Rabu, 20 Jun 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Hak Pemerintah Untuk Ditaati @NajibRazak @umbkl @mediaumno #bn4wp

Posted: 20 Jun 2012 07:00 PM PDT


Tahniah kepada MyKmu serta Generasi Bestari, iaitu Penganjur Program Fiqh Mentaati Pemimpin selama 3 hari di PWTC pada 15-17 June baru-baru ini. Program tersebut mendapat sambutan hangat serta pujian dari para peserta kerana berjaya mengupas isu-isu taat kepada pemimpin menurut Islam yang begitu membelenggu sebahagian rakyat Malaysia.

Ketika satu demi satu negara Islam di dunia semakin lemah atau hancur dek kerana rakyatnya telah tersilap pertimbangan akibat terlalu mengikut emosi sehingga termakan hasutan musuh, Malaysia masih berdiri teguh dan bertahan dari mengikut jejak langkah mereka.

Memetik kisah yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC), UIAM, pembentang kertaskerja ke 7; ketika beliau berbual dengan seorang Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan, kalau tak silap penulis, telah berkata bahawa "Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka – iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau, tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga," - iaitu makmur dan aman.

Hakikat ini, telah terlebih dahulu ditegaskan oleh hampir semua pembentang kertaskerja sebelumnya yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang dilimpahi nikmat Allah S.W.T. Malah pembentang ke 3, iaitu Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir juga menyatakan nama beberapa tokoh ilmuan Islam, antaranya, Dr. Hamza Hassan dan beberapa nama lagi yang penulis tidak sempat catitkan, yang semuanya mengangkat Malaysia sebagai negara yang mampu menjadi peneraju semua negara Islam di dunia.

Keamanan dan kemakmuran adalah nikmat nyata yang tidak harus dinafikan. Sikap umat yang kufur nikmat mampu mengundang bala kepada negara. Tidak ada sesiapa yang lebih layak menilai nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di Malaysia melainkan para Ulama tersohor dari Negara-negara Arab yang telah menyaksikan kemusnahan di negara mereka.

Sesungguhnya, pekerjaan, makanan, kemudahan, keselesaan, keamanan, kesejahteraan, kegembiraan yang kita lalui dalam kehidupan adalah nikmat dan menafikan hakikat ini, adalah sifat orang-orang yang kufur.

Tidak mungkin rakyat akan mampu merasai segala nikmat ini sekiranya pemimpin kita bukan seorang yang layak iaitu adil, cekap, bijak dan prihatin. Yakinlah bahawa sekiranya pemimpin yang ada bukanlah seorang yang layak berada di tempatnya, maka negara ini sudah pasti hancur melihat dari keadaan lanskapnya yang begitu rapuh iaitu berbilang bangsa, agama dan budaya.

Jika kita meletakkan sesuatu di tempat yang tidak layak untuknya, maka tunggulah saat kehancurannya.

Berdasarkan fakta ini, semua Ulama yang membentangkan kertaskerja sepakat bahawa pemimpin yang sedemikian wajib ditaati.

Pembentang pertama, iaitu Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir juga menyatakan bahawa bukan hanya rakyat yang mempunyai hak, tetapi pemimpin juga mempunyai haknya. Antara hak pemimpin ialah untuk ditaati dan dihormati. Jika tidak, negara mampu menjadi huru-hara dan tidak akan maju ke hadapan. Lalu, rakyat juga yang akan susah dan menderita.

Justeru, mentaati pemimpin adalah wajib menurut Islam. Selagi pemimpin tersebut menunaikan solat dan tidak menyuruh kepada kemungkaran.

"Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)". (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

"Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)". (Majmu' al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda:

"Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat". (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275).

Umat yang tidak mentaati pemimpin pastinya akan berpecah belah. Umat yang berpecah belah pastinya lemah di mana musuh akan mudah menghancurkan mereka. Lebih buruk lagi, mereka juga akan menghancurkan sesama sendiri dengan kebencian yang meluap-luap, hasad dengki, iri hati dan dendam kesumat yang tidak berasas sama sekali. Untuk menghancurkan sesama sendiri pula mereka akan menyebarkan fitnah, mencaci dan menipu orang ramai bagi mencapai matlamat mereka.

