Ahad, 1 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


PAP & DAP - Awang Selamat Cc @mediaumno @umbkl

Posted: 01 Jul 2012 11:00 PM PDT


1 JULAI — Ada pihak nampaknya tidak senang apabila minggu lalu, Awang menyentuh tindakan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong berhubung penglibatan tiga diplomatnya dalam perhimpunan haram Bersih 3.0.

Lebih-lebih lagi apabila tulisan itu mengaitkan parti paling rasis di Malaysia iaitu DAP dan PAP, parti pemerintah kerajaan Singapura.

Untuk apa resah jika itu memang realiti. Sejarah tidak boleh dibohongi. Sememangnya PAP dan DAP berasal dari parti yang sama dan pernah berkongsi sejarah ketika Singapura masih berada dalam Malaysia.

Walaupun kedua-dua parti 'berpisah', hubungan dan kerjasama, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung tetap kukuh sehingga hari ini.

Malah ia makin mekar pada pasca Pilihan Raya Umum 2008 apabila pencapaian DAP melonjak termasuk berjaya menawan Pulau Pinang.

Awang masih ingat bagaimana pelbagai pihak di Singapura memberikan reaksi yang sangat positif atas kejayaan DAP ketika itu.

Ini diikuti lawatan Menteri Mentor, Lee Kuan Yew yang juga pengasas Singapura ke Malaysia pada 2009, yang fokusnya tidak lain ialah untuk mengunjungi Pulau Pinang di bawah teraju DAP.

"Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Sejak pilihan raya umum lalu (2008) negeri itu telah diperintah oleh pakatan pembangkang, dengan DAP berasaskan kaum Cina menerajui (pemerintahan)."

Ungkapan itu dipetik daripada perenggan kedualaporan utama akhbar Straits Times Singapura berhubung lawatan Kuan Yew ke negeri tersebut. Petikan itu sudah cukup menjelaskan betapa lawatan beliau begitu signifikan dan mempunyai maksud tersirat.

Awang pernah menulis tentang lawatan tersebut tidak lama dahulu, yang menyaksikan Kuan Yew menyatakan komitmen untuk membantu Pulau Pinang terutama dalam pelaburan. Tidak silap Awang, semasa di Pulau Pinang, Kuan Yew turut mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan negeri, menandakan sokongan moral yang istimewa. Ada juga komen kurang enak daripada beliau dan delegasinya. Antaranya pembangunan prasarana Pulau Pinang di pulau itu kononnya tidak sebaik Ipoh dan Seremban. Seorang menteri Singapura yang mengiringi Kuan Yew mendakwa negeri tersebut ketika dipimpin Gerakan kurang mendapat perhatian Kerajaan Pusat. Amboi...

Selepas lawatan tokoh PAP itu, hubungan antara kerajaan negeri dan Singapura makin intim dengan lawatan-lawatan dan pertemuan tertentu yang diatur di antara kedua-dua pihak. Awang tidak mahu membuat banyak tafsiran tetapi melihat perhatian luar biasa kerajaan Singapura kepada Pulau Pinang, ia mengundang persoalan besar.

Berbalik kepada sejarah, DAP ditubuhkan bagi menggantikan PAP pimpinan Kuan Yew ketika itu, yang disingkir keluar dari Malaysia pada tahun 1965 kerana mahu menguasai politik tanah air dan menentang hak-hak orang Melayu. Konsep Malaysian Malaysia ciptaan Kuan Yew kini terus dihidupkan oleh DAP.

Hari ini, sebahagian pemimpin DAP masih menjadikan Kuan Yew sebagai mentor. Sentimental dengan pemimpin PAP itu tidak pernah pudar apatah lagi padam. Penasihat DAP, Lim Kit Siang adalah antara orang kepercayaan Kuan Yew ketika dalam PAP. Beliau juga adalah bekas Setiausaha Akhbar Kuan Yew sewaktu zaman mudanya. Anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong kini merupakan Perdana Menteri republik itu. Anak Kit Siang pula, Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang selain Setiausaha Agung DAP. Suara mahukan Guan Eng menjadi Perdana Menteri Malaysia makin kerap kedengaran. Sampaikan Pengerusi DAP, Karpal Singh tersasul merujuk Guan Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis baru-baru ini.

Selepas kejayaan DAP pada 2008, Awang percaya PAP mahu melihat impak lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangka diadakan tahun ini.

