Selasa, 9 April 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Pengundi Batu tolak Tian Chua #Vote4BN #BN4WP

Posted: 09 Apr 2013 10:56 PM PDT

SP rasa Tian chua dah boleh tarik diri daripada bertanding di Batu sekiranya beliau masih dicalonkan pada PRU13 nanti. Kenapa SP tulis macam tue? Cuba lihat gambar di bawah.



Gambar di atas adalah gambar sewaktu ceramah Tian Chua di Parlimen Batu. Ceramah tersebut turut mengundang Bob Lokman sebagai penceramah jemputan. Apa yang menariknya ceramah tersebut diadakan serentak dengan Program Himpunan 1Malaysia dan Pelancaran Manifesto Barisan Nasional di Bukit Jalil.



Dengan kehadiran yang suam-suam kuku membuktikan yang masyarakat di Batu telah mulai muak dengan ceramah yang hanya menghentam kerajaan dan memfitnah kerajaan sahaja sedangkan beliau sendiri tak buat apa-apa pun di kawasan Batu.





Jika pembaca masih ingat Tian Chua juga pernah melanggar seorang askar dari Kem Tentera  Mersing pada 13 Mac 2010 sehingga menyebabkan kematian anggota tentera tersebut di Hospital Kota Tinggi 2 jam selepas kemalangan tersebut. Belum pun reda isu tersebut beliau sekali lagi muncul dengan kenyataan kontroversi berkaitan insiden di Lahad Datu di mana beliau mengatakan kematian anggota pasukan keselamatan kita hanyalah satu lagi sandiwara ciptaan UMNO dan BN.

Adakah ini contoh pemimpin yang baik apabila disaat keluarga anggota keselamatan terbabit dilanda musibah beliau bole mengatakan semua itu hanyalah sandiwara. Pemimpin jenis apa Tian Chua ni? 

SP berharap agar pengundi-pengundi di Batu tolak Tian Chua dan kembalilah memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk memikul mandat yang akan datang demi survival anak-anak kita di masa hadapan.




#Vote4BN #BN4WP






www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Manifesto Barisan Nasional 2013 – Rakyat Didahulukan @najibrazak

Posted: 08 Apr 2013 11:13 PM PDT

Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam ini. Manifesto bertemakan ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu, mengandungi janji BN untuk membawa negara … Continue reading

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PANAS! GARA-GARA ISTERI BARU,ABDULLAH SANI DITOLAK OLEH PIMPINAN DAP DAN PKR KUALA LANGAT?PAS PULA MENIKUS...

Posted: 08 Apr 2013 06:31 PM PDT


Malam tadi di Pejabat PKR Cabang Kuala Langat telah berlangsungnya satu demonstrasi aman terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat,Abdullah Sani sebagai calon PKR pada PRU 13 akan datang ini.Demonstrasi ini telah dianjurkan oleh ahli-ahli PKR Cabang Kuala Langat yang turut dihadiri oleh David Chong Kian Young (Ketua PKR Cabang Kuala Langat),Karrunakaran a/l Annavy (Bekas Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Langat)

Hj.Shamsududin  Othman (Bekas AJK PKR Cabang Kuala Langat),Low Chai Eng (Pengerusi DAP Kuala Langat) serta hampir 90 orang yang terdiri daripada penyokong parti.

Demo ini diadakan bagi membantah tindakan kepimpinan pusat yang MASIH meletakkan nama Abdullah Sani sebagai calon Ahli Parlimen P112 Kuala Langat.Makin sensasi dan panas kerusi Parlimen Kuala Langat ye.Nampak sangat DAP tak berapa "ngam"dengan PKR,satu bumbung tapi TIADA persefahaman.
Kenapa mereka tidak mahu Abdullah Sani dicalonkan semula?Jawapan ada di sini,
  1. ABDULLAH SANI DIDAKWA BERSIKAP DI LUAR BATASAN NORMA SEBAGAI SEORANG MANUSIA JUGA PEMIMPIN PABILA MENGHALAU BEKAS ISTERINYA SETELAH BERKAHWIN BARU.
  2. ABDULLAH SANI,SEPANJANG TEMPOH PERKHIDMATANNYA SEBAGAI AHLI PARLIMEN,GAGAL MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK,ni bukan team PUcTD YANG CAKAP,TAPI MEREKA YANG CAKAP.
   Kedua-dua alasan ini adalah sebahagian sahaja,namun sudah cukup untuk menamatkan kerjaya Abdullah Sani selaku Ahli Parlimen Kuala Langat.Kalau dilihat,memang benar pun apa yang diperkatakan oleh mereka,memang ada asasnya.