Kehancuran sesebuah negara hampir semuanya berpunca dari tindakan sebahagian rakyat yang menentang pemimpin atau keluar dari jemaah.

Dalam bahasa mudahnya, apa yang boleh disimpulkan dari isu 'taat kepada pemimpin' yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program tersebut ialah: Pemimpin Malaysia hari ini adalah orang Islam, yang syahadahnya masih kukuh, solatnya juga terjaga. Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran. Jika beliau punya kelemahan dan jika beliau ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T. Selagi beliau mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan, maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam.

Dengan berkat doa para Ulama tersohor dunia, harapan kita agar Umat Islam di Malaysia kembali bersatu dan menolak seruan golongan Ulama jahat akhir zaman yang ingin kita semua terus berpecah belah demi kepentingan diri dan politik kepartian.

Dr. Rosli Kata Tahap Radiasi Lynas Tak Bahaya. Amacam @fuziah99?

Posted: 20 Jun 2012 05:00 PM PDT

Anggota Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear sekali lagi menjelaskan bahawa tahap radiasi projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang adalah di tahap yang rendah.

Che Rosli berkata beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat, Selasa.





"Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul.

"Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen... saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, Selasa.

Pada Ogos tahun lepas, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat.

Sebelum ini, dalam satu sesi temu bual dengan sebuah televisyen swasta (TV3) Dr Che Rosli berkata tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat adalah tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik.

Beliau turut ditanya mengenai pemberian lesen sementara kepada Lynas untuk beroperasi dan menyifatkan tindakan sedemikian adalah betul.




Sumber : TINGGALKAN SATU PELURU


Lynas: 1 Pembohongan @fuziah99 & Sekutu2nya @umbkl @mediaumno

Posted: 20 Jun 2012 04:42 AM PDT


Di Malaysia hari ini, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa jika sesuatu perkara itu berkaitan dengan pembangkang, maka ia tidak boleh lari dari pembohongan.

Lynas, adalah salah satu pembohongan pembangkang tahap paling memalukan. Ini kerana angka matematik dan fakta saintifik tidak boleh ditipu. Fakta dan angka telah membuktikan bahawa Kilang Lynas adalah selamat. Fakta dan angka ini bukannya direka-reka cipta sepertimana Raja Petra Kamaruddin mereka-cipta kisah pembabitan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya dari imaginasinya. Ia juga bukan seperti Anwar Ibrahim berimaginasi menjadi Perdana Menteri pada 16 September.

Fakta dan angka dari kajian saintifik lengkap yang dikemukakan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dan AELB mengenai Lynas bukannya imaginasi.

Justeru, eloklah sekiranya Fuziah Salleh, Tian Chua, Tan Bun Teet (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas) berhenti menyalak dan menerima hakikat bahawa Lynas adalah selamat. Belajarlah merasa malu dan bersalah apabila berbohong. Apatah lagi apabila sekutu sendiri iaitu Che' Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis, sendiri mengakui bahawa Lynas adalah selamat.

Fuziah, Tian Chua, Bun Tee sebelum ini begitu galak menyebarkan pembohongan bahawa kerajaan cuba 'mengecat-putihkan' apa yang gelap mengenai Lynas. Mereka mengenepikan segala dapatan dari kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak yang pakar mengenai radioaktif dan nuklear sebaliknya menampilkan pakar-pakar politik serta 'pencinta alam' yang sesetengahnya diimport dari Singapura untuk menguatkan hujah kononnya Lynas adalah merbahaya.

Kerajaan bagaimanapun, tetap memberi ruang kepada mereka untuk membangkitkan isu ini sebagai usaha memastikan keputusan yang paling tepat untuk negara. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan panel parlimen untuk mengkaji apa yang dituduh oleh para penentang Lynas ini.

