Selasa, 7 Mei 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Kenyataan Media Ketua Pemuda Seputeh #GE13

Posted: 07 May 2013 10:57 PM PDT

Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Seputeh Saudara @Razlanrafii #PRU13

Bismillahirrahmanirrahmim,

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah semalam, tanggal 6 May 2013 merupakan detik bersejarah bagi parti United Malays National Organization (UMNO) setelah berjaya memenangi sebanyak 109 kerusi Parlimen dari 120 yang ditandingi. Majoriti kerusi yang dimenangi UMNO adalah dari kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk berbangsa Melayu/Islam yang tinggi sekaligus membuktikan bahawa sokongan orang Melayu telah kembali kepada UMNO. Ini juga menguatkan UMNO itu sendiri sebagai parti utama yang diberi mandate untuk menjaga hal ehwal kebajikan orang Melayu dalam masa lima (5) tahun akan datang.

"Swing" Pengundi Cina Kepada Pembangkang

Walau bagaimanapun, keputusan PRU13 kali ini telah mencetuskan satu keadaan yang tidak sihat dimana parti – parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) terutamanya MCA, Gerakan dan SUPP telah tewas dengan teruk kepada DAP. DAP telah memengangi hampir 70% kerusi yang mereka tandingi dengan majority yang semakin besar. Antaranya di kawasan saya sendiri iaitu Seputeh dimana Teresa Kok dari DAP telah menang dengan majoriti besar hampir 51,000 undi. 

Swing pengundi Cina ini yang dikatakan "Tsunami Cina" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Segala bentuk program yang diadakan oleh Perdana Menteri sebelum PRU13 untuk masyarakat Cina telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Segala majlis ceramah, konsert dan makan yang diadakan dihadiri oleh ribuan masyarakat Cina terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang  tetapi ini tidak di "translate" kepada undi untuk Barisan Nasional (BN). Mereka hanya datang untuk "enjoy" dan makan percuma, tetapi tetap mengundi DAP.

Hala Tuju Kepimpinan Barisan Nasional (BN)

Saya bersetuju dengan President MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang mengatakan tidak ada seorang pun dari MCA yang akan mengambil jawatan dalam cabinet & DUN kerana telah terbukti pada PRU kali ini masyarakat cina tidak sokong BN dan lebih bersikap "anti establishment". Oleh itu, saya berharap dalam senarai cabinet baru yang akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi, tidak ada satu pun orang Cina yang dilantik. Ini sejajar dengan aspirasi masyarakat Cina yang telah menolak kerajaan pada PRU kali ini.

Selain itu, saya juga berharap kepimpinan tertinggi BN & Kerajaan dapat mengenalpasti polisi – polisi kerajaan yang baru untuk menaikkan taraf ekonomi & pendidikan masyarakat Bumiputera dan India di negara ini. Walaupun telah banyak polisi yang baik, tetapi sebagai "reward" untuk kesetiaan masyarakat bumiputera dan india kepada BN, saya berharap lebih banyak polisi ini dapat diketengahkan.  Insyallah.

Kepada ALLAH swt Kami Berserah
 
 
Sumber : KL CHRONICLE

DunSemarang

DunSemarang


Sampai bila nak membenci MELAYU....dan Malaysia

Posted: 06 May 2013 07:06 AM PDT

Cuba kita fikirkan...kalaulah pelajar Melayu rakyat singapura membuat perangai tidak PATRIOTIK dan menterbalikan bendera singapura di luar negara...agak anda apakah tindakan kerajaan Singapura kepada pelajar tersebut.....



10 tahun lagi pelajar ini akan berada di Malaysia..dan mengundi....sikap benci pada    
 Malaysia dan Melayu telah tertanam sejak di alam pendidikan......Pada waktu tersebut..segala yang diperkatakan oleh Pembangkang Rasis cina...pada PRU13,....."10 Tahun dari sekarang kita akan menguasai semuanya."
akan menjadi nyata..Kalau tak suka tinggal di Malaysia..boleh pergi tempat lain..
JANGAN ANGGAP MELAYU SAMPAH.......

Pengikut