Isnin, 25 Jun 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Reformasi Gagal Merubah Nasib Indonesia, Kenapa Kita Nak Ikut? @umbkl @anwaribrahim @mediaumno

Posted: 25 Jun 2012 10:47 PM PDT



Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.

Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Orde baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.

Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.

Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.

Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.

Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.

Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.

Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.

Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.

Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.

Umum menyedari, sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.

Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.

Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur. Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.





Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.

Mereka sedar, jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama, tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.

Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.

Justeru itu, budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.


Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.


Sumber: FREEMALAYSIAKINI


SP; Kenapa perlu memilih untuk meniru perkara yang terang2 mendatangkan keburukan/kerugian? Rakyat Malaysia lebih bijak berfikir ana yang baik dan buruk untuk masa depan negara dan generasi akan datang.

SHEB Terus Berbakti #BN4WP #BNBAGUS @SHEBMALAYSIA @NajibRazak @rizalmanmokhtar @umbkl @mediaumno @TengkuAzman @ahmadmaslan

Posted: 25 Jun 2012 08:34 PM PDT


Sebut sahaja Sekretariat Hal Ehwal Bandar atau lebih dikenali dengan panggilan ringkasnya SHEB iaitu merupakan sebuah biro di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang telah didaftarkan sebagai sebuah badan NGO sekitar tahun 2010.

Cabang SHEB antaranya terlibat secara langsung dengan masyarakat dengan mengambil pelbagai langkah progresif mengatur aktiviti melalui pelbagai cara antaranya menganjurkan sesi dialog antara penduduk dengan agensi kerajaan bertujuan mengetengahkan masalah dan kehendak penduduk setempat secara langsung.


Hari ini SHEB dengan slogan "Kami Memahami" terus menerus menyumbang bakti kepada masyarakat di bandar yang masih memerlukan sokongan daripada badan ini. Aktiviti mingguan SHEB adalah mengedarkan makanan kepada kumpulan gelandangan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur melalui program 'Food For Life'. Begitu juga SHEB turut berperanan menyampaikan bantuan kepada golongan-golongan yang memerlukan tanpa mengira masa, ketika dan juga pegangan politik.


Tengku Azman Tengku Zainol Abidin antara individu peneraju yang bertanggungjawab memastikan SHEB terus mendapat tempat di hati masyarakat umumnya. Sehingga tahun 2011, SHEB telah berkhidmat kepada lebih 200,000 rakyat Malaysia.

Angka ini jika ditambah untuk tempoh 6 bulan pertama 2012, mungkin akan terus meningkat mendadak kerana dengan ada nya budak-budak mahasewel yang berkhemah kelaparan di Dataran Merdeka, dua bulan lepas.


Pada petang ini (26 Jun 2012), SHEB akan mengadakan sambutan minggu ke 120 'Food For Life' di Perkarangan Masjid India, Kuala Lumpur sekitar jam 5.00 petang. Majlis ini akan turut disertai bersama Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO.


Untuk yang berkesempatan, mari bersama turut serta.



SHEB Terbaik,
UMNO Bertambah Bagus


Sumber : REZQEEN HILL

Kisah Pemandu Teksi dan Tayar Baru #BNBagus #Vote4BN @Najibrazak @umbkl @mediaumno

Posted: 24 Jun 2012 11:30 PM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi di negara ini melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).



Najib berkata, di bawah program TR1Ma ini, setiap pemandu pertama teksi akan menerima baucar subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun.
"Subsidi sejumlah RM34.84 juta yang disalurkan oleh 1Malaysia Development Bhd ini akan memanfaatkan seramai 67,000 pemandu teksi di seluruh negara," katanya ketika melancarkan TR1Ma di depan 25,000 pemandu teksi di Stadium Bukit Jalil di sini.
Beliau berkata, jenis teksi yang layak menerima subsidi ini ialah teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang.




Selain itu, Najib juga mengumumkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menyediakan dana lebih daripada RM1 juta untuk menyediakan Skim Insurans Perlindungan Kemalangan Diri kepada 100,000 pemandu teksi di seluruh negara.......baca selanjutnya di REZQEEN HILL




SP: Seronok dan bangga jadi rakyat Malaysia kerana mempunyai kerajaan yang sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Politik nasi tambah dalam pakatan pembangkang

Posted: 25 Jun 2012 07:24 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Bila Selalu Meludah Ke Langit

Posted: 25 Jun 2012 12:00 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Alamak kantoi lagi ke

Posted: 24 Jun 2012 10:33 PM PDT



Mak aiii..ni dah kes berat ni..takkan tak dapat bajet dah nak letak jawatan kott..kata Demi Rakyat..tugasan mestilah demi rakyat juga.tapi ye tak ye gak..kalau tajde bajet camne nak buat kerja..
Hairan,kalaulah dah letak jawatan..maknanya dah takde apa-apalah ye kat kuala langat,tapi..jika takde jawatan kenapa boleh keluar resit..Persoalannya,duit untuk sapa,..




Pengikut