Bagaimanapun, pihak yang menentang langsung tidak mampu bercakap dalam bentuk fakta dan angka tetapi semua hujah mereka adalah bersandarkan emosi yang berbekalkan air liur semata-mata.

Justeru, panel akhirnya memutuskan bahawa "Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat."

Dan, "Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP."

Jika Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu berhujah dengan fakta yang meyakinkan tentulah keputusan panel akan berbeza sama sekali.

Sifat pembangkang yang suka berbohong ini telah merugikan bukan sahaja Lynas, tetapi juga negara dan rakyat yang berpeluang bekerja di sana.

Menurut Lynas, penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada "akibat yang sangat serius" untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk "10 tahun yang akan datang". Ini bermakna kerugian juga dialami oleh negara ini selama 10 tahun akan datang kerana pendapatan kilang Lynas juga bermakna pendapatan kepada negara. Apatah lagi dengan nadir bumi menjadi antara sumber penting untuk menampung keperluan dunia yang semakin canggih ini.

Oleh itu, kita melihat tindakan menghalang operasi Lynas, adalah umpama menolak rezeki.

Nampaknya, dalam isu ini, yang merbahayakan rakyat, negara dan alam sekitar bukanlah Lynas, tetapi Fuziah Salleh dan kuncu-kuncunya. Terbukti radioaktif dari air liur dan hati mereka yang busuk mampu menjejaskan rakyat dan negara.

Kita percaya, majoriti rakyat Malaysia mampu membezakan antara fakta dan angka dengan emosi dan air liur. Kedegilan pembangkang untuk terus memainkan isu Lynas dilihat sebagai bukti bahawa mereka amat terdesak kerana ketandusan isu di kala pilihanraya semakin hampir.

Pembangkang nampaknya masih tidak sedar bahawa semakin degil sikap mereka untuk menolak Lynas, semakin kuat gelombang penolakan rakyat terhadap mereka.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Panglima Perang Cyber: Video Debat Saifuddin vs Salahuddin 'Demonstrasi J...

Posted: 20 Jun 2012 08:37 AM PDT

Panglima Perang Cyber: Video Debat Saifuddin vs Salahuddin 'Demonstrasi J...: Puak PAS perlu tengok pandangan ulama dari Jordan tentang hukum Fatwa. Selama ini demo biasanya berakhir dengan keganasan dan me...

Panglima Perang Cyber: Video Debat Saifuddin vs Salahuddin 'Demonstrasi J...

Posted: 20 Jun 2012 07:39 AM PDT

Panglima Perang Cyber: Video Debat Saifuddin vs Salahuddin 'Demonstrasi J...: Puak PAS perlu tengok pandangan ulama dari Jordan tentang hukum Fatwa. Selama ini demo biasanya berakhir dengan keganasan dan me...

Panglima Perang Cyber: Video Debat Saifuddin vs Salahuddin 'Demonstrasi J...

Posted: 20 Jun 2012 07:39 AM PDT

Panglima Perang Cyber: Video Debat Saifuddin vs Salahuddin 'Demonstrasi J...: Puak PAS perlu tengok pandangan ulama dari Jordan tentang hukum Fatwa. Selama ini demo biasanya berakhir dengan keganasan dan me...

PRU 13 : AGENDA "NIHILISME" PEMBANGKANG.

Posted: 20 Jun 2012 06:57 AM PDT


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nihilisme (daripada Latin nihil, tidak ada apa-apa) adalah fahaman falsafah yang menolak semua nilai dan kepercayaan yang sedia ada. Mengikut fahaman nihilisme kehidupan atau dunia ini tiada makna atau tujuan hidup. Mereka yang percaya kepada nihilisme berkata bahawa tiada sistem moral yang benar. [1] .

Nihilisme menegaskan bahawa moral tidak sedia wujud, dan sebarang nilai moral yang ada dicipta secara abstrak. Dengan itu tidak wujud sebarang nilai moral untuk dipatuhi atau tindakan yang lebih baik berbanding yang lain.

