Jumaat, 29 November 2013

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Posted: 29 Nov 2013 04:21 AM PST

Berikut Senarai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Pengerusi Tetap : Datuk Zubir Zabidi Timbalan Pengerusi Tetap : Bahrul Razha Chuprat Penolong Setiausaha : Ybhg Dato' Hj Mohamad Saffri Ab Aziz Penolong Bendahari : Sdr Abdul Razak Abdul Rahman Ketua … Continue reading

Senarai Nama Ahli MT UMNO Tambahan

Posted: 29 Nov 2013 04:10 AM PST

Berikut adalah sembilan nama ahli MT yang baru dilantik: 1. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz 2. Datuk Hamzah Zainudin 3. Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin 4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin 5. Datuk Irmohizam Ibrahim 6. Datuk Johari … Continue reading

Rabu, 27 November 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Kenyataan Media-Pemuda UMNO WP berkaitan Tafsiran Cukai Pintu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) @razlanrafii @umnonline

Posted: 27 Nov 2013 04:10 PM PST

Isu tafsiran cukai pintu yang hebat diperkatakan di Kuala Lumpur hari ini sudah terjawab apabila kerajaan menangguhkan perlaksanaanya sehingga bulan Mac 2013.

Saya mewakili anak muda bandaraya Kuala Lumpur amat bersetuju ianya ditangguhkan dan dikaji balik mengikut kenyataan-kenyataan bantah dari warga Wilayah Persekutuan. Secara tidak langsung masalah beban yang ditanggung oleh warga kota khususnya dapat diringankan.

Selama 21 tahun cukai pintu tidak dinaikkan dan penduduk semakin lupa apakah yang mereka dapat apabila membayar cukai.

Dalam menyaingi kemajuan dan mewujudkan infrastruktur yang baik dan bertaraf dunia, sudah pastinya pendapatan cukai kerajaan memainkan peranan dan dalam masa yang sama rakyat juga semakin mengejar kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Dalam hal ini, saya menyarankan agar pihak DBKL lebih peka dalam memberi penjelasan kepada warga Kuala Lumpur, gunakan segala medium untuk memberitahu dan menjelaskan tindakan yang mereka ambil, gunakan media alternatif bukan hanya media konversional.

Jangan biarkan rakyat keliru dengan notis-notis yang dikeluarkan. Dan saya berharap sangat DBKL lebih mesra kepada penggunaan media sosial / internet.

Saya juga ingin memberi ingatan kepada Ahli Parlimen Pembangkang agar ambil sikap bersama memajukan negara, jangan asyik memainkan isu ini dalam konteks mencari populariti sedangkan mereka sudah bersetuju ianya dilaksakan semasa mesyuarat dan taklimat penerangan bersama YB Menteri tempoh hari.

Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Wilayah, Dato' Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor kerana mengambil langkah prihatin menangguhkan perlaksanaan cukai ini.

Sebagai warga kota, saya menyambut baik keikhlasan YB Menteri dan bagaimanapun Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berpendirian tetap membantah kenaikan tafsiran cukai pintu ini.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah

Sent from my Samsung Galaxy Mega6.3

HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


Ziarah Anak-anak Yang Kematian Ibu & Ayah Akibat Kemalangan Jalan Raya

Posted: 24 Nov 2013 11:49 PM PST





Ziarah 4 Beradik Yang Kematian Ibu & Bapa 
Akibat Kemalangan Jalan Raya
di Kg Tg Gading, Ledang

sumber:facebook

Pusat Khidmat Bergerak Parlimen Ledang Di Kg Solok, Ledang

Posted: 24 Nov 2013 11:38 PM PST






Pusat Khidmat Bergerak Parlimen Ledang
Lokasi : Kg Solok, Ledang
22 November 2013


sumber :facebook

Selasa, 26 November 2013

HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


Pusat Khidmat Bergerak Parlimen Ledang Di Kg Sawah Ring, Ledang

Posted: 17 Nov 2013 08:45 PM PST






Ziarah Warga Emas Yang Keuzuran di Kg Sawah Ring






Penyerahan Rumah Persatuan Bekas Tentera 
Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia
16 November 2013
Kg Sawah Ring

sumber : facebook

Isnin, 25 November 2013

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN


Barisan Kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Jasin

Posted: 25 Nov 2013 04:12 AM PST


Jom LIKE Page Puteri UMNO Bahagian Jasin

Posted: 25 Nov 2013 04:12 AM PST


Sekitar Taklimat Isu-isu Semasa dan Pelancaran Rangkaian Sosial Puteri Umno Bahagian Jasin

Posted: 25 Nov 2013 04:05 AM PST


Khamis, 21 November 2013

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SETINGGI PENGHARGAAN

Posted: 20 Nov 2013 09:20 PM PST



Puan Nazatul Shima Shamsuddin melahirkan rasa terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepadanya untuk mengetuai Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras bagi sesi 2013/2016.

