuk merebut dan mengekalkan jawatan atau siapa mahu jadi calon. PRK Merliamu baru sahaja berlalu dan wajar dijadikan pengajaran untuk menghadapi PRU ke -13 .


Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Bajet Pakatan: Cukup-Cukuplah Berbohong

Posted: 05 Oct 2011 11:30 PM PDT

DunSemarang

DunSemarang


segelintir atau hampir semua...CINA benci MELAYU

Posted: 05 Oct 2011 03:04 AM PDT

kesimpulannya..kita akan dapati memang hampir semua nya membencci Melayu..dengan tidak segan silu mencaci Islam..melayu..dan semua yang tidak berpihak kepadanya....percayalah api kebencian ini telah mula disemarakan oleh cina dari muar ini..ingat..kuan yu juga asal dari Muar..Guan Eng juga pernah bersekolah di batu pahat...tempat yang tidak selamat...tapi masih boleh menuntut di batu pahat. AKU NAK TANYA CINA NAMEWE ..KENAPA KAU BENCI SANGAT KAT MELAYU..BERAPA JUTA KAU RUGI DARI ORAMG MELAYU..SEBENARNYA ORANG MELAYU YANG LEBIH RUGI DARI ORANG CINA..INGAT LAH..JANGAN BUAT KAMI HILANG PERTIMBANGAN AKIBAT KECELUPARAN DAN KEBODOHAN CINA SEPERTI KAMU. Wahai anak Melayu Islam..ingatlah jangan mudah lupa..13Mei...peristiwa rumah melayu dibakar Cina Komunis...Tanah melayu diperdaya Cina Komunis...ingat..jangan beri muka kat Cina seperti namewe..yang tidak tahu berterima kasih kepada MELAYU. Saya nak ucap terima kasih kepada cina di Malaysia..kalau mereka tidak ada pun Tanah Melayu akan tetap maju dan cemerlang..jangan makan sendirilah. Kalau orang Cina boleh marah dengan tulisan ini..kenapa orang Melayu tak bolah marah Pada Cina Namewe..yang tidak pernah diberi nasihat secara jujur oleh para Pemimpin Cina yang besar besar..Namewe tu kecik saja.....mana pemimpin cina...nasihatlah anak buat tu...tak ada buah ker...

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


PM Lakukan Tinjauan Mesra Di Empat Kawasan DUN Di Selangor Sabtu Ini

Posted: 05 Oct 2011 06:39 AM PDT

SHAH ALAM, 5 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melakukan tinjauan mesra sehari di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor Sabtu ini.

Penduduk tempatan dari kawasan DUN Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia berpeluang mendekati Perdana Menteri dalam program bertemakan 'Nurani Rakyat Sayangi Selangor, Yakini BN' anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata program itu diadakan sebagai satu usaha untuk mendekati rakyat daripada semua kaum selain memahami serta menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi mereka.

"Program ini merupakan siri pertama program jelajah Perdana Menteri di Selangor untuk bertemu, mendengar masalah dan membantu rakyat.

"Kita jangkakan seramai 40,000 orang akan turut serta dalam program ini nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat mengenai tinjauan mesra Najib ke Selangor di sini, Rabu.

Najib dijadual memulakan tinjauan mesranya di lapang Ladang Tuan Mee di Ijok, Kuala Selangor sebelum ke Bandar Tasik Puteri di Kuang dan seterusnya ke Pekan Rawang.

Perdana Menteri kemudian menemui penduduk di Taman Sri Gombak.



-- BERNAMA

PM Umum Pembebasan Kesemua 125 Tahanan Akta Kediaman Terhad

Posted: 05 Oct 2011 06:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembebasan kesemua 125 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 dengan serta merta manakala lebih 200 waran yang belum disampaikan juga dibatalkan.

Keputusan itu selaras dengan cadangan pemansuhan akta berkenaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

"Saya berdiri di Dewan yang mulia pada hari ini bagi memulakan proses mengotakan janji kerajaan. Hakikatnya, amat jarang di dunia bagi sebuah kerajaan yang sedang berkuasa untuk secara sukarela memudarkan kuasa yang dimiliki," kata Najib ketika membentangkan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011.

Katanya pemansuhan akta itu dan beberapa akta lain merupakan sebahagian daripada permulaan Program Transformasi Politik Negara dan pelengkap kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedang berlangsung.

"Pucuk pangkalnya saya dan rakan-rakan tidak akan sekali-kali berganjak dari meneruskan perjalanan, bahkan makin komited untuk membuat yang terbaik demi keharmonian negara. Sesungguhnnya ini hanyalah satu permulaan," katanya.

Najib semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia pada 15 Sept lepas telah mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1959, dan kajian semula yang membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Najib berkata teras utama Program Transformasi Politik mengambil kira aspirasi nasional ke arah sebuah Malaysia moden, demokratik, progresif lagi maju dan memiliki demokrasi yang berfungsi.

Semua itu, katanya, adalah untuk menyeimbangkan keperluan keselamatan kebangsaan dan kebebasan individu dengan mengambil kira kemajmukan negara yang kompleks sifatnya, dan, ancaman keganasan global, pasca tragedi 11 Sept 2001.

Najib juga menempelak pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan dengan membuat dakwaan kononnya kerajaan meniru rancangan mereka untuk menghapuskan ISA serta undang-undang lain yang berkaitan sekiranya menang pilihan raya.

"Sekonyong-konyongnya terdapat polan-polanah yang mula berkokok bahawa kerajaan kononnya sedang mengambil atau meniru cadangan daripada sesetengah pihak.

"Walhal, tiada siapapun yang mempengaruhi kita, tiada siapapun yang mendesak kita. Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikan.

"Ujiannya, sama ada kita mengotakan janji atau tidak, pihak lain boleh tanpa segan silu atau semberono mengakui bahawa ini adalah idea atau pandangan mereka, sedangkan mereka bukanlah kerajaan yang diberi mandat oleh majoriti rakyat untuk menunaikan apa yang dijanjikan," kata Perdana Menteri.

Najib berkata langkah yang dimulakan itu bukan disebabkan tekanan mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar atau atas dasar kekhuatiran dan kebimbangan.

Sebaliknya, langkah-langkah penting sebegini diatur kerajaan Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, yang merasai denyut nadi rakyat, mendengar keluh kesah massa dan memahami aspirasi ramai semenjak dari dahulu, kata Perdana Menteri.

"Kalau hendak disimpulkan, segala-galanya adalah hasil kumulatif pembangunan dan kemajuan negara dipelopori tentunya oleh kerajaan yang sama semenjak kita merdeka.

"Kerajaan ini insaf bahawa amanah untuk mengurus tadbir negara tercinta perlu diasaskan kepada kerelaan serta kepercayaan rakyat terbanyak dan bukannya atas dasar kuasa yang mampu menggusarkan," katanya.

Najib mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak mengimpikan pada satu kuasa yang mutlak atau sekalipun tampak mutlak kerana ia bertentangan dengan cara hidup demokratik yang rakyat dambakan.

"Sesungguhnya kuasa adalah satu amanah, bukannya satu keistimewaan. Kita mengambil keputusan ini dengan penuh kesedaran bahawa matlamat tertinggi sebuah kerajaan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat, adalah kebajikan dan kesejahteraan warga negaranya," kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA

Pengikut