Nihilism turut boleh mengambil bentuk epistemologi, metafizik, atau ontologi, bererti menurut turutan bahawa dalam sesetengah aspek pengetahuan tidak mungkin atau berlawanan dengan kepercayaan kita, sesetengah aspek alam nyata tidak wujud sedemikian.


Dalam bahasa Melayu, Nihilisme ialah kepercayaan semua nilai tidak berasa dan tiada sesuatu yang dapat diketahui atau dikomunikasikan. Di Russia, nihilisme dikenali sebagai satu gerakan revolusi (sekita 1860-1917) yang menolak autoriti kerajaan, gereja dan keluarga. 

Gerakan ini memperjuangkan kebebasan idividu sebagai matlamat paling tinggi, nilihis di Russia menolak Tuhan dan autoriti agama kerana mereka berfahaman bahawa Tuhan dan agama Tuhan dan agama menjadi penghalang kepada kebebasan individu yang menjadi matlamat utama mereka.

Dalam sejarah falsafah, nihilisme (skeptics) kerana mereka menafikan kemungkinan wujudnya kepastian dalam ilmu pengetahuan manusia atau dalam epistemologi. 

Dalam bahasa Arab, golongan skeptik dikenali dengan sufataiyyah atau sophists iaitu mereka yang meragui wajud hakikat atau kebenaran. Mereka berfahaman tiada kebenaran dan hakikat. Apa yang ada hanyalah kebenaran relatif.

APA KAITANNYA DENGAN PEMBANGKANG?

Dalam konteks politik di Malaysia amnya dan Pilihanraya Umum ke- 13 khususnya, parti pembangkang sedang berusaha mengatasi Barisan Nasional dengan fahaman nihilisme dan pendekatan nihilistic untuk mendapatkan sokongan pengundi pada pilihanraya umum akan datang.

Ini bermakna mereka cuba menimbulkan keraguan apa sahaja yang dilakukan oleh BN untuk memajukan ekonomi negara. Juga ini bermaksud apa yang benar pada Barisan Nasional tidak benar kepada pembangkang kerana kebenaran di nisbahkan atau dihubungkan dengan sesuatu.

CONTOH "NIHILISME" ....

Parti Keadilan Rakyat (PKR) misalnya menyeru rakyat menolak kilang nadir bumi di Kuantan, Pahang dengan mendakwa ia membawa bahaya kepada kesihatan penduduk kerana membabitkan tenaga nuklear dan radioaktif.

Penjelasan mengenainya dibuat oleh syarikat berkenaan dan seorang Ahli Parlimen PAS, yang juga seorang pakar nuklear, Dr. Rosli Che Mat yang mengakui kilang itu tidak membahayakan rakyat. Kini Dewan Rakyat telah pun meluluskankannya. Isu ini telah membawa kepada pembentukan kumpulan Anti-Lynas sehingga membawa kepada demontrasi mengenainya.

Pembangkang juga menolak projek penapisan minyak dan gas di Johor dengan alasan mencemarkan alam sekitar. Malah pembangkang tidak menyokong penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH), anak syarikat FELDA di bursa Malaysia.

Pembangkang menyokong tunjuk perasaan BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 walaupun semuanya membawa kesan buruk kepada ekonomi peniaga di Kuala Lumpur. Malah mereka juga menyokong demontrasi jalanan yang melanggar undang-undang dan ketemteraman awam.

Polis dan video yang dikemukan mengenai BERSIH 3.0 menyatakan peserta demontrasi mengganas merosakkan kereta polis dan harta awam TETAPI parti pembangkang dan majlis Peguam menyatakan polis menjadi punca segala-galanya.

Kebenaran relatif yang dikemukakan oleh emimpin pembangkang dalam berdepan dengan BN.

BENTUK "NIHILISME"

Nihilisme dapat diperhatikan dalam pellbagai bentuk seperti dalam epistemologi yang dikenali dengan "epistemological nihilisme" dengan fahaman atau anutan yang menafikan wujud kebenaran dan kepastian terhadap sesuatu.