Keghairahan Singapura untuk membantu gerakan pembangkang di Malaysia atas faktor DAP, bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Ia terserlah dalam aktiviti terbuka seperti pembabitan dalam perhimpunan haram mahupun aktiviti tertutup, yang banyak tidak didedahkan lagi. Semua ini boleh dibaca sebagai isyarat untuk melihat kerajaan Malaysia sekarang tumbang lalu digantikan kerajaan baru dengan DAP akan dominan.

DAP juga sudah tentu secara senyap mengharapkan apa sahaja bentuk sokongan strategik daripada PAP, walaupun mendakwa tiada hubungan langsung di antara kedua-dua parti.

Pulau Pinang sudah ditawan maka ada misi lain, yang lebih besar mahu disempurnakan pada PRU13. PAP sudah menunggu lebih 48 tahun untuk mencapai impian di tanah air ini, yang DAP sangat komited untuk menjayakannya. Bukankah begitu? — utusanonline

Baca selanjutnya di THE KUALA LUMPUR CHRONICLE

Lynas: Dr Rosli Takut Di Makan Sumpah 'Baiah'?

Posted: 01 Jul 2012 09:00 PM PDT



Ogos tahun lalu, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Rosli Che Mat pernah mengakui projek pembangunan kilang Lynas langsung tidak membahayakan kesihatan kerana ianya bukan seperti mana loji nuklear sebagaimana cuba digambarkan oleh propaganda pembangkang.

Malah beliau secara terbuka mengecam pendekatan propaganda pembangkang khususnya PKR yang memanipulasi isu Lynas sehingga memesongkan fakta sebenar kepada khalayak umum sekaligus mencetuskan kegusaran segelintir anggota masyarakat.

Namun, kini setelah hampir setahun berlalu tiba-tiba beliau dilaporkan berkata tidak menyokong Lynas dan projek tersebut belum tentu selamat sebagaimana disiarkan oleh lidah rasmi PAS dan beberapa portal lain. Bukankah begitu kontradiks dengan kenyataan beliau pada 24 Ogos lalu?

Antara kata-kata beliau yang masih tergiang-giang ditelinga kita termasuklah kenyataan berikut;-

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya".

"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah".

"Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin. Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."



Kenyataan tersebut yang diucapkan beliau pada 24 Ogos 2011 yang lalu telah disiarkan oleh TV3 dalam laporan ringkasnya berkaitan isu Lynas. Turut sama mengulas isu tersebut ialah seorang lagi saintis nuklear, Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli.

Selanjutnya menurut Dr Rosli lagi, "Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment".

Berikutan kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 itu akhirnya menyebabkan Dr Rosli dipanggil beberapa kali oleh pucuk pimpinan PAS kerana kenyataan tersebut diklasifikasikan sebagai bertentangan dengan dasar PAS yang anti Lynas.

Pun demikian, bila kita baca bait demi bait kenyataan Dr Rosli itu jelas sekali beliau tidak bersetuju dengan manipulasi dan penyelewengan fakta oleh pembangkang dalam isu Lynas.

Dan beliau sendiri mengakui projek Lynas selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Dalam erti kata lain, sebagai seorang saintis nuklear, beliau berkata benar demi mengelakkan orang ramai terus tertipu dengan pemesongan fakta yang di adu domba oleh pembangkang khasnya PKR.

Manakala pada Februari 2012 yang lepas pula ketika diminta mengulas mengenai Himpunan Hijau 2.0, sekali lagi beliau menegaskan Lynas adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear malah ia selamat dan tidak membahayakan selagi adanya pemantauan.

Persoalan sekarang, apakah kerana tekanan dari pimpinan PAS menyebabkan beliau kini terpaksa membuat kenyataan yang akhirnya membelit dirinya sendiri? Atau adakah kerana takut dimakan sumpah 'baiah' taat setia, maka kebenaran terpaksa dilacurkan demi mempertahankan dasar haru biru parti sendiri?



SP: "Qul al-Haq, walau kana murran…" (mafhum) berkatalah yang benar, walaupun ianya pahit..

Benarkah Reformasi Merintis Pergaduhan Antara Kaum? Cc. @umbkl @mediaumno

Posted: 01 Jul 2012 07:00 PM PDT


Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka.

Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar.

Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.

Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku.

Rentetan dari situ, sekumpulan 400 orang kaki pukul upahan dari suku kaum Ambon telah dihantar oleh pemilik premis berbangsa Cina pada subuh hari ke Desa Ketapang untuk melakukan kekacauan dan merosakkan rumah penduduk di sana.

