Khamis, 1 Disember 2016

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Ucapan Dasar Presiden Umno: Teks Penuh Ucapan Najib Tun Razak

Posted: 30 Nov 2016 10:21 PM PST

MUKADIMAH Alhamdulillahi, Alhamdulillahi Rabbil A'lamin wa biHi nastain. 1. Dimulai kalam, dengan mengangkat setinggi-tinggi pujian bahawa, Dialah Tuhan Yang Maha Kaya, Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Dialah Tuhan Yang Paling Tahu segalanya. 2. Berbekalkan sifat Rahman dan RahimNya, pada … Continue reading

Rabu, 30 November 2016

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO – Destini Bangsa

Posted: 29 Nov 2016 10:06 PM PST

Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan Allah SWT, kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk berhimpun atas nama parti keramat UMNO, bagi mewakili generasi muda dan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan. 2. Namun, sebelum saya memulakan bicara, saya ingin membawa perhatian saudara-saudara semua … Continue reading

Rabu, 10 Ogos 2016

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETAPAK JAYA 1A

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETAPAK JAYA 1A


JEMPUTAN BACAAN YAASIIN DAN TAHLIL MERDEKA DAN PERASMIAN “CHARITY MERDEKA CAR BOTH SALE” PERUMAHAN AWAM SETAPAK JAYA 1A

Posted: 10 Aug 2016 12:18 AM PDT



JEMPUTAN BACAAN YAASIIN DAN TAHLIL MERDEKA

Tarikh               :           30 Ogos 2016 (Selasa)                        
Masa               :           7.30 malam                                         
Tempat            :           Surau Addiniah Perumahan Awam Setapak Jaya 1A           

                       


PERASMIAN "CHARITY MERDEKA CAR BOTH SALE"     

Tarikh               :           31 Ogos 2016
Masa               :           8.30 Pagi
Tempat            :           Dataran Permainan Perumahan Awam Setapak Jaya 1A



Rabu, 27 April 2016

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Manifesto BN Sarawak Bagi PRN 11

Posted: 26 Apr 2016 07:58 PM PDT

Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan manifesto 15 perkara yang berpaksikan rakyat bagi pilihan raya negeri ke-11. Manifesto dengan tema ‘Beri Peluang Kepada TeamAdenan’ dilancarkan oleh Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di ibu pejabat PBB, di sini … Continue reading

Jumaat, 4 Mac 2016

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Puteri UMNO Bersama Presiden Parti @NajibRazak #RespectMYPM

Posted: 04 Mar 2016 05:46 AM PST

1. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melihat Deklarasi Rakyat yang berlangsung petang tadi merupakan tindakan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Lim Kit Siang yang bersifat terdesak serta mementingkan diri tanpa melihat kesan yang mendalam terhadap pentadbiran negara.

2. Jujur, kami terkesan dengan tindakan ini. Tindakan bekas pemimpin tertinggi UMNO yang pada kami seumpama membakar lagi api perselisihan yang kini tidak surut dalam kalangan ahli UMNO. Lebih mengecewakan, apabila tindakan ini dijalankan bersama sama dengan pimpinan parti pembangkang yang kita sedia tahu tujuan mereka cumalah satu, meranapkan kepimpinan sedia ada agar mereka dapat berkuasa.

3. Janggal tatkala melihat yang dahulunya disanjung, yang seharusnya memberi pengajaran terbaik kepada orang muda dalam parti, mengambil langkah drastik bersama musuh musuh politik. Dan terlalu asing buat kami melihat mereka yang dulunya menentang, kini menjulang. Kita perlukan perubahan, yang pasti memerlukan pengorbanan, tapi bukan prinsip yang digadaikan.  Buat ahli UMNO, bersatulah. Ini masa kita memperlihatkan semangat juang.

4. Sebagai sayap yang paling bongsu, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada YAB Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang dibantu teguh oleh YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, selaras dgn prinsip kesetiaan dan ketaatan sebuah sayap kepada organisasi induk dengan mengenepikan kepentingan individu dan kumpulan serpihan.

5. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang mewakili suara orang muda ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan gangguan demi gangguan terhadap pentadbiran YAB Dato Sri Najib Tun Razak yang dipilih secara demokrasi, walhal sepatutnya tumpuan diberikan terhadap pemulihan sosioekonomi rakyat di saat kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia.

6. Kami melahirkan rasa bimbang dan khuatir dalam melihat pertelingkahan yang tidak berkesudahan ini bakal merugikan negara dan rakyat tanpa pemenang sebenar bak kata pepatah "Menang jadi arang kalah jadi abu". Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sangat yakin dan percaya kepada proses demokrasi yang tidak pernah tertangguh di negara kita dan apabila sampai masa ketikanya, mandat akan dikembalikan kepada rakyat untuk memilih.

Salam hormat.

YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Rabu, 24 Februari 2016

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


UMNO Selangor Mahu Siasatan Dibuat Terhadap Papan Tanda #BebasAnwar

Posted: 23 Feb 2016 07:25 AM PST

PETALING JAYA, 22 Feb – UMNO Selangor telah meminta pihak berkuasa menyiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.
Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Zein Isma Ismail berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu dianggap mencabar keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Semua tahu yang dia (Anwar) ditahan kerana salah lakunya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bukannya dia tahanan politik.
billboard anwar di selangor"Bagaimana PBT Selangor boleh luluskan? Ini serius dan apa yang lebih teruk papan tanda itu turut mempamerkan logo PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini hari ini.
Katanya, papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang itu serta tulisan "Bebas Rakyat, Bebas Anwar" itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor antaranya di Ampang Jaya, Kepong dan Rawang.
Zein Isma yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta beberapa agensi lain segera menyiasat perkara ini.
"Tindakan mereka (kerajaan Selangor) ini tidak boleh diterima, ini menunjukkan terdapat penggunaan wang rakyat telah disalah guna kerajaan negeri," katanya.
Selain itu, Zein Isma berkata tindakan kerajaan negeri yang menggunakan akhbar Selangorkini untuk tujuan politik juga dianggap tidak patut.
"Mereka (kerajaan negeri) gunakan akhbar Selangorkini untuk mempromosikan politik mereka dan kandungan akhbar ini telah disalah guna.
"Akhbar Selangorkini diletakkan di surau dan masjid khususnya pada hari Jumaat, jika orang ramai membaca terutama orang muda ia jelas akan mengelirukan mereka," katanya.
Terdahulu, beliau bersama-sama lebih 20 anggota UMNO membuat laporan polis di IPD Sungai Buloh berhubung dua isu berkenaan.

Isnin, 22 Februari 2016

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


‘Banyakkan Kawan Daripada Musuh’ – Rahsia Survival 40 tahun Najib Dalam Dunia Politik

Posted: 21 Feb 2016 11:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memegang satu prinsip utama sepanjang  40 tahun penglibatannya dalam dunia politik iaitu memperbanyakkan kawan daripada memperbanyakkan  lawan atau musuh.
Menurut beliau, prinsip itu dipegang teguh dan diamalkan oleh beliau  sepanjang terlibat dalam dunia politik bermula di usia seawal 22 tahun, di mana beliau telah menang tanpa bertanding sebagai Ahli Parlimen Pekan, menggantikan Allayarham Tun Abdul Razak pada tahun 1976.
"Saya berjaya dalam politik sehingga ke hari ini atas sebab apa? Sebab saya pegang pada satu prinsip iaitu banyakkan kawan daripada musuh. Sepertimana di dalam dewan ini yang dipenuhi oleh semua rakan-rakan seperjuangan yang setia bersama dengan saya, biarpun pelbagai cabaran yang melanda dan dalam keadaan paling cemas, tuan-tuan dan saudara-saudara masih bersama saya.
PEKAN, 21 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada majlis Solat Hajat dan Tahlil di Masjid Sultan Ahmad Shah malam ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Majlis diadakan sempena 40 tahun Perdana Menteri dalam arena politik. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA?
"Alhamdulillah, saya dan isteri  tersentuh hati dengan kesudian rakan-rakan seperjuangan yang  setia memberi sokongan selama ini dapat duduk bersama di dalam majlis bersempena 40 tahun penglibatan saya dalam dunia politik ini.
"Saya tetap kenang budi baik dan persahabatan tuan-tuan dan insyaAllah saya akan bantu setakat mana yang mampu saya bantu. Saya tak mungkin mampu nak bagi kontrak pada tiap seorang, namun InsyaAllah kalau saya boleh bantu, saya akan bantu," kata beliau ketika berucap di Majlis Bersempena 40 Tahun Penglibatan Najib Dalam Politik di Dewan Tun Razak II di sini hari ini.
Bagaimanapun kata beliau, ini tidaklah bermakna bahawa sokongan dan kesetiaan  yang diberikan selama ini hanya secara membuta tuli atau tanpa ada teguran.
"Dan kita tidak seharusnya mengamalkan sikap sedemkian Tetapi kalau kita mahu menegur, tegurlah  dengan bertempat dan dengan caranya. Jangan tegur dengan cara yang  merosakkan parti. Sudahlah kita ada musuh di luar, jangan pulak ada musuh dalam selimut.
"Dato Khalid Yunus dalam ucapannya berkata saya adalah seorang  penyabar.  Tapi saya nak beritahu sabar saya ada hadnya. Jangan fikir boleh berbuat sesuka hati. Jangan fikir saya tidak akan bertindak kalau melampaaui batas. Tapi bila saya bertindak, ia mestilah berdasarkan fakta demi untuk  kepentingan parti dan kerajaan," tegasnya.
Beliau turut menyeru rakan-rakan seperjuangannya di dalam parti agar terus mempertahankan dan memperjuangkan perjuangan parti UMNO dalam apa saja kapasiti.
"Saya tahu tuan-tuan tak kaya. Saya sudah pergi rumah tuan-tuan. Tetapi saya masih ingat sepanjang perjuangan kita,  tuan-tuan tak pernah minta apa pun pada saya. Masa itu, apabila dipanggil saja semua datang. Apabila ada pilihanraya semua turun. Tak minta apa pun tapi semua datang. Kerana apa? Kerana itulah nilai perjuangan, kesetiaan dan persahabatan kita yang kukuh.
"Teruskan perjuangan di atas apa juga kapasiti yang ada pada kita. Tak semestinya kita ini Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian atau YB, selagi masih ada nafas maka selagi itulah kita mesti tegakkan perjuangan demi Islam, bangsa dan negara ini melalui UMNO, kerana tanpa UMNO kelamlah masa depan Islam, Melayu dan negara kita. Tidak ada apa yang kita tidak boleh lakukan sekiranya kita bersatu, dan jika berpecah belah, kita akan lemah dan jatuh.
"Saya nak berpesan pada tuan-tuan, setelah layar dikembangkan, setelah sauh diangkat, berpantang maut sebelum ajal berbalik haluan. Kita akan terus berjuang atas nama Islam, Bangsa dan Tanahair," akhiri beliau.

Pengikut