Dalam politik yang disebut "political nihilisme" iaitu anutan atau kepercayaan bahawa pemusnahan semua sistem politik, sosial dan agama yang ada adalah prasyarat kepada sebarang penambahbaikan pada masa depan.

Nihilisme politik ini yang sedang dilakukan oleh pemimpin pembangkang terhadap BN di Malaysia. Contohnya polis Kuala Lumpur mendapat perintah mahkammah melarang perhimpunan di sekitar Dataran Merdeka.

Apa yang dilakukan pembangkang ialah melanggar perintah mahkammah itu dan menuduh polis punca kerosakan harta awam. 

Pihak yang melanggar perintah mahkamah, terdiri daripada peguan dan pemimpin pembangkang BERSIH 3.0 pada April 2012. Bagi pendukung political nihilisme, undang-undang yang ada dianggap menghalang cita-cita mereka mendapat kuasa politik.

Etika dan nihilisme moral menolak kemungkinan nilai moral atau etika yang mutlak dengan menyatakan bahawa baik dan buruk adalah kabur, tidak jelas atau berkabus dan seterusnya menyatakan bahawa nilai itu dihasilkan oleh masyarakat yang tertekan emosi.

Dalam kes ini, ada pemimpin pembangkang yang menyatakan sahabat nabi Muhammad SAW dan Nabi Muhammad SAW sendiri mengamalkan kroni dalam pemerintahan mereka apabila dikatakan wujud kroni dalam pemerintahan PAS di Kelantan.

Pada zaman Tun Dr Mahathir Mohammad, menjadi Perdana Menteri, kroni diberikan makna negatif dan beliau dikecam hebat oleh pemimpin pembangkang atas tuduhan melakukan kronisme dalam pemerintahan.

Namun, istilah yang sama dianggap baik apabila dilakukan oleh mereka dalam kalangan pembangkang. Homoseksual ditentang oleh Islam dan Kristian tetapi kerana nihilisme etika, maka homoseksual diterima baik oleh segelintir manusia di Malaysia.


Ada pemimpin pembangkang yang dituduh melakukan hubungan homoseksual dengan beberapa orang lelaki walau pun tuduhan itu tidak terbukti di mahkamah yang membicarakan pertuduhan sedemikian.


Melihat peristiwa dan fenomena sedang berlaku di Malaysia dalam usaha mendapat undi pada PRU 13, pembangkang mahu menerima pakai fahaman politik dan akhlak nihilisme untuk mengurangkan sokongan pengundi di negara ini terhadap BN.


artikel asal oleh Ibrahim Abu Bakar -pensyarah UKM.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


DAFTAR SEBELUM BULAN JUN LAYAK MENGUNDI PILIHANRAYA UMUM

Posted: 20 Jun 2012 01:54 AM PDT

Kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mendaftar sebelum 30 Jun ini jika Pilihan Raya Umum diadakan selepas Ogos.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Jun adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan.

"Bulan Jun ini adalah bulan terakhir suku tahun 2/2012 dan selepas itu nama-nama tersebut akan dipamerkan pada bulan berikutnya iaitu Julai selama dua minggu. Jika tiada sebarang bantahan, senarai daftar pemilih berkenaan boleh diwartakan," katanya.


Dalam setahun ada empat suku tahun iaitu suku tahun pertama (Januari-Mac), suku kedua (April-Jun), suku ketiga (Julai-September) dan suku keempat (Oktober-Disember), kini SPR dalam proses menerima permohonan pendaftaran pemilih bagi suku tahun kedua.

Sehingga suku 1/2012, seramai 12.9 juta yang sudah mendaftar, daripada jumlah itu pengundi Melayu (6,782,990), Cina (3,871,277), India (938,946), Bumiputera Sabah (618,277), Bumiputera Sarawak (519,563), Orang Asli (69,510) dan lain-lain (11,2027).