"Dengan berkat sokongan dan restu daripada rakan-rakan seperjuangan, insyaallah saya akan berusaha membawa perjuangan Puteri UMNO kearah yang lebih baik sejajar dengan hasrat kepimpinan bahagian," katanya.

Menurut Nazatulshima, beliau amat menghargai sokongan dan dorongan yang diberikan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee bagi memastikan halatuju Puteri UMNO bertambah cemerlang.

"Insyallah saya akan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Cheras sebaik mungkin. 

Bagaimanapun katanya, beliau mengaharapkan uhkwah diantara puteri dapat dikekalkan disamping segala masalah dan penambah baikan harus dibincang secara kolekltif berasaskan semangat musyawarah.

Selasa, 19 November 2013

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN

PUTERI UMNO BAHAGIAN JASIN


Sekitar PRK Sungai Limau, Kedah

Posted: 18 Nov 2013 11:38 PM PST

PRK Sungai Limau bermula dari 23 Oktober (penamaan calon) sehingga 4 November (hari mengundi). 

Bersama Ketua Menteri Melaka di Bilik Gerakan Perhubungan Umno Negeri Melaka
Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan semasa tempoh berkempen di PRK Sungai Limau ini. Antara aktiviti yang dianjurkan seperti kunjungan ke rumah-rumah penduduk di sana, pertandingan memancing dan sebagainya.
Pengagihan goodies kepada peserta-peserta Pertandingan Memancing.
Bersama Ketua Puteri Umno Malaysia serta Exco-Exco Puteri Malaysia ziarah penduduk Sungai Limau.

Salah seorang peserta Pertandingan Memancing

Isnin, 18 November 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Wan Azizah disaman Felda?

Posted: 18 Nov 2013 10:42 PM PST

Mahkamah Tinggi menetapkan dua hari mulai 29 Jan tahun depan bagi mendengar saman fitnah RM200 juta yang difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terhadap Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung satu artikel berkaitan dengan Felda.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Wira Kamaludin Md Said menetapkan tarikh itu selepas bertemu kedua-dua pihak selepas kes itu dipanggil untuk pengurusan kes.

Peguam Wan Azizah dan tiga defendan yang lain, Cheng Mai yang mewakili Felda memberitahu media, kedua-dua pihak telah memfailkan kenyataan saksi bagi perbicaraan itu.

Pada 16 Ogos lepas Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman terhadap Dr. Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali yang ketika itu naib presiden PKR, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' menjejaskan imej mereka.

Ia mendakwa penerbitan artikel-artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan peneroka-peneroka Felda terhadap agensi itu. - BERNAMA

Sent from my Samsung Galaxy Tab10.1

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


Majlis Kenduri Doa Selamat

Posted: 17 Nov 2013 11:24 PM PST

Pergerakan Puteri UMNO bahagian Cheras telah mengadakan ,Majlis Kenduri Doa Selamat pada 15 November 2013 (Jumaat) bersamaan 11 muharam 1435H, bertempat Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel 55100 Kuala Lumpur.





Program julung kali kepimpinan baru Puteri UMNO Bahagian turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian  Datuk Seri Syed Ali Alhabshee ,barisan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian 4 peringkat dan jemaah dari surau Alhabshee, 



 

Ketua Bahagian Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut memberi sokongan pada Majlis tersebut

Penceramah khas yang diundang  Ustaz Azmi Bin Md Yatim, yang juga Pengerusi Biro Agama UBC  menjadi iman solat magrib &  isyak berjemaah  dan diakhiri dengan selawat ke atas Nabi junjungan iaitu  Muhamad S.A.W.


Ketua Puteri Bahagian Puan Nazatul Shima (tengah) bersama barisan  Pegawai Puteri Bahagian memberi sumbangan  kepada mantan exco Puteri Bahagian


Menurut Ketua Puteri  BahagianPuan Nazatul Shima tujuan Majlis Doa Selamat ini diadakan bertujuan merapatkan lagi semangat  ukhwah dan saling kenal mengenali antara ahli baru dan lama. serta memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. 








HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


Sekitar Program Khatan Perdana Peringkat Sekolah

Posted: 18 Nov 2013 12:40 AM PST

















Program Khatan Perdana Peringkat Sekolah
SK Pt Kassan
16 November 2013

sumber : facebook

Ahad, 17 November 2013

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Salam hormat.

Posted: 17 Nov 2013 12:04 PM PST



Salam hormat.