Kalau tak,masakan tidak kesemua peserta demo ini sanggup menerima tindakan termasuk dipecat keahlian mereka sekiranya perlembagaan parti menetapkan sedemikian.
Kesemua yang terlibat juga telah bersepakat untuk TIDAK AKAN MEMBANTU KEMPEN PRU DAN KESEMUA BILIK GERAKAN TIDAK AKAN DIBUKA SETERUSNYA MEREKA SEMUA AKAN MENYOKONG CALON BARISAN NASIONAL ..

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Projek Libatkan Teresa Kok Bernilai RM 1 Bilion Selesai Dalam Masa Lapan Hari

Posted: 08 Apr 2013 10:30 PM PDT

 
Apa yang berlaku yang kami akan dedahkan dibawah ini sungguh mengejutkan. Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim menghalang pusat daripada membina Loji Langat 2, tetapi dalam masa yang sama meluluskan sebuah projek solar yang dinamakan SOLAR PHOTOVALTAIC  POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.
 
Umum mengetahui di Selangor hari ini rakyat menghadapi masalah air yang lebih serius berbanding dengan masalah bekalan eletrik. Tetapi kenapa pula beliau menghalang kerajaan pusat menyelesaikan masalah air , tetapi beliau pula meluluskan projek solar ?
 
Projek 'direct nego' yang bernilai RM 1 bilion yang kami akan dedahkan ini melibatkan DAP, dimana Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP,Kok Chee Keong mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
 
Yayasan Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah yang bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup murah.
 
Tanah kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan dianggarkan 40-50 ekar.
 
Pada 14 Disember 2011 , Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di Zhuhai, China, untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC  POWER PLANT di atas kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun.
 
Apa yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama , tetapi dalam surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut, "we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project".
 
ys-1
 
ys-2
 
Syarikat berkenaan menggunakan ayat begitu kerana dalam perbincangan awal antara mereka dengan Teresa Kok mereka telah diajar supaya menulis begitu kerana Teresa akan terselamat jika apa-apa yang boleh menyangkutkannya.
 
Dalam masa lapan hari sahaja , iaitu pada 22 Disembar 2011 Yayasan selangor telah mengeluarkan 'letter of intent' (LOI) kepada syarikat berkenaan  yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah. Apa yang mengejutkan, bagaimana projek yang mencecah RM 1 bilion dalam masa 8 hari sahaja boleh dikeluarkan LOI ?
 
Pada 27 Disember 2011 satu mesyuarat telah diadakan melibatkan Yayasan Selangor dengan Goldsino Investment Development Limited, yang mana dalam mesyuarat itu Yayasan Selangor diwakili lapan orang , manakala syarikat berkenaan hanya diwakili oleh, Kok Chee Keong selaku proksi Teresa Kok.
 
Pada 28 Disember 2011 satu majlis telah diadakan untuk menyerahkan LOI secara rasmi kepada syarikat berkenaan.
 
Persoalan yang besar di sini ialah bagaimana sebuah projek yang bernilai RM 1 bilion boleh dikeluarkan surat niat dalam masa 14 hari ? Semuanya kerana campur tangan menteri besar dan Teresa Kok. Mereka semua telah mengeluarkan arahan secara verbal kepada kepada Yayasan Selangor supaya LOI dipercepatkan.
 
Jelas di sini kita boleh melihat bagaimana Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor dalam pendidikan telah dijadikan 'vihicle' oleh DAP untuk mereka mengaut keuntungan. Lima tahun mereka memerintah Selangor kita dapat melihat bagaimana rakusnya DAP dalam menjahanamkan negeri Selangor. Dalam masa 14 hari dua keping tanah Yayasan Selangor melayang kerana kelicikan DAP yang dibantu oleh seorang MB puppet.
 
ys-3

ys-4

source : www.sel13.com

Pengikut