Isnin, 22 Februari 2016

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


‘Banyakkan Kawan Daripada Musuh’ – Rahsia Survival 40 tahun Najib Dalam Dunia Politik

Posted: 21 Feb 2016 11:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memegang satu prinsip utama sepanjang  40 tahun penglibatannya dalam dunia politik iaitu memperbanyakkan kawan daripada memperbanyakkan  lawan atau musuh.
Menurut beliau, prinsip itu dipegang teguh dan diamalkan oleh beliau  sepanjang terlibat dalam dunia politik bermula di usia seawal 22 tahun, di mana beliau telah menang tanpa bertanding sebagai Ahli Parlimen Pekan, menggantikan Allayarham Tun Abdul Razak pada tahun 1976.
"Saya berjaya dalam politik sehingga ke hari ini atas sebab apa? Sebab saya pegang pada satu prinsip iaitu banyakkan kawan daripada musuh. Sepertimana di dalam dewan ini yang dipenuhi oleh semua rakan-rakan seperjuangan yang setia bersama dengan saya, biarpun pelbagai cabaran yang melanda dan dalam keadaan paling cemas, tuan-tuan dan saudara-saudara masih bersama saya.
PEKAN, 21 Feb -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada majlis Solat Hajat dan Tahlil di Masjid Sultan Ahmad Shah malam ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Majlis diadakan sempena 40 tahun Perdana Menteri dalam arena politik. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA?
"Alhamdulillah, saya dan isteri  tersentuh hati dengan kesudian rakan-rakan seperjuangan yang  setia memberi sokongan selama ini dapat duduk bersama di dalam majlis bersempena 40 tahun penglibatan saya dalam dunia politik ini.
"Saya tetap kenang budi baik dan persahabatan tuan-tuan dan insyaAllah saya akan bantu setakat mana yang mampu saya bantu. Saya tak mungkin mampu nak bagi kontrak pada tiap seorang, namun InsyaAllah kalau saya boleh bantu, saya akan bantu," kata beliau ketika berucap di Majlis Bersempena 40 Tahun Penglibatan Najib Dalam Politik di Dewan Tun Razak II di sini hari ini.
Bagaimanapun kata beliau, ini tidaklah bermakna bahawa sokongan dan kesetiaan  yang diberikan selama ini hanya secara membuta tuli atau tanpa ada teguran.
"Dan kita tidak seharusnya mengamalkan sikap sedemkian Tetapi kalau kita mahu menegur, tegurlah  dengan bertempat dan dengan caranya. Jangan tegur dengan cara yang  merosakkan parti. Sudahlah kita ada musuh di luar, jangan pulak ada musuh dalam selimut.
"Dato Khalid Yunus dalam ucapannya berkata saya adalah seorang  penyabar.  Tapi saya nak beritahu sabar saya ada hadnya. Jangan fikir boleh berbuat sesuka hati. Jangan fikir saya tidak akan bertindak kalau melampaaui batas. Tapi bila saya bertindak, ia mestilah berdasarkan fakta demi untuk  kepentingan parti dan kerajaan," tegasnya.
Beliau turut menyeru rakan-rakan seperjuangannya di dalam parti agar terus mempertahankan dan memperjuangkan perjuangan parti UMNO dalam apa saja kapasiti.
"Saya tahu tuan-tuan tak kaya. Saya sudah pergi rumah tuan-tuan. Tetapi saya masih ingat sepanjang perjuangan kita,  tuan-tuan tak pernah minta apa pun pada saya. Masa itu, apabila dipanggil saja semua datang. Apabila ada pilihanraya semua turun. Tak minta apa pun tapi semua datang. Kerana apa? Kerana itulah nilai perjuangan, kesetiaan dan persahabatan kita yang kukuh.
"Teruskan perjuangan di atas apa juga kapasiti yang ada pada kita. Tak semestinya kita ini Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian atau YB, selagi masih ada nafas maka selagi itulah kita mesti tegakkan perjuangan demi Islam, bangsa dan negara ini melalui UMNO, kerana tanpa UMNO kelamlah masa depan Islam, Melayu dan negara kita. Tidak ada apa yang kita tidak boleh lakukan sekiranya kita bersatu, dan jika berpecah belah, kita akan lemah dan jatuh.
"Saya nak berpesan pada tuan-tuan, setelah layar dikembangkan, setelah sauh diangkat, berpantang maut sebelum ajal berbalik haluan. Kita akan terus berjuang atas nama Islam, Bangsa dan Tanahair," akhiri beliau.

Pengikut