Selain menyebabkan kecederaan pada ramai penduduk Islam, beberapa masjid turut mengalami kerosakan dalam serangan mengejut tersebut.

Penduduk lain yang menyedari berlakunya serangan telah bertindak balas dan akhirnya berjaya mengusir samseng suku kaum Ambon itu.

Bagaimanapun keesokan paginya ribuan penduduk Islam dari pelbagai daerah beramai-ramai menyerbu dan merusuh di kawasan China Town Jalan Hayam Wuruk dan Jalan Gajah Mada.

Selepas melakukan rusuhan di sana, kumpulan besar penduduk Islam menghala pula ke arah Jalan Zainul Ariffin, tempat di mana ramai suku kaum Ambon bekerja dan akhirnya berjaya membunuh beberapa orang samseng Ambon.

Dalam tempoh kekecohan tersebut juga para perusuh turut melepaskan geram dengan membakar dan memusnahkan beberapa buah gereja dan sekolah misionari Kristian.

Berikutan rusuhan semakin kuat melanda, akhirnya tentera Indonesia campurtangan dan berjaya meredakan keganasan yang berlaku diikuti dengan langkah menghantar pulang sebahagian pekerja suku kaum Ambon ke Maluku.

Selepas peristiwa tersebut, hubungan antara masyarakat Islam Indonesia dengan Kristian suku kaum Ambon semakin goyah dan kecurigaan semakin bertambah.

Dalam tempoh kurang setahun kemudiannya, rusuhan antara penganut agama Islam dan Kristian di Maluku berlaku secara besar-besaran berlanjutan sehingga tahun 2002.

Laungan indah reformasi ternyata hanya gah pada teorinya sahaja, realiti dan praktikalnya ia merintis kepada detik-detik awal pemusuhan sesama rakyat berbilang kaum, etnik dan agama di Indonesia.

Tidak mustahil, perasaan tidak puashati pihak tertentu di Malaysia yang juga timbul kerana perbezaan kaum dan agama boleh mengakibatkan senario yang sama.

Apatah lagi, jika mereka dangkal dalam memahami makna reformasi yang sebenarnya.

PAS Dakwa UMNO Menyeleweng? Cc. @umbkl @mediaumno

Posted: 01 Jul 2012 05:00 PM PDT

Perjuangan PAS sebenarnya telah menyeleweng daripada landasan ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, PAS yang selalu menuduh UMNO menyeleweng daripada Islam kerana kononnya berjuang dan memerintah di atas dasar demokrasi, sebab itu PAS tentang UMNO.


Buktinya Nik Aziz selalu saja mengecam UMNO sebagai jahil, jahiliah, sesat, pergi jahanam dan sebagainya. Tuduhan dan kecaman terhadap UMNO bermula sejak kempen Pilihanraya pada tahun 1978 lagi. Tetapi semasa PAS berada di dalam Barisan Nasional (BN) dan berkongsi kuasa dengan UMNO antara tahun 1973 - 1977, tidak pula ada sebarang masalah dan semua yang terjadi di dalam BN adalah boleh dan betul belaka.

Tidak ada suara-suara sumbang yang mengkritik dan mengecam UMNO ketika itu. Tetapi setelah PAS keluar daripada BN, Hadi Awang dalam ucapannya di Banggol Paradong, Kuala Terengganu pada April 1983 terus mendakwa kerjasama dengan parti-parti bukan Islam dalam kerajaan BN dilarang Islam kerana BN mengekalkan perlembagaan penjajah (peraturan kafir).

Antara isi kandungan ucapan Hadi Awang berbunyi seperti di bawah






Baca selanjutnya di REZQEEN HILL

Konvensyen Pemikir Muda Malaysia @najibrazak @umbkl

Posted: 01 Jul 2012 05:11 AM PDT



Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia akan menganjurkan KONVENSYEN PEMIKIR MUDA 1MALAYSIA bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Shah Alam pada 7hb Julai 2012. Konvensyen ini bermula jam 7.30 pagi untuk pendaftaran dan berakhir jam 5.30 petang.

Konvensyen ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Hj Mohamad Najib bin Tun Hj Abdul Razak.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri konvensyen ini, anda bolelhlah menghantar butiran seperti berikut :-

a) Nama penuh
b) Nombor kad pengenalan
c) Nombor Telefon
d) Pekerjaan
e) Email

Butiran hendaklah dihantar melalui email beliapemikirmuda@yahoo.com atau mesej ke 0193904007, 0166665375, 0137476077 untuk tujuan pendaftaran.