Dengan izin dan limpah dan kurnia  Yang Maha Kuasa saya masih lagi
berpeluang meneruskan hidup ini.Walau saya tahu entah esok atau luasa masa
akan datang dan saya akan dipanggil untuk menemui yang Kuasa. Saya tahu
hari demi hari kondisi tubuh saya semakin lemah dan penyakit Leukimia yang
saya tanggung semakin parah .Saya pasrah pada ajal dan maut tapi sebagai
manusia ada hajat yang tidak kesampaian.Bagaikan tak terasa begitu
cepat masa berlalu tannpa saya dapat mengejarnya Sebagai insan biasa di
bumi ALLAH saya tahu saya tak dapat lari dari melakukan kesilapan .Hari
demi hari berlalu dan saya tetap seperti dan doktor juga memberitahu yang
saat itu semakin dekat.Seperti yang saya katakan saya reda Tiada apa yang
tinggal hanya lah sedikit harta yang akan saya sumbangkan  untuk bantuan
kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan juga allahyarham suami
mandangkan kami tidak  mempunyai pewaris.

Saya tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan cuma dengan izin ALLAH
sedikit sumbangan yang akan saya salurkan ke jalan yang benar akan menjadi
amal jariah untuk saya dan Almarhum suami insyallah.    Dana  simpanan
kami sebanyak  £ 2,000,000.00 (Dua Juta Great Britain Pounds) telah saya
berikan amanah dan kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal
selebihnya sehingga ianya dapat dipindahkan kepada pewaris saya yang
amanah dan bertanggungjawab demi menunaikan niat saya dan arwah suami saya
untuk membantu projek amal kepada yang memerlukan.Harapan saya ianya dapat
dilakukan sebelum saya menutup mata.

Semoga ALLAH  SWT  memberi petunjuk dan membantu kita bersama-sama
melakukan amal jariah Amin.

Sekian,
Puan  Mrs Maryan Forsythe Ahmad.

Sabtu, 16 November 2013

PEMUDA AYER HITAM

PEMUDA AYER HITAM


Sebahagian dari acara Sempena EXPO Karnival Permotoran Ayer Hitam 2013

Posted: 16 Nov 2013 07:43 AM PST

Rabu, 13 November 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Pemilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Amat Jijik !! @Tantawi100

Posted: 13 Nov 2013 06:15 AM PST

Nasaruddin Tantawi tidak mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, sebaliknya membiarkan anak-anak buahnya memilih pilihan ketua mereka.

Apapun, disebalik insiden menyamakan anjing dengan salah seorang daripada calon ketua amat memalukan dan jijik.

Sehinggakan Nasaruddin yang memegang jawatan ketua sebelum ini mengeluarkan kenyataan "Macai" dan ketinggalan zaman terhadap permilihan yang sedang berlangsung.

Pandangan ikhlas saya, kelahiran Kepimpinan Pemuda PAS hari ini seharusnya diletakkan di bahu Nasaruddin.

Beliau yang merupakan bekas ketua pemuda melahirkan kekecewaan terhadap anak buah beliau sendiri walhal pemuda yang lahir hari ini adalah tanggunjawab beliau.

Pemuda PAS hari ini tidak mencerminkan perjuangan mereka apabila sanggup menyamakan rakan mereka sendiri sebagai anjing.

Nasaruddin yang bersama Dewan ini selama 28 tahun mengakui tidak pernah melihat kempen seburuk ini.

Kenyataan ini sebenarnya jelas menempelak diri beliau sendiri dimana beliau lah yang melahirkan kepimpinan yang tidak mempunyai akhlak yang baik.

Pemuda PAS hari ini dipenuhi dengan mereka yang bersifat rakus mencari kuasa demi mengejar kekayaan dunia.

Saya suka nak memberi ingatan kepada Pemuda PAS ! Jangan lagi kamu mencemuh dan menuduh pemuda UMNO dengan pelbagai tuduhan.

Ini lah balasan Allah kepada institusi kamu secara jelas apabila kamu semua dianggap sebagai Macai oleh ketua kamu sendiri!

Saya percaya, masyarakat hari ini sedang menilai dan memerhati insiden-insiden pemilihan baik semasa pemilihan UMNO dan PAS yang sedang berlangsung.

Dan saya percaya, apa yang digambarkan oleh PAS yang selama ini melabelkan diri mereka sebagai Islam tidak seperti yang diperlakukan. Demi merebut jawatan dan kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun ianya melibatkan fitnah dan sanggup menggelar Anjing terhadap ahli mereka sendiri.

Ini tidak termasuk politik wang yang digambarkan digunakan semasa permilihan kali ini.

Sudah tentunya siapa sahaja yang dipilih kali ini adalah ketua yang tidak berkualiti kerana kemenangan mereka mengunakan fitnah dan cela mencela.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Timbalan Pengerusi UMB Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Sent from my Samsung Galaxy Mega 6.8

Pengikut