Ahad, 25 November 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Tahniah Wanita Muda Anda Buat Pilihan Yang Tepat #HWMN2012 #BNBagus @NajibRazak @Rosnah_ARS

Posted: 25 Nov 2012 11:10 PM PST


Tahniah buat teman2 Wanita Muda seluruh negara yang telah hadir ke Himpunan Wanita Muda Negara 2012 yang berlangsung semalam di Dewan Tun Razak 1, PWTC. Himpunan ini telah dihadiri lebih 14,000 wanita muda seluruh Malaysia.


Himpunan Wanita Muda Negara ini bertujuan untuk menyatakan inspirasi, dedikasi, ekspresi dan aspirasi wanita muda daripada pelbagai latar belakang ke arah transformasi yang lebih kredibel dan terpimpin. Program telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.


Dalam ucapan perasmiannya, PM telah memaklumkan lebih 25,000 ribu wanita muda berjaya mendapat tempat di IPTA berbanding pelajar lelaki iaitu seramai 13,000 ribu orang dan sebanyak 313,000peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan untuk anak muda melalui ETP dan GTP.



PM juga turut menyampaikan Anugerah Kesatria Puteri kepada 12 orang penerima yang telah berjaya di dalam bidang masing-masing.

Antara penerima anugerah tersebut adalah Datuk Siti Nurhaliza yang telah menerima Anugerah Kesatria Puteri Kesenian, Fione Tan penerima Anugerah Kesatria Kerjaya, YBhg Datuk Farshila Emran Penerima Anugerah Kesatria Puteri Korporat, DJ Lin Suria FM Penerima Anugerah Kesatria Puteri Penyampai Radio, Jay Menon penerima Anugerah Kesatria Puteri Personaliti TV, Pandelela Rinong penerima Anugerah Kesatria Puteri Sukan dan Penerima Anugerah Utama iaitu Anugerah Nusa Mahsuri, Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz.



SP juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur utama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, parti-parti komponen dan juga NGO2. Semoga program ini akan menjadi acara tahunan Puteri UMNO Malaysia.
 


Pengikut