Pendaftaran online juga boleh dibuat melalui link dibawah

https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?fromEmail=true&formkey=dHB3US1keW1jUnlubHh6Z21PY3d2M1E6MQ

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO BAHAGIAN CHERAS 2012

Posted: 30 Jun 2012 03:47 PM PDT

Menteri Kewangan ke 2, Datuk Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah akan merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Cheras pada hari ini 1 Julai 2012 (Ahad) bersamaan 11 Syaaban 1433 Hijrah.

Majlis perasmian yang dijangka akan bermula pada jam 9.30 pagi dan akan berlangsung di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, Cheras.

UMNO Cheras merupakan bahagian pertama yang mengadakan mesyuarat agungnya, daripada 192 UMNO bahagian di seluruh negara.

Datuk Seri Haji Ahmad Husni yang juga merupakan Bendahari Agung UMNO Malaysia dijangka akan mengupas pelbagai isu semasa terutamanya berkaitan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Seramai 295 orang perwakilan akan menyertai persidangan tersebut.

Majlis perasmian tersebut dijangka turut dihadiri oleh wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) peringkat Parlimen Cheras dan Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, perasmian serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian telah diadakan pada hari semalam 30 Jun  2012 (sabtu) di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Pada Ahli - Ali Puteri UMNO Bahagian Cheras adalah dijemput hadir bersama - sama memeriahkan upcara Majlis Perasmian Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Cheras.

PERASMIAN PERSIDANGAN SERENTAK PERGERAKAN PUTERI DAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 30 Jun 2012 03:33 PM PDT


Datuk Wira Syed Ali Al Habshee ketika berucap merasmikan Persidangan serentak Pergerakan Puteri dan Pemuda  UMNO Bahagian Cheras, di Pusat Rekreasi Cheras, petang semalam (Sabtu). 
"Ahli-ahli UMNO dingatkan jangan kerana pentingkan periuk nasi, sanggup khianati perjuangan parti," tegas Datuk Wira Syed Ali Alhabshee , Ketua UMNO Bahagian Cheras merangkap Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayqah Persekutuan.

Dalam ucapan Datuk Wira Syed Ali, beliau menegaskan, perjuangan parti harus diutamakan kerana ia menjamin masa depan anak cucu akan datang. Oleh sebab itu tegas beliau, ahli-ahli parti di semua peringkat harus memikul tangungjawab yang di amanahkan.

"Sesiapa yang tidak melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan, pasti akan disoal oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak,"katanya.

Sehubungan itu katanya, menjadi kewajipan ahli parti untuk berani menegur pemimpin kerana seseorang pemimpin itu tidak akan terlepas daripada kecuaian.

"Kita kena tegur mereka (pemimipn) jika teguran itu baik untuk parti, rakyat dan negara serta agama," ujarnya.

"Lagipun, kita jangan amalkan sikap bodek, ampu dan kipas pemimpin kerana inginkan sesuatu habuan," tegasnya lag.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Hajah Faridah Abu Hassan, Ketua Pemuda Bahagian, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah, Ketua Puteri, Puan Sarina Sharif dan Setiausaha UMNO Bahagian, Puan Hajah Zurainah Musa.

Beliau turut mengingtakan generasi muda UMNO supaya mengambil iktibar daripada sejarah penubuhan UMNO di zaman Dato' Onn Jaafar. "Pemimpin terdahulu berkorban harta dan nyawa untuk kemerdekaan negara ini, jangan pula nikmat kemerdekaan itu digadaikan kerana agenda politik," tegasnya.

Syed Ali juga mahu ahli-ahli UMNO berani menyerang balas dakyah dan fitnah yang disebarkan oleh pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mereka ini adalah penyangak politik, kumpulan ini harus di tentang kerana cuba menjahanamkan negara ini," ujarnya.

Beliau juga turut menyelar tindakan pembangkang yang berhasrat untuk 'menawan Putrajaya' pada PRU ke-13 akan datang.

"Dulu Anwar kata nak lelong Putrajaya jika mereka berkuasa, hari ini pula nak tawan, nak jadi Perdana Menteri, ini semua dakyah karut," tegasnya.

Dalam perkembangan yang sama, Datuk Wira Syed Ali mahu Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO menggerakkan jentera siber untuk menangkis dakyah dan fitnah pembangkang.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Kekasih awal dan akhir...

Posted: 30 Jun 2012 05:51 PM PDT

Mana boleh dipecat...aset tu..alahaii..nak kata apa lagi,kalau orang dah suka..bau kentut pun wangi...





Pengikut