Bernama melaporkan Tan Sri Abdul Aziz berkata, selain pendaftaran baru, Jun juga penting kepada mereka yang sudah mendaftar membuat semakan. "Ia bagi membolehkan pemilih mengetahui sekiranya terdapat perubahan lokaliti, tempat mengundi atau sebarang kesilapan dan ketidaktepatan maklumat, jika semakan dibuat selepas Jun mungkin sudah terlewat," katanya.

Beliau berkata, hanya pemilih sahaja boleh memohon menukar butir diri masing-masing dalam Daftar Pemilih, SPR tidak dapat membetulkan apa-apa kesilapan yang berlaku tanpa pemilih itu sendiri memaklumkan kepada SPR mengikut peraturan dan prosedur ditetapkan.
"Tidak boleh beranggapan disebabkan sudah mengundi di tempat sama sebanyak tiga kali sebelum ini, maka kita pun ambil mudah tidak mahu membuat semakan, tidak boleh begitu adalah lebih baik buat semakan bukannya susah pun," katanya.



Bagi menggalakkan pemilih membuat semakan, kempen bulan semakan diadakan sejak 1 Jun lepas selama sebulan dan sehingga 11 Jun, hanya satu peratus sahaja iaitu kira-kira 138,216 pemilih telah berbuat demikian.

"Jumlah itu jika dibandingkan dengan jumlah pemilih berdaftar adalah terlalu kecil kerana jumlah pemilih berdaftar sehingga suku tahun 1/2012 adalah seramai 12.9 juta orang," katanya.

Tan Sri Abdul Aziz berharap selepas ini lebih ramai yang akan mendaftar dan membuat semakan kerana pelbagai kaedah disediakan SPR untuk kemudahan orang ramai.

Semakan boleh dibuat melalui Call Centre di ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6565 atau pejabat Pilihan Raya Negeri mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Ahad tujuh hari seminggu sepanjang bulan berkenaan.

Semakan juga boleh dibuat di laman web SPR di www.spr.gov.my atau Sistem Khidmat 
Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888.

Semakan di kaunter SPR boleh dibuat di Ibu Pejabat SPR Putrajaya, ataupun di pejabat Pilihan Raya Negeri dan dibuka pada Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang sepanjang bulan berkenaan. 

Sumber Berita -Agenda Daily

PUTERI UMNO AKAN BANTU SPR JEJAK 3.6 JUTA YANG BELUM DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI

Posted: 19 Jun 2012 10:51 PM PDT

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa 3.6 juta rakyat Malaysia yang telah layak mengundi tetapi belum daftar mengundi merupakan situasi yang perlu di pandang serius.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin berkata, Puteri UMNO melihat isu ini perlu diberi perhatian sewajarnya dan diambil tindakan segera.

"Hal ini kerana dari jumlah tersebut menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia tidak mengambil berat tentang kepentingan mereka untuk menjadi pengundi serta mengambil mudah urusan mendaftar dan mengundi.

"Mereka merasakan bahawa satu undi mereka itu tidak akan menjejaskan keadaan ataupun mereka berfikir masih ada ramai lagi yang mengundi," ujarnya mengulas kenyataan SPR bahawa terdapat 3.6 rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi lagi.

Dalam masa yang sama jelas beliau Pergerakan Puteri UMNO melalui Skuad Daftar Pemilih sentiasa berusaha mendaftarkan seramai mungkin sebagai pengundi.

Justeru katanya Pergerakan Puteri UMNO sama ada di peringkat pusat, negeri atau bahagian membuka kaunter daftar pengundi atau kaunter PR semasa Puteri UMNO melaksanakan program bersama masyarakat.

"Terdapat juga usaha dari Pergerakan ini membuka kaunter SPR di pasar malam dan kedai mamak. Langkah ini dilaksanakan adalah bagi memastikan rakyat Malaysia yang telah layak mengundi mendaftar sebagai pengundi.

"Jika dilihat statistik dari 383,805 orang ahli Puteri UMNO, 306,352 orang daripadanya merupakan golongan pengundi," ujarnya lagi. 

Sumber Berita - MediaUMNO

Pengikut